March 26, 2020

Permohonan Jawatan Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Menggunakan Sijil PMR/SRP

March 26, 2020 0 Comments
Permohonan Jawatan Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Menggunakan Sijil PMR/SRP | Assalamualaikum, disebabkan kekurangan staff KKM akibat bencana covid-19 ini, kementerian kesihatan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk mengisi jawatan atenden hospital/pembantu perawatan kesihatan U11 hanya menggunakan sijil PMR/SPR sahaja



Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai Kelulusan  Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang tugas jawatan atenden hospital/pembantu perawatan kesihatan U11 ini lebih kepada membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Bagi permohonan jawatan tersebut sebanyak 1407 kekosongan diperlukan dan korang bolehlah memohon di lawan web rasmi SPA Malaysia klik sini

Tarikh Tutup 1 April 2020 Jam 11.59pm
Untuk maklumat mengenai iklan jawatan tersebut, korang boleh klik di sini

Semoga dengan pekerjaaan ini dapat membantu ramai lagi masyarakat yang memerlukan khidmat korang..semoga berjaya

Pan Cake Simple untuk Anak

March 26, 2020 0 Comments

Pan Cake Simple Untuk Anak | Assalamualaikum, sejak kawalan pergerakan ni bermula memang para isterilah yang paling bingung nak sediakan makanan untuk ahli keluarga kan..apatah lagi kerja bapa dengan anak asyik lapar ja..haha..stok biskut dah kurang, jadi apa kata kita cuba pula resepi pan cake yang simple untuk anak, eh untuk anak ja ka? aip..boleh makan satu keluarga kalau pan cake begini punya sedap haha..

Bahan-bahan pun senang dapat, sha guna susu dugro coklat edan, sebab dia masih setia dengan susu badan, dia tolak dengan tegas minum susu coklat ni, sayang pula mau buang kan, so terlintas dipikiran buat pan cake, boleh ja korang gantikan dengan milo, tapi milo manis..

Bahan-Bahan

2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Susu Tepung Coklat 
1 Sudu Kecil Garam
1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat

Caranya - Campurkan semua bahan dalam satu bekas, letakkan air masak, jangan bagi cair adunan tu, agak-agak macam buat pan cake biasa juga..then masak di kuali dengan sedikit minyak..siap

Biasanya pagi-pagi edan akan bangun jam 6 pagi sebab lapar, bila stok biskut dia dah habis, so ini  antara menu sarapan yang cepat sha buat supaya dia tak mengamuk sebab lapar..haha..bukan setakat anak ja boleh makan tau, bapa dia pun makan sekali..sedap dan tak manis, korang try la ya..

March 25, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020

March 25, 2020 2 Comments


Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 | Assalamualaikum, berikutan dengan kes Covid-19 meningkat kebelakangan ini, maka Perdana menteri memutuskan untuk melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan selama 14 hari lagi iaitu 31 March hinggah 14 April menjadikan tempoh kawalan adalah hampir sebulan.

Mendengar berita ini, sha tahu semua rakyat Malaysia agak down sebab tetap berada dirumah dan minimumkan aktiviti diluar, sha sendiri belum lagi pernah keluar rumah sejak perintah kawalan pergerakan diumumkan, edan apatah lagi, boring dirumah boleh membuatkan dia lebih meragam dari yang biasa, lagi-lagi rumah kami tinggal bahagian flat tiada halaman seperti di rumah kampung, korang faham kan perasaan boring tahap macam mana.

Hanya ketua rumah dibenarkan keluar rumah untuk belanja, sha nak juga keluar rumah ganti husband belanja tapi husband tak benarkan sebab sha mengandung kan..lagi tinggi risikonya..sedangkan husband sendiri pun takut mahu keluar rumah, dia pergi market pun 3 hari sekali so memang berjaga-jaga.

Boring dirumah, bukanlah alasan untuk kita berkeliaran diluar, kesian dekat kakitangan yang berada di barisan hadapan seperti polis dan doktor..jangan disebabkan keboringan kita itu, ramai yang jadi mangsa..so duduk diam-diam tengok tv atau layan game..hihi

Mari kita berdoa semoga virus Covid-19 ni pulih sepenuhnya sebelum masuknya bulan Ramadhan..
amin..



Resepi Kek Marble Koko

March 25, 2020 1 Comments

Resepi Kek Marble Koko | Assalamualaikum, lapar tak? jom buat kek haha..rasa nak makan kek pula, mau beli diluar masih lagi kawalan pergerakan..apa kata buat sendiri, kurang gula, banyak dan puas hati yang penting sedap bebenor tauu haha

Kalau korang jarang-jarang sangat rajin masuk dapur buat kek, hihi kita sama la..sha pun ini dah second try..1st try ari tu failed..ngok ngek ja buat kek time birthday edan hari tu..tu la pandai sangat ubah resepi orang dah tak jadi..so sekarang sha follow ketat-ketat resepi ini..dan hasilnya..sedappp sangat

Resepi Kek Marble Koko

Bahan-Bahan
(a)
2 cawan tepung gandung
1 sudu kecil baking powder

(b)
1 1/2 cawan majerin
1 cawan gula (boleh kurangkan ke 1/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanila

5 biji telur
2 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara
1. Mixkan bahan b hingga kembang/gebu (10-15 minit)
2. Masuk telur 1 per 1 sampai habis. Mix hingga sebati.
3. Masukkan tepung sikit² hingga habis. Mix sebati.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 campurkan 2 sudu kecil serbuk koko. 1 lagi biarkan tiada warna.
Masukkan selang seli 2 adunan ni ke dalam loyang sampai abes. Boleh taburkan coklat cip bagi cantik, sha tiada bahan hahah..
Panas kan oven 200c 15minit (kenali oven memasing)
5. Bakar 180c 40-50 minit. Untuk pastikan sudah masak, cucuk pakai lidi kalau tak melekat itu dah masak

Resepi ni sha ambil dari FB Jom belajar buat kek credit :Tina Jair

Selamat mencuba ya.

