May 15, 2020

Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah

May 15, 2020 1 Comments

Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah | Assalamualaikum, tahun ini adalah tahun pertama kita akan menunaikan Solat Aidilfitri di rumah, seperti mana bulan ramadhan, solat tarawih juga kita terpaksa solat bersama keluarga di rumah. Solat Aidilfitri sangat berbeza dengan solat Tarawih sebabnya ada bacaan selepas khutbah, jadi para suami dan bapa yang bakal jadi imam jangan cemas, di entry ini sha akan kongsikan Panduan Lengkap Solat Aidilfitri di rumah bersama keluarga tersayang di pagi raya yang mulia ini. 

Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah

  • Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.
  • Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan secara ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  • Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  • Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.
  • Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.
  • Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  • Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  • Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.
  • Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.
Maka selesailah solat sunat Aidilfitri. Kemudian tibalah saatnya untuk para imam membaca khutbah. Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja.

❤️ Khutbah pertama

  • Ucap “Alhamdulillah”.
  • Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
  • Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

❤️ Khutbah kedua

  • Ucap “Alhamdulillah”.
  • Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
  • Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
  • Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Panduan lengkap ni adalah perkongsian dari Ustaz Khairul Anuar Basri di FB beliau, Senangkan Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah ini, korang boleh simpan dalam Handphone dulu, kemudian hafal sikit-sikit, ada 9 hari lagi kalau nak hafal, kalau nak khutbah yang panjang sikit bolehlah google, semoga dipermudahkan pagi raya kita tahun ini

May 12, 2020

Cara Turunkan Bacaan BSP

May 12, 2020 2 Comments

Cara Turunkan Bacaan BSP | Assalamualaikum, Mengandung adalah moment yang dinantikan oleh pasangan suami isteri,  apatahlagi seorang ibu akan berasa teruja bila dapat tahu ada manusia kecil akan hidup didalam rahimnya selama 9bulan 10 hari, namun jika mengalami masalah kencing manis sepanjang mengandung, ianya amat merbahaya kepada ibu dan kandungan, dientry ini sha akan kongsi beberapa cara turunkan bacaan BSP


Apa itu BSP 

Singkatan bagi Blood Sugar Profile ataupun dalam Bahasa Melayu Profile gula dalam darah. Ujian BSP akan dijalankan di klinik ibu dan anak mahupun hospital selepas ibu mengandung mendapat keputusan yang tinggi hasil daripada meminum air gula semasa hamil iaitu MOGTT

Ibu dikehendaki berpuasa pada 10 malam sebelum ambil darah keesokkan paginya pada jam 8. Darah akan diambil terlebih dahulu pada lengan kemudian ibu disuruh minum air bercampur dengan glukosa sebanyak 250ml, kemudian ambil ujian darah kedua selepas sambung berpuasa 2 jam iaitu pada jam 10 pagi. ujian MOGTT ini dibuat untuk menguji paras glukosa dalam badan, ramai ibu yang mengandung mengeluh apabila doktor memberitahu tarikh untuk minum air gula, sebabnya air gula tersebut sangat pekat dan tersangat manis, sepanjang mengandung anak kedua ini, sha sudah dua kali meminumnya.


Keputusan Minum Air Gula MOGTT

Bacaan normal untuk MOGTT adalah 3.9-5.6 mmoI/L bagi berpuasa pada 10 malam, dan 3.9-7.7 mmoI/L, jika keputusan ibu-ibu diantara range tersebut, ibu-ibu tiada masalah kencing manis sepanjang mengandung, tapi suka sha ingatkan ada beberapa klinik ibu mengandung membuat ujian ini sebanyak dua kali untuk memastikan ibu benar-benar bebas dari kencing manis ketika mengandung.

Jika keputusan MOGTT melebihi paras bacaan normal, maka ibu diwajibkan menjalani ujian BSP sehingga tempoh bersalin, iaitu 2 minggu sekali atau jika paras gula dalam darah tinggi, ikut dari doktor mahu buat ujian dalam masa terdekat ataupun pengambilan ubat.


