September 29, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke29 | Bunga Kegemaran dan Ertinya

September 29, 2014 3 Comments
Actually tiada idea nak tulis bunga apa, sebab tak tahu ertinya pada sha..haha..so nak taip bunga kegemaran Arwah Bapa sha tanpa ada erti..hahaha..boleh kan?

Arwah bapa sha dulu suka tanam bunga, tangan sejuk, senang tanaman nak tumbuh, alhamdulilah rumah kami sampai sekarang dikerumuni bungan..tak termasuk laman orkid yang dah lama terabai. 

Antara bunga yang Arwah suka tanam adalah bunga kertas..senang berbunga dan cantik kot..pindah rumah pun Arwah masih tanam bunga ni..

Setiap kali pergi ziarahi kubur Arwah, sha mesti cari bunga ni untuk siram dikubur..

ok itu sahaja..sekian :D

September 28, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke28 | 5 Perkara bermula dengan "andainya"

September 28, 2014 1 Comments
Andainya...ada masa nak BW blog kawan yang lain setiap hari..kan best, masa tu ada, cuma tak cukup..terpaksa kumpul satu hari untuk BW semuanya..emm

Andainya...edit blog ini tak menggunakan kod lagi la heaven..senang ja nak buat..tapi rasanya tiada customer kot, sebab benda senang, jadi payah sikit nak hire orang hahaha..so teruskan...

Andainya....KK dan Sandakan ni dekat ja macam naik bas dari Telipok ke Bandar Sierra kan best..boleh tolong mama buat kuih Raya Haji nanti

Andainya....COC bagi free Gems 1000, tak pun 100 gems..ala jangan lah kedekut sangat..susah nak upgrade wall warna pink tauuu..hahaha

Andainya...dapat tidur awal setiap malam tanpa risau dengan kerja yang pending..ohh..susahnya nak pujuk mata bagi lelap dengan aman...


September 25, 2014

Cabaran 30 Hari - Hari Ke24 | Rumah Impian

September 25, 2014 2 Comments
Bukan main mood sekarang ni, dah makin malas nak update blog..nasib baik ada cabaran 30hari ni..entry kemarin lupa nak buat..haha..

So entry rumah impian, of coz warna pink..haks..luar dalam pink pun tak kisah..haha..mabuk nanti orang nak datang...Konsep design ala2 English Style..bunga2an gitu..Jom layan Rumah Impian sha..

Tempat Makan

Ruang Tamu


Bilik Tidur

Dapur

**All the pictures - credit to google

Sungguh..cantik sangat pilihan gambar untuk Rumah Impian sha..hahaha, In Sha Allah, kalau dapat rezeki, setakat dinding tampal wallpaper vintage pun dah cantik..haha..angan ja lebih, rumah sendiri pun belum ada lagi :P

September 24, 2014

Segmen Melastik Bintang : Kenapa Perlu Baca Blog Parenting

September 24, 2014 7 Comments
I is bujang trang..tang..tang haks..well zaman bujang begini lah WAJIB pelajari cara bagaimana nak handle budak2 kan? lagi2 bayi baru lahir..ilmu kan luas, bukan hanya untuk diploma atau degree semata2 kalau anak sendiri tak mampu nak handle..

Kita kena belajar cara mandikan,sukatan bancuh susu, dan sebagainya..sha pernah laluinya sewaktu jaga Asyraf bila mama dia outstation..pengalaman yang sangat luar biasa bagi sha..so blog parenting bagi sha tips terbaik untuk jadi seorang yang prihatin dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas budak2 itu..

Sha akui sejak dahulu kala, kerja jaga budak ni dah jadi kebiasaan, kena jaga adik, kena jaga anak buah, lagi2 sifat sha yang suka kan budak2..adalah sikit2 geram dengan dorang ni..tapi bila rujuk balik blog parenting, sikap budak2 bawah umur 2 tahun masih mengenal persekitarannya, dan jangan pukul bila mereka meragam, itu kerana mereka ini ada sebab tertentu kenapa meragam, contohnya nak tidur atau buang air besar..perlu fahami mereka..


Banyak sebenarnya blog yang sha rujuk untuk mengetahui macam mana parent diluar sana handle masalah bayi baru lahir ataupun budak2 bawah umur 6tahun..contohnya, bayi perut kembung, tak ngam susu dan lain2

Dengan adanya Blog Parenting begini, senang dan mudah bagi sha untuk kaut pengalaman dari dorang untuk buat rujukan..
3 Blog Parenting yang sha suka baca adalah..

1. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/
2. http://www.benashaari.com/
3. http://drzubaidi.com/

Tak semestinya jadi IBU, baru kita nak cari bahan2 untuk buat yang terbaik kepada budak2 tapi zaman bujang beginilah perlu tambah pengalaman supaya nanti dah kahwin taklah stress sangat menghadap budak2 kan..hihih