August 30, 2017

2k Page Views

August 30, 2017 9 Comments
Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ini sha happy sangat sebab Blog Opzzpinky telah mencapai 2,044 page view pada 29hb Ogos iaitu kemarin, alhamdulilah, setelah sekian lama baru mengaktifkan diri dalam dunia blog, ini adalah pencapaian paling tinggi pernah Blog Opzzpinky dapat, selalunya 2 ribu page view untuk sebulan, kali ini untuk sehari. Sha harap dapat konsisten untuk hari-hari yang seterusnya.

Dalam sasaran mencapai 200-300 patah perkataan dengan minimumkan gambar pada entry, Blog Opzzpinky juga mesra SEO 100% pada hari tersebut. Selain itu juga beberapa carian halaman dari google yang kebetulan sangat sensasi sekarang ini seperti keyword pelamin pada Pelamin biru bertemakan awan dan halaman Bayi 10 bulan berjaya ke puncak Gunung Kinabalu pada minggu ini amat memberi kesan positif pada kejayaan 2 ribu page views ini.

Adalah menjadi kegembiraan sebagai seorang blogger apabila mencapai page view paling tinggi, dan pastinya akan menjadi semangat untuk diri sendiri agar terus mencapai lebih lagi ataupun paling tidak konsisten paling minimum 1 ribu page view dalam masa satu hari, InsyaAllah, sha boleh :)

Peranan untuk mendapat page view seperti ini, bagi sha pentingnya blog mesra SEO, blog cepat loading dan backlink yang hebat. 

Kalau nak diceritakan pasal Backlink, ada banyak cara untuk mendapatkan backlink, antaranya :-

1. Exchange bloglist (untuk yang ingin exchange bloglist boleh komen link blog korang dalam entry ini) bloglist sha dah terpadam kerana tukar template, Insyallah sha akan buat dalam masa terdekat

2. Seterusnya join group yang letak feeds contohnya group blogger AFB (kalau nak join boleh contact sha). AFB bukan sahaja memberi backlink yang kuat, tapi ianya umpama keluarga berkongsi dan mengajar cara berblog dengan betul. Sha suka group ini :)

Atau korang ada penambahan boleh komen entry ini, setakat ini, ada dua cara yang sha temukan paling bagus untuk backlink. Selain itu juga rajin-rajin lah share entry korang pada media sosial dan rajin komen di blog orang lain, InsyaAllah segala tips yang sha katakan ini akan sha praktiskan pada diri sha juga. Itu sahaja perkongsian hari ini.

By,
Awak sangat asing, Mrs Stranger
Admin kedua :)

August 29, 2017

SEO Blog Opzzpinky 100%

August 29, 2017 12 Comments
Assalamualaikum dan Alhamdulilah, syukur setelah seminggu sha gigih untuk perbetulkan dimana silapnya blog sha yang langsung tidak mesra dengan SEO, kadang dapat 89%, lepas itu paling sikit 39%, mata dah berpinar tengok HTML, rupanya salah satu sebab blog sha memang ada Masalah Domain, pun alhamdulilah dapat diselesaikan dalam masa 12 jam walaupun dalam masa 12 yang bakinya, blog tidak dapat dilihat meskipun masa itu juga Pageview naik mendadak kerana entry ini.


Lepas hujan ribut petir melanda, alhamdulilah Allah terbitkan Pelangi yang indah, kini SEO Blog Opzzpinky 100% dengan masalah domain telah selesai dengan template baru hari ini, harap menepati syarat google adsense, sha tengah tunggu keputusan, doakan sha lulus iklan tu. Sempena SEO blog sha 100%, sha nak bagi sedikit tips, harap membantu.

Bila korang rasa sudah sehabis baik memperbetulkan blog tapi masih tidak melepasi syarat 100% SEO, maka korang diwajibkan tukar template, sila google template yang mesra SEO dan jangan risau ada banyak template di web site yang korang boleh pilih mengikut kesesuaiannya, kalau ada yang nak tukar kepada warna kegemaraan, korang boleh rujuk sendiri cara mengubah template tersebut dan sha sangat galakkan korang mengubahnya sendiri untuk meningkatkan sedikit ilmu HTML daripada mengupah orang untuk membuatnya.

