April 4, 2020

Bayaran Fasa 1 - Bantuan Prihatin Nasional Pada 6 April Ini

April 04, 2020 2 Comments


Bayaran Fasa 1 - Bantuan Prihatin Nasional Pada 6 April Ini | Assalamualaikum, syukur alhamdulilah bantuan BPN akan dibayar secara berperingkat pada isnin depan setelah PM kita umumkan di berita tempoh hari. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat perintah kawalan pergerakan ini dikeluarkan sejak 18 Mac lalu.
Baca : Terima Kasih PM
Duit yang kita dapat tu, gunakanlah sebaik mungkin ya, besar kemungkinan PKP ini akan dilanjutkan, kita tunggu pengumuman dari Perdana Menteri 10 April ni, so bila dah dapat bantuan tu, rancang lah sehabis mungkin, beli lah stok makanan yang memadai. bayar bil yang patut, bayar rumah sewa, bayar hutang yang ada, jangan tambah hutang lagi, jangan beli emas dulu haha..simpan duit untuk kegunaan masa depan, sebab gaji bulan 3 dapat half saja.

Yang penting korang teruskan duduk rumah, bila dapat bantuan tu, jangan berpusu-pusu pergi bank keluarkan duit, sekarang kan dah boleh check guna online banking, kalau boleh pakai kad debit ja untuk buat pembayaran bila korang belanja.

Sekian entry sha hari ini, hihi semoga dunia cepatlah sembuh dari covid-19

April 3, 2020

Ibu Mengandung Cepat Menangis

April 03, 2020 7 Comments

Ibu Mengandung Cepat Menangis | Assalamualaikum, pengalaman mengandung kali kedua, tiada bezanya bila dikaitkan dengan emosi, keduanya cepat menangis haha, tapi kalau cerita pasal perasaan marah, mengandung yang kedua ni, susah sikit mahu kawal, cepat ja marah lagi-lagi dengan edan yang kuat meragam, itu normal, maybe..kesian dekat edan, tak pasal-pasal kena dengan umie..nanti malam umie pula yang sedih tengok edan tidur sayu ja hati..cepat betul budak ni besar..

Sha cepat menangis sejak 2 3 hari ni, bukan sebab husband marah..part ni kebal semacam ja hati haha..tapi bila sha scroll fb tengok berita pasal isu semasa sekarang ni, dengan beri sumbangan berbentuk makanan, duit kepada orang miskin dan lebih memerlukan sha jadi tersentuh..mula la menangis haha..adui..normal ka?

Bila baca pasal artikel masa zaman dulu kecil-kecil nak dapatkan sesuatu tu memang payah sangat sebab sha pun dulu bukannya dilahirkan kaya..kena kongsi apa ada nya dengan adik beradik..sebenarnya sha pernah lalui pengalaman tu jadi secara automatiknya sha meletakkan diri sha pada cerita tu..tu yang cepat menangis hahaha

Sha mengandung ka tak, memang cengeng..haha dari dulu pun orang dalam rumah cakap sha ni cengeng..tengok hindustan pun boleh menangis depan tv sorang-sorang sampai kena sakat oleh adik lelaki sha haha..feeling sangat kan.

Tapi memang betullah, saat mengandung memang kitaorang akan lebih sensitif..sebab penghasilan estrogen, progesteron dan hcg sangat meningkat..

Cuma elakkan stress sebab baby dalam kandungan juga akan turut stress..so perasaan sedih tu normal tau..cumanya kena pandai kawal ja..hihi..

Nikmati moment terindah saat baby dalam kandungan..

Biodata Ketua Pengarah KKM Dato Dr Noor Hisham

April 03, 2020 2 Comments

Biodata Ketua Pengarah KKM Dato Dr Noor Hisham  | Assalamualaikum mesti korang semua kenal dengan ketua pengarah KKM yang selalu muncul dalam TV untuk memberi laporan ringkas dan padat tentang perkembangan kes Covid-19 setiap hari. 

Ramai yang cakap Ketua Pengarah KKM kita ini macam muka Cina, tapi cakap melayu bukan main fasih kan. Memang tepat pun, Dato Dr Noor Hisham memang berbangsa Cina dan dia juga beragama Islam yang sangat menjaga solatnya tidak kira di tempat yang sukar. Apa yang pasti, Dato memang seorang yang humble dalam menjalankan tugasnya bersama staff KKM yang lain.

