August 13, 2017

Sabah Elephant Film Festival

August 13, 2017 12 Comments

Sabah Elephant Film FestivalAssalamualaikum, 12 Ogos merupakan Hari Gajah Sedunia, WWF-Malaysia (World Wide Fund) telah mengadakan sambutan yang meriah untuk tontonan umum sempena Hari Gajah Sedunia bertempat di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negera (JKKN) Sabah dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Pang Yuk Min. Alhamdulilah, Sha dan Kak Gojes dari blog http://www.kakgojes.com/ berpeluang untuk mengenal secara terperinci kehidupan sekumpulan gajah.


Gajah adalah haiwan daratan yang terbesar dan comel yang hanya didapati hidup di Sabah sahaja. Info ini sha pun baru tahu, manakala orang kampung boleh hidup harmoni bersama gajah dan memanggil gajah sebagai nenek tanda hormat mereka kepada gajah.

Jabatan Hidupan Liar Sabah diwujudkan pada Tahun 1965 untuk mengawal gajah yang memusnahkan hasil tanaman dan tumbuhan. Mereka menggunakan bom gajah untuk menghalang gajah dari terus membuat ancaman. Gajah Borneo disenaraikan sebagai haiwan terlindung sepenuhnya dalam Enakmen Konservasi Hidupan Liar 1997. Ini bermakna mencederakan atau membunuh gajah di Sabah adalah satu kesalahan yang amat besar.

Polisi Jangan Bunuh 1996 ditubuhkan dengan kaedah tangkap dan pindah secara tidak langsung dapat mengekalkan populasi gajah. Dengan tembakan pelali pada setiap gajah yang hendak dipindahkan, ianya antara kaedah yang cepat namun kosnya mahal. Disebabkan gajah bergerak secara berkumpulan, kaedah ini amat menyukarkan dan sangat bahaya, berkemungkinan gajah akan menyerang dan boleh menyebabkan kematian.

Kos pemindahan gajah ke tempat baru, setiap satu gajah adalah lebih kurang RM30,000 termasuklah kos pengangkutan, pembinaan kandang dan lain-lain. Manakala di Semenanjung Malaysia, untuk memindahkan satu gajah, khidmat gajah jinak yang lain diperlukan.

Beberapa filem yang ditayangkan, termasuklah Gardeners of Eden mengisarkan kegigihan dan kesungguhan rakyat Africa menyelamatkan gajah yang kehilangan keluarga, amatlah menyentuh hati kami. Filem pendek selama satu jam itu mampu mengubah hidup gajah dari terus diburu untuk mendapatkan gading gajah dan kitalah yang akan melindungi hidupan ini untuk generasi akan datang.

Sha terharu dan tabik hormat kepada peranan WWF-Malaysia untuk melindungi hidupan terancam ini. Memberi kesedaran kepada umum dan khasnya para pelajar untuk menjaga hidupan comel ini agar generasi akan datang dapat mengenalnya.

Laporkan penjualan bahagian badan gajah seperti gading dan barangan berasaskan gajah seperti kulit gajah kepada Jabatan Hidupan Liar. Semua rakyat Sabah bertanggungjawab melindungi Gajah kerana binatang liar ini merupakan khazanah alam yang sepatutnya menjadi kebanggaan kita semua.

August 10, 2017

Lawatan ke PetroSains Kota Kinabalu

August 10, 2017 4 Comments

Lawatan ke PetroSains Kota Kinabalu |Assalamualaikum, Pada jumaat lepas, Petrosains mengadakan karnival Matematik, dan pihak tadika telah bercadang awal untuk membuat lawatan pada tarikh tersebut, oleh kerana ini lawatan pertama untuk tahun ini, para cilik cikgu amatlah teruja mengikutinya. Hahaha.

Secara amnya, sha sendiri baru tahu yang Petrosains ada di area Kota Kinabalu, yang bertempat di Perpustakaan Negeri Sabah, Luyang. Dan sha beruntung dapat masuk dan terokai benda baru bersama para cilik cikgu untuk kali pertamanya. 


Kami bertolak dari tadika pada 10 pagi dengan menaiki van, untuk pengalaman pertama para cilik cikgu menaiki van bersama cikgu tanpa ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Agak extreme untuk cikgu mengawal para cilik cikgu ini, walaupun pada awal pagi, cikgu sudah siap-siap pesan bila tiba disana, jalan ikut barisan dan jangan nakal-nakal. 


