Salam takziah buat keluarga Linda Rafar di atas kepergiaan anak keduanya yang dikenali sebagai memen pada 6 petang kemarin 5 julai 2014 selepas bertarung dengan ketumbuhan kronik...
KUALA LUMPUR: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.
Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.
Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.
Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.
Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.
Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Allahyarham kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.
Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.
Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.
Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.
Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.
Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.
alhamdulilah, payment churp2 berjaya ditapis..1st cashout..dapatlah juga duit sikit...nak beli shawl..hihi..payment dari nuffnang tak dapat lagi sedangkan cash out hari yang sama...harap dapat bulan ni juga..kikiki..
Sha kongsikan dan sebagai rujukan on9 sha secara jeneral link yang diperolehi dari website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk memudahkan semua. Link untuk jadual ada disebelah nama negeri/wilayah. Apabila buka link tersebut, pastikan anda memilih kawasan anda (Zon) yang betul.
ZON 3 - Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu
ZON 4 - Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song
ZON 5 - Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rajang
ZON 6 - Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Debak
ZON 7 - Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam
ZON 8 - Kuching, Lundu, Bau dan Sematan
ZON KHAS - Kg. Ulu Merapok, Kg. Sungai Merapok, Kg. Manchu, Kg. Bukit Puan, Kg. Tanah Sibagol, Kg. Undop, Kg. Sasa, Kg. Bukit Manang, Kg. Merambai, Kg. Limpaki, Merapok, Kg. Bangkatan, Kg. Ladang Lalang, Kg. Lempaki Tengah, Kg. Lempaki Asal, Kg. Languban dan Kg. Patarikan
Yeah !! Ramadhan kini kembali, diumumkan Umat Islam akan berpuasa pada ahad ni, sebelum tu, sha nak minta maaf andai terkasar bahasa, tersilap kata..semoga 0..0 ya..hihi..mari tengok tentang 10 kesalahan paling Femes dalam bukan Ramadhan
1) Tidak sahur.
2) Sahur terlalu awal.
3) Terlebih tidur.
4) Berbuka secara buffet sampai buncit.
5) Belanja hingga membazir.
6) Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
7) Solat tarawih tapi tak qiamullail
8) Puasa tapi tak solat.
9) Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
10) Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Kebanyakaan kita lakukan tanpa kita sedari..maka dengan itu ambil perhatian kepada no 1,4,6 dan 7 semoga puasa kita tahun ni diberkati..dan sha selitkan niat puasa, manalah tahu ada yang lupa hihi..selamat berpuasa..