December 19, 2014

Tips Mudah Dapat Kerja

December 19, 2014 8 Comments
Sekarang kalau tak kerja, tak dapat duit, lagi2 sekarang ni harga barang semua naik, keperluan dan kehendak mestilah dipenuhi..kan..so jawapan terbaik adalah kerja. Dulu sha agak lama juga menganggur, 6 bulan, lama kan?time tu rajin juga buat kerja part time on9, dapatlah sikit duit..tapi beza dengan kerja makan gaji..dapat saving KWSP untuk masa depan..rugi tau kalau tak kerja...

Sha nak bagi tips untuk dipermudahkan dapat kerja..semoga bermanfaat untuk penganggur diluar sana

1. Beli Newspaper - kalau sha, selalu beli newspaper yang ada vacancy, contohnya di Sabah, Daily Express, beli ini ja tau, sebab majikan suka post vacancy dekat news ni, tu yang cepat habis dijual, so kena awal bangun pagi beli news ni..

2. Cari dekat Mudah.my atau website yang ada vacancy - dekat mudah.my pun antara favorite majikan post vacancy sebabnya murah dan senang nak dapat pekerja..dan sha ada juga like fan page /join group di Facebook yang memaparkan vacancy dekat kawasan sekitar Kota Kinabalu..

3. Jangan memilih kerja - biasanya orang yang memilih ini adalah orang yang lepas graduate, maklumlah tinggi sekolah, kerja kena ok, gaji kena tinggi...buang semua fikiran macam tu, kenalah bermula dari bawah, lagi2 tiada experience..confirm majikan pilih orang lain kan..

4. Dekatkan diri dengan Allah - antara sebab rezeki senang masuk adalah dengan solat ontime, solat hajat dan solat Dhuha,  Allah akan tolong kita bila kita sentiasa ingat Dia.

5. Percaya pada rezeki Allah - ramai orang cakap kerja government akan menjamin masa depan, of course senang loan dan sebagainya, tapi kalau semua kerja government siapa lagi nak kerja di swasta? kan hihih..rezeki masing2 Allah dah bagi, tak kiralah kerja government or swasta..

Alhamdulilah, walaupun sha lambat dapat kerja, tapi tempat kerja sha sekarang sangat selesa,dengan bos dan pekerja lain pun tiada apa2 masalah, itu yang penting..kita taknaklah kan satu office tidak bersefahaman..semuanya ada hikmah..

Ingat semua yang berlaku tu ada hikmah, kalau dah setahun menganggur, maybe lepas ni dapat kerja yang jauh lebih baik,,siapa tahu..Allah adalah sebaik2 perancang..

Good luck ya..


December 14, 2014

Ingat tarikh lahir, sha rasa lebih dihargai

December 14, 2014 7 Comments
Kalau tahun sebelum ni, sha akan buat GA untuk birthday sha, kali ni tidak berpeluang sebab agak busy dengan kerja...bila birthday sha?? alahai..tak ingat lah tu? 13 Disember la..kemarin..dan walaupun biasa2 ja..sha terasa dihargai bila orang ingat tarikh tu..terutamanya FB, thanks to facebook sentiasa alert pasal birth date..

Dan thanks juga kawan2 rapat sha yang wish ontime dekat msg, wechat dan whatsaap..terharu sangat lebih dari dapat hadiah..hihih..

Dah tua so malas dah nak sambut2 birthday ni haha..cukuplah belanja KFC dan hadiah kan patung spongebob..hahaha..demand nampak..

December 11, 2014

Pengalaman ditahan security guard di shopping mall

December 11, 2014 4 Comments


Baca uzu punya pengalaman tentang 3x ditahan security guard disebabkan ATM card dia, sha pun ada pengalaman juga, sebiji situasi dengan uzu cumanya sha bukan ATM card..

Habour Mall, shopping mall baru buka dekat Sandakan, so time tu sha dengan kawan janji nak stay borak2 dicafe sementara sha ada kirim HP dengan dia yang baru beli dekat KL. 

So, HP baru, kotak pun masih baru, ada code tuk scan dekat situ, habis ja deal dengan kawan sha pun pergilah masuk kedai pakaian..tiba2 scanner tu berbunyi kuat, pertama tu sha ingat bukan sha, sebab banyak juga orang yang masuk sekali dengan sha, lepas tu yang masuk tadi diminta keluar, bila masuk balik, turn sha tu yang berbunyi,...Ya Allah, malunya, semua orang tengok...merah betul muka sha time tu hahaha..

