June 28, 2014

Felixia peluk Islam 5 Ramadan

June 28, 2014 7 Comments
Felixia Yeap
"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya.

Status Dari FB Felixia5 Ramadhan ini...saya bakal "dilahirkan semula" sempena tarikh lahir saya (3 Julai). Semoga semua dapat selitkan doa untuk saya lebih tabah, dan terus istiqamah di perjalanan baru saya nanti.

Terima kasih semua. 
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua yang ikhlas mendoakan untuk hidup baru saya dipermudahkan... 

June 27, 2014

BE | Ikea - June Sale Campaign

June 27, 2014 4 Comments
Alhamdulilah, rezeki nak puasa, Nuffnang bagi setempek lagi BE, eh !! nuffnang wajah baru kan? sha baru perasaan, baru teronline ni ah..hihi..dan kali ni on9 guna broadband baruu...tak guna hotspot dah, habis HP sha hang gara2 guna hotspot...alhamdulilah..lepas ni nak siapakn tempahan edit blog pula :D


 The Ikea Sale start from 28 June - 6 July 2014...
banyak barang promosi..

kalau iklan ni menari2 dalam blog sha..jangan tak klik tau..hihih
tq Nuffnang :D

June 23, 2014

Fungsi Block dalam Facebook

June 23, 2014 0 Comments
Ada orang marah sha block dia dari tengok FB dan Blog sha..dan ini jawapannya..

Bagi sha block adalah jalan terakhir kalau tak nak kan pergaduhan, tak nak kan sakit hati dan lain2 perkara negatif, bukan sahaja dari putus cinta tapi dari kawan2 yang kita rasa sangat merbahaya..

Bak kata pepatah, setiap kejadian itu, ada hikmahnya tersendiri, Mark pencipta FB bukan senang2 nak cipta "BLOCK" dengan tiada fungsi, begitu juga Allah cipta lalat dengan tiada faedah..ada sebenarnya..begitu juga perjalanan kisah kita..terhentinya disini itu sebab Allah dah aturkan semuanya...itulah kekuasaan Allah :) Wallahualam..

Kepada stalkers..sudah2lah jadi stalk FB orang, adapun niat korang hanya nak tengok perkembangan orang yang korang block tu, tapi takut nanti sendiri yang sakit hati..iya dok? 

eh..ni macam cakap diri sendiri ja ni? hahaha..
#SayaBukanStalker :P

June 22, 2014

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida

June 22, 2014 11 Comments
klik banner yup !!
Hye Nuffnang, Kali ni nak bercerita tentang nuffnang, alhamdulilah bekerjasama dengannya, sha dah 2 kali cashout (satu belum paid) kali Pertama dan Kedua banyak dia bagi BE dekat Blog sha..thanks sangat2 

Cerita BE dari Nuffnang

Secara tidak langsung entry pasal BE ni, meningkatkan view page tau..mempromosikan dan dapat income..bukan susah nak cari duit dari blogging ni, yang penting kita tetap aktif dan jaga rule dari nuffnang..Insyallah..

Setakat ni belum ada lagi dapat jemputan tuk hadiri event dari nuffnang, heeee maklumlah blogger biasa ja, hahaha..tapi apapun, tak rugi bela nuffnang ni :D

TQ Nuffnang, 
penjana income anda :D

Cerita budak OKU dikurung dalam bilik

June 22, 2014 4 Comments
Budak OKU Di Kurung Ibu Sampai Kering
Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. 

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari. 
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Foto
FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan.
Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. 

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya. 
Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Sumber :Harian Metro

June 20, 2014

Cara Letakkan Bloglist dalam Pages

June 20, 2014 3 Comments


Yes, finally dapat juga buat ni, susah sangat nak explored..google pun tak jumpa benda ni, so dengan senang hati, sha nak share..bukan apa..kadang bloglist letak di sidebar, banyak guna ruang..semak dan agak berat kan..so untuk memudahkan korang, meh letak di pages/menutab..caranya simple ja..

Langkah 1. 
a. Mesti ada menutab/pages [untuk bloglist] macam dalam gambar atas tu :D
b. Mesti ada widget bloglist dan senarai blog yang telah diletakkan [blog sha, jangan lupa :P]
#kalau tiada, sila buat :D

Langkah 2.

Langkah 3.
a. Open Template, tick expande code [yang bentuk I>..jumpa kan?]
b. Cari widget Bloglist [klik scroll pada jump to widget]
c. Copy Code <b:if cond='data:blog.url == &quot;url_bloglist&quot;'>
d. Paste bawah <b:incluable id=main'>
e. Save dan akan keluar error [jangan panik]

f. Copy </b:if> dan paste atas   </b:includable>
g. Kemudian save sekali lagi

Langkah 4.
a. Klik bloglist pada pages/menutab [belum timbul lagi bloglist disitu, jangan risau] 
b. Copy url bloglist
Langkah 5.
a. Ulang langkah 3 dan paste url bloglist macam gambar dibawah
b. Save

Dah siap...senang kan..tutorial kali ni, gambar agak besar, so senang la nak rujuk,dan tutorial ni sha buat dari template Blogger INI, [sebab dia yang request, sha buat], dan idea asal dari SINI, sha cuma rujuk gambar sahaja..

TQ :)




June 18, 2014

Edit Blog MamaJue Papa Mimi

June 18, 2014 5 Comments

Alhamdulilah setelah gatal tangan ni nak mengedit, akhirnya mangsa edit blog berserah diri dan berpuas hati dengan hasil tangan sha yang tak seberapa ni..actually tuan blog nak seiras2 dengan blog INI tapi sha dapat idea baru..cece...so blog dia jadi mangsa sebab tuan blog nak sha design ikut suka hati sha..so sha bedal ja la..

Maka terciptalah tema blog reben, color pink and grey...
Tuan blog siap promote sha lagi tu..thanks kak

Meh nak promote sat :)
Jom terjah...follow ramai2..tambah ukhwah..



Untuk tempahan seterusnya sila PM #Sharina Elyana atau Email : opzzpinky@yahoo.com