April 22, 2020

Popia Nestum

April 22, 2020 2 Comments

Popia Nestum | Assalamualaikum, petang macam ni ntah nak buat apa, mulut asyik mengunyah ja..siapa macam sha kita genk haha, teringat hari tu ada suruh husband beli popia, nak habiskan menggulung sebungkus popia ni ambil masa 3 hari tau haha, maklumlah ada anak kecil, bila dia tidur baru kita hampar popia ni gulung depan tv bila bangun kemas balik masuk dalam peti sejuk, itu yang jadi 3 hari tu

Simple ja bahan bahan kali ini, 

Popia 1 bungkus potong kecil dan gulung, kemudian jemur sampai keras
Nestum 1 cawan 
Gula 1/2 cawan (kurangkan kalau tidak mau manis)

blend gula dan nestum jadi halus, lepas goreng popia salutkan pada nestum dan letak dalam balang, senang kan? boleh lah tahan 2 hari, sha sikit ja makan macam manis pula, takut nanti result minum air gula tinggi, so husband yang habiskan..terfikir nak buat balik tapi tak mau nestum dah, next time guna balado..lagi sedap dan pedas haha..

April 21, 2020

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

April 21, 2020 2 Comments

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 


Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020


Resepi yang sha nak share adalah resepi donut gebu yang simple..klik sini

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2020

April 21, 2020 1 Comments


Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 2020 | Assalamualaikum, Membayar zakat bagi yang mampu adalah Rukun Ketiga daripada 5 Rukun Islam yang lain. Membayar zakat juga adalah salah satu daripada pembersihan harta yang dilakukan sekali dalam setahun. Pada tahun ini, Muis telah mengumumkan 2 kadar fitrah bagi negeri Sabah iaitu RM6 bagi individu yang terkesan susulan perintah kawalan pergerakan, manakala RM7.50 bagi individu yang kurang terkesan susulan Perintah kawalan pergerakan yang dijalankan mulai 18 Mac yang lalu.

Penetapan 2 kadar tersebut adalah bertujuan meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan dan penetapan kadar zakat fitrah RM7.50 adalah berdasarkan harga 2.7 kilogram beras Vietnam white rice (5% hancur) yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di Sabah.

Jalankan tanggungjawab korang dengan membayar zakat secara atas talian seperti Maybank2u, Cimb Click, Snap and pay, Boost dan MYePG bagi mengelakkan  korang berurusan di luar rumah namun pihak Muis juga turut melaksanakan perkhidmatan amil bergerak dari rumah ke rumah, serta pembukaan kaunter zakat ditempat yang terpilih.

Sha pasti semua rakyat terkesan dengan wabak Covid-19 ini, namun sama-samalah kita membantu golongan asnaf dengan membayar zakat fitrah tahun ini.

Mangga Oh Mangga

April 21, 2020 2 Comments

Mangga Oh Mangga | Assalamualaikum, siapa tak kenal dengan mangga, rata-rata rakyat Malaysia sangat meminati buah ini, apatah lagi buah ini senang didapati dan murah harganya, di musim pkp ini memamg ramai yang buat delivery makanan termasuklah jeruk mangga, maafkan sha membuatkan korang terliur melihatnya, malangnya sha tak berapa minat dengan buah ini dan ini kali pertama sha makan mangga ketika mengandungkan anak kedua ini.

Berbeza dengan kandungan pertama, sha kalau tak dapat mangga memang akan menangis, sampai  sha buat sendiri jeruk simpan di peti sejuk, sha sorang ja yang makan, nikmatnya rasa makan sejuk-sejuk, tapi kandungan kedua ni, seriusly, sha makan tapi tak berapa nak makan, even tak mengandung pun sha tak berapa suka dengan mangga sebab dia masam haha...maafkan sha wahai pengemar mangga.

Nak dijadikan cerita, dah tak teringin nak makan, mana pula dapat jeruk mangga time pkp ni? ah adik sha jadi runner hantar makanan, sha baru tahu dia buat cod, kalau tahu hari tu suruh dia yang beli mask haha..maybe jeruk yang ini order lebihan so dia malas mau pulangkan balik, dan dia pun paksa sha ambil, walaupun bagi free sha tetap tolak, hahaha..mangga ni dah 3 hari dalam peti sejuk, sha makan dengan nasi 3 ketul ja then simpan balik..tak masam juga cuma tak teringin haha..

Kiranya banyak jugala perbezaan mengandungkan edan dan adiknya ni, mungkin lain jantina? sha pun tak ada pengalaman, scan pun belum lagi, tapi apapun jantina Allah beri, sha terima dengan hati yang senang..anak rezeki Allah..

Ok dah jam 12 jom tidur..hihi

April 18, 2020

Khidmat Runner Musim PKP

April 18, 2020 4 Comments


Khidmat Runner Musim PKP | Assalamualaikum, musim pkp ni semua tidak dibenarkan keluar rumah tanpa hal penting, kalau husband sha akan keluar belanja barang dapur seminggu sekali, baru tadi kami kehabisan face mask, mau keluar pun satu hal, selagi tidak pakai mask memang tidak dibenarkan masuk market, jadi terfikir juga mau suruh orang, siapalah yang sanggup keluar beratur mau beli mask di tempat yang padat..

