September 13, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke12 | 5 Wishlist

September 13, 2014 2 Comments
1. Cita2 nak jadi Cikgu - tapi sha pernah jadi Tutor part time
2. Ada kedai sendiri - so tak payah kerja dengan orang lain.
3. Travel ke Korea bersama suami dan anak2 kikikiki
4. Kahwin nanti nak pakai baju kaum KadazanDusun sambil menari sumazau..haha
5. Teringin nak naik Gunung Kinabalu, tapi gayat :(

Insyallah, Suatu hari nanti akan tercapai kesemua wishlist diatas..
Doakan..
Amin..

Cabaran 30 Hari - Hari Ke11 | Kenangan lucu zaman kanak2

September 13, 2014 3 Comments

Zaman kanak2 adalah zaman yang paling best sangat kan?zaman ni xda fikir apa2, asyik makan, tidur main, makan tidur main..haha, tapi sha tengok budak zaman sekarang dok menghadap laptop, hp bagai..dorang pernah tak cuba permainan waktu kita zaman 90an?

Sha listkan permainan yang membuatkan zaman kanak2 sha lucu sangat ya..

1. Main Bubut2 (Kejar2)
2. Main Kahwin2
3. Main Tapuk2 (Sembunyi2)
4. Main masak2
5. Main kayu 3
6. Main getah
7. Main batu seremban
8. Main engkek2
9. Main polis intip
10. Main tapak2 (kad)

Sangat best, sampai lupa nak pulang rumah, bapa tunggu depan pintu siap bawah tali pinggang ditangan..waktu tu balik lewat pun kena fikir dua kali...

Kalau di kenangkan balik, rasa macam nak balik ke zaman budak2..
hihi

September 11, 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

September 11, 2014 9 Comments
BEN ASHAARI
Sha seorang blogger yang minat pink (semua dah tauu) haha, blogger kecil dari sabah, tak femes mana..tak nak jadi femes pun, sebab sha rasa jadi macam ni pun dah ok, cukuplah ada masa nak up entry, ada masa nak jenguk blog orang lain, ada masa nak edit blog orang..hihi

Impian nak jadikan blog sebagai medium blogger lain kenal dengan sha, bukan kerana entry yang mengejar trafik tapi sebagai blog yang ramah.. 

Edit Blog Fieza

September 11, 2014 4 Comments

Tema Pink + Grey, sha suka sangat edit blog tema color pink, gorgeous sangat kan? lagi2 dapat customer yang tak cerewat macam ni, senang ja layan..

Jom terjah
http://chintahati81.blogspot.com/

September 10, 2014

Edit Blog Daisy Perodua Sabah

September 10, 2014 4 Comments

Edit blog kedua dari Puan Daisy yang cute ni (Blog Pertama) tema tetap sama color purple, cuma ni blog business kereta dia..so kena buat sesuatu yang ceria tuk tatapan customernya kan..

Lepas ni dia suruh buat flyers pula, hope dapat buat sebab xpernah lagi buat..hihi

Tengok sepenuhnya di http://dcyperodua.blogspot.com/


Cabaran 30 Hari - Hari Ke9 | 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian

September 10, 2014 7 Comments
Bab lelaki pilihan ni, semua perempuan suka olah, bersungguh2 tau..sebab dia nak lelaki tu wujud walaupun satu-dua ciri2 tiada dalam dirinya, maklumlah lelaki yang sempurna tidak wujud, benar kan? 

Ok, secara ringkasnya sha bagi jawapan pada task kali ni..harap sha jumpa lelaki berkenaan *wink*

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Sha

1. Beragama - Maksudnya Agama Islam dan tahu pasal Islam, jika bukan seorang ustaz, cukuplah dia tahu sebanyak mungkin ilmu Islam, jadi lelaki kena usaha jadi "google" bagi si isteri, lagi2 bab agama..

2. Tidak Merokok - Bebas dari segala pembaziran duit, tenaga dan masa apabila dekat dengan benda alah ni..sha nak suami sha nanti contohi Arwah Bapa sha yang tidak merokok..barulah namanya lelaki Machoo gituu

3. Bertanggungjawab - Tidak mengabaikan tanggungjawabnya dengan ibu bapa dan keluarga, jika dia berbuat demikian, anda mangsa seterusnya..lihatlah si dia waktu dia melayan keluarga, In Sha Allah, dia akan melayan kita sama.

4. Romantik - Jika si dia adalah lelaki yang romantik, ini adalah kelebihan bagi dia, jika tidak cukuplah sekadar mengingati tarikh2 penting..dan hadiahkan bunga ros maybe..atau belanja makan..hahah

5. Memahami dan menghargai - setiap perempuan menginginkan lelaki yang mempunyai 2 sifat ini,.cukuplah dia seorang yang memahami keadaan seseorang yang sibuk, dan menghargai seseorang yang sayang dengan dia.. 

Dan sha yakin, lelaki yang mempunyai ciri diatas wujud sebenarnya..hihihi...apapun, cuma Allah yang menentukan jodoh kita, mintalah..jangan berhenti...

September 8, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke8 | 5 Lagu Cinta Kegemaran Sha

September 08, 2014 12 Comments
Cinta..kau dan aku...takkan mungkin bersatu..*tet* ni lagu perpisahan ni..haha..sha suka lagu yang membuai2 gitu..kalau nak listkan memang tak cukup 5, hihi, so sha listkan veri English songs..

1. My All by Mariah Carey
2. Everytime by Britney Spears
3. Homeless Heart by Jennet
4. Melting by Davichi
5. The one that got away covered by Tiffany and Chester