May 26, 2014

Banyak Dugaan Dalam Perniagaan

May 26, 2014 8 Comments
Alhamdulilah sebelum tamat pengajian lagi, sha dah pratikis kan ilmu perniagaan yang sha belajar di UiTM, memang awalnya berniaga kecil2an, sekarang ni dah ada blog shop sendiri [Se-Shop] kira berkembang maju setapak :D

Macam2 sha jual, produk kecantikan, kesihatan dan beralih pula pada printing baju, sangat mengalakkan, sampai tak menang dek tangan bila buka order.

Tapi sangat stress juga bila order yang kita hantar sebulan lebih baru siap, bila dah siap, baju rosak pula, bila nak baiki kena makan masa, aduhai...ok sha cari supplier lain..alhamdulilah siap dalam 3 hari, tapi services kurang memuaskan lah, then baru kena repair balik...dugaan sangat :(

Sha ingat nak stop buat baju dulu, sampai sha dapat supplier yang betul2 high quality and standard price...sha minat maaf kepada customer sha yang dah lama menunggu, penat dari Convo pun tak habis lagi..haha...

May 25, 2014

Review Blogger | Keyra Nazleen

May 25, 2014 3 Comments
 Let me introduces myself first ! ^_^

  Nur Shakira Nazleen binti Mat Nawi 
uolss can call me kira / keyra / leen or leng, as long as it is  still my name, so its okay !
it doesn't matter =)

## i was born on 6 May 1993 ~~ 
[officially 21 y/old]
yeah ! dah puluh an neh, kalo orang tua-tua dulu cakap, boleh dah kawen.. tapi orang-orang tua zaman sekarang, memang tak bagi kawen lagi. katanya,belajar dulu bio tinggi-tinggi, pastu kerja .. dah kerja ada income sendiri, boleh survive sendiri, financial yang kukuh, ha! lepas tuh dah boleh lah kalo nak kawen. hohoo



~ this blog #CeritaHati# or keyranazleen.blogspot.com is my officially blog. ~
I started writing since May 2012..
# almost  2 years as a part time blogger. #

FYI, ambe berblog neh pada awalnya just untuk suka-suka je. maklumlah, kat realiti pun dah memang suka bercerita, di alam maya neh lagi lah, haa, memang sesuai lah, kalo nak bercerita, bior jimat sikit saliva ambe neh, tak payah berbuih mulut nak kongsi cerita. hehe

apa yang ambe blog kan? mostly, lebih suka share tentang kehidupan ini..
students life / nursing profession / review buku / join segmen ,contest
 and lastly part of my life, that is my family and my friends.
i luv them much, much !! so, once i blog about them, i'll appreciate them, and i hope that they know i really , really, really love them .. :')

bila berblog neh dapat ramai lagi teman, seriously! sangat happy even kita tak kenal each other, tapi kalo ada perkongsian ilmu, or pertanyaan mesti sama-sama kan berhubung macam dah bertahun-tahun kenal. memang kan cepat mesra. !  am I right? 

- "Lahirlah kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya,
tetapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, in adalah hakNYA pula" -


im uniszarian student.. (Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu)
Diploma Sains Kejururawatan ..
im Nurse to be, you know! so believe me, i'll treat you professionally when/if u're my patient. ~~

doakan saya supaya jadi jururawat yang professional, anak yang soleh dan berbakti pada ibu bapa, sahabat yang baik dan berguna pada rakan-rakan and the most important is menjadi seorang hamba Allah yang sebaik-baik hambanya. insyaALLAH, amin..

~ terima kasih ~
Kalau korang nak timbul dalam ruangan Review blogger secara FREE..boleh email sha ;- opzzpinky@yahoo.com,sha akan masukkan dalam entry dan iklan banner selama sebulan..tertakluk kepada terma dan syarat tau..hihi..PM copat !!

May 24, 2014

SAH !! Cadbury ada DNA Babi

May 24, 2014 5 Comments
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadbury Dairy Milk.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
 
"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
 
"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya," jelasnya.
 
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan.


Ya Allah, untuk pengemar coklat ni, sha faham perasaan korang, mesti sedih kan, baru nak beli untuk releasekan tension, dah ada statement ni, nasiblah sha tak berapa suka yang ada hazel..

May 23, 2014

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

May 23, 2014 2 Comments

Mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan. 

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati. 


Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi.

Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah. Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

May 22, 2014

Sesampainya aku di KL

May 22, 2014 5 Comments
mak aih..beratnya beg
17 Mei | hari pendaratan sha di KLIA 2 dengan menaiki Air Asia, 1st time ni pijak terminal airport yang baru dibuka awal bulan Mei, nasib tak sesat..maklumlah besar sangat..kalah beg sha :P berat tau nak pikulnya..hihi..

Ini kali ke 3 sha ke KL, kali ni motif utama nak attend convo selebihnya nak habiskan duit yang dikumpul selama 5 bulan kerja..haha..penat2 ja kumpul, keluarnya macam air paip..hihih...

Sesampainya sha di airport, thanks tau Abg Raman sanggup ambil dan hantar sha pergi balik ke airport, jasa mu dikenang kikiki...lepas tu belanja sha makan favorite food KFC...erghh..alhamdulilah, ayam 2 ketul licin, lapar sangat time dalam flight..haha..

