August 24, 2013

Pengalaman Membeli Produk Secara Online

August 24, 2013 11 Comments

Assalamualaikum

Dunia semakin mudah, ringkas dan cepat dengan adanya Online, yang jauh didekatkan, ceh !! haha..hanya dengan beberapa klik kita sudah mampu memilikinya..maksud sha barangan yang kita mahu, sha sendiri adalah penjual barangan online -KLIK- promote sikit :P tapi sha lebih kepada services Edit Blog

So topik hangat ini menceritakan pengalaman sha membeli produk secara online..sebelum ini sha jual beli memang lancar ja, dengan suppliers yang sha kenali di alam maya, tak perlulah sha mention kan :)

Ceritanya bermula di Facebook, kenal seorang kakak M, menjual barang F dengan harga yang sangat murah..sha sebagai penjual agak happy juga dapat barang begitu murah kan..lagipun sha tolong kawan beli..so transaction berlaku apabila kedua2nya setuju

Pada hari pertama selepas transaction, kakak M bagi respon tahu yang dia akan hantar secepatnya..so biasanya sha akan expect dapat sehari selepas transaction..so sha tunggu lah..kawan sha punya nda sabar..harga pun boleh tahan RM 100++ jugaklah


So seminggu dah berlalu, risau juga, langsung tiada respond dari kakak M, sha cuba contact kakak M, dia kata dia busy sikit, ok sha tunggu, memandangkan alamat yang sha letak di hostel, lagipun dah nak balik beraya, so sha nak confirm cepat2 bila boleh dapat tu barang, akak tu kata maybe sehari sebelum balik beraya..tapi dia kata tracking no hilang..so sha tahu lah dia dah send barang tu

Alhamdulilah, sha dapat kawan yang penyabar, sebab tahu barang tu ada masalah dekat pos laju, nak col pun xtau tracking no, so sha tunggu, first time barang ada masalah, sha tak tahu nak buat apa..sebulan berlalu, barang tak ada khabar..



OMG, sha nak juga penjelasan dari kakak M, lama juga baru dia balas messej sha..sha kata, refund la duit tu, syukur juga dia transfer balik duit tu, dan start cari supplier yang boleh dipercayai..akhirnya sha dapat barang tu walaupun taklah semurah yang dijanjikan oleh kakak M, at least sampai juga kan..hihi

tak sedar panjang pula sha taip..so hati2 apabila membeli online, kot2 korang ada nak kongsikan mengenai tajuk ini, boleh komen ya..

Sharing is Caring..

August 23, 2013

2 BE untuk Bulan August

August 23, 2013 4 Comments


Assalamualaikum

Alhamdulilah Nuffnang masih nak bagi BE untuk blog sha ini, Check kemarin dapat 2 BE, wow !! dah naik ke RM 10 ++ hebat ohh.. 

BE bulan lalu pun masih lekat lagi..ada 2..ingatkan satu tu dah credited..rupanya datang pula dia akhir2 bulan ni..boleh kah macam tu?? hihi..langsung tak tahu pasal BE ini, just check Nuffnang hari2..kalau ada BE melekat alhamdulilah lah kan :)

Kalau nampak Iklan Digi dan Twisties tu tolong klik boleh? hihi..thanksss

Edit Blog Fissticker

August 23, 2013 0 Comments
Assalamualaikum
Ini juga tempahan yang pending before Raya tu, ambil masa juga nak edit sebab this week sangat busy..sorry kak Nurhafizah atas kelewatan..
Btw, Full template bertemakan PINK, blog business newbie, sekali buat blog its free..hihi..also tempah tapak iklan..sebelum itu korang boleh tengok sticker yang dia buat..comel2 semuanya hihi 
--> http://www.fissticker.com/

August 22, 2013

Sticker MURAH dan kalis air!!

August 22, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

Tempah Sticker upin ipin untuk anak anda yang masih bersekolah..untuk label peralatan sekolah dan ianya kalis air..dan paling penting murah dan sangat menepati cita rasa korang

www.fissticker.com

Selain dari kartun, banyak lagi sticker yang dijual, termasuklah design sendiri dengan harga yang berpatutan..


Untuk sebarang tempahan sila hubungi
Norhafiszah
email: norhafiszah@gmail.com
whatsapp: 0136323715




Edit Blog Gajus Hijau

August 22, 2013 3 Comments

Assalamualaikum
Tempahan FULL TEMPLATE dari Kak Noru Ajima, yang telah lama pending, before Raya I guess, but Alhamdulilah dapat disiapkan juga, 

By the way, Blog ini blog baru buat..semuanya masih baru..open sebab akak Noru dia business ChocoDamia, untuk IQ anak yang malas belajar, siapa berminat sila PM beliau

Blog bertemakan Hijau + Coklat, simple tapi tenang ja hati tengok kan..
apa komen korang?

Jom Follow -- > gajushijau.blogspot.com

August 19, 2013

Edit Blog Shaklee MamaShop

August 19, 2013 7 Comments
Assalamualaikum
Tempahan FULL TEMPLATE dari kak Sue berkenaan blog business beliau tentang Shaklee penjagaan diri dan pasangan anda, boleh tengok nanti..
Bertema PINK, sha lagi semangat nak edit, haha..just element business nak kekalkan, alhamdulilah dapat siapkan dalam masa sehari, walaupun template sebelum ini ada masalah..huhu..
Jom Serbu --> http://shakleemamashop.blogspot.com/

August 16, 2013

Diet Musnah !!

August 16, 2013 2 Comments

Assalamualaikum

tengah malam macam ni memang best kalau makan soto mihun..panas lagi sedap..haha..rancang tadi memang diet malam..tapi sha menghadap laptop tak pejam2 langsung, asah bakat yang ada tuk siapkan tempahan edit blog..sampai lapar juga..maklum lah dah lama tinggalkan HTML..rasa2nya macam nak pencen ja ni..huhu..blog pun tak terurus !!

apapun jom makan..sedopp

Persediaan Perkahwinan yang WAJIB diketahui

August 16, 2013 0 Comments

Assalamualaikum
Memandangkan BFF sha merangkap supporter yang sangat sporting dialam maya ini nak bernikah hujung bulan ogos ini, iaitu 24 Ogos 2013 dengan pilihan hatinya..(yang sha sendiri tak tahu)..Tahniah kepada Mohd Amirul Nazwan yang akan mendirikan rumah tangga dengan pasangannya..semoga bahagia hingga ke akhir hayat, sha sentiasa doakan yang terbaik buat chibi !! opss~ hihi

So Malam ni nak sharing beberapa tips untuk bakal pengantin, semoga bermanfaat, untuk sha juga nanti insyallah doakan ya :)



Persediaan Perkahwinan yang WAJIB diketahui

1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.

3. Memilih bakal suami
Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.

4. Meminang
Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.

5. Mas kahwin
Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:

-Mahar musamma al-Mua'jjal
Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal
Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.

2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...

6. Hantaran
Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.

7. Kenduri kahwin
Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.

(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)

Sorry chibi sha tak dapat hadir ke majlis kamu, apapun siap sedia jadi suami orang tau !!