Untuk permulaan, barisan para cilik cikgu, sangat teratur dan tersusun rapi, semua orang teruja melihat kecomelan mereka ini, tapi apabila melihat aktiviti disekitar PetroSains, para cilik jadi semakin aktif dan tidak terkawal. Memang kami sebagai cikgu sendiri susah mengawalnya, haha..sabar jak lah cikgu.


Aktivi Pertama : Pengiraan 
Memandangkan kami lambat sampai, terus masuk dewan untuk pengenalan aktiviti. Para cilik masih dalam keadaan blur + excited untuk memulakan aktiviti, sampai lupa buka beg dan kasut haha. Dalam aktiviti ini, para cilik diajar untuk mengingat nombor dalam bentuk semasa operasi + dan - dilakukan.

Aktiviti Kedua : Mengenal Bentuk
Para cilik diminta untuk membuat 4 bentuk berdasarkan gambar yang diberi menggunakan batang lidi dan stick gum, contohnya, bentuk diamond, star, square dan heptagon. 

Aktiviti Ketiga : Kapasiti
Dalam aktiviti ini, para cilik dibenarkan untuk merasai sendiri kerja berpasukan dalam mengira kapasiti setiap bentuk botol yang disediakan.

Sangat have fun, sampaikan nda sedar cepatnya masa berlalu, dan tiba masa untuk pulang. Sebelum itu, para cilik dihadiahkan beberapa barang dari PetroSains iaitu dinasour, pen dan badge.

Gambar kenangan bersama abang dan kakak PetroSains 


Kami singgah di Tanjung Likas untuk makan tengah hari, kesian para cilik cikgu, perut semua dah krok krok, haha.


And for the last activity, ambil gambar dengan shark replica, teruja nampak shark begitu besar. hahaha, alhamdulilah sesi lawatan telah tamat, semua para cilik telah pulang ke rumah masing-masing sampai ke pintu rumah cikgu tolong hantarkan, cikgu harap, biarlah blog ini menjadi kenangan bila kamu semua besar nanti, mesti comel cari muka masing-masing macam cikgu ja comelnya bila ambil masa mau hafal nama kamu semua, siap ada tersasul nama lagi, haha.

Salam sayang untuk anak-anak cikgu sha :)

August 6, 2017

Bukit Botak, Sepanggar

August 06, 2017 10 Comments

Bukit Botak, SepanggarAssalamualaikum, Lama bercuti dari mendaki, kini sha kembali dengan entry teruja dan menerujakan kamu semua wahai pendaki tegar, haha. Sebenarnya kan, sha sudah empat kali naik Bukit Botak ini, Kali pertama mendaki melalui laluan Uitm Sabah >>Baca sini<< tapi sedih sekali, gambar semua broken, sha pun tak tahu kenapa, jadi pendakian keempat ini, baru sha dapat up entry sebab sha daki pakai baju pink, aci tak? haha

Bukit ini terletak berhampiran dengan Uitm Sabah, Kampung Lokub, Seri Maju dan banyak lagi perumahan area sana, untuk jalan masuk, boleh lalu dari jalan baru (Traffic Light) selepas Seri Maku Apartment, ataupun jalan dari ILP Kota Kinabalu, sha dengar jalan dari sana lagi mencabar, sha pun belum lalu sana.

Perjalanan ke bukit ini mengambil masa setengah jam bagi yang ada tranning dan bagi yang punya kuasa supersaia anggaran dalam 15 minit, dekat sahaja, namun sha pun semput juga tadi pagi sebab tiada tranning kan.

Cadangan masa sesuai untuk naik ke bukit ini adalah waktu pagi dan waktu petang, tengah hari adalah dilarang, sebab panas kot haha..nanti turun bukit rasa nak bergolek ja dari atas ke bawah sebab dah macam cacing kepanasan, haha.


Signboard baru untuk Bukit Botak, sebelum ini hanya ada dua bendera terpacak di situ, kini dah ada signboard lagi cantik kan, ke sha yang cute dekat situ? haha..maaf sha tiada gambar dalam perjalanan ke puncak, korang kena naik sendiri untuk merasainya.