Sebelum tukar template, ingin sha nyatakan bahawa, blog korang akan 100% baru, sila back up template lama untuk mengelakkan berlakunya penyesalan. Widget yang sedia ada juga akan hilang sepenuhnya, maka bersedialah untuk mengisi kembali bloglist korang..hihi

Selepas tukar template korang dicadangkan untuk bertenang, sila semak blog yang korang telah ditukarkan kepada template baru ke SEO CHECKER, jika 100% bermakna template itu sememangnya mesra SEO, mana lah tahu kan ada template yang kurang mesra SEO, korang masih ada masa untuk menukarnya ke template lain. Jika tidak, korang akan membuang masa mengubah atau mencantikkan template berkenaan.

Jangan ubah sembarangan kod template yang ada, sebab hari ini sahaja sha suda tukar 2 kali template, sebab ada widget yang kurang mesra SEO, tapi bagi blogger penting juga untuk ada dalam blog, contohnya widget follower, membuatkan peratus SEO sha berkurangan, bila sha padam balik, jadi 100%, sha pun kurang pasti sama ada itu penyebabnya atau bukan.

Untuk SEO Checker sha guna Check my SEO, simple sahaja penggunaanya, korang hanya perlu isi link blog korang dan tekan submit.

Itu sahaja dari sha, harap blog korang pun 100% mesra SEO, kalau tak, cepat-cepat tukar template.

By,
Awak sangat asing, Mrs Stranger
Admin kedua :)


August 28, 2017

Pelamin Biru Bertemakan Awan

August 28, 2017 8 Comments
Assalamualaikum, tahniah buat kawan baik sha, sudah pun bertukar status kepada Puan, iaitu Pn Hanisa telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 26 Ogos yang lepas bersama jejaka pilihan hatinya En Romzi dengan sekali lafaz di perkarangan masjid Batu Putih, Sandakan. Majlis resepsi berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Batu Putih, Sandakan. Alhamdulilah sha berpeluang untuk menghadirkan diri walaupun hakikatnya pada hari yang sama, ada majlis bersama si cilik cikgu di UMS Kota Kinabalu.


Setiap pasangan pengantin mengimpikan majlis sebagai raja sehari berjalan dengan lancar terutamanya pelamin. Kali ini sha nak kongsikan Pelamin Biru Bertemakan Awan milik kawan baik sha pada hari perkahwinannya.

Sememangnya warna biru adalah warna kegemaraan beliau, wajiblah baginya pelamin mengikut citarasa tersebut. Jika dibandingkan dengan warna kegemaraan sha, iaitu merah jambu, warna biru adalah warna rebutan lelaki dan wanita, jadi tidak menjadi pertelingkaran antara kedua pihak jika pasangan ini memilih warna tersebut menjadi warna tema perkahwinan mereka.

Berkonsepkan awan, sha kurang perasan konsep ini, mungkin sha tiada jiwa seni yang mampu dirangkulkan untuk melihat benda yang tersirat pada pelamin ini haha tapi bila orang bagitahu konsepnya terus sha terpikir "oh ya pula kan, bungaan putih diatas itu melambangkan awan, dan tabir biru itu melambangkan langit. " seronoknya bersanding hahah.

Ucapan sha pada pengantin
InsyaAllah, semoga perkahwinan yang terbina ini, berkekalan hingga ke Jannah, semoga menjadi isteri yang taat pada suami, harap cepat dapat zuriat yang soleh dan solehah. Tapi jangan pula tiada masa untuk lepak dengan kami, kita tetatp best friend forever. 

Harap entry ini dapat menjadi pengisian diwaktu kita tua nanti, boleh tengok sambil minum kupi, sambil mengenang masa lalu yang best kita pernah tempuhi bersama dahulu. hahaha..Doakan juga kawanmu sorang ni, dipermudahkan urusan dalam apa jua urusan yang baik. aminnn I love u so much, is.