KL, peace yooo ~

Lepas makan, kita lepak dekat KLCC, dulu time sha pergi KLCC just limpas (lalu) ja kawasan ni, tak pernah pun masuk dalam, rupanya ada shopping mall, ok jakun kejap..haha..letih belum habis lagi, so mood untuk shopping belum ada..sebab dok fikir nak shopping tudung ja..haha..

santai depan KLCC, cantik !!

sha suka ja dengan gaya candid ni :P

eh !! awat tu?

Penat juga jalan2 pusing area KLCC, tembus menembus ja jalannya, ramai orang jangan ceritalah, maklumlah time tu weekend kan..sha ada juga pergi KLCC time malam, sangat cantik !! kita move ke hari seterusnya..hihih


Cahaya lampu menyinari hidupku, thanks orang sebelah kiri dan kanan sebab inter-frame haha..well, gambar diambil oleh kawan sekolah sha, hari kedua sha di KL, comel kan :P 

Nak ambil gambar ni sangat adventure, sebab nak kena berdiri depan tembok yang sejengkal ja lagi nak jatuh, mak aih..nasib pandai imbang badan haha..

Ok kembali ke hari sebelumnya..


Gambar candid dari abg Raman, sangat suka ambil gambar tapuk2 (sembunyi2)

Cerita pasal shopping di Muaz Masjid India, memang kalau pergi KL mesti shopping dekat Muaz ni, murah sangat shawl dan tudung kan..maka sha pun borong lah tudung dan telekung lycra di jalan TAR RM25 murah kan..kalau di Sabah RM60 tau..so sha beli 3 satu tuk my niece, telekung budak RM19.80

Sha ja yang geleng kepala, rambang mata tak tau nak habiskan duit, terlampau banyak sangat nak dibeli..haha lucu..lucu, sifat azali wanita...siapa tak juling mata kalau nampak SALES kan :D

Lepas tu sha bermalam di UITM Puncak Alam di Sg. Buloh, pinjam bilik satu malam sebelum menanti kawan2 datang, actually kita stay KL ja, tapi memandangkan sha datang awal sehari, so sha tumpanglah hostel kawan, nak tidur dihotel sorang2, sorrylah sha bukannya berani sangat haha..lagipun save sikit duit..kikiki..

Cerita sehari sebelum konvo, nanti sha sambung ya..

Penat yang teramat PENAT

May 22, 2014 4 Comments
Photo: Menanti kecukupan ahli..stay di area kl center ;)
Amboi gambar tu, trep candid..haha..well dah seminggu blog tak terupdate, busy dengan convo, busy dengan shopping, sangat penat, tapi alhamdulilah Allah permudahkan semuanya...

Dan, tidur dah terbalas, tidur mati yang amat, langsung tak sedar hihihi, balas semua tidur yang tak cukup sejak dari mula tiba di KL dan hari ni sambung kerja waaaaa...sokay, cuti dah habis

Nanti ja sha cerita pasal Convo dan Shopping sha di KL
Tunggu tau..hiks

May 14, 2014

Review Blogger | Syira Lokman

May 14, 2014 8 Comments

My name is Wan Syahirah binti Mior Lokman. You can call me Syira for short. 
Dilahirkan pada 21 Mei 1994. ( haa...cepat kira umur Syira berapa dah  :D)
I started blogging since I was 17. 
I'm just ordinary girl with my extraordinary life..!
Bermula hanya sekadar suka suka but now i have my own mission :)
Mempunyai 5 adik beradik and Syira puteri tunggal ke4 yang
bercita cita untuk memiliki butik pakaian, yayasan kebajikan dan buku hasil penulisan Syira sendiri.

This is my personal blog,
Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
 fashion, resepi, tips blogging, book review and giveaway.
Saya menulis untuk semua ^_^
My writing comes pure and sincerely from my heart. 
I hope you will enjoy reading my blog as much as I do :)


Other than URL given, I do not own any other social media network.
Kalau ada pertanyaan, nak minta tolong atau nak Syira review produk, online shop, butik, tolong kumpul sumbangan/derma atau sebarang urusan, please add fb, follow twitter atau pun email je :)
insyaAllah i will help you :)
* Syira lebih aktif di fb !

Facebook : https://www.facebook.com/wan.syahirah.75
Twitter : https://twitter.com/SyiraLokman
Email : syiralokman21@yahoo.com.my
Page :Blog Syira Lokman 


Jangan sibuk mencari kesempurnaan bila diri sendiri masih tenggelam dalam kekurangan. 
Kesempurnaan itu tidak akan pernah menjadi milik manusia tetapi 
hanya milik ALLAH :)

### Saya menulis untuk diri sendiri, 
untuk orang lain, 
kamu, mereka atau sesiapa sahaja :)
moga bermanfaat !
Bersama sebarkan kebaikan dan kasih sayang ^_^

Kalau korang nak timbul dalam ruangan Review blogger secara FREE..boleh email sha ;- opzzpinky@yahoo.com,sha akan masukkan dalam entry dan iklan banner selama sebulan..tertakluk kepada terma dan syarat tau..hihi..PM copat !!