PI adalah singkatan bagi Puteri Ichigo pemilik handmade shop yang menghasilkan pelbagai jenis name tag, brooch dan lain2 untuk anda...korang boleh cuci mata di fan page Puteri Ichigo Collections
Tempah handmade dari PI collection untuk barangan hiasan ataupun hadiah kepada rakan/family anda, boleh juga tempah untuk sponsor GA/Contest tau hihi...
Hari ini belajar driving, for every sunday mesti sha mesti pergi litar, belajar driving sana, minggu lalu memang 1st time in my life driving, so far ok nama juga 1st time, but !! today is sangat TERUK !! dengan panasnya, dengan my tutor marah, dengan laparnya...huh~
Cikgu pun dah naik fade up dengan sha yang nda pandai imbang clutch dan minyak, last2 dia marah, dia diam ja time ajar tu, mula tu bila diam sha ok, bila dia tegur sikit, mula sha mengelaba...ayoyo...
Ingat senang ja tengok orang driving, rupanya susah juga kan? :-/
Dan satu cerita, my tutor kan, dia dah fade up sha balik2 nda pandai tekan minyak, dia cakaplah :-
"kenapa tak pijak minyak tu?" (my tutor orang semenanjung tapi dah kahwin !!)
sha cakap "kaki nda sampai bah cikgu" boleh juga dia tersengih!! alahai, maklum lah orang rendah ni haha..
Seriusly macam dah tekan tapi nda juga jalan tu kereta,..kena struggle juga belajar driving next week..wish me good luck tauu
Mari2 sponsor contest sha yang bakal berlangsung minggu depan, selama sebulan, contest sha ini akan diadakan di blog dan juga promote gambar #candid korang di fan page Blog Opzzpinky, senang kan heee
Sha memerlukan 10 orang sponsor yang baik hati untuk sponsor beberapa barang pos/cash sahaja dengan limit 2 syarat - follow blog + like fan page, dan boleh juga syarat lain seperti, follow fb, follow insta, no to klik iklan dan like gambar ya...peace !!
Sponsor juga akan disenarai untuk cabutan bertuah antara sponsor..hihi..selain up follower dan like fan page anda, hadiah tidaklah gempak mana, tapi insyallah boleh lah..hihi..
Sponsor setakat ini
Hazrina - Topup Rm10 untuk 2xpemenang
Liyliz - Bantal design nama sendiri untuk 3xpemenang
Telemovie terbaru berjudul 'Nikah Kita Bercinta' akan menemui penonton di saluran Astro Ria pada 27 Februari 2014 jam 10 malam. Drama ini dibintangi oleh Azlee Khairi dan Felixia Yeap sebagai pelakon utama. Ini juga merupakan penampilan pertama Felixia Yeap menjadi seorang pelakon. Di arahkan oleh Azmir Affandi. Drama yang mengisahkan percintaan selepas bernikah.
Judul : Nikah Kita Bercinta
Genre: Komedi, Romantik
Tarikh : 27 Februari 2014
Siaran : 10 malam di Astro Ria
Pengarah : Azmir Affandi
Terbitan : Kertas Ungu
Pelakon : Azlee Khairi dan Felixia Yeap sebagai Nur Sherina
Indah AF, Taiyuddin Bakar, Falisha Crossley, Emilie Hanif, Abdul Manan Sulaiman
SINOPSIS DRAMA NIKAH KITA CERCINTA
Mengisahkan Nur Sherina yang patuh pada ayahnya yang menjodohkan dia dengan pekerja yang disukainya. Mereka bersatu semula di bawah perkahwinan yang dirancang, Danial cuba yang terbaik untuk memujuk isterinya Sherina kerana beliau percaya bahawa cinta itu diperlukan untuk mengekalkan sebuah perkahwinan. Tetapi setiap percubaan beliau ditolak sehinggakan Danial meminta perceraian. Sherina enggan dan memberitahu Danial bahawa apa yang perlu dia lakukan adalah untuk memahami dirinya sendiri dan perasaannya yang sebenar. Adakah Danial akhirnya dapat memahami apa Sherina maksudkan? Mencari makna cinta sejati?
Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen ! :)
Putus Cinta bukan saja pasangan korang tu curang, tapi ianya boleh terjadi akibat tiada restu orang tua, kita terpaksa putuskan cinta yang terbina untuk orang tua kita, adapun cinta yang terputus memang memberi kesan negatif kepada pasangan, jarang sangat kesan positif
Antara simptom2 putus cinta ialah :-
Hilang selera makan/makan terlebih banyak
Mata bengkak akibat menangis
Suka berkhayal
Cepat terasa (sensitif)
Cepat sakit
Muka Lesu
Dan lain2
Bagi kita umat Islam, dekatkan diri kepada Allah itu penting, sebab hanya Dia maha Mengetahui segala apa yang terjadi, segeralah bertaubat dan minta Allah tunjukkan dan dekatkan jodoh sebenar kita, berdasarkan pengalaman sha, bercinta bertahun2 pun belum tahu lagi dia jodoh yang telah Allah janjikan..so maksudnya dia sini, jodoh itu rahsia Allah..
Amalkan surah di atas
Setiap orang pun pernah putus cinta kan..dari diri sendiri macam mana nak handle, yang penting jangan pilih jalan shortcut contohnya bunuh diri, cederakan diri sendiri, cubalah bergaul dengan kawan, luah perasaan, berjogging, gaya hidup yang sihat, dan busykan diri supaya tidak terlampau fikir masalah !! and take vacation with family or friends..