Memandangkan sha dah lama tak buat segmen dalam blog yang usang ini, maka dengan sepakat membawa berkat, sha deal dengan partner comel ala-ala scha alya gitu iaitu Fatin Diana..haha :P untuk buat satu segmen yang bertajuk Segmen Follow Me By Sha & FD
ini kali pertama daku cashout nuffnang setelah 3tahun bersama, alhamdulilah kejap ja tunggu dah berbuah...1st month dapat BE dari nuffnang awal bulan Julai, dan amount yang dapat sha kumpul setakat bulan september ialan RM 77 haha..sikit sangat, tapi alhamdulilah..try duit hasil dari blogging mesti happy kan :)
Alhamdulilah Nuffnang masih memberi BE untuk bulan october yang indah ini..2hb tu iklan Transtitions Optical, 7hb iklan chipsmore dan 11hb iklan project durian..wahh..menjadikan 6 BE running in my blog :)
Sekarang ini sedang berlangsung sidang media khas di Neo Damansara berkaitan isu Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang di’katakan sudah bernikah oleh sebuah akhbar hujung minggu lalu.
Pengakuan awal dari Aeril Zafrel dan Wawa Zainal petang ini mengejutkan semua pihak kerana mereka mengakui sudah bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 5 Februari 2013.
“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” jawab Aeril Zafrel.
Jelas Aeril Zafrel, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Berikut merupakan dua keping gambar yang di’ambil ketika majlis pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Harap dengan pengakuan pasangan ini semua sudah berpuas hati.
#kenapa perlu rahsiakan perkahwinan? sedangkan perkahwinan wajib dihebohkan sebab takut fitnah, apapun, dorang ada alasan tersendiri dan hanya Allah sahaja yang tahu..
Beralih arah dengan menjual barangan mesir, blogger femes, Pn Niera, dari blog INI, menjual beberapa produk dari mesir iaitu Bedak Arab, Sarung Lengan, Tudung, Stokin dan Tasbih Digital..
Alhamdulilah..exam dah habis kemarin, lepas habis ja terus hantar barang dirumah Telipok, lepas tu gerak balik ke UiTM sebab besok ada Event Di Kudat..hihi...Insyallah akan pulang Sandakan Lusa (Ahad)..
And cerita pasal EXAM yang lepas ..em..sha ambil 5 subjek, last paper memang kecewa sebab nda dapat jawab dengan baik..sha harap ja lulus..huhu..btw next trip will be long..long journey..nda sabar2x..haha..
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti..
Laptop still ada masalah..jadi sha tersangatlah tak dapat nak update blog..huhu..sodih~ well since hari ni dah masuk 1st of october..and I welcomed that month yang sha tunggu2..nak tahu kenapa..kena tunggu next entry :P haha..
Sha masih mood exam..10hb last paper..besok ada paper Insurance..siapa pernah belajar boleh bagi tips sikit2 hihi..(baru nak minta?) huhu..dan sha banyak sangat nak cerita tapi pinjam lappy kawan..*tak malu :P haha..so..bukan hak milik nak pinjam lama2..
Thus, doakan sha dipermudahkan menjawab exam..no stress2 k..gud juga untuk mereka yang mengambil exam PMR besok !! bye~