June 4, 2020

Pengalaman Beli Glucometer Di Shopee

June 04, 2020 3 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum

Pengalaman Beli Glucometer Di Shopee | Bila sudah gula tinggi semasa mengandung, BSP kena buat 2 minggu sekali, benda yang paling tidak disenangi oleh para ibu, kerana terpaksa pergi ke klinik 3 kali dalam sehari, bahkan ada yang sampai 5 kali sehari. 

Jadi, sha ambil keputusan untuk membeli glucometer untuk kemudahan bersama hihi, sebenarnya ada baik nya juga beli glucometer ni, ianya bagus untuk mengawal bacaan gula kita sebelum kita pergi bsp keesokan hari nya.

Terlampau banyak jenis dan jenama glucometer yang ada di pasaran, begitu juga dengan harga, jika tidak mau menunggu lama boleh beli di farmasi, harga anggaran dalam RM90 hingga RM150 tapi kalau mau bajet di shopee ada jua berjual RM30 keatas, korang kena pandak cari lah..sebab tak semua rate dari pelanggan baik dan 5 bintang

Untuk jenama yang sha beli di shopee ini rate 5 bintang, walaupun penghantaran hampir sebulan untuk sampai ke Sandakan sabah. Nasib sampai sebelum sha bersalin hihi.

Penggunaan sangat senang, walaupun manual bahasa cina hihi..next entry nanti sha tunjukkan cara penggunaan nya ya.

1 set glucometer didatangkan dengan 1 mesin, 2 battery, 1 batang penyucuk, 1 botol strips dan 2 kotak jarum berharga RM39.90 tidak termasuk postage ke sabah RM5.30

Sha baru bawa set ni tadi pergi klinik, tapi nurse cakap kena rujuk pergi doktor untuk compare dengan klinik punya, alahai ramai pula orang, nanti sha update lagi minggu depan sha amik bsp ya.


June 3, 2020

Bestnya Beli Kotex Percuma Facial Cleansing Brush

June 03, 2020 9 Comments

Bestnya Beli Kotex Percuma Facial Cleansing Brush | Assalamualaikum guys, perempuan dan benda free berpisah tiada haha, lagi-lagi benda free tu memang sangat berguna pada dia, memang dia akan grab cepat sementara stok masih ada. Macam sha la haha..

Hari tu sha pergi belanja sikit barang baby, so barang macam kotex ni memang satu keperluan lepas bersalin nanti, sebenarnya untuk pads sha ok ja apa jenama pun, rata-rata sha pernah cuba semua jenama dari murah ke mahal, ok ja, tapi kali ni pusing punya pusing terus nampak jenama kotex non wing 20 pads x 3 so memang banyak la..cukuplah stok sampai 1 bulan lepas bersalin kan, then ada pula free nya facial cleansing brush, eh excited lah pula sha nak mencubanya, sebelum ni guna tangan ja cuci muka hahah


Tapi brush ni simple ja, tak pakai battery, guna pun manual ja..cuma brush nya sangat lembut, sha suka sangat pakai. Jadi semangat nak cuci muka hari hari hahaa..

Beli kotex pek besar ni dengan harga RM13.70 sha beli dekat TKS Sandakan, free facial cleansing brush ada 4 colour, biru, purple, green dan pink, tapi stok time tu hanya ada purple dan green oklah grab green ja haha memandangkan free kan haha

Cara guna facial cleansing brush ni kalau ikut sha, memang letak pencuci muka directly pada brush tu senang ja, lepas tu brush dengan lembut pada sekitar muka, tak perlu tekan, just imagine kita buat facial dekat kedai ohh bestnya hahaa..lepas tu bilas bersih..rasa segar ja..cukuplah buat 1 kali ya..jangan melebih nanti habis pencuci muka korang haha.



Brush bahagian belakang yang berwarna hijau tu, sha rasa untuk bahagian hidung dan dagu, sebab dia keras sikit, boleh lah tolong bersihkan pori pori yang tersumbat

So korang bolehlah grab 1pek kotex ni kalau korang dah terpengaruh dengan entry sha ni haha..sementara stok masih ada tau..