Biodata Ketua Pengarah KKM Dato Dr Noor Hisham

NAMA  : Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
TARIKH LAHIR : 21 April 1963
TEMPAT LAHIR : Sepang, Selangor
   
ANUGERAH

Bil. Tarikh Penganugerahan Darjah
1. 5 April 2014 Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
2. 26 Ogos 2013 Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.)
3. 17 Mei 2013 Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) 
4. 17 Mei 2010 Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
5. 2 Jun 2007 Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
6. 5 Jun 2004 Kesatria Mangku Negara (K.M.N)

ANUGERAH LAIN

1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL  
2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL  

KELULUSAN

Bil. Kelulusan Tahun   
1. Medical Doctor M.D (UKM) 1988  
2. Master of Surgery M.S (UKM) 1994  
3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery 1997
4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) 1998  
5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) 2004  
7. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK 2008  

  
PENGALAMAN

-Ketua Pengarah Kesihatan 01.03.2013
-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) 29.01.2008
-Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya 16.08.2002
-Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur 16.01.1998
-Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998
-Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia
1997
-Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu 01.07.1994
-Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur 1990-1994
-Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur 02.10.1989
-House Officer University Hospital Kuala Lumpur 01.08.1988


SPECIAL APPOINTMENT:

Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong       2008        
- Sri Lanka College of Surgeon special guest Colombo 2010
- British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010
- 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan 2011
- Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011
- 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012
- Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur 2012
- General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania          2012
- Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012
- Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013

April 2, 2020

Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email

April 02, 2020 3 Comments


Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email | Assalamualaikum, bagi sesiapa yang belum pernah berdaftar KWSP i-Akaun tapi semestinya korang MESTI ada akaun KWSP, sekarang dah boleh apply melalui email, sebab musim PKP ni memang tak boleh keluar rumah, jadi gunakanlah teknologi yang ada..simple kan tak perlu beratur panjang dekat kiosk, sesak nanti, pening kepala staff nak layan. Macam sha dulu pernah login tapi dah lama, 2-3 tahun rasanya..haha akaun wujud tapi kena kemaskini nombor telephone untuk dapatkan TAC dekat kiosk pun boleh guna cara ini.

Baca : Cara Memohon 1GB Internet Percuma

Cara Daftar KWSP i-Akaun Melalui Email

1. Isi borang dlm pdf
Borang itu korang boleh download di sini "Borang Pendaftaran i-Akaun KWSP (ahli) melalui email" 

Dalam borang tersebut ada panduan mengisi borang dan senarai dokumen yang diperlukan :-

2. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang 

3. Gambar korang selfie sambil pegang Kad pengenalan

4. Account statement bill telefon / Screenshot dari Telco  apps membuktikan nombor telefon kepunyaan pemegang akaun

5. Bank statement / saving book yg ada nama dan nama dan no account

Convert semua dokumen ke dalam PDF file dan Email semuanya ke : iakaundaftar@epf.gov.my

Syarat Pendaftaran/Kemaskini Nombor Telephone

1. Warganegara Malaysia sahaja
2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal, so korang gunalah gmail ya
Makluman 

1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP 
2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP 
3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP

Ok, buat perlahan-lahan, semak dulu sebelum hantar ya, masih banyak masa lagi kalau nak daftar, tapi better buat cepat nanti terlupa pula kan..haha..semoga dipermudahkan pengeluaran duit KWSP korang tu..

April 1, 2020

Cara Memohon 1GB Internet Percuma (Bantuan Kerjaan Selama tempoh PKP 2020)

April 01, 2020 1 Comments
Cara Memohon 1GB Internet Percuma (Bantuan Kerjaan Selama tempoh PKP 2020) | Assalamualaikum sedar tak sedar kita sudah masuk bulan april dan fasa kedua tempoh perintah kawalan pergerakan yang telah dilanjutkan oleh PM tempoh hari, maka dengan itu pm juga umumkan bantuan 1gb internet percuma selama tempoh PKP bermula 1 April 2020, 8 pagi hingga 6 petang setiap hari

1. CELCOM
- automatik terus masuk 

2. DIGI
- tebus data ini melalui aplikasi MyDigi

3. MAXIS
- tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option

4. UMOBILE
- Prepaid - Dail *118*6# kemudian pilih Special Offer

Postpaid - Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer

5. TUNETALK 
- sms STAYHOME ke 2222

6. ONEXOX
- tebus/redeem" melalui aplikasi ONEXOX Black atau
 USSD *150#.

Alhamdulilah diharap dengan adanya bantuan ini dapatlah sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan untuk membeli topup..maklumlah kita ni duduk rumah ja..mesti bosan tiada internet kan..hihi..

Tapi sha pakai wifi..hopely unifi pun bagi diskaun pembayaran half ka..hihi

Terima kasih PM

March 31, 2020

Entahlah dengan Adsense ni

March 31, 2020 3 Comments


Entahlah dengan Adsense ni | Assalamualaikum, ermm malas lah dengan adsense ni, sekejap ada sekejap tiada, sha dah habis godek dah ni, still earning tak naik..haha maklumlah blog sendu ja, earning pun slow, bukan lagi slow..kadang langsung zero..rasa macam give up dah ni dengan adsense.