Untuk keputusan minum air gula kali kedua, sha sangkut 9.4 mmoI/L jadi sha terpaksa akur untuk menjalani ujian BSP hari ini, selama 3 kali sehari, iaitu puasa jam 10 malam, ambil darah pada jari jam 8, jam 11 dan jam 3, sebelum ambil darah, ibu dinasihatkan berpuasa 2 jam sebelum. Memang remeh kena pergi klinik 3kali sehari, tapi demi kesihatan anak dalam kandungan, ibu terpaksa patuhinya. Sha dapat tahu klinik di semenanjung jalankan ujian BSP sebanyak 4-5 kali sehari, sha bersyukur klinik tempat sha, hanya 3 kali sehari hihi. Tapi ibu boleh sahaja membeli alat ujian gula dalam darah sendiri di kedai online mahupun farmasi, ianya bernilai RM30-RM150, sha pun sudah membelinya di shopee nanti sha akan kongsikan di lain entry.

Bacaan BSP

Bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Berikut merupakan Garis Panduan Klinikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  • Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 5.3 mmol/L
  • 1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 7.8 mmol/L
  • 2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 6.4 mmol/L

Cara Turunkan Bacaan BSP

Bagi sha, cara untuk turunkan atau menetapkan bacaan BSP adalah dengan mengawal makanan; kurangkan makanan manis, seperti nasi, pengambilan susu pekat, makanan berminyak dan makan banyak sayuran hijau,  meminum air masak yang banyak dan melakukan banyak pergerakan. Tapi jika ibu memerlukan info yang details mengenai sukatan pengambilan makanan, ibu boleh merujuk kepada pakar permakanan ataupun list yang sha telah sediakan dibawah, info ini sha ambil dari group Info Ibu Hamil

Pemakanan sebelum dan semasa BSP

2 hari sebelum BSP
****************
➡ Stop terus makanan/minuman manis 
➡ Ambil karbohidrat nasi/roti ikut sukatan
➡ Cukupkan air 3L sehari
➡ Pastikan setiap kali makan nasi ambil sayuran hijau
* Nasi jangan lebih 2 senduk rata
* Roti jangan lebih 2 keping
* Makan pada waktu yang ditetapkan untuk elak dari makan banyak.
.
1 hari dan malam sebelum BSP
*************************
➡ Last ambil makanan berat pukul 5 atau 6 petang
➡ Cukupkan air kosong 3L sehari
➡ Bangun awal pagi untuk elak rasa lapar
* Air kosong penting untuk buang lebihan gula dalam badan melalui air kencing
* 2 senduk rata nasi dan 2 keping roti akan dihadam dalam masa 2 jam

Semasa BSP

Selepas BSP pagi (8am)
*************************
➡ 2 keping roti 
➡ Salad, telur untuk buat sandwich
➡ Air kosong sehingga BSP seterusnya.
➡ Wajib stop makan 2 jam sebelum, BSP seterusnya.

Selepas BSP tengah hari (12pm)
*****************************************
➡ 2 senduk rata nasi
➡ 1 mangkuk sayuran hijau
➡ 1 ekor ikan atau 1 ketul ayam tanpa lemak
➡ 1 kosong sehingga BSP seterusnya.
* Sawi,peria,bendi dan bayam antara sayuran yang bagus untuk kawal gula
* Makan sayur terlebih dahulu sebelum makan nasi untuk cepat rasa kenyang dan kenyang lebih lama.
* Untuk protein ikan dan ayam ambil lah masakan bakarkukus,rebus atau stim
* Makanan bergoreng atau minyak boleh meningkatkan kolestrol dan tidak baik untuk bacaan gula ibu kencing manis.

Selepas BSP petang (5 pm)
**********************
➡1 keping roti mil penuh
➡1 gelas susu rendah lemak HL original
➡air kosong sehingga bsp seterusnya
* Bergerak.aktif seperti berjalan,sapu sampah 
* Pergerakkan aktif akan bantu kekalkan kepekaan insulin untuk kawal gula.

