July 10, 2014

Monopod Pink RM 12.90

July 10, 2014 10 Comments

yeahh..barang dah sampai..mesti korang dah ada kan? sha ja dah ketinggalan nak ada benda..apapun yang semestinya ianya murah dan pink..hihih..sha beli on9 dekat SINI, RM12.90..macam2 barang ada..boleh lah tengok dekat website tu..topup pun sha beli dekat situ..senang...

Monopod !!! Lepas ni boleh lah let me take a selfie...

July 9, 2014

Shawl Lace CT Murah dan Cantik

July 09, 2014 9 Comments
Hello pengemar tudung shawl, kali ni nak mencuba nasib promote tudung yang mula nak femes, maklumlah dah nak dekat raya..rugilah korang kalau tak grab sehelai kan..harga pun bukannya mahal, harga mampu milik...


13 warna idaman anda untuk dipakai hari raya ini, mari belek2 mana lah tau berkenan..

Sehelai HARGA RM 35 Free Postage
Beli banyak boleh murah..manalah tau nak bagi mak, nenek..
Berminat boleh contact :-

BE | Kastam Malaysia

July 09, 2014 3 Comments

Kemarin lekat satu BE, iaitu Kastam Malaysia, baru cek tadi dah melonjat2 CTR..wow..hebat BE ni..tapi tak pernah lagi keluar dari entry blogger lain pasal BE ni, adakah ini betul??

Korang dapat tak juga BE kastam ni??

July 8, 2014

0807 - Hari Lahir dia..

July 08, 2014 5 Comments


Sha memang suka ingat hari-hari yang special..contohnya hari lahir..dan sha ingat hari lahir adik beradik sha..kawan2 rapat dan lain-lain..unik kan orang macam sha..bila ja tengok tarikh, terus automatik cakap dengan mama dan adik2..hari ni hari lahir bapa..kalau arwah hidup, tahun ni dah umur 56...

Tak sangka, dia dah tinggalkan kami sekeluarga 2 tahun lebih..dia meninggal pada 20 0ctober 2012, sehari sebelum ulang tahun kelahiran adik bongsu sha..sekelip mata ja Allah ambil..

Pesanan sha..hargailah orang tua kita, selagi mereka masih hidup..nanti bila tiada akan rasa balik apa yang kita lakukan pada mereka..

Semoga Arwah tenang dan bersama orang2 yang beriman..semoga amal ibadah yang dia lakukan diterima Allah..tiada Ayah sehebat dia..
Al-Fatihah :(

July 6, 2014

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul

July 06, 2014 6 Comments
Sha nak sharing cara penggunaan gear auto dengan betul, sebabnya ramai sha tengok main hentam ja tukar, dan lebih sadis juga, ada yang buat gear tu macam gear manual..tu kerja adik sha !! tapi sha belum pernah bawa kereta auto...hihihi..pelik kan..

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal. Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda. :)

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. Tekan brek kaki
2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. Lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. Lepas hand brek.
4. Lepas brek kaki
5.Tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. Tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang  lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

Semoga tips ni berguna buat kita semua...Insyallah ada rezeki sha nak ambil kereta auto, tak tahan nak memandu manual...sakit kaki ohhh..