Badge button order dengan Kak +Shida Radzuan sangat murah, sha order 20pcs ja, tapi sampai dengan sha lebih 3, alhamdulilah terima kasih kak, yang lain dah packing bagi dekat customer yang beli BAJU I AM, hihi..saja bagi free :) kalau korang nak order boleh PM dia di FB SHIDA sha tak sure dia buat promosi tu lagi ka tak, tapi boleh tanya dia..
Alhamdulilah dah sampai pun, order 2minggu yg lalu, sha ada buat order tuk bisnes dan untuk baju sendiri, dah alang2 kan..buat lah tuk baju sendiri...pink color huhu, ada juga baju design MH370, Blogger, comel2 ja sha tengok, insyaAllah besok sha pos ya..
Biasanya orang alergi seafood kan? yang sha ni alergi kacang, of cos lah tak boleh makan coklat yang ada kacang, rugi tau...nak tau apa yang jadi bila makan kacang juga? ahh..dah macam kera kena belacan, penat mengaru-garu badan, tangan, kaki jangan kata merah, sakit tau..tulah jajal, nak juga makan dah tau ada alergi kan..haha..
Actually tak tahan dengan kuih terang bulan..tau lah kan kuih tu banyak sangat kacang, sekali ngap, dah gatal2 seluruh badan...huhu..
Selain elakkan makan kacang, korang tau tak cara nak baikkan alergi ni?
Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.
Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.
Oh, jiwang haha..ada lah sikit2 normal lah kan, wanita yang romantik is jiwang karat..I am :P cuma sha rindu dengan kenangan lama, kalau nak bina balik, kena cari yang betul2 nak berjuang sehidup semati, jadi taklah kecewa lagi..iya dok?? dan Insya Allah kali ni sha nak dia lamar sha terus, no couple2x...
So lagu ni bila berkumandang ja diradio sha jadi teringat kisah lama..past is past, Allah dah sedarkan apa yang berlaku ada hikmahnya...apapun terima kasih sebab pernah singgah mengembirakan hati kecil ini..cehh..
Kemarin petang singgah Pasar Inanam, kebetulan kawan sekerja sha cerita pasa ABC pisang hijau, 1st time dengar, teringin nak merasa, hihi...dapat juga makan ABC tu, femes juga ABC ni, sha ja yang tak tahu hahah..
ABC pisang hijau ni, macam ABC biasa juga cuma sha pilih ABC milo, yummy, dan campuran istimewanya adalah pisang dibalut dengan pancake (kuih lenggang punya pancake) lepas tu dipotong kecil2 dan dicampurkan sekali dengan ABC tadi..sedapnya....
Tempat korang ada tak?
Sha ada google terjumpa satu entry pasal ABC ni..gambar dia lebih sedap..hihi
Power Bank kini sangat popular, kiranya menjadi penyelamat dikala bateri kong..orang bisnes macam sha kena ada sebijik macam ni, so nak ada ini kena cari yang berkualiti..ABS power bank dengan 4500 mah hanya RM68 free postage, color available - Pink & Orange..korang boleh order dengan sha :) sementara stok masih ada..
Sha pun guna Power bank ni, dapat cas full sebanyak 3x, sha guna Samsung S Advance, dengan bateri 1500mah, so kalau guna power bank 4500mah dapat cas 3x betul lah kan :) ikut korang punya bateri HP jugalah, sila kira sendiri :P
Actually kisah percutian ini tahun lalu, tapi sementara tiada story nak diceritakan, so sha nak flashback, keindahan percutian sha dan rakan di Air Terjun Mahua terletak di Tambunan, 2jam lebih lah dari Kota Kinabalu, tempat ni sangat sejuk tau..best kalau nak mandi air terjun
1st of all, kami beli tiket RM3 untuk dewasa dan kami sangat LUCKY sebab time tu, bunga rafflesia sedang berkembang, so kami berpeluang tengok dengan mata sendiri..hihi
Begitu tenang dan time kami pergi tu, tiada pelancong lain datang al maklumlah tempat ni agak terpencil berbanding Poring, so tidak melepaskan peluang, mandi manda lah dekat air terjun tu, punya sejukkkk...sampai kulit jadi pucat mayat tau..haha..rindu mau pergi lagi..kikiki..InsyaAllah :)