Sorry ya..sha terpaksa up entry yang tempahan edit blog closed untuk seketika..macam biasa final exam dah nak dekat..so sha nak fokus dengan study..kalau nak sewa tapak boleh email sha @ PM kat FB
Doakan sha untuk final semester ya..dan sorry menghampakan korang untuk edit blog..Tempahan edit blog suggestion : Nabila Medan..terer~
Oh ya..Tempahan akan open balik pada akhir bulan October..insyallah..bagi yang nak cuci mata tengok design boleh lah klik sini..thankss
Nak share sedikit pasal pengalaman mencari kerja dengan hijab atau bahasa melayunya..tudung tapi sejauh mana sesebuah syarikat akan mengambil pekerja dengan style bertudung?
Sha pernah mengalaminya bila sha try cari kerja sambilan di area kk..kebanyakan syarikat tidak akan mengambil pekerja yang bertudung, sha pelik sangat2 kenapa mereka tidak mengambil pekerja sebegitu sedangkan kita dinegara Islam.
Tengahari ni nak promote satu business jual set cadar patchwork yang sangat cantik dan best dipakai..tengok ja ketebalan set cadar tu yang empuk bila diguna..sesuai sangat bila digunakan oleh pengantin baru hihi..kidding..
pelbagai corak dan warna kegemaran korang boleh check it out di sini
dengan free 2 helai sarung bantal dan yang paling best 100% cotton
Harga : RM200 + FREE POSTAGE
*Stokis Oli Collection Dungun.. (Belakang Pejabat Pos Dungun)
Ramai yang tanya sha tentang masalah ini, maaf sebab lambat buat penyelesaianya, sha try cari di google, langsung tak jumpa..atau keyword sha salah? haha.. so sha decided untuk selesaikan sendiri..with my own code !!
Ayat terkeluar dari post entry memang membuatkan blog kita semak dan tidak teratur..jom ikut tutorial ini
Betulkan ayat yang terkeluar dari Post Entry
1. Dashboard > Template > Edit Template
2. Ctrl F = .post {
3. Copy = padding-right: 20px; dan paste pada bawahnya..seperti yang ditunjukkan pada gambar
4. Preview dan save template
Bila korang masuk blog, ayat yang terkeluar tadi dah masuk balik dalam post hihi..semoga menjadi ya..
Hye korang..baru terupdate blog..kecian kan..sha baru habis quiz tadi..so rindu nak update..alhamdulilah UV still maintain even blog terabai..dan paling unexpected BE masih diberikan kepada blog yang usang ini..cehh..masih ada 4 BE running + 1 BE baru lekat kemarin 4 September..
Sedikit mengenai iklan digi iaituDigi Prepaid Zoomada ini ada menawarkan pelbagai smartphone, tablet, plan, dan internet kepada sesiapa yang berminat. Di samping itu, Digi Prepaid Zoom juga ada menawarkan Digi Plan yang menarik seperti Digi prepaid, Digi Postpaid, Switch to Digi dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan.
KUALA LUMPUR - Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.
Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.
Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.
Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.
Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.
Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.
Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.
Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.
Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Seharian siapkan blog tempahan terakhir untuk minggu ini..belum tengok design sebelum ini?..check it out here..so Agent Shaklee sangat banyak tempah design blog dengan sha..thnks korang semua hihi
Ok, Tema Pink actually, tapi sha mixed kan dengan Coklat, hope tuan punya blog suka..sebab nak cari kelainan..apa pendapat korang? cute kan? hehe..