Untuk pengetahuan korang, bukit ini dulu, digelar sebagai bukit teletubies, sebab kalau tengok dari jauh macam background dalam kartun teletubies tu, comel ja, rasa nak tidur atas bukit tu, tapi korang, bila dah sampai puncak, menangis mau turun apatahnya, banyak sangat lalang menjangkaui ketinggian, haha, lalang lagi tinggi dari sharina :P



ok, itu sahaja entry teruja sha mendaki Bukit di Kota Kinabalu ini, siapa bercadang untuk cuti-cuti di area KK dan Kundasang boleh rujuk entry pendakian sha pada menu di atas, best tauu hiking ini, korang kena try, baru dapat tengok apa yang berada di bawah kita, kan.

Penyakit Difteria

August 06, 2017 5 Comments

Assalamualaikum, Penyakit difteria adalah penyakit menular kepada semua golongan umur (berisiko tinggi kepada kanak kanak bawah 5 tahun & orang tua) yang boleh bawa MAUT.

Difteria disebabkan oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Kuman ini HEBAT & TAHAN LASAK!! dalam keadaan beku & kering. Ianya mati pada pemanasan 60ºC….Susahnya nak bunuh bakteria ni kan?

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.                        

Tanda-tanda Difteria:

  1. Demam 37.5°c keatas
  2. Kesukaran bernafas atau pernafasan menjadi cepat.
  3. Sakit tekak
  4. Sukar menelan makanan
  5. Batuk – Kuat seperti 'Anjing Menyalak' & suara serak.
  6. Air liur meleleh
  7. Kulit pucat dan kebiruan
  8. Hidung berdarah
  9. Selsema – Bersin serta berair hingus.
  10. Sesak nafas
  11. Ruam kulit
  12. Lapisan membran berwarna aneh di dalam mulut serta lelangit mulut
LAPORAN AWAL WABAK DIFTERIA EPISOD 1/2017 DAERAH SANDAKAN
Wabak difteria episod 1/2017 daerah Sandakan berlaku di Kg. Sim Sim, Sandakan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki (9 tahun, bukan warganegara,  imunisasi tidak lengkap).  Onset kes adalah pada 18 Julai 2017 dan gejala yang dialami adalah demam, batuk, selesema, sakit tekak dan muntah.  Pesakit ini telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada 21 Julai 2017 dan telah dimasukkan ke ICU HDOK kerana mengalami ‘respiratory distress’ dan didiagnos sebagai disyaki difteria.  

Pemeriksaan klinikal pada bahagian tekak menunjukkan terdapat ‘whitish patchy membrane’ pada bahagian tonsil,uvula dan palate yang mudah berdarah semasa penggambilan sampel.  Sampel swab tekak dan ‘nasopharyngeal aspirate’ telah diambil pada 21 Julai 2017 dan keputusan adalah positif untuk isolasi Corynebacterium Diphtheriae pada 04 August 2017 dengan keputusan PCR adalah toksin ‘detected’ untuk Toksin A dan Toksin B.  

Pesakit telah meninggal dunia pada 26 Julai 2017 jam 10.12 malam dengan diagnosa ‘Diphteria with multiorgan failure’.  Siasatan lapangan telah dijalankan sejurus dinotifikasi sebagai disyaki difteria dan mendapati bahawa kanak-kanak ini hanya berada di persekitaran rumah sepanjang tempoh inkubasi.  Kawalan pencegahan telah dijalankan di rumah kes dan semua kontak kes telah disaring.  Sebanyak 15 sampel swab Nasopharyngeal telah diambil dari kontak terdekat dan telah diberikan antibiotik profilaksis  serta sebanyak 43 suntikan vaksinasi telah diberi di lokaliti terlibat.  

Aktiviti pencarian aktif kes mendapati 2 orang (adik-beradik kes) mengalami tanda-tanda jangkitan respiratori dan telah dirujuk ke klinik kesihatan terdekat.  Keputusan sampel masih menunggu keputusan.  Punca jangkitan berkemungkinan daripada lokaliti setempat.  Tindakan kawalan dan pencegahan serta siasatan lanjut masih diteruskan oleh PKK Sandakan

Dr. Jennifer John,
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Petikan sumber : Whatsapps

Nota Pink : Bahaya penyakit ini hingga menyebabkan kematian, maka dengan itu, mencegah lebih baik dari mengubati, itulah pentingnya imunisasi diambil untuk bayi di era mencabar ini.

August 2, 2017

Cepat, Minta Maaf

August 02, 2017 5 Comments

Cepat, Minta MaafAssalamualaikum, Ingat jadi Cikgu ni senang, rupanya jadi murid lagi best, apatahnya kalau bergaduh, rebut barang, murid lain merajuk, yang lain pula menangis, bila cikgu suruh minta maaf, cepat ja dorang maafkan, then berbaik semula, best kan? tapi lepas tu dengar pula dorang report gaduh balik, Allahu..haha

Mengimbau zaman sha kecil-kecil dulu, terasa tua disitu haha, kita sibuk bermain dengan kawan,pinjam barang mainan, main sama-sama, bergaduh, then baik semula, best kan? Bila meningkat dewasa, kita semakin mengenal erti maaf, ada yang cakap 

"Sudah minta maaf, buat lagi lah tu"

Kita lupa, manusia itu tiada yang lari dari buat kesilapan, walaupun kebenaran sangatlah perit, tapi orang yang berani adalah orang yang mengakui kesilapan dan meminta maaf. Meskipun yang paling indah itu, memaafkan dan melupakan, ada berani? ramai yang sangkut pada ayat melupakan tu, haha sha pun sama, itu lumrah manusia, 1 kesilapan akan menghancurkan 1001 kebaikan, benda yang menguris perasaan memang akan cepat diingati.

Bagi sha, kita harus belajar erti REDHA, redha dengan ketentuan Ilahi, berpijaklah dibumi yang nyata, kita bukan dalam drama pukul 7 atau pun drama korea, kita ini hanyalah pelakon sementara, dan akhirat adalah yang selamanya. So, maafkan dan think positively, kena balik-balik pesan pada hati, mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya.

Berbalik pada situasi anak murid sha tadi, seronoknya tengok anak-anak yang masih belum matang lagi dapat memaafkan dan terima kesilapan masing-masing, lagi kagum masih boleh bermain bersama walaupun sudah 'terluka'. 

Lain macam entry cikgu malam ni, haha..maklumlah budak sastera haha..
Akhir kata dari cikgu, ajar hati untuk memaafkan mungkin payah, tapi kunci kebahagiaan itu terletak pada diri sendiri.

SINOPSIS SCHOOL 2017 - KOREAN DRAMA

August 02, 2017 6 Comments


SINOPSIS SCHOOL 2017 - KOREAN DRAMAAssalamualaikum, Kdrama kembali menyengat, sebenarnya sha dah lama tak tengok drama korea disebabkan kekangan masa dan line sangat kesian. Meskipun line ada, blog pun minta kesian juga sebab lama bersawang, so pilih mana, update atau layan korea? then I choose both, adil kan?

Untuk cerita School 2017 ini, macam biasa setiap tahun ada sahaja cerita sekolah lebih kurang dengan cerita tahun-tahun yang sebelum ini, kalau sha nda silap Kim Won Bin pernah berlakon dengan Lee Jong Suk dalam School 2013, lepas itu, drama tentang sekolah Who are you : School 2015, yang ini sha tengok, sebab sha suka dengan heroin nya yang comel, bila tengok sha jadi perasan comel haha..

Jom baca sinopsis Kdrama ini, best ka nda best? Sha pun dah tengok sampai episode 5 (SnapTube | Download Movie dari Facebook ke Handphone.


SINOPSIS SCHOOL 2017 - KOREAN DRAMA
Ra Eun-Ho yang diperankan oleh Kim Se-Jeong merupakan siswa SMA yang berusia 18 tahun dengan nilai yang sangat buruk. Dia memiliki kepribadian yang cerah akan tetapi dia salah dituduh sebagai siwa yang buruk.

Ra Eun-Ho bermimpi untuk memasuki sebuah universitas dengan seorang pria yaitu cinta pertamanya dan ingin menjadi pasangan kampus bersama Dia. Eun-Ho ingin memasuki universitas yang sama melalui pengakuan khusus karena kemampuannya menggambar webtoon nya.

