Lepas pulang kerja, terus bergegas pergi tanjung lipat, apatahnya orang nak belanja Steambot Tom Yam, baru tau kelazatan Tom Yam ni, makan jangan cakap lah, lelaki hensem lalu pun sha tak pandang haha..begitu tekun menikmati makanan tepi laut, nyaman...
Selain dari tanjung aru, makanan di tanjung lipat pun sedop juga, dekat dengan laut, dan masjid likas...sory gambar makanannya tiada sebab tak sempat nak snap, dah habis..kakaka...
Lepas melahap, kita rest2 tepi pantai..muka penat tapi sebenarnya kekenyangan tu haha
Entry ni juga sha selitkan ucapan buat My BFF since form 1, Noramima Gusnadi, selamat hari lahir sayang, semoga jadi ibu yang baik, isteri yang solehah :) dan terimalah hadiah my handmade ur name :P nanti u ambik ok..
Dan ucapan takziah buat suami rakan sekerja sha yang kemalangan motor tadi, tengah koma dan tulang belakang beliau patah, semoga cepat sedar dan cepat sembuh..dan buat rakan sekerja sha, harap awak tabah ya :)
Tersengih-sengih tengok video clip ni, rasa macam sha ja yang watak heroin nya haha..of cos lah kan, semua nak kena lamar se-sweet macam ni, even pun sha tau semua ni hanya lakonan semata-mata, so my future take note ya..sha nak romantik macam ni haha..
Tapi yang versi Melayu sha dah jumpa the best proposal is DENA BAHRIN dan suami, pun seakan2 macam ni..hihi..cumanya yang tu real :D
Entry sedih malam ni, rasa macam besok malas pula mau kerja, lately selalu ja rasa nak nangis tapi tak bersebab, so malam ni tak tersengaja belek entry pasal arwah bapa, ingat dulu2 dia selalu gelar sha cengeng..sha memang kuat menangis, kuat terasa, sangat sensitif maklum lah anak bungsu perempuan..hiksss
Sha manja juga dengan arwah..sha rindu dia..rindu sangat2..taip entry ni pun tengah berlumuran air mata, kena tahan mukus lagi..haha..confirm pergi keja mata bengkak..cengeng betul kan :P
Al-kisahnya bermula tengah hari tadi, lelaki dalam gambar tu, pergi temankan sha pos barang (BAJU I AM) di Pos Office Inanam, dia sampai awal dari sha, bila dah jumpa dia bagitau yang dompet hilang, dia pun tak sedar bila kena curi, pintar betul pencuri tu.
Dia yang pakai beg sandang, dompet letak dalam beg tu, rasanya susah nak buka zip beg tu, ngam pula time tu dia dah keluarkan duit RM150 dari bank, sha rasa dia kena follow dari belakang, kalau tak kenapa pencuri tu tau dimana dia letak dompet tu
Dengar kata, area Inanam tu memang black area, takut juga bila lalu area sana, bila tanya orang lain, orang pun tak perasaan, memang sah pencuri tu main sampuk-sampuk...musykil juga begitu senang dia nak mencuri kan..
Antara barang hilang Duit,IC, card bank, semua pun penting2, kecian dekat dia..
nanti nak kena temankan dia buat IC, sekali buat IC sha kena tukar yang ada 2 muka tu..hihi
Badge button order dengan Kak +Shida Radzuan sangat murah, sha order 20pcs ja, tapi sampai dengan sha lebih 3, alhamdulilah terima kasih kak, yang lain dah packing bagi dekat customer yang beli BAJU I AM, hihi..saja bagi free :) kalau korang nak order boleh PM dia di FB SHIDA sha tak sure dia buat promosi tu lagi ka tak, tapi boleh tanya dia..
Alhamdulilah dah sampai pun, order 2minggu yg lalu, sha ada buat order tuk bisnes dan untuk baju sendiri, dah alang2 kan..buat lah tuk baju sendiri...pink color huhu, ada juga baju design MH370, Blogger, comel2 ja sha tengok, insyaAllah besok sha pos ya..
Biasanya orang alergi seafood kan? yang sha ni alergi kacang, of cos lah tak boleh makan coklat yang ada kacang, rugi tau...nak tau apa yang jadi bila makan kacang juga? ahh..dah macam kera kena belacan, penat mengaru-garu badan, tangan, kaki jangan kata merah, sakit tau..tulah jajal, nak juga makan dah tau ada alergi kan..haha..
Actually tak tahan dengan kuih terang bulan..tau lah kan kuih tu banyak sangat kacang, sekali ngap, dah gatal2 seluruh badan...huhu..
Selain elakkan makan kacang, korang tau tak cara nak baikkan alergi ni?
Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.
Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.