So ada nampak iklan di facebook pada khidmat runner musim pkp ni, ini 1st time sha guna runner beli barang dan hantar ke rumah, hihi dorang pun terpaksa juga buat begini selain dari membantu orang dapatlah sikit duit poket dimusim pkp ni, sama ja khidmat runner dengan food delivery, cumanya runner bergerak sendiri dan rasanya khidmat runnner ada mahal sikit, sebab ada cas pembelian, kena beratur lagi kan, lain lagi cas penghantaran tapi berbaloi lah juga.



Area sandakan ni, sha guna khidmat runner Bos Osman, 1st time chat sama dia memang friendly orangnya, sha suruh dia beli face mask di Young Superstore Batu 8, sebab ada promosi 1kotak 50pcs RM59.90, kira murah dan cepat dapat, berbanding dengan beli online, sha terus beli 2 kotak, cas pembelian RM10 dan cas penghantaran RM5 dari batu 8 ke batu 7, sha transfer online ja memandangkan cash pun tiada haha..mudahlah untuk dia tak perlu pergi rumah ambil duit lagi kan..so siapa-siapa yang perlu khidmat dia area sandakan boleh contact dia ya..




April 17, 2020

Mudahnya Buat Ais Krim Sendiri Dirumah

April 17, 2020 2 Comments

Mudahnya Buat Ais Krim Sendiri Dirumah | Assalamualaikum, Salam PKP fasa ke 3, sha pasti semuanya sudah sebati duduk rumah, haha, mesti rajin ke dapur dan buka buku resepi kan, sha 2 3 hari ini kena ulser, mungkin sebab musim panas, kurang minum air, so terfikir mau makan ais krim untuk melegakan anak tekak yang tengah sakit ini, maka sha decide untuk buat ais krim sendiri dirumah..memandangkan payah mau keluar rumah..ais krim sha buat ni siap boleh control tahap kemanisan nya lagi, maklumlah sha kan pregnant hahah..so jomlah kita buat ais krim sendiri ya.

Resepinya mudah saja, sha buat tengah malam, jadi besok boleh terus ngap, tak perlu tunggu lama dah haha..hanya gunakan blender saja, sha tak pasti kalau guna mixer tapi korang bolehlah try and error ya.

Bahan-Bahan untuk buat Ais Krim

1 tin susu cair
1 sudu besar ovelatte
5 sudu besar susu pekat (resepi asal setengah tin, tapi sha kurangkan, ini pun dah cukup manis bagi sha, boleh kurangkan kepada 3 or 4 sudu)
2 penutup esen vanilla
1 sudu kecil tepung jagung

Satukan semua bahan kedalam blender, dan putarlah semampu yang boleh haha, kalau nak gebu gebas boleh ulang banyak kali, ala tekan on off ja pada button blender tu, make sure gap dalam 2 min nanti meletop pula blender korang haha..

Kalau rasa dah puas hati dengan kegebuan nya, letak pada bekas dan masukkan dalam peti sejuk, tunggu sampai tengah hari baru boleh makan sambil tengok tv, kalau nak tambah pewarna lain pun boleh ikut suka koranglah kan..haha

Memang puas hati, sha selagi tak habis ais krim dalam peti sejuk tu, memang rajin betul makan, haha maklumlah musim panas kan..eh lupa pula nanti kena minum air gula buat kedua kalinya -.-' awas musim pkp ni semua benda dimakan, harapnya stabil la gula sha hihi..

Lepas ni sha akan kongsikan biskut 2 bahan, stay tune...

April 7, 2020

Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu

April 07, 2020 2 Comments

Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu | Assalamualaikum, botol susu adalah pilihan terakhir apabila bayi kita tidak dapat meneruskan penyusuan melalui susu badan ibu, adapun ibu-ibu  terpaksa memilih untuk menggunakan botol susu semasa mereka mula bekerja, tidak kira susu formula ataupun susu dari perahan susu badan ibu. Di entry yang ringkas ini sha ingin berkongsi  dengan korang pentingnya ketahui cara bersihkan botol susu.

Baca : Sample Susu Percuma

Tahukah korang bahawa botol susu jika tidak dibersihkan dengan betul antara penyumbang pembiakan kuman yang boleh menyebabkan anak kecil sakit keracunan dan cirit birit? 

Kadang kala terdetik dalam hati, berapa lama patutnya kita menggunakan sebuah botol susu? bagaimana pula dengan cara pembasuhannya, perlukan basuh dengan sabun khas, dan berus apa yang sesuai..banyak sangat soalan berlegar dalam otak fikiran lagi-lagi ibu yang baru pertama kali mendapat cahaya mata. Tidak kurangnya bagi anak kecil yang sangat sensitif dengan persekitaran, membuatkan kita lebih berhati-hati.