Disisi lain ada seorag bernama Hyun Tae-Woon diperankan oleh Kim Jung-Hyun. Dia suka sekali nakal dan di kenal sebagai pembuat onar di sekolah lamanya di Amerika Serikat. Kemudian dia pindah ke sekolah menengah atas di Korea Selatan.

Walaupun dia sombong dan kasar terhadap orang lain, guru dan murid tidak dapat menceritakan apa pun kepadanya karena ayahnya yang kaya telah berinvestasi di sekolah menengah atas itu.

Kemudian ada juga seorang pria bernama Song Dae-Whee diperankan Jang Dong-Yoon. Dia selalu mendapat nilai bagus, memiliki kepribadian yang baik dan rasa humor. Dia memiliki naluri untuk melindungi yang lemah. Song Dae-Whee menjadi perwakilan mahasiswa dengan dukungan yang luar biasa. Dia berasal dari latar belakang yang kurang mampu (miskin).

Image result for school 2017 sinopsis

==================================
Detail Tentang Drama School 2017 :
==================================
Judul : School 2017
Judul Lainnya : Hakgyo 2017/ 학교 2017
Genre : Drama, School
Episodes : 16 (enam belas)
Sutradara : Park Jin-Suk
Penulis Naskah : Lim Soo-Mi
Stasiun Channel : KBS2
Negara : Korea
Di tayangkan pada : 17 July 2017, Setiap hari Senin dan Selasa pukul 22.00

====================================
Detail Daftar Pemain School 2017 :
====================================
Kim Se-Jeong berperan sbg Ra Eun-Ho
Kim Jung-Hyun berperan sbg Hyun Tae-Woon
Jang Dong-Yoon berperan sbg Song Dae-Whee
Ro Woon berperan sbg Issue
Seol In-A berperan sbg Hong Nam-Joo
Han Joo-Wan berperan sbg Sim Kang-Myung
Han Sun-Hwa berperan sbg Han Soo-Ji
Park Se-Wan berperan sbg Oh Sa-Rang
Seo Ji-Hoon berperan sbg Yoon Kyung-Woo
Ha Seung-Ri berperan sbg Hwang Young-Gun
Kim Hee-Chan berperan sbg Kang Hee-Chan
Kim Eung-Soo berperan sbg Yang Do-Jin
Lee Jae-Yong berperan sbg Koo Young-Koo
Park Chul-Min berperan sbg Park Myung-Deok
Jo Mi-Ryung berperan sbg Jang So-Ran
Min Sung-Wook berperan sbg Jung Joon-Soo
Sung Ji-Ru berperan sbg Ayahnya Eun-Ho
Kim Hee-Jung berperan sbg IbunyaEun-Ho
Lee Jong-Won berperan sbg Hyun Kang-Woo

Sumber Sinopsis : Sini
Pictures are credited by google

August 1, 2017

SnapTube | Download Movie dari Facebook ke Handphone

August 01, 2017 3 Comments
Image result for snap tube

SnapTube | Download Movie dari Facebook ke HandphoneAssalamualaikum, Secara umumnya, banyak lagi aplikasi yang membolehkan kita download terus ke handphone, itupun kalau korang yang jenis melekat 24/7 dengan handphone. Macam sha, sha lagi suka tengok wayang dari handphone, harapkan data internet, sayang ja kalau tidak dipakai sebaik mungkin, sebab kawasan signal tempat sha tinggal sangat kesian line nya, haha. Jadi, data tidak berkurang dan sha mengalami kekurangan masa untuk menghabiskan data tersebut, untung betul telco sekarang ni.

Oleh itu, sha lebih syorkan korang menggunakan aplikasi SnapTube, sebab cara download movie senang dan mudah difahami.  Bagi mereka yang kaki Korean Drama, yang tengah HOT lagi BEST, korang kena tengok SCHOOL 2017, sha download setiap episode pun menggunakan aplikasi ini. Malam mungkin sha terlepas peluang untuk tengok di TV Channel 391, tapi sha akan download dari facebook pada keesokkan harinya, bila masa lapang boleh tengok.

Kenapa sha highlight download dari facebook, sedangkan banyak lagi sumber yang boleh digunapakai contohnya Youtube? 

