March 25, 2015

Niaga Online di Sabah kena ada premis | Blogshop terpaksa ditutup

March 25, 2015 7 Comments
ShaelyanaShop
Sedihnya bila ambil keputusan untuk tutup blogshop [SE-Shop]..iyalah dulu menjadi side income untung juga dalam ratus sebulan..bila fikir2 balik nak berniaga kena daftar SSM..huuh so complicated.

Actually senang ja kalau nak daftar kan..tapi dekat Sabah..tidak boleh berniaga tanpa ada premis..kenapa dekat Semenanjung boleh ja berniaga atas talian tanpa premis..nak buka premis tu yang tak mampu..huwaaaa...sedihnyaaa

Hari tu kami ada confirmkan di pejabat MAA Kota Kinabalu pasal daftar SSM, lepas tu dia cakap kalau dekat Sabah tak perlu daftar..erk..sha pun dengan senang hati..oh ok tak payah daftar lega...then pergi tanya dekat tingkat atas..sha pun dah lupa apa department..dia cakap kena ada premis baru boleh daftar..susahnyaaa...

So kalau nak berniaga mesti tunjukkan SSM no. kalau orang jual tiada no. tu..mesti customer tak percaya..emm...sha pun tak tahu..undang2 di Sabah dan Sarawak tak sama dengan Semenanjung Malaysia..sedangkan satu negara juga..

So..Close lah apa boleh buat...


March 24, 2015

Bulu Kucing Berbentuk Love | Chibi De Luv

March 24, 2015 2 Comments

Bulu Kucing Berbentuk Love..Subhanallah, indahnya ciptaan Allah..kucing kecil yang sangat aktif dan comel ni, sha namakan Chibi..sha beli Chibi dekat pasar minggu di Gaya Street Kota Kinabalu..hasrat memang nak sangat sangat sangat ada kucing sendiri dekat KK ni..dah pindah rumah, boleh la teman sha dirumah..

Finally, Chibi..u're welcomed in my life..sangat bising oh dia..pagi bising, malam bising..macam baby yang baru lahir..I guess Chibi sekarang umur 2minggu kot..masih kecil lagi..tapi kuat makan..makan pun bising haha...

Bulu dibadan Chibi ada bentuk Love?
Ya..actually masa beli tu, sha tak perasaan sangat..sebab sha tengok mata dia cantik, hitam dan bulat..terus sha pilih dia..bila post dekat momen wechat kawan tegur bulu dia bentuk love..so wow....haha..


Sangat nakal Chibi ni..sha jaga dia macam jaga baby..aww best sangat dapat bela kucing..rasa nak dia kasih bangun sha kerja..haha...sekarang ni boss tengah renovate house dia..rumah dua tingkat tau..haha..nanti ada masa sha update lagi yaa..

Gud Nite Chibi :)



March 21, 2015

Aisyah dan BFM kupas hukum HUDUD

March 21, 2015 8 Comments

Tadi lepas makan, bos tanya pasal Kelantan ada undang-undang baru, sha ni bukan tengok berita sangat..nasib baik ada FB, dapatlah info sikit mengenai isu semasa..maklumlah orang tiada TV haha...so bila bos tanya macam tu, sha jawab ok apa..kalau mencuri boleh potong tangan..see..spontannya aku jawab..hakss..bos jawab ohh..kalau begitu semua orang lari lo..(bos orang cina, kurang tahu pasal Islam) sha senyum ja..

Tapi sha kurang setuju tentang kupasan Aisyah dan BFM tentang hudud di Kelantan..pasal tudung..dia cakap..eh sejak bila ni?ohh sejak ada hudud..emm..rasanya tutup aurat tu dah lama kot..dia Islam tapi tak tahu ka? atau buat2 tak tahu? kuang kuang kuang...

Credit to Youtube

Kata Amran Fans, video ni dah kena delete selepas kena kritik, tapi sayangnya video ni dah kena download sebelum dia delete..so kalau ada apa2 perkara nak dikupas, kena fikir panjang..jangan nanti sesal separuh nyawa :D

March 20, 2015

Losyen Aromaterapi - Premium Beautiful

March 20, 2015 5 Comments

Kadang seharian bekerja, terasa badan penat dan stress..selain fungsi utama untuk melembutkan kulit, Losyen tangan dan badan keluaran Premium Beautiful adalah antara rangkaian siri penjagaan diri yang boleh meningkatkan semangat, melegakan tekanan dan penyeimbangan secara semula jadi dengan haruman.

Sha betul2 suka dengan wangian lavender pada losyen ni..maklumlah sha ni sensitif sangat dengan bauan yang kuat..cepat pening dan hilang mood..tapi dengan adanya losyen ini, secara tidak langsung buat sha releks ja pergi kerja..hihih

Selain itu juga, losyen 350ml ini, ada vitamin E dan B complex untuk membantu menghasilkan kulit yang lebih licin selembut kulit bayi..

Siapa berminat boleh lah contact kak Syiela di Facebook https://www.facebook.com/semekarartie ataupun di Blog semekarartie.blogspot.com untuk tengok produk lain.





