Alhamdulilah, blog sha kembali wujud setelah 2 hari kena suspend, no view, no comment, all is zero..rasa give up pun ada, rasa nak abaikan domain pun ada, rasa malas nak blogging pun ada..erk? tapi bila fikir balik..sha sunyi bila tiada blog, tiada tempat nak sharing perasaan..ber"jauhan" dengan rakan blogger lain..then sha kuatkan semangat untuk solve this problem..
Ceritanya bermula dari sha, salah buat pembayaran domain 18 disember tu, so ingatkan dia masuk renew juga,jadi sha abaikanlah.. rupanya 15 january, dah kena suspend tanpa notis, buka blog ja dah tak da..ingatkan line streamyx lembap, sebab tak bayar lagi haha..
Dengan pertolongan Blogger Kak Innanie, sebab dia yang urus semua domain, satu malam dah settel semuanya..alhamdulilah thanks akak..memang responsibility person..muahh sangat2..hihihi
Now, dah boleh blogging dah..yeeppyy...
Blog www.opzzpinky.my masih wujud dalam dunia blogging
Sinopsis filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani. Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.
Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?
Kali pertama makan nasi kerabu, time beli dekat Baazar Ramadhan, start dari situ, sha tak makan dah, sebabnya..nasi tu warna biru dan ada rasa pasisang (kumbang entah apa hahaha) langsung tak suka dengan nasi kerabu, then bila last week my BFF bawa makan nasi kerabu, dia bilang sedap sangat..ok fine sha ikut ja, lagipun cita rasa kami sama sejak dulu lagi..hihi
Restoran D'Bulan, Taman Putra Jaya, Jalan Tuaran, dekat ja dengan rumah sha..bahagian atas dekat perumahan tu, owner orang semenanjung, time kami pergi tu baru buka kot..tak ramai orang sangat..tapi kebanyakan orang yang pergi situ, adalah orang semenanjung..
So sha pun tryla nasi kerabu, sha pilih ayam goreng berempah..perghh..sedap sampai menjilat jari..licin habis..memang sedap..terima kasih my BFF bawa sha datang situ, lepas ni nak pergi makan situ lagi..haha..
Selamat bersekolah adik2 sekalian, mesti excited bagi adik2 yang baru masuk tahun satu..jangan nakal2 rajin2 belajar tauu..
Pengalaman sha dulu time sekolah, sha ni seorang yang pendiam, susah nak dapat kawan..trep comellah katakan, haha..dulu dan sekarang sangat berbeza, kalau dulu tiada HP, bila kawan bawa HP, memang orang kayalah..semua berkumpul tengok HP dia, sedangkan HP batu gosok ja haha..
Sha ingat dulu, keluarga taklah senang mana, 2tahun sekali tukar baju baru, kasut siap plaster kalau koyak, beg pun jahit ja..sebab fikir bapa sha kena tanggung adik beradik lain lagi..memang parahlah kena sekolahkan anak ramai..tulah orang ckp 1 ayah boleh jaga 10 orang anak..
Kalau pergi sekolah tu terpaksa jalan kaki..sebab time tu tiada kenderaan pergi sekolah, lagipun ramai kawan jalan kaki, so happening la, borak2 sambil jalan, tak terasa pun jauhnya..sampaikan sha dapat top ten merentas desa setiap tahun..haha..
Belanja sha dulu RM5 seminggu, bapa sha bagi sekali seminggu, jadi jimatla, kalau habis pandai2lah bawa bekal..dulu pun makanan taklah mahal macam sekarang..masih ada lagi nasi kuning 30sen, aiskrim 10sen, sup 50sen, minum dengan straw haha..
Best sangat...kalau nak cerita tak muat dengan satu entry..haha
apapun zaman sekolah adalah zaman yang paling best..kita akan rindukannya
Kuala Lumpur : "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Astagfirullah...terkejut dengan video tadi, kerana terlalu taksub dengan korea sampai hilang akal peluk bagai...perempuan tu yang pertama peluk pinggang lelaki tu, aduhai..sha tengok pun malu la...sha pun gila korea juga..memang tak pernah jumpa korean artis tapi taklah sampai nak buat macam tu..ish..ish..ishh
Sampaikan MC berbangsa Cina pun halang dia buat macam tu, dia pukul MC tu..apa nak jadi entah perempuan2 tu..
eh..lupa nak bagitahu, hari tu sha ada masalah non glitterati SINI,,rupanya sebab sha add blog yang kurang aktif, then bila sha delete blog tu, terus dapat status glitterati tu..thanks nuffnang bagi sha BE awal tahun..
Tapi BE akhir tahun langsung tak gerak..ke mandul??? haha..
ni jalah BE yang tinggal, kalau ada percent, dah boleh cashout dah..tapi taklah banyak mana..haha..
Macam tak percaya ja sha dapat league Crystal walaupun lama juga pertahankan league Gold I, turun naik saja tropy..dan yes..dapat free 250 gems..tapi masih tak mampu nak beli 1 builder memandangkan builder ke 4 adalah 1000 gem..sebab gems dah habis kena boost hari tu..haha..
Apa yang bestnya League Crystal III ni?
Dapat free gems, of cos..dan menang victory pun dapat Dark Elixir oooo...tapi taklah banyak mana 100 ja..dan yang paling penting warna purple tu jarang sangat orang tengok..haha..so sha nak stay lama dulu..sambil farm DE untuk up Barbarian King..
Apa yang tak bestnya league Crystal III ni?
Susah nak farming, lawan kuat jika nak dibandingkan dengan troops sha yang low level, so terpaksalah searching base TH yang sangkut dekat luar..dalam 100k Gold juga habis..nasib lah kalau dapat cover balik..kalau tak..sabar ja lah haha..
Tips naik league Crystal III
Amboi..siap bagi tips lagi kan..macamlah pro sangat kan..haha..
1. Serang base yang TH dekat luar, untuk kekalkan tropy sampai league Gold I.
2. Letak Gold/Elixir storage di luar supaya senang orang nak curi, bila dia dah puas..dia akan Stop/kehabisan troops untuk hancurkan kesemua defense termasuklah Town Hall.
Dan kalau bernasib baik, akan ada tropy dibuang dalam base anda..hihi..kadang tu sampai 88+ juga sha dapat..sebabnya susah nak cari lawan..macam sha cakap diatas..hihi