Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)
Putus Cinta bukan saja pasangan korang tu curang, tapi ianya boleh terjadi akibat tiada restu orang tua, kita terpaksa putuskan cinta yang terbina untuk orang tua kita, adapun cinta yang terputus memang memberi kesan negatif kepada pasangan, jarang sangat kesan positif
Antara simptom2 putus cinta ialah :-
Hilang selera makan/makan terlebih banyak
Mata bengkak akibat menangis
Suka berkhayal
Cepat terasa (sensitif)
Cepat sakit
Muka Lesu
Dan lain2
Bagi kita umat Islam, dekatkan diri kepada Allah itu penting, sebab hanya Dia maha Mengetahui segala apa yang terjadi, segeralah bertaubat dan minta Allah tunjukkan dan dekatkan jodoh sebenar kita, berdasarkan pengalaman sha, bercinta bertahun2 pun belum tahu lagi dia jodoh yang telah Allah janjikan..so maksudnya dia sini, jodoh itu rahsia Allah..
Amalkan surah di atas
Setiap orang pun pernah putus cinta kan..dari diri sendiri macam mana nak handle, yang penting jangan pilih jalan shortcut contohnya bunuh diri, cederakan diri sendiri, cubalah bergaul dengan kawan, luah perasaan, berjogging, gaya hidup yang sihat, dan busykan diri supaya tidak terlampau fikir masalah !! and take vacation with family or friends..
Abah tahu kamu sukakan seseorang. Hanya dengan mendapat satu pesanan ringkas sahaja sudah membuatkan kamu tersenyum lebar. Siapakah gerangan yang mencuri hati anak perempuan Abah? Hendak juga Abah tahu. Agaknya senyuman kamu itu manis seperti itu ataupun tidak sekiranya Abah yang menghantar pesanan ringkas itu?
Abah suka tengok FB kamu, yelah, Abah sayang kamu. Abah hanya mampu pantau setiap pergerakan kamu melalui FB. Seronok melihat kamu berjalan-jalan dengan kawan-kawan kamu, gambar kamu pun banyak. Yang tak tutup aurat pun banyak. Kadang-kala Abah tegur juga tentang aurat kamu di FB, tetapi sayangnya, kamu marah Abah lantas kau remove dan block Abah daripada FB kamu. Abah sedih, tetapi takpe, Abah buat FB lain.
Sedang membelek FB kamu, tiba-tiba Abah terasa hendak menangis membaca satu post daripada FB kamu:
" Sekiranya berkahwin kelak, akan ku menutup auratku demi bakal suami tercinta."
Abah termenung sebentar. Kamu sanggup menutup aurat untuk bakal suami kamu tetapi untuk Abah kamu biarkan sahaja! Abah perlu tahu siapa yang benar-benar mencuri hati kamu ini. Kamu baru tingkatan 3! Mana boleh fikir tentang kahwin lagi!
Akhirnya ALLAH mempertemukan siapa jejaka yang mencuri hati kamu. OH! Terkejut Abah tengok lelaki itu. Namanya Keparat bin Kesengalan. Abah sungguh cemburu melihat kamu begitu mesra melayan dia sedangkan dengan Abah sendiri kamu tidak mahu pandang walau sedikit pun.
Apalah salah Abah ye? Kenapa kamu sanggup dengar kata lelaki itu sedangkan dengan Abah kamu tengking dengan mudah. Ya, Abah bukanlah begitu berharga buat kamu, tetapi jangan lupa satu perkara sahaja.
Jangan kerana cinta kamu lupa pada pelajaran kamu, keluarga kamu dan diri kamu itu sendiri. Benar syurga di bawah tapak kaki ibu, tetapi kuncinya ada pada Abah. Kamu buat jahat di dunia, di akhirat kelak, dengan kamu dan abah sekali masuk neraka. Abah tak sanggup melihat anak Abah hanyut macam tu.
Teringat pula kamu pernah berkata:
" Abah ni, kalau abang buat abah takpe, ni Mira buat semua tak boleh."
Hanya satu je mampu Abah katakan. Abah sayang kamu. Abang kamu orang lelaki, mereka kuat untuk menjaga diri sendiri. Tetapi anak perempuan Abah akan Abah lindungi sehingga mati. Abah tak nak anak Abah terluka.
Sekiranya benar lelaki itu mencintai kamu, panggillah dia untuk ke rumah. Berborak kejap, masuk minang, tiada masalah. Abah tak kisah.Yang Abah kisah ialah apabila kamu keluar dengan lelaki itu tanpa kebenaran Abah, kamu keluar pula dengan membawa busuk maksiat. Kalau ikutkan hati Abah yang kering, mahu sahaja Abah menghalau kamu. Tetapi Abah sayang kamu.
Untuk kesekian kalinya, Abah sangat menyanyangi kamu. Jagalah diri, jangan merosakkan diri Mira untuk kedurjanaan dunia. Sekiranya Abah meninggal dunia, Abah mengharapkan kamu berubah seperti dulu kala.
Yang berkata,
Abah Mithali yang tersakiti.
Cerita ini sha ambil dari FB, semoga dapat jadikan ikhtibar untuk kita semua..
Selamat Malam semua, malam ni rasa jeles semacam ja..awatnya sha nak jeles ni? haha..baru ni sha ada design satu blog..simple ja ikut tema, pink of cos la..nama juga perempuan..bila belek2 balik blog tu..rasa jeles ja..waaa....sha yang design sha pula yang jeles haha..
Serius sha cakap, sha tak pernah rasa sejeles ni haha...tapi syukurlah, owner blog puas hati dengan kerja sha..mari baca sini
Kalau korang berminat nak berdesign seperti itu bolehlah PM sha di SINI ya..harag murah bak hang !!..haha..then..macam yang hani cakap dalam entry dia tu, dia nak jadi pelanggan tetap sha..aww..terharu rasa hihi...
Pssttt..kalau korang nak cuba nasib joinla GA dekat Fan page sha BLOG OPZZPINKY, sha kerap juga buat GA (sekarang belum ada lagi..), kalau ada yang nak sponsor, sangat dialu2 kan..hihi..
Sejuk ja tengok blog ini, alhamdulilah makin lama nda edit blog, makin pandai sha design kan..haha..angkat bakul, macam biasa..part sidebar juga yang sha suka..kemas dan cute..yeh dok?? hihi..