Semalam tak berapa sihat, so baru nak kejar balik cabaran yang ke 17, 5 perkara yang paling sha rindu sangat2..adalah
1. Sebagai Student - Buat study group, hang out sama kawan, huha-huha dengan mereka, makan bersama, tunggu kawan mandi..cuci kain bersama..menari bersama, kena denda bersama...hihih..nakal..nakal..
2. Zaman Kurus - Waktu ni ngap apa ja pun boleh, tak payah nak jaga badan, tak perlu nak diet bagai...emm...
3. Arwah Ayah T.T
4. Rindu masakan tempoyak durian merah mama..pergh sedap tuuu..
Pada 10 tahun akan datang, confirmlahkan, sha dah kahwin, punya anak ramai, maklumlah sha suka budak-budak, Insya Allah nanti sha nak buka kedai sendiri, time tu senanglah nak urus anak-anak, kalau kerja sendiri ni.
Blog sha pula, pada 10 tahun akan datang sebagai cerita pasal anak-anak dan percutian kami...amboi...sha suka melancong juga, bolehlah share dekat blog..masa tu sha tak ambil dah kerja edit blog, sebab semua blogger dah pandai make up blog dorang..kikikiki
haha..apapun 10 tahun akan datang, rasanya jauh sangat nak capai, entah dapat ketemu ataupun tidak, maka isilah masa itu dengan bekalan akhirat..Insya Allah, dunia akan jadi tenang, sebab kita dah prepare untuk kehidupan yang lebih kekal..walluhalam :)
Memandangkan semester 4 berakhir pada hari ini, aku tekad untuk pulang ke rumah, alhamdulilah siapa tak gembira untuk bertemu bapa tercinta pada hari tersebut, sebab cuti semester 2bulan rasanya, aku manfaatkan cuti semester untuk menjaga bapa di rumah, memandangkan mama bagitahu, keadaan bapa semakin baik..Bapa pernah bagitahu yang dia ingin pulang, tapi risau nanti bapa nda dapat jagaan rapi, jadi mama tunggu aku pulang..
Pada pagi itu, aku liat bangun pagi, sedangkan aku perlu berangkat awal untuk mengambil bas pulang sandakan, dan handphoneku berdetik, banyak kali, ku lihat no adikku, bergetar mau sambut call, dan aku memang jangka, missed call banyak kali pada waktu itu, bukan berita baik.
Aku terkedu seketika, menarik nafas panjang...Bapa tercinta telah pergi buat selamanya...dalam fikiran ku hanya pulang..pulang dan pulang...cepat aku beritahu pada kakak untuk pulang bersama, Tuhan sahaja tahu bertapa sedih aku pada pagi itu..dari awal perjalanan, hingga akhirnya, aku dihujani air mata..mengenangkan pertemuan kami berakhir dengan kepulangan ku disambut dengan usungan jenazah bapa..
Pada hari yang sama, 1.35 pm
Kami sampai diteratak..aku mula masuk perlahan menuju jenazah terkujur kaku, kulihat mukanya putih dan suci, ku peluk erat mama, air mataku tak dapat lagi ditahan..lalu ku kucup dahi bapa, ingat pesan abg ipar, apapun terjadi jangan meraung didepan mayat...ya..aku perlu kuat..aku redhakan pemergiaan bapa tercinta..walaupun banyak lagi aku ingin tunjukkan padanya.
Sungguh, ini kali pertama aku kehilangan orang yang aku sayang, bertapa perit yang aku rasa..semalaman aku menangis dibilik bapa..aku tidur peluk kain basahannya..
Pa..
semoga bapa ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Ok hari ni nak karang cerita pasal kasut pulak, dah macam subjek bahasa melayu darjah 6 pulak da..hihi..ok xpa..jom kita layan..
Kasut sha tiada nama, tak pernah terpikir pun nak bagi dia nama, dan tak kisah harga murah atau mahal yang penting selesa dan cover depan..sejak pakai stokin, sha dah lupa mana perginya selipar dan sandal sha..
Sha suka beli kasut dekat kedai DOSS, Harga paling pun RM30-40 tapi sha beli time ada sale RM19.90 ja haha...sebijik kasut ja yang tahan..yang lain dah tertanggal bunga dan tapak...hahaha
Paling murah sha beli kasut RM 12.90 tak sangka selesa amat, tahan sampai 1/2 tahun, tapi bila dah selalu pakai..mulut dia luka, bila berjalan ternganga2, bila hujan stokin basah..
Sha suka pakai satu kasut sampai dia hancur...lepas tu beli lagi satu...
Belilah kasut yang berjasa pada anda, jangan hanya kerana mahal, tapi yang tutup aurat..
Banyak sangat blog kegemaran sha ni, tapi cabaran minta 5 ja kan? alahai..susahnya nak pilih, hihi...ok, kena pilih juga ni..kikiki, sha pilih based on sha nak sangat hari2 tengok update blog pasal mereka dan blog dia sebagai singgahan tutorial edit blog n so on...mereka ialah..
1. Aina Roseberry - www.ladyainaa.com
2. Uzu - www.kisahemasputih.com
3. Nabila Medan - Nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com
Zaman kanak2 adalah zaman yang paling best sangat kan?zaman ni xda fikir apa2, asyik makan, tidur main, makan tidur main..haha, tapi sha tengok budak zaman sekarang dok menghadap laptop, hp bagai..dorang pernah tak cuba permainan waktu kita zaman 90an?
Sha listkan permainan yang membuatkan zaman kanak2 sha lucu sangat ya..
1. Main Bubut2 (Kejar2)
2. Main Kahwin2
3. Main Tapuk2 (Sembunyi2)
4. Main masak2
5. Main kayu 3
6. Main getah
7. Main batu seremban
8. Main engkek2
9. Main polis intip
10. Main tapak2 (kad)
Sangat best, sampai lupa nak pulang rumah, bapa tunggu depan pintu siap bawah tali pinggang ditangan..waktu tu balik lewat pun kena fikir dua kali...
Kalau di kenangkan balik, rasa macam nak balik ke zaman budak2..