*mata berkaca*  hahaha

Bayi 10 Bulan Berjaya Ke Puncak Gunung Kinabalu

August 28, 2017 8 Comments
Bayi 10 Bulan Berjaya Ke Puncak Gunung Kinabalu | Assalamualaikum dan selamat malam korang semua, topik hangat pada malam ini ialah pelancong luar negara berjaya membawa anak mereka yang berusia 10 Bulan, Angus Benjamin telah berjaya ke puncak gunung yang tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu dengan dibantu oleh Malim Gunung dan abang Bomba pada 24 Ogos 2017 yang lalu. 


Beruntung bayi 10 bulan ini berjaya mencatat rekod antara yang termuda sampai ke puncak, selepas pendaki adik Andrey Rodney yang berusia 8 Tahun pada akhir March tahun 2016. Tapi sha belum pasti ianya masuk dalam Book of Record ataupun tidak.
Tahniah kepada susah payah Malim Gunung atau dikenali sebagai Guider dan Abang Bomba yang merealisasikan impian berani kedua ibu bapa pelancong luar negara ini untuk berjaya membawa anak mereka sampai kepuncak walaupun ianya sangat berisiko dengan cuaca yang sejuk dan batu-batuan yang ada di gunung tersebut.
Korang mesti rasa kagum dengan kehebatan bayi ini, bagi sha yang telah merasai sendiri sampai ke puncak Gunung Kinabalu, rasanya agak sukar bagi kita yang dewasa untuk mengawal pernafasan memandangkan angin yang berada di puncak sangat kuat, sejuk dan akan berisiko kekurangan oksigen dalam perjalanan ke puncak apatah lagi bayi 10 bulan yang mampu bertahan dengan cuaca sejuk diatas puncak tersebut.
Yang pastinya banyak perbelanjaan dan persiapan yang perlu disediakan rapi untuk menanggung risiko bilamana membawa bayi seawal usia ini ke tempat yang sebegitu extreme, lagi-lagi kekuatan mental dan fizikal, adakah kita sudah bersedia untuk menerima berita buruk yang bakal berlaku jika membawa bayi, wallahualam. Tapi alhamdulilah, bayi selamat turun ke Timpohon dengan membawa pulang sijil mendaki yang berwarna.
InsyaAllah, dengan kejayaan bayi 10 bulan yang sampai ke puncak dengan bantuan Malim dan rakan sekerja yang lain, kita ambil positif sahaja, dan menjadi semangat untuk rakyat Malaysia, Sabah amnya, dapat menjejakkan kaki ke Puncak Tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu. 
Gambar kredit kepada FB: BorneoTrails ToursandTravel

August 27, 2017

SGshop Merdeka Giveaway

August 27, 2017 11 Comments
Assalamualaikum dan salam kemerdekaan, untuk tidak membuang masa dek kerana masalah domain sha di entry sebelum ini, sha pun ambil peluang untuk lepaskan stress dengan harapan InsyaAllah menang Giveaway kali ini dari SG SHOP
SGShopCentest2017

SGshop Merdeka Giveaway

Sebanyak 20 pemenang dicari akan menerima RM100 shopping Credits dengan 2 kategori iaitu ;
1. Seluruh rakyat Malaysia
2. Blogger Malaysia
Jadi korang kena pilih korang nak ikut kategori yang mana, sha sebagai blogger memang akan pilih no. 2, haha. Jangan risau, kalau korang bukan blogger pun boleh join sekaki, pilih rules no.1 pada Entry ini https://dululainsekaranglain.com/articles/sgshop-merdeka-giveaway syarat pun mudah sahaja.
Memandangkan sha sudah lama jadi member pada SGSHOP,  sha memilih untuk shopping barangan seperti di bawah:-


Beg untuk travel day pack, comel sangat dengan color soft coklat, pattern pun ala-ala lelaki, haha sebab dah lama tersimpan dalam Cart, belum ada masa sesuai untuk keluarkan. Dan sha memilih heels berkilauan untuk wedding, insyaAllah kalau ada rezeki kahwin tahun ini, boleh lah menyempat pakai haha. Walaupun hakikatnya sha tidak pandai pakai heels. *jangan ketawa ok* haha
Ok semoga berjaya.

