ok..mood tengok korean drama kembali, dah lama tak tengok after habiskan drama the best ever PINOCCHIO syok gilerrr..korang kena tengok tauu...and then hero tetap sama kali ni cerita pasal doktor bedah yang handsome dan sangat setia menanti kekasih hati nya..
Menangis, ketawa sorang2 tu jangan cakap..kalau tengok korea drama tiada feeling macam tu maksudnya drama tu 1/5 hahaha...tapi ini sha baru tengok sampai episode 10, ada 10 episode belum boleh bagi rating...tapi kalau nak sha suggestkan KDrama paling best ialah PINOCCHIO 10/10 best dia..dari episode 1 - 20..hahaha
Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.
Dapatkan anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.
Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambatkan rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.
Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.
Cuti CNY hari tu sha pulang kampung, sangat rindu dengan si kembar [Sepupuku Si Kembar] , maklum lah lama tak jumpa, hanya mengharapkan cuti panjang baru dapat pulang sandakan..huhu...so sampai ja rumah terus bergambar dengan dorang..
Ya Allah gemuknyaaaa..rasa sangat geram tengok dorang ni ahh..kata makcik sha si Adik dah tumbuh gigi..walaupun si kakak hari tu yang demam..erk..boleh pula macam tu kan..dah namanya kembar..hihih
Aktiviti pagi, lepas bangun dorang akan tengok kartun, Tom and Jerry..kusyuk betul tengok sampai kaki naik atas haha..dah macam orang tua..bila sha halang dorang tengok..terus marah..haha..sha pun tak dapat bezakan mana kakak dan mana adik..sebab sama2 dah besar gemuk dan comel haha..
Tengok mata dorang tak berkelip pun tengok kartun..bagus juga ada stroller senang kakak dorang jaga..kalau sha yang jaga confirm tak dapat buat kerja rumah sebab asyik main dengan dorang ja haha..
Ini pula kiriman dari adik sha, si kembar kepenatan selepas kenduri, of cos lah penat kan..dorang adalah fokus utama ibu-ibu bila time kenduri..sebab terlampau comel..hahaha
Tadi time kemas rumah, terus teringat lagu lama yang sha suka nyanyi..tapi sayang kumpulan ni dah lama menyepi..ok sha cerita pasal lagu orang putih, selain Britney Spare, sha suka sangat kumpulan N SYNC lagu It's Gonna Be Me..
sorry, quality video is very bad
Dulu sha suka sangat dengan Justin Timber lake..hahaha..biasalah perempuan mesti suka vocalis..apa yang sha suka dengan lagu ni, adalah lirik dan tarian dorang..sangat enjoy dengan lagu ni..dan sampai sekarang lagu ni still the best..
Apa lagu lama yang korang minat dan sampai sekarang masih dengar?
Lamanya tak update blog..sha pindah rumah, jadi busy sikit kasih cuci rumah, kasih kemas dan sebagainya..alamat rumah dirahsiakan..hihi..tapi kalau rumah sha macam atas tu..Ya Allah, mesti sha tak keluar rumah..comel sangat kan..haha
Rumah yang sha tinggal sekarang ni agak besar gila..sorang ja tinggal memang sunyi sepi lah kan..pakai pun cuma bilik dan dapur..so sha kenalah rajin memasak..haha..sha dah ada dapur sendiri..kena selalu buka google nak masak apa malam ni..
Terima kasih sangat2 pada Bos dan Misis untuk rumah ini..terharu sangat tolong sha kemaskan rumah walaupun penat..terima kasih..terima kasih...
So..jom sha bawa korang tengok rumah baru sha..hihi..
Bilik Utama
Dapur
Ruang Tamu
Rumah masih kosong lagi, Insyallah lepas ni akan beli barang sikit2..tapi bagi sha yang penting selesa dan barang dapur ada, dah ok tu..hihi
Oh ya..siapa yang mahu cari bilik sewa, sha ada 2bilik kosong, ada air cond tauu..kalau korang berminat boleh contact sha [whatsapp only - 012 8427478] sha cari yang serius sahaja, jangan nak mengorat2 ya haha...
Suprise dari boss dan anaknya
Hahaha..dorang tahu sha suka tengok korea, tapi dorang tak tahu sha tak kenal pun artis lelaki diatas ni..hihi...apapun bilik sha, boss yang deko..memang terbaik..TQ boss..
Lepas pulang dari Sandakan, terus kena migraine..tak cukup tidur ka atau lambat makan..entah..dia serang mata sebelah kiri..pedih dan ngilu yang amat..ingatkan bangun dari tidur dah ok, ni sambung pula dekat office..nasiblah boleh kerja lagi..
sha rasa sakit macam cluster tu, dia serang sebelah mata dan sangat ngilu..itu migraine kan?
then sha ada jumpa satu cara nak hilangkan mirgaine..sha belum try lagi..insya Allah nanti sha try..
Harap kuranglah sakit tu sikit kan..atau ada petua lain, boleh ja google hahaha...
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
My boss pun sakit, kecian dia tiada mood dekat office tadi..hihi..
Happy Chinese New Year 2015..awal pula wish nya..haha..tadi kerja half day, untunglah kan sebab orang masih kerja..tapi sha besok dah cuti..yess haha..boss siap tanya cukup tak cuti? haha..kalau ikut sha, cuti sampai habis bulan ok tak bos? terus dia cakap..statement how? ermm..oklah cukup la cuti sampai 24hb start kerja..haha..
Ingatkan nak balik Sandakan besok pagi, tapi disebabkan kakak sha kerja, so terpaksalah tunggu dia..so besok rest puas2 dirumah..lusa pulang..
Sha sempat bagi hamper dekat misis..taklah mahal mana..alhamdulilah dia accept juga..terharu katanya, 1st time dapat hamper..hihi..thanks juga misis and bos bagi angpau..sha terus tunaikan hasrat beli sesuatu..:D