Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Apa yang ingin sha sampaikan ini adalah pengalaman dari sha sepanjang menjadi peniaga on9 secara kecil-kecilan, ceritanya begini, sha jual produk yang sha ambil dari supplier secara borong, menyebabkan sha dapat harga murah dan untuk mengelakkan riba atas barang2 yang sha jual murah (mengambil keuntungan sikit)
Kemarin lepas, sha dapat panggilan amaran dari pihak HQ yang menyatakan ada satu laporan mengenai harga yang sha jual murah dari harga asal, untuk tidak menjadi pergaduhan, sha tukar harga dan panggilan tersebut berbaur ugutan dimana pihak HQ akan memalukan sha di laman page mereka.
Ya Allah, bertapa kuatnya dugaan apabila nak berniaga ni..alhamdulilah selepas fikirkan balik, sha jadi bersemangat nak berniaga, tak apalah Allah Maha Mendengar, lagipun sha tak kacau pun perniagaan orang lain kan..yang penting perniagaan sha bebas dari riba dan tipu daya..
Selamat Hari Kemerdekaan ke 57 tahun, kemarin sambut Merdeka dekat KB (Kota Belud) tak rancang sangat pun nak pergi sini, saja tempatkan officemate kaka sha bercuti disini, 1st time pergi KB, selalunya lalu ja, rupanya nampak jelas view Gunung Kinabalu dari KB, ok !! sha baru tauu haha
Perjalanan memakan masa 1jam dari Tuaran, akhirnya sampai di Tagal Kg Lingkubang, Kota Belud, memang best sangat, air sungai deras dan sejuk, kalau korang nak merancang pergi sini, sila bawa baju, rugi kalau tak mandi..T.T
Fee : RM3 untuk dewasa / Kanak2 FREE
Untuk pergi bercuti, makanan jangan lupa bawah, sini siap ada pondok2 untuk korang berteduh, makan dan boleh buat BBQ, tapi kena datang awal, sebabnya cepat penuh
Disebabkan sha tak da bawa baju, ngeeekk..menyesal tauu..so tangkap gambar ja..
Pakai HP Lenovo A880
Camera 5 MP
Boleh lah zoom and blur kan sikit :D
Dan akhir sekali singgah makan durian di tepi jalan KB, dah mahal dah durian ni, sekilo RM6..ini durian susu, kurang manis..tapi boleh habis juga haha...
Maksud tersirat disitu, kita sebagai perempuan kadang2 nafsu tu agak melebih sikit kan..tapi bagi sha lelaki handsome tak akan membahagiakan kita, malah asyik risau dengan dia dek kena usha2 oleh perempuan lain..boleh terima tak alasan sha?? haha
Apa yang penting bagi sha, lelaki tu beragama, of cos ISLAM, kalau dia jaga agamanya, In Sha Allah dia akan jaga kita..dan tambahan nak jadi suami sha, dia mestilah bebas asap rokok...hihi
Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
Kenapa kena minum 3 kali teguk/nafas?
1. Abra' (Melepaskan penyakit)
2. Arwa' (Menghilangkan kehausan)
3. Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?
Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.
Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”
Setiap sunnah yang Nabi buat akan dapat pahala..dan setiap apa yang Nabi lakukan itu ada hikmah disebaliknya, dan minum pun ada tertibnya tau..sha pun tengah praktis dan berhati2 ketika minum, al maklum lah kan..kalau haus dahaga ni, tak peduli dah hal lain macam ni, smoga kita dapat pahala bersama :)
Kesinambungan dari cerita Desa Castle, Kundansang Sabah | Lembu New Zealand tempat ini sebelum masuk simpang Desa Castle, dekat Pekan Kundasang..senang ja kalau nak cari, bagi korang yang suka ambil gambar, tak kira photoshoot untuk pre- wedding pun boleh, tapi tempat ni kira macam sejarah jugalah..Fee masuk RM 2 kalau orang tempatan, murah kan...lagi2 kalau student yang pakai uniform..
Terima kasih kepada Guide ex-classmate orang kundasanga, Cik Ira sebab temankan kami jalan2 keliling Kundasang, dan terima kasih juga kepada kawan2 sha yang sporting, Mel, Qid, dan Wie...Insyallah next trip, kita ke Sarawak pula ya..hihi..
Seronoknya bercuti !! cuti kali ni tak makan banyak duit pun, walaupun begitu, cukup berbaloi dengan mengirup udara sejuk di bumi Sabah..di mana? DESA CASTLE, Kundasang, Sabah. Rugi kalau pergi Sabah, tak singgah tempat ini..dan ini kali ketiga sha berkunjung di SINI, izinkan sha bagitahu tempat ni secara details ok !!
Jarak antara Kota Kinabalu ke Kundasang hanya memakan masa 2jam melalui jalan darat yang sangat extreme sebabnya kena lalui jalan ular 'S' agak pening juga tiap kali lalu..sila sediakan ubat mabuk ya. Kalau naik bas, tambang RM15 sahaja, better sewa kereta, sebab banyak lagi tempat boleh pergi..GPS kan ada :)
Sebelum mulakan pengambaran, kami singgah di kundasang untuk isi perut, sha suggestkan korang makan SINALAU MANUK dalam bahasa melayunya, Ayam Salai perghhh, 1stime makan memang sedap dan ianya HALAL ok :)
Fee untuk masuk, seorang RM4, tapi sebabkan kawan sha ada connected, boleh jadi FREE juga tauu
Kalau nak bergambar dengan anak lembu pun boleh pergi belakang Desa Castle ni, boleh bagi makan/susu kan kambing, tapi agak busuk jugalah..kalau tak tahan, jangan pergi..hihi
Part yang paling best bila kami bersungguh-sungguh kejar lembu-lembu ni untuk photoshoot..agak pemalu sikit tapi kami berjaya juga lah..hihi
Keindahan alam yang paling cantik bila tengok permandangan berlatarkan hijau dan Gunung Kinabalu dibelakang tu..sangat cantik...monopod sangat membantu kami dalam menghasilkan gambar yang cun gilaaa...
Habis...lepas ni ada lagi tempat yang menarik untuk korang kaki ambik gambar..dekat ja dengan Desa Castle...next entry yaaa...
Well, Blog Bonda Ainul dah siap, serba Purple + White, yang paling great sekali header tu, macam rasa pengantin baru ja bila tengok blog kan..alhamdulilah