Masalah Domain Dot My

August 27, 2017 4 Comments
Assalamualaikum, sha geram sebenarnya dengan domain yang sha beli pada tahun 2012, terpaksa tukar balik pada url asal sha https://opzzpinky.blogspot.my/ dan baru boleh buka dengan menggunakan HTTPS. Itupun entry yang lama memang tidak boleh buka kalau orang google, bersabarlah sharina..

Image result for opzzpinky

Awalnya sha langsung tidak perasan ada masalah DNS pada Asia Host, dengan cetek ilmu tenntang domain ini, sha serahkan 100% pemindahan DNS kepada seorang blogger yang sha pun sudah lupa siapa yang tolong sha setting dulu. Rasanya dalam tahun 2014 domain ini ada masalah, memandangkan sha pun kurang aktif tahun itu, jadi sha biarkan sahaja, sampailah ke  tahun 2016, sha mengambil keputusan untuk membayar yuran domain www.opzzpinky.my untuk 5 tahun supaya sha ada semangat untuk kembali berblog.

Malangnya, sha baru perasan domain ini makin serius apabila sha check dekat page SEO Checker yang mengatakan www.opzzpinky.my dan opzzpinky.my adalah dua link yang berbeza, peliklah kan, patutlah selama ini sha tidak dapat buka link tanpa letak www di awal url.

Lagi teruk apabila sha apply Google Adsense, memang tidak akan lulus sebab salah satu punca adalah link blog berbeza dan diiktiraf sebagai blog masih dalam pembaikpulihan atau belum dilancarkan lagi. 

Ramai juga rakan blogger yang bertanya pasal domain sha selalu kalau buka akan jadi error, kena tambah www dekat depan url, kalau pembaca setia memang akan bersabarlah kan, kalau yang tidak? mesti bosan dengan blog sha ni..huhu

Sedihnya, domain blog bayar setiap tahun, bila ada masalah begini, sha sendiri tidak tahu mau rujuk siapa, dan untuk pengetahuan semua, sha dah 3 kali email pihak Asia Host dan Mynic untuk selesaikan masalah ini.

Email dari Mynic
Dear Opzz, 
After we check from MYNIC side does not have a problem. Please contact your technical contact to assist. Below are details your technical contact.

Email dari Asia Host
Dear Sharina, 
Please clear your browsing and try to re-open your website again http://www.opzzpinky.my/ NOT https://www.opzzpinky.my/ . If still not working, kindly please check with google support.

Dear Sharina, 
Upon checking, we found you DNS SOA records has been deleted. We have assist to restored back the SOA records, and your website is working normally.

Masih tiada penyelesaian, jadi sha contact Mad rakan seperjuangan Blogger Sabahan, untuk tukar DNS ke tempat lain, dia syorkan guna Cloudns, bila nak setting tu, sangat mencabar keimanan juga, sha kena berurusan sendiri dengan pihat Asia host untuk tukarkan code DNS, memandangkan setting DNS dr Cloudns sendiri tidak dapat, jadi sha tengah tunggu respond dari Pihak Asia Host untuk memulihkan masalah domain sha ni. Mungkin hari ahad, jadi cuti, kita tunggu besok pula, harap dapat selesaikan besok.

Thanks mad http://www.rahmadgraphic.my/ semoga terus berjaya, Allah membalas jasa mu...

Apapun sha masih pakai url dulu-dulu, rindu juga link blog ini https://opzzpinky.blogspot.com, terasa macam blog baru umur setahun hahaha...doakan blog sha kembali pulih, sayang page view sha hari ini sangat gempak tauu..hahanda apalah demi mu blog, bersusah dahulu..kann..

