Segmen ini berlangsung bermula 3 Julai sehingga 20 Julai 2017 @ 2 petang, dan senarai penyertaan akan diumukan pada 22 Julai 2017, untuk join korang boleh klik klik banner ya..
Assalamualaikum, Selamat hari raya semua readers yang dikasihi, alhamdulilah dah masuk bulan syawal walaupun sha lambat up entry busy yang teramat sangat guys, lupa nak buat schedule entry, once again SALAM 11 SYAWAL, eh sedar tak sedar dah 11 syawal kan? ok..sha baru nak share gambar 1st raya hakss..
Macam biasa 1st raya sha memang akan jadi wanita melayu terakhir yang stay dirumah, cuci piring, kemas rumah dan layan tetamu, penatss tauu, of cos tiada masa untuk keluar beraya tapi still excited pakai baju raya, haha.
Raya tahun ini sha pakai baju color purple, tapi agak menyedihkan baju raya tahun ni ada cacat sikit, buatkan sha jadi pendek dan gemuk, atau memang semula jadi?? hahah..
Apapun, tetap boleh raya kan..tetap ada orang yang sayang haha..itu yang penting..
Soalan Popular tahun ini, sama dengan tahun lalu punya soalan, iaitu "bila nak kahwin?? dan Mr T bila datang beraya?" so sha tak kekok bila menjawab haha, dan soalan baru sha dapat dari orang iaitu, "bila kita nak duduk (bersanding) bersama?? erkkk??? hahaha sha apa lagi *tunjuk jari manis* hahaha..terus hilang chia chia chia dia...:P
Sikit ja gambar raya pertama sha, raya kedua pakai baju tahun lalu, raya ketiga pun sama, tapi raya tahun ini amatlah sederhana, mood pun kurang, mungkin sebab raya single kan? InsyaAllah tahun depan mungkin berdua..doakannn..hihhiii
Assalamualaikum, Alhamdulilah, majlis bersungkai antara blogger selesai dengan jayanya, walaupun sha nda dapat join atas urusan jarak, namun sha tetap mau juga buat entry untuk kejayaan menganjurkan pertemuan pertama sesama komunity Sabahan Blogger ini
Pada Jumaat yang lalu, 16 June 2017, bertempat di Bies Kitchen Kota Kinabalu, Sabah telah diadakan majlis sungkai yang disertai seramai 9 blogger wanita dikawasan sekitar Kota Kinabalu
Yang pastinya korang sudah lama mengenali dorang semua, paling sporting dan happy go lucky semuanya, walaupun sha tidak dapat turut serta, tapi sha dapat merasai keseronokan sungkai bersama yang dorang kongsikan melalui Group Whatsapp. Pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, bertukar hadiah dan sesi bergambar, best kan
Insyallah next plan sha nda mau ketinggalan untuk ikut program yang akan disusun atur.
Assalamualaikum, Marhaban ya Ramadhan, sedihnyaa..hanya tinggal 9 hari lagi kita akan masuk ke bulan Syawal untuk meraihkan kemenangan kita berpuasa penuh sebulan, yeahh..tapi kan korang, bab baju raya, mesti korang dah buat siap-siap sebelum bulan puasa lagi kan? sama lah kita haha..lagi-lagi size sha tiada dalam size readymade, sedihhh tauu, so sha akan hantar ke tailor 2 bulan sebelum raya, awal kan? haha
klik banner untuk join
Tema Baju Raya Tahun ini adalah Unggu, nda lah spesifik sangat, unggu gelap atau terang pun, tapi biasanya kalau family sedondon zaman sekarang warna sama tapi beza terang atau gelap kan, ada kelainan disitu..haha. Contohnya, lelaki pakai kurta unggu terang, perempuan pula unggu plain yang gelap, digabungkan dengan warna tudung terang bercorak bungaan, so matched kan..