May 31, 2020

5 Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung

May 31, 2020 4 Comments


5 Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Ibu Mengandung | Assalamualaikum, Minyak zaitun adalah minyak yang paling banyak kebaikannya seperti yang telah tertulis dalam hadis Al-Quran, sesiapa saja yang mahu sihat maka minumlah minyak zaitun setiap hari. Begitu juga kelebihan minyak zaitun untuk ibu mengandung, lagi-lagi penggunaan minyak zaitun ini sangat bermanfaat kepada kandungan sudah menjangkaui fasa terakhir.

Minyak Zaitun yang sha gunakan adalah Naturel Extra Virgin Olive Oil (EVOO), diperbuat dari zaitun organik berkualiti tinggi dan mempunyai rasa yang masih boleh dihadam, pertama kali mencubanya, sha agak loya sedikit, sebab sha mana pernah minum minyak haha walaupun pada kandungan pertama..tapi bila sha mula amalkannya, alhamdulilah mula rasa boleh telan dah, lagipun minyak ini banyak kelebihan nya. Minyak Zaitun ini sangat sesuai untuk membuat salad, harga minyak ini dalam RM11+ sha beli di Mydin. Tidak sesuai untuk digunakan dalam masakan ya.

1. MENGURANGKAN STRETCH MARK

Minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang mengalami masalah kulit kering atau stretch mark. Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

Selain itu, kandungan squalane yang terdapat dalam minyak zaitun extra virgin menjadikannya sebagai salah satu kandungan utama dalam pelbagai produk kosmetik.

Pengalaman pertama mengandung, sha mengalami stretch mark yang sangat teruk, setiap malam akan menangis kerana gatal pada perut yang terlampau, sha sarankan kandungan 3rd trimester bolehlah mula menyapu minyak zaitun pada perut. Caranya, oleskan sedikit minyak zaitun pada kulit dengan perlahan-lahan di kawasan yang kering atau stretch mark. Seeloknya, cuba dalam kuantiti sedikit dahulu dan tunggu beberapa minit untuk melihat jika timbul sebarang reaksi.

2. MENINGKATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH IBU & BAYI

Manfaat minyak zaitun berikutnya adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh, terutama bagi ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada fasa awal kehamilan.

Vitamin A yang tinggi dalam minyak zaitun berpotensi mencegah risiko penyakit seperti demam pada ibu hamil. Selain itu, sebuah jurnal melalui National Center for Biotechnology Information mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun untuk ibu hamil didapati mengurangkan risiko lelah atau wheezing pada bayi seawal tahun pertama kelahirannya. Selain itu, ia mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan ibu hamil dan juga bayi.

3. MENCEGAH SEMBELIT

Sembelit adalah salah satu masalah yang kerap muncul sejak seorang wanita mula hamil. Medical News Today melalui laman web mereka menjelaskan bahawa minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar semulajadi bagi masalah

Ini kerana, lemak sihat yang terdapat dalam minyak zaitun boleh melembutkan najis dan memudahkannya untuk disingkirkan melalui usus. Minyak zaitun juga membantu najis memerangkap lebih banyak air, lalu mengelakkan najis daripada menjadi keras.

4. MELENGKAPI NUTRISI

Minyak zaitun kaya dengan pelbagai nutrisi yang penting untuk perkembangan bayi dan keperluan ibu hamil seperti lemak, protein, kalori, zat besi, vitamin E, vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan juga Vitamin C.

Di samping itu, ia membantu tubuh agar penyerapan nutrisi berlaku secara optimum.

5. MEMUDAHKAN KELAHIRAN

Salah satu petua memudahkan kelahiran adalah dengan melakukan urutan perineum pada bahagian faraj apabila menjelang tarikh kelahiran. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun.

Selain melakukan urutan tersebut, minyak zaitun juga boleh diminum dalam kuantiti 1-2 sudu setiap hari. 