Selepas BSP malam(9 pm)
*****************************
➡ 2 senduk rata nasi
➡ 1 mangkuk sayuran hijau
➡ air kosong secukupnya.

Ibu mengandung hanya akan menghidap kencing manis ketika mengandung sahaja, nanti bila sudah bersalin, penyakit tersebut akan hilang, jangan risau ya ibu, cuma kawal makanan, jangan lupa check up pada tarikh yang ditetapkan semoga Allah permudahkan urusan kita semua..

Selamat hari Jururawat :)

May 11, 2020

Lirik Lagu Tak Dapat Raya

May 11, 2020 2 Comments

Lirik Lagu Tak Dapat Raya - Floor 88 & Baby Shima

Mari semua kita
Raya rumah disana
(Hi ya hiya yeah…)

Aku dengar dia orang kaya
Rumah besar kereta mewah

Tunggu dulu Akram bagi tahu
Rumah itu raya tahun dulu

Sirap dia tawar amat,
kuih makmur,
semperit,
tart
Tunggu duit tak dapat-dapat

Apa kata kita
Raya rumah di sebelah
(Hi ya hiya yeah…)

Aku dengar anak dia lawa
Putih gebu bibirnya merah

Tunggu dulu Achoi bagi tahu
Rumah itu rumah haji Abu

Kau tak ingat
Apa kau tak buat
Getah segerap dia engkau rembat

Jadi kita
Nak beraya dimana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja

Hari raya
Orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya

Jom raya rumah nenek aku
Ada rendang ketupat bahulu
Mana tahu dapat di hulur
Sepuluh atau lima puluh

Tunggu dulu Ayie bagi tahu
Nenek sendiri engkau pun tak tahu
Dia tak ada di rumah
Macam mana engkau tahu
Oii sepupu, itu pun nenek aku
(Alamak, iye ke?)

Aku dah tak ada idea kita nak beraya dimana
Jom raya rumah awek ku
Dia pun tak ada bala tuju
Apa kata kita raya
Rumah awek dia
Kita cuci mata

Jemputlah naik sayang ku
Bawa sekali teman mu
(Hi ya hiya yeah…)

Juadah sudah sedia
Semua di atas meja

Tunggu dulu kami mau tahu
Siapa yang masak banyak begitu

Kalau kamu mau tahu
Ku cabut di kepala ku
(Hantu!)

Jadi kita
Nak beraya dimana
Takkan raya pertama
Duduk lepak sahaja

Hari raya
Orang semua bergembira
Kita pula berduka
Tak dapat raya
(Hantu!)

Video Lagu Tak Dapat Raya

Resepi Juadah Kuih Berbuka Puasa

May 11, 2020 0 Comments

Resepi Juadah Kuih Berbuka Puasa | Assalamualaikum dan salam ramadhan, kita masih dalam PKP, dan sha pasti ibu ibu di luar sana sudah mencuba pelbagai resepi kuih muih untuk dijadikan santapan berbuka puasa bersama keluarga tersayang, bagi yang belum dan masih terfikir nak masak apa hari ini..di entry ini sha kumpulkan beberapa juadah kuih untuk berbuka puada , bahan bahan dan cara penyediaan..selamat mencuba.

Kuih Puteri Ayu Cheese

Oleh : Aini Binte Madon

Bahan-Bahan:

2 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovalette
Pewarna pilihan
Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan

Bahan Cream Cheese

250 gm cream cheese
80 gm gula castor
25 ml air
20 gm tepung gandum
1 biji telur
**Satukan kesemua bahan cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.

Cara-Cara
1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
2. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
3. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
4. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
5. Didihkan air di dalam kukusan. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
6. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan. Hidangkan.

Tips:
1. Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih.
2. Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.
3. Masukkan adunan tepung dan adunan cheese ke dalam piping bag supaya mudah dan cepat untuk isi ke dalam acuan.