Untuk Fesyen baju pula, kali ini sha pilih simple ja, baju ala-ala maxi dress, dengan lace bunga dekat pinggang, tapi mengekalkan konsep jubah berfesyen, so masih boleh makan banyak bila raya nanti haha..
Jom meriahkan Contest Lazada, Join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest and Win Lazada Shopping Vouchers! Click HERE♥♥♥
Good news korang, Riang Ria Raya Sale kali ini Lazada menawarkan sampai 80% diskaun, perghh..hebat kan, mana yang belum shopping tu, boleh cuci mata dekat Riang Ria Raya Sale, banyak sangat pilihan menarik untuk korang pilih
Untuk baju raya hari lain pula, sha teringin sangat nak pilih konsep warna yang suram tapi menawan gitu contohnya Jelitasara X Lazada Kurung Belle (Grey) dipadankan dengan Jelitasara X Lazada Basic Instant Shawl (Creme Brulee) warna menarik hati kan..
Salam 20 Ramadhan, sedar tak sedar, kita telah masuk pada 10 Ramadhan terakhir, benda baik sha nak kongsikan buat korang, Stokin Muslimah RM10 khas untuk bulan mulia ini, murah kan? kalau korang nak tahu, sha guna stokin jenama Silvy ni boleh tahan sampai 2-3 tahun, dan korang jangan risau, beli banyak stokin dapat free gift
Selain dari stokin, ada jual juga Handsock untuk raya nanti, kalau jenis kain yang licin boleh sarung handsock selamat nda kenampakan aurat tangan kan..harga sama juga RM10
Pelbagai warna untuk korang pilih dan yang pastinya FREE POSTAGE.
Sha sahaja dah borong 8 helai stokin, boleh pakai sampai 5 tahun, sebab Stokin ni jenis yang tebal *love*
Morning Guysss...Beberapa hari ni mood agak tunggang terbalik, disebabkan join GA tapi nda dapat follow blog penganjur dan sponsor, disebabkan sha ni jenis yang amanah, rasa sia-sia menang kalau nda ikut syarat kan..so sha cari penyelesaian bagi masalah Tidak Dapat Follow Blog Lain
Actually, ada juga blogger bagitahu, Clear Cookies and Cached pada history, sha dah buat emanpuluhlimabelaskali, masih juga nda dapat follow, haha..nakal betul kan ini system follow memollow ni
Dan sha terfikir untuk unfollow blog sendiri kemudian refresh blog, cehhh nda juga dapat haha..
Kemudian terpikir pula untuk reload page yang keluar error tu, dalam tigaempatkali juga sha buat, tadaaa..dapat akhirnyaa..mengkali masalah line lidut kali kan hahaha...iyakah?
Lega akhirnya dapat suda follow blog sponsor semua, yeahh..harap ada lah sikit rezeki di bulan mulia ini..haha..menang INI pun jadilahh :P
Salam 16 Ramadhan, entry pertama di bulan ramdhan, nampak sangat pemalasnya sharina nak update entry haha..selamat berpuasa korang semua, puasa kah tidak? eh mestilah sha puasa kawan-kawan, rugi nda puasa dibulan Ramadhan ni, setahun sekali ja kan..
Ok, sha nak story pasal Gastrik di bulan Ramadhan, sha memang pesakit gastrik yang agak teruk jugalah, bila nda makan nasi dalam sehari memang akan kena gastrik. Sebelum ni, sha nda pernah alami gastrik dibulan Ramadhan walaupun sha ada gastrik yang teruk, tapi puasa tahun ni kena pulakk
Dulu sha nda percaya akan terjadinya gastrik pada bulan puasa, now dah kena batang hidung sendiri, so kena jaga makan elok-elok, elakkan minum air bergas pada waktu berbuka.
Dan sha ada terbaca viral dekat Facebook yang pelajar 16 tahun maut disebabkan gastrik dan diet tengah malam, Masha Allah, semoga kita sentiasa beringat ya.
Korang ada pengalaman sendiri kena gastrik dalam bulan Ramadhan? komen sikit..hihi