Bila naik, sha rasa macam nak ja hari-hari update, sha tak pernah lagi cash out..kesiannya haha..2017 sha start apply adsense, time tu laju ja earning masuk, start dari akhir tahun sha dah busy dengan persiapan kahwin, blog pun terabai..adsense merajuk kot..lagi la selepas kahwin sha dah macam jauh ja nak update blog haha..then sha perasan macam ada pernah tukar template sebab bosan konon..lastly earning pun dah zero haha..padan muka..

Kak pip cakap ala sha buat ja entry santai pasal edan, asalkan rajin up entry..betul juga kan..kadang kita buat sebab minat pun boleh jadi rezeki masuk..hihi baiklah kak pip..sha try sehabis baik..sekarang ni susah sikit buka laptop, edan nampak ja terus dia datang duduk sekali tekan-tekan keyboard..errrrr..kena tunggu dia tidur memang sha pun ikut tidur sekali haha..

Any tips dari sifu ads, maybe? hihihi..

March 30, 2020

Edan Berklinik 18 Bulan

March 30, 2020 2 Comments

Edan Berklinik 18 Bulan | Assalamualaikum, hari ini adalah hari pertama umie dan edan keluar rumah setelah sekian lamanya kami terperuk dalam rumah sejak PKP ni, tapi perasaan kali ni tak bestlah, bukan seronok keluar pun, takut ja ada, takut sangat-sangat, rasa mau cepat ja pulang rumah, lagi-lagi sorang ja boleh masuk klinik tadi, husband tunggu dalam kereta

Sampai ja kami di klinik terus kepala kena tembak dengan alat periksa suhu, kalau tak demam lepas lah, then dalam klinik pun tak boleh duduk dekat, jarak pun kena jaga, husband balik-balik ingatkan sha, jangan biarkan edan sentuh apa-apa, budak ni dah dapat kaki manalah dia faham erti duduk dia..kira lama jugalah sha tunggu tadi hampir sejam -.- edan dah meragam kena lagi time tu dia punya jadual tidur, maka sha lah yang terpaksa angkat dia ke hulu hilir dengan perut sha dah nak masuk 6 bulan tapi macam kecil ja hihi..

Tinggi edan 79.5cm berat pula 9.8kg, hari ini dia dapat 1 suntikan di lengan, karau dia menangis tadi..lepas tu turn sha pula berklinik, sepatutnya hari khamis ni, tapi malas mau keluar lagi sekali pergi klinik boleh ja kata nurse tu sekalikan dengan anak haha..lega hati sha..lepas settel semua terus sha balik..tak macam selalunya sha berklinik seorang diri, edan duk rumah dengan baba, sha akan stay dulu bungkus makanan then makan dalam klinik..hari ni tak boleh 3 beranak kebulur haha..

Semoga cepatlah sembuh dari wabak Covid ni, sha nak bersalin July nanti, semoga dipermudahkan semuanya..amin..

March 28, 2020

Terima Kasih PM

March 28, 2020 3 Comments

Terima Kasih PM | Assalamualaikum, alhamdulilah kemarin PM kita telah menyampaikan berita gembira mengenai Bantuan Prihatin Nasional yang berjumlah hampir 10 Billion kepada rakyat Malaysia akibat bencana Covid-19 yang menyerang seluruh dunia. Syukur tidak terhingga kepada kerajaan baru yang sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat sekarang. Terima Kasih PM dan menteri yang terlibat.

Bantuan ini akan diagihkan pada bulan April dan Mei, sedikit sebanyak dapat melegakan hati rakyat yang terpaksa menanggung kerugian akibat ketiadaan pendapatan di musim perintah kawalan pergerakan di lanjutkan selama 14hari lagi.

Baca : http://www.opzzpinky.my/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-dilanjutkan.html

Seluruh rakyat mendapat manfaat dari bantuan ini, terdapat juga beberapa bantuan lain yang telah PM umumkan :-
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam 
  • Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta 
  • Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
  • Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
  • Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
  • Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan  RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020 
  • Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP 
Diharap dengan bantuan ini, semua rakyat Malaysia dapat memberi kerjasama agar terus duduk dirumah, jangan sebarkan virus, cukuplah PKP ditambah 14hari, jangan lagi tambah, semua perlu keluar rumah untuk menjalani aktiviti seperti biasa bila virus ini sudah pulih sepenuhnya.

Semoga Malaysia sembuh seperti sedia kala dan kita dapat menikmati Ramadhan serta Syawal dengan aman, amin