April 9, 2016

Selepas bergelar siswazah

April 09, 2016 6 Comments
Tahniah buat anda yang bergelar siswazah, alam pekerjaan menanti anda, menjadi kemestian untuk anda berfikir banyak benda apabila sudah melangkah setapak selepas mengakhiri zaman persekolahan, namun bak kata orang, untuk menuntut ilmu itu tiada penghujungnya.

Bagi orang yang kurang berkemampuan, kewangan adalah masalah utama untuk meneruskan pengajian, bimbang didesak dek hutang, ada juga segelintir pelajar memilih untuk bekerja sambilan untuk mendapatkan duit tambahan.

Namun, sesetengah syarikat mengetengahkan individu yang sudah menpunyai pengalaman dua hingga tiga tahun bekerja dalam bidang tersebut. Jika begitu, bagaimana nasib anak muda yang baru habis sekolah untuk mencuba pengalaman itu?

Tidak kurang hebatnya dengan pelajar dari bidang kemahiran dari institut-institut yang mengeluarkan tenaga kerja bertaraf sederhana dengan kadar yuran yang berpatutan dengan kerjasama sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.

Berbalik pada topik pekerjaan, untuk mendapatkan kerja yang kita inginkan bukanlah seratus peratus mudah, namun ianya bergantung kepada rezeki, tapi usaha juga penting dalam mencari rezeki yang halal.

Untuk itu, pencarian kerja berada dihujung jari anda, rajinkan diri untuk mendapatkan info tentang kerja, persiapkan diri untuk mengetahui serba sedikit mengenai syarikat yang bakal anda bekerja.

Pencarian pekerjaan anda bermula di sini: Uni Emirat Arab | Argentina | Austria | Australia | Belgium | Bahrain | Brazil | Kanada | Switzerland | Chile | Colombia | Republik Czech | Jerman | Ecuador | Mesir | Sepanyol | Perancis | UK | Greece | Hong Kong | Hungary| Indonesia | Ireland | India | Itali | Jepun | Korea Selatan | Kuwait | Kazakhstan | Luxembourg | Maghribi | Mexico | Malaysia | Nigeria | Netherlands | Norway | New Zealand | Oman | Peru | Poland | Portugal | Qatar |Romania | Rusia | Arab Saudi | Sweden | Singapura | Turki | Taiwan | Ukraine | US | Uruguay | Venezuela | Vietnam | Afrika Selatan




March 28, 2016

Bukit Padang Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu

March 28, 2016 0 Comments

Gatal ja kaki bila lama tak hiking..eh kejap, rasanya minggu lalu baru ja habis hike BUKIT TIRIG, wow..2 minggu berturut hike bukit nda ka kapisan? hahaha...tapi buat sha tertagih nak naik lagi..nak naik lagi please !! haha..

Untuk Bukit Padang Tun Fuad Stephen sha angkat kain putih, untuk drive ke sana, bukan sebab takut, tapi sebab tak tahu jalan..walaupun banyak kali limpas (lalu) sana..namun hiking punya pasal..ku gagahi juga mencarinya..dan..tup..lokasi ditemui *ngeeee 

Seperti biasa kami mengambil masa petang untuk hiking, sha juga tidak pernah try untuk hiking waktu pagi..berbeza barangkali..haha...


Bermulanya detik pendakian, dengan menerokai sekeliling Tun Fuad, kami memilih untuk tidak jogging sebab simpan tenaga untuk sesi pendakian nanti..haha..dan selfie pun bermula...haks


Kebanyakan gambar diambil hasil dari handphone dan SJ4000 CAM yang sha baru beli 3 minggu lepas, masih belum fasih dengan kegunaanya, jadi jangan tanya kenapa quality dan gambar berbeza..haha..




Jumpa Encik Meow ditengah jalan, eh dia pun nak jogging sama..


Pendakian pun bermula dengan langkahan kaki ke tanah, sebelum sampai ke sini, jogging atas track..selamat kotor wahai kasut yang sedia kotor hahaha..










Ini tangga yang membuatkan sha rasa setiap percubaan pertama mesti FAILED, means that sha pernah pergi sini..yes pernah sekali, time itu sangat tak mampu laluinya..dan banyak lagi alasan yang sangat tak best..haha..lupakan :P




Untuk menjadi seorang SHARINA, bunyi detikan camera tidak pernah lekang dek tangan yang comel..langsung tidak terlepas untuk merakam detik keindahan Alam CiptaanNya, sungguh Amazing !! korang kena datang sendiri untuk merasainya..


Kebanyakan tangga diperbuat dari tayar, sangat unik dan kukuh bagi seorang yang kurus untuk duduk hahaha !!

Candid lah sangat..terima kasih wahai angin yang menyegarkan..

Finally, Sampai ke puncak yang agak tinggi dan curam juga, banyak batu dan pasir berterbangan..sangat damai ja rasa..dan ini memberi peluang untuk kami ambil gambar sebanyak mungkin..lets go bebeh







Kami meneruskan perjalanan ke Puncak kedua, dimana ada mercu tanda di atas batu..memandangkan orang di situ degil tak bagi peluang kami, tak apa..kita gambar dorang sekali..untunglah korang dapat masuk Blog Opzzpinky..hakss


 Ini antara laluan yang sangat CURAM, dimana kiri dan kanan hanya rumput dan pasir...sha dapat laluinya..yeahhh...selfie lagi..



Puas menikmati keindahan, kami pun bergerak pulang meskipun tiada tanda-tanda kami 'dihalau pulang'..haha, haus sangat...balik mesti mau cari 100plus Hydrate kan dirimu..haha..jom berlari turun..opss tak boleh, tangga membantutkan niat berlari..so kita jalan ketam..haha..