Insyallah dengan amalkan minyak zaitun, dipermudahkan ibu-ibu mengandung bersalin dengan mudah, tanpa koyakan dan jahitan, itulah impian setiap ibu yang mengandung..doakan sha juga ya 

May 30, 2020

Selamat Hari Raya 2020

May 30, 2020 7 Comments

Selamat Hari Raya 2020 | Assalamualaikum, Salam 7 syawal, raya tahun ini sangat berbeza dengan tahun sebelum ini, tapi lebih kepada kesederhanaan dalam menyambutnya, selain dari pandemik covid-19, tahun ini kami sekeluarga merayakan hari raya tanpa kedua orang tua setelah ibu kami telah pergi menghadap Ilahi pada awal tahun 2020, tapi raya tetap disambut untuk meraih kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Raya tahun ini, sha keseorangan membuat kuih, sha adun sha juga yang cetak dan bakar, selalunya  lepas sahur tu, mama yang adun, pagi nya sha akan tolong dia cetak dan bakar, sha rajinkan diri untuk buat 4 jenis biskut raya, iaitu Makmur, Semperit, Tart Nenas dan Popia Nestum, walaupun hanya belajar melalui google, alhamdulilah Allah permudahkan kerja sha, biskut semua menjadi. Bagi sha bukan mudah untuk sha yang tengah sarat mengandungkan baby kedua 8bulan untuk membuat biskut raya seorang diri, tapi sha gagahkan juga, nasib ada husband tolong jaga edan hihi..

Baju raya tahun ini, pakai balik baju tahun 2018, sebab time tu sha mengandungkan edan 6 bulan lebih, tahun ini mengandungkan adik edan 8 bulan tapi perut tak berapa nampak, sebab baby kecil saja hihi, baju raya edan ja hantar tailor, jadilah sepasang anak beranak hihi.


Juadah tahun ini pula hanya kuah sate bersama isi ayam goreng ini pun sha belajar melalui google haha, boleh ja belajar, asal cukup bahan dan yakin itu penting, alhamdulilah licin pada raya pertama haha. Tambahan lemang dan nasi impit instant tu jangan cakap tak tahu pula nak buatnya, hanya rebus ja tau senang gitu haha..bolehlah kalau nak makan sendiri kan
 
So, raya tahun ini save sikit dari segi belanja, tetamu pun tak ramai yang berkunjung so sha tak berapa penat nak cuci piring haha, tak apa lah ada hikmah semua yang terjadi kan..apapun selamat hari raya kepada semuanya, raya korang macam mana?

May 20, 2020

Kain Organik Buluh Utamakan Keselesaan Bayi Anda

May 20, 2020 6 Comments


Kain Organik Buluh Utamakan Keselesaan Bayi Anda | Assalamualaikum, Setiap ibu bapa, selalu meninginkan yang terbaik untuk anaknya, apatah lagi anak yang baru lahir, tahniah bagi ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata, ini adalah moment keemasan yang anda akan lalui sehingga anak berusia 2 tahun, tidak semua orang tahu bahawa dengan kehadiran bayi kecil itu, tidur malam anda tidak lagi lena macam sebelumnya, melainkan anda telah alaminya sendiri, Sha sendiri sudah mengalami pengalaman pertama menjadi seorang ibu, dan akan melahirkan anak kedua dalam masa beberapa minggu lagi, jadi di entry ini, sha teruja nak berkongsi dengan ibu bapa bahawa ada sejenis kain organik buluh penyelamat malam anda untuk keselesaan bayi.


Raph & Remy adalah salah satu laman web terkemuka di Singapura yang menyediakan barangan keperluan bayi daripada kain organik buluh yang menjadi keutamaan untuk keselesaan bayi.

Sha pasti ramai orang baru mengetahui mengenai kain organik yang diperbuat daripada buluh. Iya,  sebenarnya sha pun baru tahu tapi hakikatnya kain organik buluh sangat popular di seluruh dunia. Ianya sangat sesuai digunakan pada persekitaran beriklim tropika. 

Raph & Remy juga memberi penekanan pada bahan berkualiti tinggi, keselamatan, keaslian dan kemampanan. Untuk melindungi bayi dan alam sekitar yang bernilai, mereka telah bekerjasama dengan pengeluar tekstil mesra alam terkemuka. Menarik bukan?


Antara barangan yang menjadi pilihan ramai adalah :-

Premium Bamboo Swaddles - Dibuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas yang dibuat hanya untuk koleksi ini. Sutera lembut & unik, sama seperti anak itik , kasmir  seperti kain buluh adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti. Tiga kali lebih menyerap daripada kapas biasa, ia juga merupakan pengalaman paling lembut untuk bayi anda.


