June 9, 2014

Gambar - Convocation's Day

June 09, 2014 14 Comments
Alhamdulilah, hari konvo yang dinanti telah tiba, 20 Mei 2014 naik ke pentas untuk terima segulung sijil setelah berhempas pulas dengan assignment dan test selama 3 tahun, akhirnya daku memiliki Diploma in Bussiness Studies :)

Neves yang amat, ini kali kedua terima sijil selepas dapat sijil teknologi komputer dekat ILP dulu, syukur..walaupun tiada saudara yang hadir menyaksikan hari penerimaan sijilku..sedih tapi apa kan daya..

Cerita konco di UiTM Shah Alam...
Bergerak seawal 6.50 pagi, masih gelap lagi bumi Shah Alam...persediaan dibuat dengan memakai baju jubah sebesar baju tidur..tenggelam daku yang kecil ni :P , untuk cover ketinggaan daku memakai kasut setinggi 3 inci..mak aih, rasa macam berdarah kaki ini, siap sumbatkan tisu di kasut, sebab kasut longgar sangat haha...

Jom tengok gambar persiapaan konvo

amboi manjanya nak minta tolong pasangkan topi dengan makcik ni

minta tolong kawan pulak?

tak puas hati lagi??
cepatlah kita dah ready nak wefie ni..

Bila dah masuk dewan, sha tak dapat bergambar sebab HP kong, sayang betul..then gambar atas pentas belum sampai, nanti sha update, harap gambar tu cun sebab dah berabis senyum, takut sangat gambar cacat hihih..
dah selesai naik pentas, mari humban topi lak

kami - BM111A2

selfie dengan bunga

Finally, tahniah buat diri sendiri sebab dapat capai hingga tahap ni, thanks to my family especially this is for my late Dad, sebab dia tak berkesempatan untuk tengok sha naik pentas, sokay, yang penting sha dah buktikan pada arwah yang sha mampu buat dia tersenyum :) 
-the end-

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

June 09, 2014 5 Comments
klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

Gambar - Kami ke I-City

June 09, 2014 9 Comments
17 Mei | hari pendaratan sha di KLIA 2 dengan menaiki Air Asia, 1st time ni pijak terminal airport yang baru dibuka awal bulan Mei, nasib tak sesat..maklumlah besar sangat | Entry Sesampainya aku di KL

Ini kali ke 3 sha pergi ke I-City, [Kali Pertama dan Kedua] I-city tiada beza, cuma orang yang bawa sha pergi sana ja berbeza dengan kali pertama dan kedua pergi sana..namun daku redha :)

Sha suka sangat singgah sini, damai ja ada banyak lampu2 warna warni...time kami pergi ni, hujan renyai2..sama macam sha pergi kali pertama dan kedua..




So kami plan nak buat gambar pre convo, tapi lupa mau bawa jubah dan topi masing2, adapun sehelai ja bawa..rugi sangat2..





Gambar perjalanan konvo akan publish malam ni..tunggu ya..

May 28, 2014

Tempahan Baju Printing I am dan Geek Dibuka

May 28, 2014 4 Comments
Hye korang, jom beli baju printing I am dan Geek, saiz S - 2XL, untuk budak 2-6 tahun pun ada, macam2 warna available Whatsapp sha 012 8427478

Order sampai 3hb Jun dan akan siap seminggu termasuk penghantaraan, harga seperti diatas

May 26, 2014

Banyak Dugaan Dalam Perniagaan

May 26, 2014 8 Comments
Alhamdulilah sebelum tamat pengajian lagi, sha dah pratikis kan ilmu perniagaan yang sha belajar di UiTM, memang awalnya berniaga kecil2an, sekarang ni dah ada blog shop sendiri [Se-Shop] kira berkembang maju setapak :D

Macam2 sha jual, produk kecantikan, kesihatan dan beralih pula pada printing baju, sangat mengalakkan, sampai tak menang dek tangan bila buka order.

Tapi sangat stress juga bila order yang kita hantar sebulan lebih baru siap, bila dah siap, baju rosak pula, bila nak baiki kena makan masa, aduhai...ok sha cari supplier lain..alhamdulilah siap dalam 3 hari, tapi services kurang memuaskan lah, then baru kena repair balik...dugaan sangat :(

Sha ingat nak stop buat baju dulu, sampai sha dapat supplier yang betul2 high quality and standard price...sha minat maaf kepada customer sha yang dah lama menunggu, penat dari Convo pun tak habis lagi..haha...

May 25, 2014

Review Blogger | Keyra Nazleen

May 25, 2014 3 Comments
 Let me introduces myself first ! ^_^

  Nur Shakira Nazleen binti Mat Nawi 
uolss can call me kira / keyra / leen or leng, as long as it is  still my name, so its okay !
it doesn't matter =)

## i was born on 6 May 1993 ~~ 
[officially 21 y/old]
yeah ! dah puluh an neh, kalo orang tua-tua dulu cakap, boleh dah kawen.. tapi orang-orang tua zaman sekarang, memang tak bagi kawen lagi. katanya,belajar dulu bio tinggi-tinggi, pastu kerja .. dah kerja ada income sendiri, boleh survive sendiri, financial yang kukuh, ha! lepas tuh dah boleh lah kalo nak kawen. hohoo



~ this blog #CeritaHati# or keyranazleen.blogspot.com is my officially blog. ~
I started writing since May 2012..
# almost  2 years as a part time blogger. #

FYI, ambe berblog neh pada awalnya just untuk suka-suka je. maklumlah, kat realiti pun dah memang suka bercerita, di alam maya neh lagi lah, haa, memang sesuai lah, kalo nak bercerita, bior jimat sikit saliva ambe neh, tak payah berbuih mulut nak kongsi cerita. hehe

apa yang ambe blog kan? mostly, lebih suka share tentang kehidupan ini..
students life / nursing profession / review buku / join segmen ,contest
 and lastly part of my life, that is my family and my friends.
i luv them much, much !! so, once i blog about them, i'll appreciate them, and i hope that they know i really , really, really love them .. :')

bila berblog neh dapat ramai lagi teman, seriously! sangat happy even kita tak kenal each other, tapi kalo ada perkongsian ilmu, or pertanyaan mesti sama-sama kan berhubung macam dah bertahun-tahun kenal. memang kan cepat mesra. !  am I right? 

- "Lahirlah kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya,
tetapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, in adalah hakNYA pula" -


im uniszarian student.. (Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu)
Diploma Sains Kejururawatan ..
im Nurse to be, you know! so believe me, i'll treat you professionally when/if u're my patient. ~~

doakan saya supaya jadi jururawat yang professional, anak yang soleh dan berbakti pada ibu bapa, sahabat yang baik dan berguna pada rakan-rakan and the most important is menjadi seorang hamba Allah yang sebaik-baik hambanya. insyaALLAH, amin..

~ terima kasih ~
Kalau korang nak timbul dalam ruangan Review blogger secara FREE..boleh email sha ;- opzzpinky@yahoo.com,sha akan masukkan dalam entry dan iklan banner selama sebulan..tertakluk kepada terma dan syarat tau..hihi..PM copat !!

May 24, 2014

SAH !! Cadbury ada DNA Babi

May 24, 2014 5 Comments
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan penemuan DNA babi (porcine) dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu dengan Kacang Badam jenama Cadbury Dairy Milk.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan analisis yang diambil dari tiga sampel, dua daripadanya didapati mengandungi porcine manakala satu lagi produk iaitu Coklat Susu Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi DNA tersebut.
 
"Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
 
"Kami ingin menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya," jelasnya.
 
Orang ramai dan pengguna boleh merujuk laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq untuk sebarang soalan dan pertanyaan.


Ya Allah, untuk pengemar coklat ni, sha faham perasaan korang, mesti sedih kan, baru nak beli untuk releasekan tension, dah ada statement ni, nasiblah sha tak berapa suka yang ada hazel..

May 23, 2014

Sinopsis Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

May 23, 2014 2 Comments

Mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya Pak Halim. Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat. Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tajul Razin yang menemani ibunya berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan. 

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati. 


Indah terkejut mendengar kisah sebenar daripada Yazid bahawa Mak Mariah dan Zawati memang sudah membuat rancangan awal untuk sabotaj. Akhirnya, Indah berusaha mencari rezeki di Kuala Lumpur. Takdir menemukan Indah semula dengan Datuk Safiyah. Oleh kerana kagum dengan perwatakan Indah yang lemah lembut, pandai mengambil hati dan juga seorang yang cekap dalam melakukan tugasan, Datuk Safiyah telah mengambil Indah sebagai pembantu peribadi.

Malahan, Indah juga dipelawa untuk tinggal bersama keluarga Datuk Safiyah. Namun, Tajul Razin bersikap dingin terhadap Indah dan sentiasa berprasangka buruk terhadap Indah. Bagi Tajul Razin, perempuan tidak ada yang sempurna di matanya, hanya menyusahkan. Akan tetapi, Tajul Razin tidak dapat menafikan Indah sangat istimewa bagi ibunya, Datuk Safiyah yang sering diselubungi kesepian.

Lama-kelamaan, Tajul Razin terpikat dengan kebaikan Indah. Indah juga menyimpan perasaan terhadap Tajul Razin, Bagi Indah, jika hadirnya perasaan cinta antara mereka berdua, ia pasti sebuah cerita dongeng yang sukar direalisasikan. Tambahan pula, kepulangan Tajul Fahin, anak kedua Datuk Safiyah yang merupakan seorang kaki perempuan juga menaruh hati terhadap Indah. Tajul Fahin sanggup bersaing dengan abangnya, Tajul Razin untuk memikat hati Indah

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan hampir memusnahkan harapan Indah untuk bersama-sama dengan Tajul Razin yang dicintai sepenuh jiwa dan raga. Tajul Fahin berjanji akan berubah selepas berkahwin dengan Indah. Apakah Tajul Razin akan berkorban lagi demi keluarga dan juga adik-adik kesayangannya? Apakah yang bakal berlaku seterusnya?