Laju ja bila turun, sebab tak pegang camera pun..hahaha



Banyak ikan dekat sini, kalau nak tengok, sila bagi ikan makan roti..confirm semua keluar


Last but not least, 3 Bukit Unlocked !! puas hati dengan pendakian hari ini..kasut tetap kotor tapi semangat yang penting..cumanya tiada perbezaan pada baju blog titew yang titew pakai setiap kali hiking..haha

Quate untuk hari ini..hanya perlu menjadi seorang yang mementingkan kepuasan untuk sesuatu maka itu, berusahalah...cayok !!

March 27, 2016

Esplanad Sipitang Kali Kedua

March 27, 2016 3 Comments
Sebelum aktiviti BANANA BOAT bermula, biasanya kami buat regangan muka, iaitu SELFIE haha...camera dan kami berpisah tiada..big thanks to my handphone murah, sangat berjasa untuk menghasilkan gambar yang terbaik..

Throwback waktu sha dan kawan-kawan bercuti dikampung ahli MiTaKi di Beaufort, pada February lepas..tidak missed untuk datang berkunjung sekali di Esplanad Sipitang yang sangat indah..

Ini merupakan kali kedua mengunjunginya, setelah hampir 3 tahun yang lalu >>Kali Pertama Ke Esplanad Sipitang<< tiada perbezaan yang ketara..cuma kali ini membawa rombongan cik kiah...hihih..





Ini merupakan kali kedua, diri ini dipilih untuk menjadi leader pada gambar kerana taraf kekecilan yang tidak diragui..ok fine hahaha

Daku dan kawan mengatur posisi yang cun melecun sedangkan ianya sama..hakss

Permandangan indah ketika berada dijeti, keberadaan dua jeti yang berbeza..dengan deresan ombak membelah pantai...ketara bunyinya..sangat sedap didengar...hihi...oh daku rindu bunyi itu....

kesasteraan ku terungkap >.<



Namun, untuk menghasilkan gambar yang unik bukanlah begitu mudah, ianya mengambil kira had kesabaran pengetik camera..hahhaa..terima kasih pakcik pejal berusaha untuk menjadikan kenangan kami diabadikan dalam sebuah gambar..


Terima kasih segalanya buat sahabat MITAKI TEAM, korang sangat sporting, tidak mengira jantina kita tetap sahabat..bila lagi kita dapat mencipta kenangan sebegini? Rindu Sipitang...

March 25, 2016

Masalah dan Penyelesaian Kecacingan Bagi Anak Kucing

March 25, 2016 2 Comments


 
Bagi pencinta kucing, mesti korang tersangat risau bila kucing kesayangan korang sangat kuat makan still kurus dan perut kembung, banyak sangat cacing ikut makan sekali..that's why perut kembung...kesian NyakNyak...

Sebelum ni CHIBI juga pernah mengalami kecacingan, apa yang sha buat time tu, beri ubat cacing manusia..tapi ngam dengan perut CHIBI, makan masa seminggu juga proses pengeluaran cacing..hahha..

Tanda-tanda Kecacingan :-
  • Kurus dan berat badan sukar naik
  • Sembelit mahupun cirit birit
  • hadirnya darah pada najis
  • Warna najis gelap dan hitam
  • Perut buncit, tak mahu makan atau terlebih makan,
  • Hilang berat badan walaupun makan dengan seimbang
  • Gusi pucat tanpa sebab, lemah
  • Bulu tidak berseri, kusam
  • Berlaku radang kulit terutama pada celah kaki (larva sedang bermigrasi)
Tapi kucing sha taklah mengalami penyakit kecacingan yang serius meski dorang langsung tak pernah meluah..meow..meow..itu ja sha dengar...namun sebagai manusia yang prihatin dengan haiwan peliharan kita, berdosa tau tak jaga kebajikan haiwan !!!


So, sha berhasrat untuk membeli ubatan untuk masalah NyakNyak...apalah sangat Ringgit yang kita labur jika dibandingkan dengan kesihatan mereka..sha cukup jaga kebersihan kucing sha ni..every week kena mandi paling kurang seminggu sekali, kalau sha rajin 3-4 kali seminggu..ngekkk

Baja Pet's RM35.00
Kecacingan Tonik RM15.00
Botol susu untuk bancuh..
Injection RM2.00

Caranya nak bagi makan ; Bancuh sekali 2 ubat tersebut dan suntik ke dalam mulut anak kucing yang kecacingan sehari 2 kali..pagi dan malam, KUCING MENGANDUNG DILARANG !! kebiasaan mulut kucing akan berbuih..dan mereka sama seperti kita tidak suka makan ubat..sila paksa ya..hahha

Ubat ni sha beli dekat Tamu Giant Kolombong...setiap hari sabtu dan ahad..

Tapi kesannya boleh dilihat sekali makan sahaja..Alhamdulilah, NyakNyak dah kempis perut tanpa bersenam..dah tak boroi dahhh...makan seperti biasa..happy bila tengok kucing-kucing sha sihat walafiat.

BONUS TRACK : RESEPI MAKANAN KUCING YANG LAZAT


Rebus ayam dan labu secara berasingan..lenyek labu dan cincang ayam..asingkan tulang..lepas tu gaul sekali semuanya masukkan baja pets setutup...

Kucing korang terpaksa makan jika lapar hahaha..taklahh dorang sangat suka resepi ni..nanti try ya..,..
Korang juga turut berselera..jangan bertukar jadi kucing, sudah..hahaha...