Mari Cuba Resepi popia Nestum yang Mudah dan Sedap [Link]




Kuih Kusui/Kaswi

Oleh: Azie Kitchen
Loyang saiz 10” x 10”

Bahan bahan: 
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara-Cara:
1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga gula hancur. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir. 
3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
4. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam. 
5. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
6. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.


Kuih Onde-Onde/Puteri Mandi

Oleh : Nurul Ayne

Bahan-Bahan
500 gm Tepung pulut
120 gm Tepung Gandum
2 sudu makan Gula
1 sudu teh Garam
450 ml Air
Sedikit Pewarna Hijau

Inti
150 gm Gula Merah
50 gm Gula putih

Salutan
400 gm Kelapa Parut (Anggaran)
2 sudu teh Garam

Air Rendaman
1L Air
1 sudu makan Minyak Makan

Cara-Cara
1. Sediakan bahan. Kisar kasar gula merah bersama gula putih kemudian ketepikan. Dalam mangkuk lain, campurkan kelapa parut dengan sedikit garam, gaul rata kemudian ketepikan. 
2. Selepas itu panaskan 1 liter air bersama sedikit minyak didalam belangga sehingga mendidih, sambil kita boleh mula membuat doh.
3. Campurkan semua bahan ramuan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh sedikit keras dan tidak melekat di tangan.
4. Kemudian ambil sedikit doh anggaran 30gm dan bentukkan bulat kemudian buat lubang di tengah dan masukkan gula. Tutup dengan berhati-hati agar gula tidak terkeluar dan doh tidak pecah.
5. Setelah siap, masukkan doh ke dalam air yang mendidih tadi dan masak sehingga doh timbul dan lembut. Kemudian angkat dan ulitkan ke dalam kelapa parut tadi satu persatu sehingga siap.





Kuih Seri Muka

Oleh : My Kuali

Lapisan Bawah:
1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
sedikit garam

Cara Penyediaan
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
**Sapu plastik dengan sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan

Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Tiada idea nak buat kuih raya? Jom try Biskut Raya Opzzpinky [Link]


Pulut Panggang


Oleh : Aznie Khasri

Bahan-Bahan
250 g beras pulut (rendam selama 6 jam)
2 cawan santan
sedikit garam

Cara-Cara
Kukus beras pulut selama 20 minit..
Kemudian keluarkan dan gaulkan bersama santan yg telah dicampur sedikit garam, kukus lg selama 20 minit.

Inti Pulut Panggang @ Inti Cucur Badak
1 biji kelapa
2 batang serai
7 tangkai cili kering }lebih pn boleh ikut suka)
150 g udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit }hiris
sedikit asam jawa }bancuh ngan sedikit air
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara untuk membuat serunding kelapa.
Cili kering, bawang besar, bawang putih, serai & udang kering dikisar hingga halus....
Bahan2 yg dikisar di gaul bersama ngan kelapa parut didalam kuali....
Masukkan air asam jawa, gula & garam secukup rasa....
Hidupkan api & gaul hingga sebati..... jgn bubuh minyak ye....
masukkan hirisan daun kunyit.. gaul.sebati.. kacau hingga kering..

Cara penyediaan..
Ambil satu sedu besar pulut.. ratakan.. dan bubuh la inti diatasnya.. kemudian gulung ngan kemas..bole la distepper @ semat ngan lidi....buat hingga habis..
Kemudian bole la dibakar diatas kuali leper... balik2kan ia.. Siap...