Organic Bamboo Cloud Cooling Blanket - Dibuat dari 100% buluh organik, ini adalah kain yang paling mesra alam di planet ini dan setara dengan tempat tidur yang paling selesa di dunia. Sifat kain yang mengatur suhu bermaksud ia menjadikan bayi lebih sejuk pada musim panas dan lebih panas pada musim sejuk - mengurangkan risiko terlalu panas, menjadikan minda orang tua lebih tenang.

Organic Bamboo Baby Towel & Mitt - Kekuatan penyerapan, set yang lembut dan mewah kami diperbuat daripada buluh organik berkualiti terbaik. Tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik, tuala ini dapat mengeringkan kulit bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa. Sarung tangan lembut sutera yang sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan.

Premium Bamboo Knotted Gowns, Newborn 0-3m - Gaun Simpul Buluh Premium mewah lembut dan bernafas. Bahagian depan butang bawah memudahkan untuk meluncur ke gaun tanpa melepasi kepala bayi. Sarung lipatan bawaan menjadikan kulit halus bayi tidak tergores.

Bubble Gummy Teethers - Buatan tangan dari manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium yang tidak dirawat - kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Premium Bamboo Onesies, Newborn 0-3m - Onesies Buluh Premium lembut dan bernafas, sesuai untuk waktu tidur dan bermain. Peregangan tambahan kain direka untuk mengikuti anak kecil anda setiap pergerakan. Item penting untuk setiap koleksi bayi baru lahir dan tersedia dalam pelbagai warna dalam saiz 0-3 bulan. Satu tidak pernah mencukupi!



Newborn Essentials Collection Gift Set - Semua yang diperlukan oleh mama untuk menyambut bayi baru ke dunia! Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina. Ia termasuk Beg Canvas Tote Premium, untuk menjadikan semua keperluan untuk lawatan ke hospital yang sangat istimewa, sangat mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®.

Semua barangan bayi comel belaka, ternyata kain organik buluh ini sangat sesuai dengan keselesaan bayi, jika sudah siap memilihnya, penghantaran percuma untuk sekitar Singapore, sekiranya tempahan melebihi SGD80 dalam masa penghantaran 1-3 hari waktu bekerja.

Sebarang pertanyaan atau lebih info :-

Laman Web : raphandremy
Instagram : @raphandremy
Facebook : @raphandremy















Cara Hilangkan Kesan Kuning dan Bintik Hitam Pada Baju Baby yang Lama Disimpan

May 20, 2020 5 Comments


Cara Hilangkan Kesan Kuning dan Bintik Hitam Pada Baju Baby yang Lama Disimpan | Assalamualaikum, mengandung anak kedua kali ini agak jimat sikit, maklumlah baju anak pertama masih baru dalam simpanan dan boleh digunapakai, due date dah semakin hampir, para ibu mesti bercadang nak pergi stor bongkar baju lama baby, meskipun tersusan rapi dalam beg plastik mahupun kotak, bila dibuka terdapat juga kesan kuning dan bintik hitam pada baju baby..ibu jangan stress sha ada penyelesaian nya

Hari ini lepas sha siap buat kuih raya, sha cadang nak basuh semula semua baju baby yang lama, milik anak pertama, sha belum dapat pergi kedai untuk membeli barang baby lagi, musim pkp ni susah sikit nak bergerak, jadi memandangkan sha dah 31 minggu, ini adalah masa terbaik untuk membasuh semua pakaian, takut nanti bersalin awal.

Setelah mengasingkan beberapa pakaian yang terkena kesan kuning dan bintik hitam, sha mulakan rendaman pertama selama 4jam pada baju baby yang masih bersih menggunakan vanish dan sabun daia ke dalam mesin basuh, sesudah itu, sha putar mesin basuh dan bilas seperti biasa, jemur dibawah matahari yang terik.