August 21, 2017

Ada apa dengan Traveloka di KL2017

August 21, 2017 2 Comments

Dengan ini, maka rasmilah Temasya Sukan Sea ke-29 yang berlangsung pada 19 Ogos - 30 Ogos 2017 di Kuala Lumpur. Sha yakin para atlet semestinya sudah bersedia untuk mempamerkan kesungguhan dalam merangkul pingat emas di temasya kali ini. Adakah korang sudah bersedia untuk turut serta memberi semangat berjuang seiring dengan semangat kemerdekaan untuk temasya ini? Al maklumlah, temasya ini kena pada bulan kemerdekaan, semestinya semangat itu berkobar-kobar kan?

Temasya Sukan Sea kali ini,  Traveloka adalah salah satu Penaja Emas yang turut serta dalam KL2017. Traveloka juga merupakan Offical Online Travel Partner dimana Traveloka akan memberi tawaran sehingga 40% untuk penerbangan dan penginapan bagi korang merasai sendiri pengalaman menaiki bukit atau menerokai keindahan pulau-pulau dan menyelami lagi keunikan Negara Tuan Rumah Sukan Sea Ke-29 ini. Pastinya, untuk Negara kita, Malaysia menjadi Tuan Rumah ditemasya kali ini, secara tidak langsung kita dapat memperlihatkan dan memperkenalkan negara kita diseluruh dunia.

Untuk penjimatan lebih ketika bercuti ke seluruh Malaysia, jom ramai-ramai kita terbang dan menghinap dengan Traveloka. Boleh bawa family dan kawan sebab tawaran untuk terbang dan menginap ada diskaun. Korang boleh tempah sekarang bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2017 Sahaja. Dan korang hanya perlu download secara percuma Aplikasi Traveloka untuk memudahkan urusan tempahan.

Selain itu juga, kunjungi Booth Traveloka bertempat di Bukit Jalil, area sekitarnya boleh pergi dan jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berjumlah sehingga RM200,000 dengan menyertai peraduan-peraduan yang telah Traveloka anjurkan. Rugi kalau tidak pergi, manalah tahu nasib badan dapat wang tunai kan..jadi apa tunggu lagi, jom serbu..

Era teknologi sekarang, segalanya dihujung jari, hanya klik kita akan dapat info dengan cepat dan senang. Tapi kalau korang cakap korang tiada masa untuk menonton TV dirumah? ataupun sedang sibuk bekerja hingga lewat malam? Jadi tiada masa untuk ambil tahu pasal Sukan Sea Ke-29? Jangan risau untuk kemas kini KL2017 sepanjang masa, Traveloka telah menyediakan Halaman Live Stream untuk tontonan korang setiap masa dimana jua korang berada. Jadi, apa lagi alasan korang untuk tidak menyokong para atlet kita berjuang untuk tanah air?

Bila korang dah masuk Halaman Live Stream, korang boleh klik butang Contest dibahagian menu. 

Untuk menyertainya mudah sahaja, 
1. Pilih permainan yang korang ramal akan menang dan korang boleh memilih hanya satu permainan setiap hari
2. Seterusnya, memasukkan ID E-mel korang dan pilih negara apa yang akan menang dalam permainan itu.
3. Kongsikan di media sosial yang korang ada dan klik hantar.

Permainan akan diupdate dari masa ke semasa setiap hari untuk meningkatkan peluang korang untuk menang. Pemenang bertuah akan diumumkan setiap hari di Halaman Live Stream itu.

Marilah bersama menyokong para atlet kita di Sukan Sea Ke-29 dalam masa yang sama jom bercuti sakan bersama traveloka, ingat KL2017, ingat Traveloka, ok :)

August 20, 2017

Tips Memulakan Langkah Pendakian

August 20, 2017 5 Comments

Assalamualaikum dan salam pendakian, kali ini sha terpanggil untuk berkongsi tips memulakan langkah pendakian memandangkan sha juga seorang yang sukakan aktiviti lasak ini. Bagi korang yang bertukar plan untuk kurus ataupun sihat dengan aktiviti ini, pilihan korang sangat tepat kerana setiap langkah pendakian itu memerlukan pergerakan seluruh anggota badan serta mental itu sendiri.


