Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com
sHaRiNa eLyaNa
January 24, 2018
19 Comments
Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com | Assalamualaikum, selamat tahun baru 2018 hihi, memang teringin mahu buat entry mengenai AZAM BARU, almaklumlah sudah masuk pengakhiran bulan Januri 2018, tapi masih belum tentu apa azam untuk 2018, eh penting kah azam ni? eh, Bro Elih ada buat Giveaway ni, ada juga asalan untuk melalut pasal azam 2018 haha.
Klik banner kalau mau join ya
Menjangkaui usia ketuaan ini, haha, bagi sha azam itu sangat penting, kerana disitulah kita boleh lihat bertapa usaha untuk menjadikan ianya berjaya ataupun tidak, tapi persoalannya disini, adakah azam yang lama sudah tercapai? ermm..cuba korang ingat balik apa azam korang tahun lalu?
Secara jujurnya sha mula ada azam pada tahun 2014, masa itu, sha baru habiskan pengajian di Uitm dan secara tidak langsung ini adalah antara salah satu azam sha, dimana kepayahan mendapatkan segulung kertas yang luar biasa setelah berhempas pulas keberadaan dimenara gading.
2015, sha mengimpikan berada di puncak Gunung Kinabalu, dimana sha telah kecundang untuk merealisasikan azam tersebut, tapi sha bangkit untuk membuktikan azam itu bukan untuk dilepaskan, akhirnya pada 2016 sha terjaya tawan puncak Gunung Kinabalu, terasa sha begitu hebat jika punya azam hihi..
Agak pelik azam ini, tapi alhamdulilah 2017 merupakan tahun tamatnya zaman bujang sha, status cik sudah bertukar puan hahaha, sha tidak begitu yakin untuk dapat kahwin pada tahun 2017, disebabkan banyak sebab yang berlaku, tapi itu tidak membataskan sha dan suami untuk capai azam gila-gila sha ini hihi nak kahwin azam yang gila-gila kah??..tapi suami sha langsung nda tahu bahawa azam sha pada tahun 2017 adalah kahwin hahaha..
Apa azam sha di Tahun 2018? memandangkan azam sha ditahun yang lepas tercapai dengan jayanya, terutamanya part kahwin tu, haha, maka dengan itu, tahun ini sha berazam kalau ada rezeki, sha nak dapatkan baby pula..hihi part ini, berserah pada kekuasaan Allah yang maha berkuasa, kita hambaNya teruskan berusaha, sha yakin sangat-sangat bila rezeki itu atas nama kita, cepat atau lambat, ianya tetap milik kita..hihi
Jadi apa azam korang?