Sepanjang Mengandung 1st Trimester- Alhamdulilah Dipermudahkan
sHaRiNa eLyaNa
April 14, 2018
6 Comments
Sepanjang Mengandung 1st Trimester - Alhamdulilah Dipermudahkan | Assalamualaikum, yes sekarang sha dah masuk 2nd trimester, tapi rasanya nda banyak beza dengan 1st trimester, orang lain cakap waktu mengandung diperingkat pertama, loya, pening, muntah semuanya berlaku pada peringkat ini, tapi kan sha pula lain tau, diperingkat kedua pun sha alaminya juga.
picture of early 2nd trimester
Macam orang cakaplah, nda semestinya muntah itu pada awal kehamilan saja, kawan sha mengandung dari 1st trimester sampailah mau dekat bersalin masih muntah juga, perghhh seram wehhh..alhamdulilah sha setakat ini muntah-muntah tu boleh kira berapa kali, cuma pening, loya lemas, cepat penat itu semua memang simptom-simptom orang mengandung kan hihi.
Sepanjang Mengandung 1st Trimester sha banyak rasa penat, berat badan sha naik mendadak, itu yang terpaksa beli baju mengandung haha. Diakhir 1st trimester pun sha selalu kena sembelit, pernah kejang kaki waktu tidur malam, memang husband lah yang banyak bantu urut kaki, lagi-lagi kaki sha cepat bengkak kalau seharian berjalan, haha..sengal badan dan sakit kepala pun banyak berlaku diakhir-akhir 1st trimester.
Banyak lagi minggu nak ditempuhi, sekarang pun dah 15 minggu lebih, minggu depan 16 minggu, baby dalam perut dah masuk 4 bulan, minggu depan yeaahhh..hihi ada lagi 5 bulan lebih, maksudnya raya nanti dah memboyot pergi beraya dirumah orang, mesti orang akan tanya "dah berapa bulan?" hahah..kann
Semoga Allah permudahkan perjalanan baby nak jumpa ummi dia
Itu Sahaja entry saja-saja hihi
Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi