Rindu zaman sekolah dekat UiTM, berhampas pulas dengan assignment, quiz dan test, kalau cerita pasal ilmu bukan terhad kepada sekolah mahupun universiti sahaja..tapi menimba ilmu ni pun ketika kita pelajari ilmu baru..
Kerja pun kita dapat ilmu, contohnya kita kerja kerani, lepas gradute ni biasanya pengalaman zero, so failing, printing, reporting pun orang lain yang ajar, ilmu itu secara tidak langsung kita dapat dari kerja...
"Rugilah belajar tinggi-tinggi, tapi kerja setakat gini !! bagus tak payah sekolah.."
Mentaliti orang zaman sekarang, sekolah tinggi keluar kena dapat kerja yang bagus2..kalau setakat jadi promoter, baik tak payah pergi sekolah..tapi kalau tak payah pergi sekolah dengan yang pergi sekolah sangat berbeza..berbeza tahap ilmu yang kita dapat..(rujuk statement diatas) nampak tak cara pencakapan orang yang berilmu dan tidak berilmu?
Terkejut sha apabila melihat satu artikel tentang Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah..bagi pendapat sha ianya tak salah jika hanya membimbing atau bertegas terhadap anak tersebut, yang salahnya bila ibu bapa itu sendiri mendera berlebihan menyebabkan anak tersebut trauma dan cedera.
Memang banyak beza antara budak dulu dan sekarang, sebabnya sha adalah budak zaman dulu, nampak rotan pun dah menangis insaf tak buat lagi..haha..bila dah kena sekali, tak nak untuk kedua kali..sebagai pengajaran untuk kita..betul kan?
Setiap budak mungkin ada perangai berbeza, makin dirotan makin jajal tu kena minta doa dengan Allah, mungkin dia nak lebih kasih sayang..beri perhatian untuk dia..jadikan dia sebagai kawan baik..
Tapi budak zaman sekarang ni, terlampau aktif, kepandaian dorang tahan maksima, sikap ingin tahu tinggi kerana zaman sekarang sangat terdedah dengan media sosial..so dari kita macam mana nak membentuk dorang ni..Allahualam :)
Sha antara penyokong kumpulan Zero, pantang undur kecuali operasi..Sabah, of course lah kan..sha suka time dorang buat lawak KRU, artis undangan Stacy dan yang kompang tu..memang lawak gila, walaupun sha tak nampak live dekat TV, sebab tidur awal kerja kan..tapi sha memang akan tengok ulangan..
2 minggu lepas lawak dorang agak hambar, tapi minggu ni memang sepatutnya bagi 5 bintang..sha pun baru start tengok pun dah gelak berabis..ngam sangat tengok time stress..yang paling lucu, Saiful a.k.a Melati..kakakaka...
Untuk minggu ke 11, sha copy dari pencuri movie untuk korang gelak tengok..
Alhamdulilah, blog sha kembali wujud setelah 2 hari kena suspend, no view, no comment, all is zero..rasa give up pun ada, rasa nak abaikan domain pun ada, rasa malas nak blogging pun ada..erk? tapi bila fikir balik..sha sunyi bila tiada blog, tiada tempat nak sharing perasaan..ber"jauhan" dengan rakan blogger lain..then sha kuatkan semangat untuk solve this problem..
Ceritanya bermula dari sha, salah buat pembayaran domain 18 disember tu, so ingatkan dia masuk renew juga,jadi sha abaikanlah.. rupanya 15 january, dah kena suspend tanpa notis, buka blog ja dah tak da..ingatkan line streamyx lembap, sebab tak bayar lagi haha..
Dengan pertolongan Blogger Kak Innanie, sebab dia yang urus semua domain, satu malam dah settel semuanya..alhamdulilah thanks akak..memang responsibility person..muahh sangat2..hihihi
Now, dah boleh blogging dah..yeeppyy...
Blog www.opzzpinky.my masih wujud dalam dunia blogging
Sinopsis filem Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani. Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.
Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?
Kali pertama makan nasi kerabu, time beli dekat Baazar Ramadhan, start dari situ, sha tak makan dah, sebabnya..nasi tu warna biru dan ada rasa pasisang (kumbang entah apa hahaha) langsung tak suka dengan nasi kerabu, then bila last week my BFF bawa makan nasi kerabu, dia bilang sedap sangat..ok fine sha ikut ja, lagipun cita rasa kami sama sejak dulu lagi..hihi
Restoran D'Bulan, Taman Putra Jaya, Jalan Tuaran, dekat ja dengan rumah sha..bahagian atas dekat perumahan tu, owner orang semenanjung, time kami pergi tu baru buka kot..tak ramai orang sangat..tapi kebanyakan orang yang pergi situ, adalah orang semenanjung..
So sha pun tryla nasi kerabu, sha pilih ayam goreng berempah..perghh..sedap sampai menjilat jari..licin habis..memang sedap..terima kasih my BFF bawa sha datang situ, lepas ni nak pergi makan situ lagi..haha..
Selamat bersekolah adik2 sekalian, mesti excited bagi adik2 yang baru masuk tahun satu..jangan nakal2 rajin2 belajar tauu..
Pengalaman sha dulu time sekolah, sha ni seorang yang pendiam, susah nak dapat kawan..trep comellah katakan, haha..dulu dan sekarang sangat berbeza, kalau dulu tiada HP, bila kawan bawa HP, memang orang kayalah..semua berkumpul tengok HP dia, sedangkan HP batu gosok ja haha..
Sha ingat dulu, keluarga taklah senang mana, 2tahun sekali tukar baju baru, kasut siap plaster kalau koyak, beg pun jahit ja..sebab fikir bapa sha kena tanggung adik beradik lain lagi..memang parahlah kena sekolahkan anak ramai..tulah orang ckp 1 ayah boleh jaga 10 orang anak..
Kalau pergi sekolah tu terpaksa jalan kaki..sebab time tu tiada kenderaan pergi sekolah, lagipun ramai kawan jalan kaki, so happening la, borak2 sambil jalan, tak terasa pun jauhnya..sampaikan sha dapat top ten merentas desa setiap tahun..haha..
Belanja sha dulu RM5 seminggu, bapa sha bagi sekali seminggu, jadi jimatla, kalau habis pandai2lah bawa bekal..dulu pun makanan taklah mahal macam sekarang..masih ada lagi nasi kuning 30sen, aiskrim 10sen, sup 50sen, minum dengan straw haha..
Best sangat...kalau nak cerita tak muat dengan satu entry..haha
apapun zaman sekolah adalah zaman yang paling best..kita akan rindukannya