Sebab, macam sha cakap tadi, Kdrama sangat popular di Facebook, banyak fans yang update drama melalui facebook, jadi senang cari drama tersebut, cepat download sebelum facebook delete drama tu, haha..lagipun perbezaan antara Mega Bit (MB) melalui facebook dan youtube amatlah ketara, sedangkan facebook hanya syorkan download menggunakan MP4 sahaja berbanding dengan youtube.

Cara-cara menggunakan SnapTube | Download Movie dari Facebook ke Handphone

Firstly, korang kena download dulu di google play store, dan cari SnapTube, icon aplikasi tersebut korang boleh rujuk gambar di bawah ini.





Lepas install, search movie/drama yang korang nak download tu, sha lagi prefer guna facebook


Bila klik movie/drama akan keluar button download, so tak perlu pikir panjang, just tekan sahaja button tu

Akan keluar macam dalam gambar di atas ini, ah nampak tak bertapa kecilnya MB jika download menggunakan facebook, sebab movie/drama itu cuma paparan MP4 sahaja, jimat sikit data kalau nak upload..kannn

Then, siap, boleh download banyak-banyak sesuka hati korang, yang penting line internet kuat dan langgan hahaha kalau tak langgan macam mana nak download kan? eh lupa ada yang pakai wifi, free gitu

Sebelum sha lupa, SnapTube juga ada versi PC/Laptop, tapi sha belum try lagi, macam sha cakap sha lagi suka download dalam handphone, tapi make sure storage kena banyak tau, limitkan untuk yang korang download, kalau tak, buang masa ja tunggu lama-lama tapi tak dapat saved..kan..

Masa untuk layan koreaaaa~

July 30, 2017

Rezeki jadi Cikgu Tadika

July 30, 2017 11 Comments

Assalamualaikum, Alhamdulilah, Semua berlaku ada hikmahnya, selepas berhenti kerja dari syarikat Aluminium dan glass di Sandakan, sha memang berniat untuk berhenti di syarikat tersebut, atas sebab-sebab yang lain, baru-baru ini sha dapat offer kerja sebagai Pembantu Tadika di Kota Kinabalu, area Telipok, Sebelum ini, 3 bulan berhijrah ke kampung halaman, setelah 7 tahun menetap di Kota Kinabalu, agak culture shock juga untuk tinggal lama di sana, sebab kampung halaman sha di Sandakan betul-betul di kawasan perkampungan, untuk keluar ke bandar tu jaraknya agak jauh juga, naik bas sejam lebih, belum tambah masa untuk tunggu bas, sangat beza dengan tinggal di kota raya Kota Kinabalu, mungkin itu sebab utama sha ambil offer tersebut. Lagipun zaman sekarang cari kerja sangat susah.

Dalam masa yang sama, sha masih berfikir untuk mencari kerja lain di Sandakan, memandangkan sha sudah ambil keputusan untuk menetap di Sandakan 3 bulan lepas, barang yang ada di Kota Kinabalu, semua dah pindah balik Sandakan, nda kan mahu pindah balik ke KK kan? haha. Kalau tanya pada hati memang kuat mengatakan pergi KK, dan Sandakan terpaksa ditinggalkan untuk sementara waktu, bye orang Sandakan haha...

Berbalik kepada topik entry ini, *maaf sudah, melalut-lalut cerita sha hahaha*

Macam mana sha boleh jadi cikgu tadika?
Ramai yang chat tanya sha soalan ini, sebenarnya sha mengajar di tadika swasta yang awalnya sha hanya jadi pembantu cikgu tadika sahaja, disebabkan murid ramai dan kekurangan guru, sha di offer untuk menjadi Cikgu secara tidak langsung. Alhamdulilah, sha memang ada pengalaman menjadi cikgu part time tuisyen sebelum ini, tapi untuk handle sekelompok cilik yang aktif dengan ragam tersendiri, agak mencabar kecomelan cikgu juga..haha kadang-kadang lucu, kadang-kadang geram, ada masa sha story pasal anak murid sha

Namun, jalan kehidupan kita sudah diatur cantik-cantik oleh Allah, macam sha sendiri, sha belajar komputer sistem + pengajian perniagaan, tapi kerja sebagai pendidik. Kita tidak akan tahu apa dan bila rezeki kita di masa akan datang, kecuali kita yang usahakan.

Apapun kerja yang kita dapat sekarang, sentiasa bersyukur kepada Allah.