wah..I <3 Nuffnang..ceh..dah bagi BE baru love lah..hihi..Alhamdulilah thanks Nuffnang dikala Ramadhan dikau hadirkan rezekiku di bulan yang mulia ini..happy lo..4 BE on going..trimas pengklik2 iklan tegar sha..
Ada yang tanya share tips di Fan page..maaf, sha langsung tak tahu sebab Nuffnang tiba2 bagi setelah sha abaikan dia haha..maybe korang boleh tengok blog sifu2 yang dah jadi makanan Nuffnang haha..contohnya..Kak shida..insyallah dapat membantu :)
hukhuk..sedih dah 3 tahun puasa di hostel..last sem tak mau sedih2..oh ya..tadi excited nak pergi masjid, nak solat terawih maklum lah 1st terawih..hihi..semangat..semangat !!
jangan lupa niat puasa untuk sebulan..
dah jam 12 ni..korang belum tidur lagi?? amboi mentang2 besok puasa..terus sahur lah haha..eh sha cakap diri sha tu..sebab belum mau tidur ni..sebab dah tidur petang tadi..hujan tu yang best tidur :P
sha nak ucapkan ;
jangan tak puasa k..kecuali ABC (Allah bagi cuti) ..sekian..
Korang dah tengok tak video hangat kat FB semalam..haha..lucu lah..bukan nak cakap apalah, tapi orang lain dah komen benda yang 'pelik'..dah femes dah budak ni..huhu..
maaf..video terpaksa di delete atas sebab2 tertentu :)
aduhai ni nak buat video ni tak pikir kah perasaan parent..malu lah aish..sekelip mata ja dia dah jadi bualan orang ramai..ni the power of FB sangat berpengaruh..haha..
Alhamdulilah masih bernafas untuk update this entry..lama menyepi kan..so..today (08 july 2013) is special day for me..because of hari ni adalah Birthday my late Father..(lambat sikit buat entry)
1st time sha tak wish kat dia..tiba2 tersedak..sangat2 merindui dia..sha teringat tahun lalu nda sempat nak buka puasa dengan dia sebab dia terlantar kat ICU, ingatkan nak beraya dengan dia tapi dia still kat ICU..argghh..sha rasa sangat2 kehilangan dia..kekuatan sha selama ini telah hilang..Allah telah ambil dia, Allah sayang dia..Ya Allah kuatkan lah hati hamba mu ini :(
Andai boleh diputar kembali waktu itu, sha akan jadi anak yang baik..please !!! bolehkah??
Semoga dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman..amin.. T.T
AUTUMN DI HATIKU (ONLINE DRAMA) MULAI: 3 Julai (RABU) MASA: 12 Tengah hari HARI: Setiap isnin hingga sabtu PELAKON:Kim Jin Sung, Kim Jin Sung, Hanez Suraya dan Ezzaty Abdullah, aimanhakimridza, anasridzuan SALURAN: Tonton.com
Autumn Di Hatiku mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya) yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea.
Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.
Suatu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang tentu saja menepati segala citarasa impian Nina.
Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.
Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.
Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja.
Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu?
Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?
Maksud Draft yang ingin sha share dekat sini macam entry yang tunggu untuk dipublishkan..tapi draft itu akan kamu lakarkan tidak kira menggunakan tulisan tangan atau Microsoft Word dan hantarkan kepada sha untuk memudahkan urusan edit blog..
Nyatakan dalam Draft
Header : Warna/Gambar/Sytle/ayat
Banner : Warna/Gambar/Sytle/ayat
Gambar yang dipilih (dalam satu folder zip)
Background yang korang nak with link
Warna Tema Blog
Bentuk (border) Blog jika ada
Nyatakan Widget yang dikehendaki cth Like Fan Page
Jika tiada idea, sila lampirkan link blog yang menjadi contoh, tapi adalah dilarang untuk desak copy semua dalam blog tersebut.
Now sha nak memperkenalkan produk terbaru yang tengah hangat sekarang,
"Bedak Sejuk Tanaka Powder"..
Nora Danish dan sekeluarga dah guna bedak ni taw dan dijadikan amalan.Fungsi bedak ni sama macam bedak sejuk...sha pun guna juga tauuu..
BERAT : 110gram (TAHAN SEHINGGA 2 BULAN)
Tanaka powder ni berasal dari pokok Tanaka yang digunakan oleh orang2 Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat,jeragat dan sinaran matahari.
Bedak Sejuk Tanaka ni original dari Myanmar taw dan bukan rebranding yaa...memang besstt sangat pakai bedak sejuk ni,rasa kulit makin soft,jerawat pun makin mengecut,dan parut pun semakin pudar.
Keistimewaan Bedak Sejuk Tanaka :
Kecutkan jerawat, haluskan kulit, cerahkan kulit.
Menghilangkan jeragat.
Boleh dijadikan bedak sejuk dan foundation
Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat,sensitif,normal.
Sesuai untuk lelaki dan wanita.
Selain dijadikan bedak sejuk, Tanaka Powder ni pun boleh dijadikan foundation taw.Hebatkan?
BEDAK SEJUK ~ Basahkan tangan atau campurkan bedak dengan jari dan sapu ke muka..Boleh dipakai selama 30 minit atau dipakai sepanjang malam.
FOUNDATION ~ Sapukan bedak secara rata ke seluruh muka menggunakan span muka.