Mungkin langkah pendakian korang lebih banyak berbanding dengan sha yang hanya dapat menawan Puncak Gunung Kinabalu pada kali kedua serta beberapa bukit yang ada di Sabah sahaja, tapi tidaklah menjadi kekurangan untuk sha berkongsi tips ini kepada korang yang pertama kali memulakan pendakian, bukan?

Mari sha kongsikan apa yang korang perlu lakukan sebelum memulakan langkah pendakian.

1. Maklumkan kepada keluarga ataupun kawan bahawa kamu ingin mendaki ke bukit berdekatan untuk langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarangan hal yang tidak diingini berlaku. Sekurang-kurangnya mereka ini tahu keberadaan korang bila korang ada masalah ataupun sebaliknya. 

2. Mulakan pendakian dengan bacaan doa mengikut kepercayaan masing-masing, kebanyakan bukit yang ada di Kota Kinabalu, tempat sembahyang bagi penganut Kristian, namun itu bukan alasan untuk penganut lain tidak boleh mendaki.

3. Pelihara Alam Sekitar. Semestinya tempat korang memulakan pendakian adalah tempat yang penuh dengan alam flora dan fauna, jadi peliharalah alam sekitar dengan tidak membuang sampah, tidak sesuka hati mematahkan tumbuhan dan paling penting sekali jangan buat bising yang boleh menganggu hidupan lain.

4. Sediakan bekalan air secukupnya. Ini penting untuk pendaki kerana bukan semua puncak bukit menyediakan sumber air yang berbayar. Tapi jangan bawa air dalam kandungan yang terlampau banyak sebab korang yang akan mengusungnya nanti. Beg Water Bladder sesuai untuk pendaki.

5. Bawa tuala kecil untuk mengelap peluh dan ianya juga berguna untuk menutup hidung semasa mendaki ke bukit yang banyak debu dan pasir.

6. Jangan makan terlalu kenyang sebelum mendaki sebab dikhuatiri kamu akan muntah dan jangan memulakan pendakian dengan perut kosong bagi mengelakkan tiada tenaga. Makanlah sebiji epal atau coklat pun sudah memadai.

7. Jangan jalan terlalu cepat. Bagi pendaki yang pertama kali mendaki, korang dinasihatkan untuk tidak jalan terlalu cepat, sha tahu korang mesti teruja untuk sampai ke puncak, tapi biarlah jalan secara perlahan dan kalau boleh berhenti jangan terus duduk. Ambil langkah kecil dan rendah bagi menaiki tangga dan buat jalanan korang seperti zig zag untuk mengelakkan kekejangan kaki.

8. Atur pernafasan. Bernafaslah melalui hidung dan hembus juga melalui hidung, jangan banyak bercakap dan mengunyah sesuatu bagi mengelakkan badan mengeluarkan banyak tenaga.

Bagi pengalaman sha ikut pendakian kawan, ramai juga yang tertewas sebelum sampai kepuncak akibat mengambil mudah dengan tips diatas. Mungkin bagi mereka, mendaki ini sekadar naik bukit - sampai puncak - turun bukit. Tapi kalau korang nak mencuba lagi kenikmatan mendaki kali kedua dan seterusnya menjadikan mendaki sebagai hobi, korang boleh rujuk tips yang sha kongsikan, jika ada penambahan boleh komen dientry ini.

Reward paling best kita dapat untuk pendakian ini adalah sampai ke puncak dengan jayanya, menikmati keindahan sekelilingnya dan sebutlah Alhamdulilah, Subhanallah, Allahuakhbar.

Mulakan pendakian korang sekarang, korang akan merasainya sendiri. :)

RujukanTips penting sebelum memulakan mendaki