Kuih Tepung Pelita

Oleh : Malina LiNa Pg 

Bahan-Bahan 
Bahan B (Bawah)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air (*)
4 helai daun pandan kisar dgn sedikit air (*)
1 sudu kecil air kapur
LiNa Pg tambah Sedikit pewarna hijau epal
sedikit garam

Bahan A (Atas)
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
2 sb tepung ubi (LiNa Pg guna tepung jagung)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sk garam
Gula  sudu besar (LiNa Pg tambah rcp asal xde)

Bahan C
Gula utk ditabur ditengah lapisan 
Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan

Cara Cara Bahagian A
Satukan semua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi.Kacau hingga masak berkilat dan ada letupan kecil.Refer pada gambar
Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi.
Sejukkan ke dalam peti ais, Enak dimakansejuk2 dari peti ais...Yummy...Selamat Mencuba

May 10, 2020

Tutorial Letak InstaFeed Pada Blog Dengan Mudah

May 10, 2020 2 Comments

Tutorial Letak InstaFeed Pada Blog Dengan Mudah | Assalamualaikum, Sha baru nak mula aktif balik guna Insta, sebelum ini tak aktif sebab lupa password, hari ini try login balik, eh dapat pula, dengan hanya link ke facebook, so just ingat password facebook saja, senang kerja haha hari ini sha nak share dekat korang Tutorial Letak InstaFeed Pada Blog Dengan Mudah hanya makan masa 1 minit saja, itupun kalau internet korang laju la haha..




Masukkan username korang, dan klik pada button GET THE CODE !


Copy code dan paste kan ke layout HTML blog korang

simple kan, korang boleh juga letak insta feed idola or artis kesayangan korang, boleh no hal asal korang tau username tu, so itu sahaja entry kali ini..

May 9, 2020

Bayaran Sewa Rumah 50% Diskaun Sempena PKP

May 09, 2020 4 Comments

Bayaran Sewa Rumah 50% Diskaun Sempena PKP | Assalamualaikum, pkp menghadkan hanya beberapa sektor pekerjaan untuk berniaga sempena PKP ini, maka dengan itu, gaji tidaklah diambil kira oleh majikan jika pekerjanya turut tidak turun kerja, oleh dari itu, husband sha pun terkesan sama. Setelah hampir setahun kami menyewa di rumah ini, sha dapat notis bahawa pihak penyewa ingin mengurangkan bebanan kepada kami dengan memberi diskaun sebanyak 50% untuk bayaran sewa rumah bulan april yang lalu.

Alhamdulilah, sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam menguruskan bayaran lain, serta untuk belanja bahan dapur yang kian meningkat.

Syukur kami menyewa rumah kali ini dengan penyewa yang baik hati, sha terfikir juga nak minta diskaun tapi memikirkan semua orang pun terjejas dengan pkp, sha batalkan niat tersebut, namun Allah mendengar..terima kasih kak norita..

Semoga Allah membalas jasa kak dan mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki kak sekeluarga..amin


May 1, 2020

Tips Bersahur untuk Ibu Mengandung

May 01, 2020 1 Comments
Tips Bersahur untuk Ibu Mengandung | Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa, sedar tak sedar hari ini sudah masuk puasa yang ke 8 dibulan Ramadhan, sha pun turut berpuasa walaupun sha mengandung dan menyusukan anak, tipulah kalau sha tak lapar dan dahaga, terutamnya bila berada dijam yang terakhir, lemas jangan cakap hihi..

So, dalam entry ini sha kongsikan beberapa tips bersahur bagi memudahkan ibu mengandung untuk berpuasa

Islam ini sangat mudah, dibenarkan berpuasa bagi ibu mengandung, juga dibenarkan berbuka jika mereka ini tidak larat mahupun risaukan diri dan kandungan jika puasa diteruskan.

Jika tidak larat, maka ibu ibu jangan lah paksa diri..puasa boleh ganti dilain hari, nyawa baby dalam kandungan perlu diutamakan.

Tips Bersahur untuk Ibu Mengandung
✅ Minum segelas susu yang diblender bersama kurma. Sha amalkan setiap sahur ambil segelas susu dan 3 biji kurma, insyaAllah tahan sampai berbuka
✅ Makan makanan yang seimbang. Kurangkan makanan yang manis
✅ Banyakkan minum air masak untuk mengelakkan dehydrasi. 
✅ Elakkan pengambilan kopi,nescafe dan teh kerana mengandungi kafein
✅ Elakkan makanan pedas dan berempah kerana ia menyebabkan pedih perut. 
✅ Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak kerana boleh menyebabkan sakit ulu hati.

