Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.
Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.
Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?
“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish
“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
Kredit: Suamiku Encik Sotong
Novel Suamiku Encik Sotong bakal diadaptasi ke dalam drama Astro Ria. Drama ini mula ditayangkan 27 Oktober 2014. Menampilkan Sharnaaz Ahmad sebagai watak utama, dan juga Amyra Rosli. Jangan lupa, saksikan drama hebat ni di kaca tv u olls.
Entry saja nak bagitahu Cara Sha Blog Walking hahaha, memandangkan banyak sangat komen pending sejak sha pulang beraya hari tu, so petang tadi beransur2 lah sha gerakkan tangan balas komen dan singgah..
Sebelum tu, sha nak berterima kasih pada blogger yang selalu datang komen blog sha *Tepuk Tangan*, even pun sha sekali ja datang komen blog dorang tu yang marathon berabis tu..ah ambil kau haha..
Cara Sha Blog Walking
1. Buat Entry Baru - Sebelum nak BW kena update blog dulu, kang sia2 orang datang jenguk bila entry dari bulan lepas..tup2 entry tu ja banyak view..komen tak da..haha. Biasanya lebih dari 2-3 entry juga sha buat sebelum mulakan BW.
2. Fokus dengan Komen yang Pending Dahulu - of cos la kan, dah beratus pending, kalau tak jenguk rasa macam lain ja..kan..kan..lepas tu baru jenguk dari Dashboard, FB dan Bloglist (itupun kalau otak masih mampu nak BW) hihih
3. Dahulukan Komen yang banyak - Maksudnya, blogger yang komen secara marathon atau yang paling banyak, sha akan dahulukan, select dan publish komen dorng, bukan apa..senang bagi sha marathon blog dorang pula.
Itu sahaja kot..as long as sha balas kunjungan even 1 komen..jangan sombong2 ya..hihih
korang pula macam mana? sama dengan cara sha atau ada lagi menarik?
Sha ada juga penyakit ni sejak belajar di UiTM, tak sah kalau tak minum kopi/nescafe, tu sebab senang dapat migraine, tapi sekali kena rasa macam nak meletop kepala ni..mata sebelah kiri yang sakit sangat..lepas ni boleh lah try petua ni,.
1. Merendam Tangan dalam Air Dingin
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
2. Berada Di Dalam Bilik gelap
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
3. Mengambil Sedikit Kafein
Migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Lately suka dengan Pelakon dan Penanyi Yong Hwa, dulu pernah join We Got Married dengan Seo Yong, memang sangat padan..sangat romantik, *jeles* hahaha..sebab Yong Hwa ni ada sifat2 lelaki yang sha minat...kalau korang tengok, memang imagine bertapa sweet Yong Hwa ni..so dorang di bagi task buat lagu banmal song..tada...
Lirik Lagu (English)
Ada juga yang komen tanya lagu yang sha letak dalam blog..so tajuk lagu tu Banmal Song by Yonghwa check dekat utube ya :)
Habis ja Boys Over Flower, ganti dengan Heartstring, lagilah melekat depan TV dari jam 12pm. hahah..kalau missed boleh tengok dekat utube..line tenet kena laju baru best tengok..
Kali kedua rasanya dapat non-glitterati..kenapa dia merajuk dengan sha ni? adakah sebab sha kurang update blog sepanjang bulan ni? ohh Nuffnang, maafkan daku, line internet di kampung sangat menghampakan..
Tiket memujuk telah dihantar kemarin, hope nanti selesai masalah..
Tapi korang, sha dapat BE banyakk oohh..adakah ini akhirnya akan dapat sen sahaja?? macam dah biasa haha..korang dapat juga tak??
InsyaAllah hari ini 24/10 bsamaan 30 zulhijjah @ jumaat, adalah hari terakhir utk tahun ini.
Jangan lupa...
Slps Asar hari ini baca Doa Akhir tahun dan perbanyakkan Istighfar sehingga masuk maghrib. Slps solat maghrib baca doa Awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak. InsyaAllah kita akhiri tahun ini dgn Istighfar dan mulakan tahun baru dgn Selawat. Semoga :-
Allah terima semua amalan kita pada tahun ini.
Sama2 bhijrah utk membentuk keperibadian yg lebih sempurna
Meningkatkan amal ibadat yg semata2 hanya kerana Allah swt.
Menjaga kedua ibu bapa dgn yg termampu kita laksanakan.
Membina/mengukuh & menjaga silaturahim antara ahli keluarga dgn lebih baik.
Semoga kita semua diberikan hidayah, keampunan serta rahmat Allah swt..
Tabahlah wahai sahabatku yang kini sedang putus cinta, yang pernah mengalaminya, dan mampu berdiri semula itu kuat..salute !! buat apa nak dikenangkan benda dah jadi, sepatutnya kita lebih bersyukur Allah sedarkan kita dari cinta yang kurang sempurna..
Dan ingatan buat diri sendiri juga, jangan terlampau bahagian dengan cinta yang sekarang..hihi...