Lepas tu security guard tu cek beg sha, tiada apa selain kotak HP, lepas tu sha pun senyum, dia kata ohh..ok masuklah..start situ sha rasa malu sangat..dah takda feel nak shooping, so sha keluarlah..bila keluar bunyi lagi..dah macam nak meletup tahan malu, datang lagi security guard cek semuanya..lepas tu dia kata kotak HP tu yang ada scan bar..sha senyum ja lah tak tahu nak cakap apa dah..

Lelaki hensem keluar masuk ja tengok sha kena tahan..
Malu sangat..arrrrr...
korang ada tak pengalaman macam sha??cer cerita ...

December 10, 2014

Depressed??

December 10, 2014 2 Comments
Motivasi diri, sebab kadang2 kita bukannya sentiasa gembira, kadang diatas, kadang dibawah, macam sha sendiri malas dah nak blogging, tapi bila fikir balik..dulu kerja juga, ada masa juga tuk blogging..sekarang blog yang depressed hahaha..

Cek balik diri kita, tengok kelemahan yang ada...jangan cepat putus asa..tiada orang yang care dengan kita?? silap tu, family kan ada..jangan lupa dorang paling penting tuk kembalikan semangat untuk kita gembira..

So senang kan nak pilih jalan kegembiraan..
eh..ntah apa sha melalut ni..ni mesti kes rindu blog hahaha...
ada yang rindu sha tak??? :P

November 30, 2014

Sinopsis Pinocchio Korean Drama

November 30, 2014 3 Comments


Drama High School Love On tengah pending dekat you tube, 2minggu juga tunggu..malas dah nak tunggu..so kawan ada suggest drama yang paling best, iaitu Pinacchio..episode satu ja dah tahu jalan cerita best..dari episode satu ja sha dah start nangis tauu haha..lagi nak habiskan satu episode tu makan masa 2 jam juga..lewat tidur dan lewat pergi kerja..hahaha..
Credit to : http://tamura-k-drama.blogspot.com/2014/08/drama-korea-pinocchio-pinokio.html

Sha pun baru habis tengok episode 6 memang best giler..anak buah dan pakcik kena fight nak dapatkan info pasal satu kes, sebab dorang tengah training jadi wartawan..best kan sha cerita hahaha..korang kena tengok sendiri tauu..sha tengok dari utube ja..

Sha kan..macam pernah nampak ja Lee Jong Suk ni berlakon sebelum ni..google punya google..rupanya dia pernah berlakon dalam cerita Secret Garden sebagai boyfriend Osaka..hahaha..adui lucu la lelaki hensom macam ni boleh jadi gay..haha

November 27, 2014

Carian google | Kawan terkejut nampak gambar sha

November 27, 2014 4 Comments

Alhamdulilah, keyword contoh resume masih melekat dekat carian google, membuatkan ramai datang ke blog sha..kalau sehari sha tak update pun masih ada yang boleh backup..itulah pentingnya keyword..amboi sha bercakap macam pandai sangat dengan SEO..hahaha

Pagi tadi terkejut juga, kawan whatsapp bagi tengok gambar resume yang sha post dekat blog, terkeluar dalam carian google..sebenarnya sha langsung tak terpikir nak tengok/cari balik entry yang sha post dekat google..hahaha..memang bagi korang hal ni biasa2 ja, tapi bila mana kawan sendiri yang cari sesuatu then dia jumpa blog kita..terasa macam happy ja sha rasa..sedangkan boleh ja taip opzzpinky>image..akan keluar gambar sha semua hahaha...kan..


November 23, 2014

Harga Runtuh - Domain [dot] my RM9.90

November 23, 2014 1 Comments

Wah murah gila tu, jika dibandingkan dengan domain sha yang www.opzzpinky.my ni dalam RM28, so siapa2 yang teringin nak tukar domain boleh lah jenguk di SINI sebabnya promo tak lama..sampai 30hb ni sahaja..

Sha pun nak renew domain, tapi tak tahu nak buat macam mana, tahun lalu dealer tolong renew kan..
ada yang boleh tolong sha tak? hihih



November 22, 2014

Blog terbiar gara-gara COC

November 22, 2014 5 Comments
COC antara punca blog sha terbiar selain dari penat dan busy kerja..tu lah kalau sudah sangat ketagih dengan game ni sampai tahap tinggi malas nak update blog..adeh..tapi sha yakin ada jugalah gamer COC 2-3 orang yang alami perasaan macam sha..kan..hahaha..

Lagi2 setiap hari ada War dekat Clan sha, mana lagi nak cari elixir nak up naga, semua nak up kena guna elixir..kalau nak pakai gems keluarkan duit..memang tak mampu lah..hahahaha..game ni buat sha stress gilaaaa...

Dekat office pun, cerita COC ja la dengan kawan lelaki, sebab sha seorang ja kerani perempuan dekat situ..haha..memang lucu jugalah..

Aigooo..