Tips ini sha dapat dari group info ibu hamil, semoga bermanfaat dan sha doakan dipermudahkan kita berpuasa ikut kemampuan diri sendiri ya..

April 30, 2020

Pelbagai Pilihan Cenderamata Eco Murah Dan Berkualiti Tinggi

April 30, 2020 0 Comments


Pelbagai Pilihan Cenderamata Eco Murah Dan Berkualiti Tinggi  | Assalamualaikum dan salam fasa ke 4 PKP, pastikan korang terus duduk dirumah sebab sha nak kongsikan satu kedai barangan yang korang boleh order secara online untuk barangan cenderamata. Sha pun baru tahu, selalunya kan kalau orang yang diberi tugas sebagai urusetia tak missed akan tinjau harga dibeberapa kedai, dan ianya sangat makan masa, nak cari yang murah kononnya.

Biasanya musim 'cuti panjang' beginilah banyak sangat masa nak fikir, idea pun melimpah ruah kalau nak buat cenderamata penghargaan, untuk frontliner kita yang bertungkus lumus dalam memastikan Malaysia bebas Covid-19, korang boleh up sikit marketing dengan meletakkan logo dan nama company korang ataupun majlis besar seperti perkahwinan, yang ini biasa kita buat, bagi doorgift kepada tetamu yang datang, meskipun tempoh pkp belum tahu dilanjutkan, kerajaan juga tidak mengalakkan menghadiri majlis besar dalam masa terdekat tapi korang boleh tempah awal, siapkan design awal-awal nanti senang kerja kahwin korang, 1 tick pada checklist korang


Green Works adalah salah satu kedai pemborong barangan berkonsepkan mesra alam yang berkualiti tinggi di Malaysia. Barangannya telah menjadi tumpuan ahli syarikat atau perbadanan dengan pembelian secara pukal kerana ianya kelihatan lebih murah.


Biasanya kalau kita menghadiri kursus, urusetia akan sediakan satu kit yang mana didalamnya mengandungi pen, buku, dan sebagainya, so kalau korang plan nak buat demikian, korang boleh jimat masa untuk sediakan 1 kit itu dalam 1 kedai sahaja, tak perlu cari asing-asing, Green Work ada menyediakan lebih dari 10 jenis cenderamata untuk di cetak.



Harga setiap satu kit yang sha mention tadi serendah 90 sen -  RM 2.00 mengikut kuantiti yang korang order, dan hanya satu warna untuk satu tempat sahaja, maksudnya kalau korang nak print logo company korang pada beg, harga tertakluk pada satu tempat sahaja. kalau nak buat sebelah menyebelah itu sudah kira dua harga ya..hihi..

Selain Stationary, ada 6 barangan lain yang korang boleh order sekali, seperti Power Bank, USB, Bluetooth Earphone, Mug, Fridge Magnet, Keychain dan lain-lain lagi korang boleh tengok sendiri dekat laman web GREEN WORKS

Setiap penghantaran RM500 keatas dalam satu resit adalah PERCUMA tapi hanya dikawasan Klang Valley sahaja. Korang boleh tengok hasil kerja Green Works melalui Facebook ataupun sebagai pertanyaan boleh hubungi melalui WhatsApp. Berita baik pengemar shopping online melalui Shopee dan Lazada, Green Work juga ada di sana, boleh klik ya.

GREENWORKS MARKETING SDN BHD
Address UsNo.230, Jalan KIP 7, Taman Perindustrian KIP,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia

Call Us
Sales: +6012 302 7093
General: +603-6273 1210
Fax: +603-6730 2186

Mail
Ussales@greenworks.com.my

Business Hour
Monday - Friday : 9am - 6pm
Saturday - Sunday (Public Holiday) : Closed
*Showroom visit by appointment only, please call before visit