March 24, 2020

Resepi Donut Gebu Dan Simple

March 24, 2020 2 Comments


Resepi Donut Gebu Dan Simple | Assalamualaikum, boring nya, masuk dapur pun ntah apa mau makan..haha..so sha try lah cari dekat FB resepi donut, baby dalam perut nak makan donut pula..ok ok umie beranikan diri try ya, sebab 1st try hari tu failed haha..kena try juga ni sebab sampai bila kan..so pagi tu suruh husband beli barang dan pakai barang dekat dapur ja.

Resepi Donut Gebu Dan Simple

Bahan 1:
- 2 sudu besar yis mauripan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
*campur bahan ini dan biarkan kembang selama 10minit

Bahan 2:
-2 cawan tepung gandum
-2 sudu besar minyak masak
-1 sudu teh garam

Cara-cara:

1- Gaulkn bahan (2) sehingga menjadi mcm serbuk roti, kemudian campur bahan (1) dan uli sampai tepung tak melekat di tangan

2-Masuk dlm bekas dan biarkan kembang (tutup dalam bekas selama 15minit)

3-Selepas 15minit keluarkan doh dan tumbuk2 doh

4-Bulatkan donut, dapat dalam 12 biji dan masa nak menggoreng baru lubangkan donut terus goreng dengan api perlahan dan rehatkan suam2 baru salut gula..

Resepi asal dari FB ‎Norain Che Yop‎  tapi sha ada ubah sikit-sikit sebab tiada bahan haha..tapi jadi juga tau, husband puji sedap dan edan makan tambah 3x tahu..so korang kena try juga..hihi..selamat mencuba..


Mari lihat 30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia


March 23, 2020

Sinopsis Parasite Korea Movie

March 23, 2020 4 Comments

Sinopsis Parasite Korea Movie | Assalamualaikum guys sempena cuti kawalan pergerakan ni..moh lah kita pulun tengok movie korea haha...cuma nya kalau sha movie Parasite ni tak berapa berkenan lah dihati sha haha..bagi 3 bintang ja..tapi kalau korang belum tengok..jom baca sinopsis ringkas dulu ya

Sinopsis: Filem ini mengisahkan seorang lelaki muda bernama Ki-taek serta ahli keluarganya yang semuanya sedang menganggur dan bergelut untuk meneruskan kehidupan. Pada suatu hari, seorang rakan Ki-taek telah membantu beliau untuk mendapatkan kerja sebagai seorang tenaga pengajar terhadap keluarga Park yang kaya raya dan terkenal. Kejayaan Ki-taek memperoleh pekerjaan dengan keluarga Park telah mendorong ahli keluarganya yang lain untuk mula menumpukan perhatian bagi mendapatkan pekerjaan yang berpotensi di dalam kehidupan keluarga tersebut. Akhirnya, satu kejadian aneh, tidak diingini dan sukar dijangka telah melanda Ki-taek dan ahli keluarganya sehingga merubah kehidupan mereka sekeluarga.

Nak tahu apa yang terjadi korang kena tengok sendiri haha, sha download dekat telegram ja movie ni, sebab tengok dekat you tube tiada pula..so selamat menonton ya.




March 22, 2020

Mengidam Nasi Kuning

March 22, 2020 0 Comments

Mengidam Nasi Kuning | Assalamualaikum, sebak hati bila kita mengidam mak mertua hantarkan dari kampung nikmatnya ya Allah makan nasi kuning ni, ala boleh ja buat kan..senang ja tu tapi entah lah macam nak makan air tangan orang lain..hihi

Dijadikan cerita kemarin malam sha post dekat whatsapp terhidu bau nasi kuning dalam daun pisang tu, then pagi mak mertua chat kalau dekat bolehlah mak tolong masakan..alahai..tapi sha tak terpikir pun nak buat nasi kuning tu haha..petang tu mak mertua col dia ada hantar dekat cousin husband nasi kuning tu, happy nya sha, rasa macam menang lucky draw haha..nasi kuning dari beluran tau..sedapnya rasa dia..

Husband tegur sha tak baiklah post sesuatu makanan yang kita tak dapat time tu, contohnya malam, lagi-lagi sha mengandung kan..so thats y mak mertua sha pos kan nasi kuning sebab takut sha kempunan..terima kasih mak..untung sha dapat mak mertua baik hati dan caring..hihih..

Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com

March 22, 2020 6 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 21/3/2020 sehingga 11.00 pagi 22/3/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2020.

** jom support Mia Liana....