Baca :  Susu Badan Mulai Drop Ketika Mengandung

Anak sha memang direct susu badan tapi sejak mengandung ni, susu drop, sha bagi susu formula pun, dia tak mahu, tapi kalau air masak dia mahu pula, so sha tiada pilihan lain memang kena bagi dia air masak dalam botol susu, sebelum ini sha sudah cuba beberapa kali menggunakan cawan, tapi dia cepat tersedak, mungkin minum terlampau laju, bila minum guna botol senang sikit, boleh minum sambil baring. 

Sha pun sama dengan ibu-ibu diluar sana, cukup bersihkah botol susu anak dengan cara sha sekarang ni, jadi sha pun ada terbaca perkongsian seorang doktor kanak-kanak dalam facebook, semoga bermanfaat buat sha dan ibu-ibu semua.

Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu

  • Usaha cuci botol susu bayi sebaik saja mereka selesai menyusu. Pastikan juga tangan kita tu bersih semasa proses mencuci tu. Ini kena rajin sikit, nampak ja anak sudah habis menyusu terus tangkap botol susu, boleh bagitahu pengasuh untuk berbuat demikian
  • Tak boleh biarkan sisa susu tak habis lama dalam botol susu. Mesti buang terus sebab kita tak nak ia jadi medium pembiakan kuman dan bakteria, jadi basi lalu menghasilkan bau yang kurang enak. 
  • Hati-hati masa mencuci puting susu. Guna berus khas supaya ia tidak mengoyakkan puting. Puting yang terkoyak atau merekah pun boleh jadi sarang kuman membiak. Sha baru tahu info ini, ingatkan puting susu koyak disebabkan gigitan bayi saja..
  • Gunakan juga berus botol khas untuk botol susu supaya seluruh sudut botol tu bersih dan tak ada kotoran yang tertinggal. Elakkan guna span cucian piring
  • Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul. Cari saja liquid cleanser yang khusus untuk mencuci botol bayi. Tak kisahlah jenama apa pun asalkan memang dikhaskan untuk cucian botol dan selamat untuk bayi.
  • Pastikan botol susu sentiasa kering. Jangan simpan terus dalam keadaan basah dan tertutup ya. Keringkan botol setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di rak atau tempat khas bagi mengeringkan botol dan puting. 
  • Sterilkan botol dan puting secara berkala.
  • Bagus kalau dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Bertukar-tukar botol susu memudahkan parent untuk make sure setiap botol bergilir-gilir dibersihkan sempurna.
  • Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan - 6 bulan sekali atau apabila botol telah berubah warna, nampak kekuningan dan bercalar sana sini. Setiap botol ada tempoh had penggunaan tidak kira murah atau mahal
  • Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat. InsyaAllah nanti sha akan apply dekat edan, dapat menjimatkan duit untuk terus beli botol baru kan

Jadi ibu-ibu perlu periksa balik cara kita kendalikan botol susu mereka. Entah-entah punca keracunan tu bermula dari situ.  perkongsian dari FB : Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Apapun yang terbaik untuk anak kita, mudah-mudahan mereka sentiasa membesar dengan sihat hendak-Nya, amin..

Permohonan Rumah PPR Kg. Batu Putih Sandakan Sabah

April 07, 2020 4 Comments

Permohonan Rumah PPR Kg. Batu Putih Sandakan Sabah | Assalamualaikum program perumahan rakyat atau singkatannya PPR adalah satu skim perumahan khas untuk golongan berpendapatan rendah B40. Seperti yang telah diwar-warkan di media sosial, pada awal tahun 2020,  PPR Kg. Batu Putih Sandakan telah siap sepenuhnya dan dibuka untuk permohonan secara online sahaja.

Sha pun sekarang tengah apply, tapi ada beberapa dokumen yang belum lengkap, disebabkan oleh tempoh PKP yang tidak membenarkan sha dan husband keluar untuk menguruskannya, tapi jangan risau permohonan dibuka sehingga hujung tahun ini, tapi cepat settle dokumen senang sikit hati kan..

Untuk pengetahuan korang, PPR sekarang tidak lagi dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Sandakan MPS, so tidak perlu pergi bangunan MPS untuk memohon, korang boleh mohon online sahaja ya, adapun kaunter yang dibuka oleh SPRN hanya untuk menerangkan details dokumen sahaja.


Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat 

Antara syarat-syarat kelayakan Program Perumahan Rakyat yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
4. Pemohon belum memiliki rumah.
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat 
  • Kawasan bandar-bandar besar : Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres.
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Binaan : 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
  • Kemudahan Asas:
  • Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai, Surau/ Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan/Kawasan Lapang dan Rumah Sampah.

Berikut adalah senarai Permohonan Rumah PPR bahagian Sabah >> Link Permohonan

1. PPR BATU PUTIH SADAKAN 
2. PPR ULU PERASAN KOTA BELUD 
3. PPR SAPAGAYA LAHAD DATU 

Sebarang maklumat lanjut tentang Program Perumahan Rakyat, sila hubungi di ;

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
(Bahagian Pengurusan Perumahan)

Terbaik kerajaan dapat membantu meringgankan bebanan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah atas nama sendiri walaupun hanya sewa hihi, tapi at least boleh lah renovate rumah tu sesuka hati, lagipun rumah PPR sewanya jauh lebih murah dari rumah sewa yang lain. Insyaallah semoga dipermudahkan.