March 18, 2015

Jogging @Bukit Padang, Kota Kinabalu

March 18, 2015 2 Comments
Lama gila nda pergi jogging, selalunya santai dekat Tanjung Likas atau dekat Tanjung Aru, kali ni boss bawa sha dan keluarga dia pergi dia punya favorite place..iaitu Bukit Padang..15minit ja dari rumah..memang semangat nak jogging, maklumlah nanti nak naik Gunung Kinabalu ..hakss

Ok permulaan tu, macam biasa..jogging dan warming up sikit, then baru naik bukit yang sangat curam gila..time kami pergi tu agak2 jam 6 lebih, ramai dah turun, kami baru naik..kiranya nak tengok sunset...tahu2 sampai atas dah gelap..naik atas punyalah jauh, gelap pula tu..Ya Allah rasa sangat penat dan down..nak turun..nak turun ja..tapi sha kuatkan semangat untuk sampai stage 1, finally sampai juga..

Credit to google

Rasa kaki macam nak patah..and then sha rasa kaki sha dah terapung2..kepala dah pening..dan rasa nak muntah..mungkin sebab terkejut dengan 1st time naik bukit..hahaha..bila sampai atas tu..terus tanya boss..

"ada short cut tak bos?"
"ada tapi jalan dia lebih teruk"

oh my...lagi tiada bawa spek mata..time tu dah gelap..ahh lantaklah jalan perlahan2 dan kaki sha shaking hahaha...terus teringat time sha belajar driving..sebijik sama !! hahaha

Naik atas tu rasa down sangat..harap next time dah bersedia sebab tak lama lagi nak naik Gunung Kinabalu, cabaran lagi teruk dari tu..huuu...

March 13, 2015

Sinopsis Doctor Stranger - Korean Drama

March 13, 2015 4 Comments
ok..mood tengok korean drama kembali, dah lama tak tengok after habiskan drama the best ever PINOCCHIO syok gilerrr..korang kena tengok tauu...and then hero tetap sama kali ni cerita pasal doktor bedah yang handsome dan sangat setia menanti kekasih hati nya..

Menangis, ketawa sorang2 tu jangan cakap..kalau tengok korea drama tiada feeling macam tu maksudnya drama tu 1/5 hahaha...tapi ini sha baru tengok sampai episode 10, ada 10 episode belum boleh bagi rating...tapi kalau nak sha suggestkan KDrama paling best ialah PINOCCHIO 10/10 best dia..dari episode 1 - 20..hahaha


Sinopsis Doctor Stranger

A man with a genius IQ returns to a life he should have had only to experience alienation and a struggle for acceptance. Park Hoon (Lee Jong Suk) is raised in North Korea for most of his life after his father, a gifted cardiothoracic surgeon, is sent there for a top-secret operation and is not able to return to South Korea. Hoon becomes an accomplished chest surgeon, like his father, and manages to escape to South Korea and goes to work in the prestigious Myeongwoo University Hospital. As he tries to adjust to his strange new life, Hoon finds himself at odds with Han Jae Joon (Park Hae Jin), a Harvard graduate who is the chief of thoracic surgery, while catching the eye of Oh Soo Hyeon (Kang So Ra), Jae Joon’s fiancée and the daughter of the hospital chairman. Anesthesiologist Han Seung Hee bears a strong resemblance to Song Jae Hee (both played by Jin Se Yeon), Hoon’s girlfriend back in the North whom he wants desperately to come join him. Can the genius doctor find the money he needs to bring his love to South Korea and make a new life? “Doctor Stranger” is a 2014 South Korean drama series directed by Jin Hyeok.


March 9, 2015

SINOPSIS NOVEL ISTERI SEPARUH MASA

March 09, 2015 2 Comments

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki, walaupun hanya isteri separuh masa. Walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara. 

Dapatkan anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambatkan rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka. 

Nantikan penghujungnya kisah mereka...

March 8, 2015

Cerita Si Kembar 9 Bulan

March 08, 2015 5 Comments

Cuti CNY hari tu sha pulang kampung, sangat rindu dengan si kembar [Sepupuku Si Kembar] , maklum lah lama tak jumpa, hanya mengharapkan cuti panjang baru dapat pulang sandakan..huhu...so sampai ja rumah terus bergambar dengan dorang..

Ya Allah gemuknyaaaa..rasa sangat geram tengok dorang ni ahh..kata makcik sha si Adik dah tumbuh gigi..walaupun si kakak hari tu yang demam..erk..boleh pula macam tu kan..dah namanya kembar..hihih

Aktiviti pagi, lepas bangun dorang akan tengok kartun, Tom and Jerry..kusyuk betul tengok sampai kaki naik atas haha..dah macam orang tua..bila sha halang dorang tengok..terus marah..haha..sha pun tak dapat bezakan mana kakak dan mana adik..sebab sama2 dah besar gemuk dan comel haha..



Tengok mata dorang tak berkelip pun tengok kartun..bagus juga ada stroller senang kakak dorang jaga..kalau sha yang jaga confirm tak dapat buat kerja rumah sebab asyik main dengan dorang ja haha..


Ini pula kiriman dari adik sha, si kembar kepenatan selepas kenduri, of cos lah penat kan..dorang adalah fokus utama ibu-ibu bila time kenduri..sebab terlampau comel..hahaha

Sha pun nak anak kembar..doakan :P
Kahwin pun belum hahaha...