June 22, 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

June 22, 2014 11 Comments
klik banner yup !!
Hye Nuffnang, Kali ni nak bercerita tentang nuffnang, alhamdulilah bekerjasama dengannya, sha dah 2 kali cashout (satu belum paid) kali Pertama dan Kedua banyak dia bagi BE dekat Blog sha..thanks sangat2 

Cerita BE dari Nuffnang

Secara tidak langsung entry pasal BE ni, meningkatkan view page tau..mempromosikan dan dapat income..bukan susah nak cari duit dari blogging ni, yang penting kita tetap aktif dan jaga rule dari nuffnang..Insyallah..

Setakat ni belum ada lagi dapat jemputan tuk hadiri event dari nuffnang, heeee maklumlah blogger biasa ja, hahaha..tapi apapun, tak rugi bela nuffnang ni :D

TQ Nuffnang, 
penjana income anda :D

Cerita budak OKU dikurung dalam bilik

June 22, 2014 4 Comments
Budak OKU Di Kurung Ibu Sampai Kering
Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. 

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari. 
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Foto
FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.
Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. 

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya. 
Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Sumber :Harian Metro

June 20, 2014

Cara Letakkan Bloglist dalam Pages

June 20, 2014 3 Comments


Yes, finally dapat juga buat ni, susah sangat nak explored..google pun tak jumpa benda ni, so dengan senang hati, sha nak share..bukan apa..kadang bloglist letak di sidebar, banyak guna ruang..semak dan agak berat kan..so untuk memudahkan korang, meh letak di pages/menutab..caranya simple ja..

Langkah 1. 
a. Mesti ada menutab/pages [untuk bloglist] macam dalam gambar atas tu :D
b. Mesti ada widget bloglist dan senarai blog yang telah diletakkan [blog sha, jangan lupa :P]
#kalau tiada, sila buat :D

Langkah 2.

Langkah 3.
a. Open Template, tick expande code [yang bentuk I>..jumpa kan?]
b. Cari widget Bloglist [klik scroll pada jump to widget]
c. Copy Code <b:if cond='data:blog.url == &quot;url_bloglist&quot;'>
d. Paste bawah <b:incluable id=main'>
e. Save dan akan keluar error [jangan panik]

f. Copy </b:if> dan paste atas   </b:includable>
g. Kemudian save sekali lagi

Langkah 4.
a. Klik bloglist pada pages/menutab [belum timbul lagi bloglist disitu, jangan risau] 
b. Copy url bloglist
Langkah 5.
a. Ulang langkah 3 dan paste url bloglist macam gambar dibawah
b. Save

Dah siap...senang kan..tutorial kali ni, gambar agak besar, so senang la nak rujuk,dan tutorial ni sha buat dari template Blogger INI, [sebab dia yang request, sha buat], dan idea asal dari SINI, sha cuma rujuk gambar sahaja..

TQ :)




June 18, 2014

Edit Blog MamaJue Papa Mimi

June 18, 2014 5 Comments

Alhamdulilah setelah gatal tangan ni nak mengedit, akhirnya mangsa edit blog berserah diri dan berpuas hati dengan hasil tangan sha yang tak seberapa ni..actually tuan blog nak seiras2 dengan blog INI tapi sha dapat idea baru..cece...so blog dia jadi mangsa sebab tuan blog nak sha design ikut suka hati sha..so sha bedal ja la..

Maka terciptalah tema blog reben, color pink and grey...
Tuan blog siap promote sha lagi tu..thanks kak

Meh nak promote sat :)
Jom terjah...follow ramai2..tambah ukhwah..



Untuk tempahan seterusnya sila PM #Sharina Elyana atau Email : opzzpinky@yahoo.com

June 16, 2014

Keyword Hari Bapa

June 16, 2014 2 Comments

wah tak sangka keyword ni bertandang selama 2 tahun termasuk tahun ni, sempenan father's day..malangnya sha malas ja nak buat entry pasal hari bapa, sedih sebenarnya..hukhuk...apapun banyak juga keyword yang lain datang...teruskan mencari diblog usang ni..hihih


Al-Fatihah buat ayah tercinta..
hargai mereka yang masih ada...




Zombie vs Plants Game

June 16, 2014 3 Comments
Game mana yang bukan timbulkan stress itu bukan game orang dewasa..haha..game budak2 tu ja yang hilangkan stress kan..kan..sedangkan Dota pun, main sampai tak tidur, nak jaga 'kampung' sangat :P

Tapi bila jumpa game ni, memang best dan mencabar..part nak susun alat2 peperangan tu kena ada strategik..tapi bila dah menang, jemu pula nak main balik hihih...

Game ni ada 5 Level, dan sha da habiskan dalam 2 hari, yeah...dapat juga kalahkan zombie tue, geram juga, lepas tu continue dengan part survival susah tauuu...jap lagi nak habiskan :D

Lama dah sha tinggalkan alam permainan macam zombie ni, since ada blog..apatah nya blog boleh buat duit :D

Ada game yang buat orang ketagih..macam game Candy Crush Saga hari tu...susah juga mau berhenti, dah sampai level 132 susah bukan main..tengok pun stress hihih

Korang main game apa? mari share :D


June 15, 2014

Quote - HafizHamidun #1

June 15, 2014 5 Comments
Semestinya sha di antara salah sorang peminat Hafiz Hamidun, bukan kerana kehenseman nya, tapi disebabkan agamanya iaitu Islam..cecece...actually sha suka Hafiz Hamidun ni dari zikir yang dia nyanyikan, merdu sangat..

Namun sha bukan aktif sangat twitter nasib baik dia repost di FB..
So sha copy quote dari dia dan akan olahkan sedikit..

Jodoh tu bukan hanya apabila kita tunggu selama bertahun2, Confirm nikah..bukan..Allah hanya menjanjikan jodoh yang baik tuk diri kita yang baik, bak kata orang jika berkenan jangan lamakannya, bina 'Masjid' tu benda yang baik, dapat pahala..

Tapi kita sibuk terkejar2 orang jauh, lepas tu putus, kita tak tahu yang orang depan mata kita, tup..tup jodoh yang telah Allah rancang..Subhanallah..hebatkan Kuasa Allah..

eh..dah macam cerita sha pula..opss..
Insyallah kalau ada orang yang dekat nak, itu lebih bagus kan..
adakah?