Selepas itu, hanya ada dalam 10 helai yang ada kesan kuning dan bintik hitam yang perlu dibereskan, kebanyakan adalah baju baby dan yang berwarna putih, terfikir juga untuk merendam pakaian tersebut menggunakan clorox, senang cerita baju bersih dan bersinar macam baru tapi kita sudah maklum bahawa bahayanya penggunaan clorox pada baju baby baru lahir terutama pada kulit mereka, sangat sensitif. Jadi cegah nya sebelum terjadi.

Cara untuk hilangkan kesan kuning dan bintik hitam pada baju baby rupanya tidak begitu mudah, ibu ibu perlu bekerja keras sedikit untuk hasil yang memuaskan.. 

Caranya ialah rendam baju tersebut bersama cuka semalaman
Bilas dengan air bersih
Kemudian rendam dengan air panas bersama  sabun vanish selama sejam
Berus pada permukaan baju yang ada kesan kuning dan bintik hitam menggunakan sabun mandi (buku) sehingga bersih
Kemudian bilas dan jemur dibawah matahari yang terik

Ada juga beberapa cara yang sha ingin kongsikan pada ibu ibu jika cara diatas tidak berkesan, memandangkan kesan kuning tersebut sangat degil hihi

1. Cuka dan Garam
2. Soda Bikarbonat
3. Ubat gigi
4. Jus Lemon
5. Denture Tablet (bahan pencuci untuk gigi palsu)

Caranya ibu-ibu boleh rujuk di sini Cara Hilangkan Kesan Kuning

Apapun cara-cara ini sangatlah jimat jika dibandingkan dengan membuang dan membeli pakaian baru, duit tersebut boleh kita beli barang keperluan lain, bukan.

Sha harap entry ini dapat membantu ibu ibu menyelesaikan masalah kesan kekuningan dan bintik hitam pada baju baby. Sha doakan juga ibu ibu dipermudahkan bersalin..amin

May 19, 2020

Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja

May 19, 2020 3 Comments

Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja | Assalamualaikum tahun ni ramadhan agak berbeza sedikit, pkp membataskan kita untuk keluar pergi bekerja, tapi hikmat disebalik pkp tu banyak sangat sebenarnya, bukan saja dapat berbuka puasa dengan keluarga, malah kita sebagai ibu atau isteri ada banyak masa untuk mencuba resepi baru, so apalagi jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

Baca : Resepi kek sarang semut

Minggu terakhir ramadhan ni, bolehlah habiskan masa dengan ajak family membuat kuih raya, meskipun kita tidak dibenarkan berkunjung ke rumah orang lain, kuih raya yang ada bolehlah makan bersama keluarga dirumah sambil tengok tv..opss kuih raya wajib ada tau, hihi

Kadang kita ni pula malas mahu buat, takut pula nanti buat kuih tak jadi, akhirnya masuk dalam tong sampah, siapa pernah angkat tangan hahah, jangan risau, resepi kali ini sangat mudah dan  jimat sebab resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Semperit adalah kuih raya yang sangat popular dizaman dulu kala, membuatnya juga tidak susah..jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja


Bahan-bahan
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan majerin

2 titik pewarna hijau dan pink
*warna lain pun boleh
Coklat chip

Caranya
Adun sebati susu pekat dan majerin, kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga habis, adun menggunakan tangan dan pastikan adunan tidak melekat di tangan tandanya adunan sudah boleh d uli.

Bahagikan kepada 3, titiskan 2 pewarna kepada 2 bahagian dan biarkan 1 bahagian dengan warna yang asli.

Corakkan menggunakan acuan bunga, susun pada loyang dan letakkan coklat chip di atasnya


Panaskan oven 10minit, bakar kuih dengan suhu 150'c 20minit mengikut oven masing-masing

Senang bukan? Penyediaan juga memakan masa 2-3 jam sahaja, selepas itu korang boleh sambung resepi kuih raya yang lain pula. Itulah dia resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja

Petua Orang Tua Tentang Kecantikan

May 19, 2020 1 Comments

Petua Orang Tua Tentang Kecantikan | Assalamualaikum, dekat nak raya ni, muka dah jadi serabai, lagi-lagi penat seharian siapkan biskut raya, nak buat facial, kedai belum beroperasi lagi, kos pun agak mahal kalau nak buat facial, jangan risau entry kali ini dengan sha sendiri akan amalkan, lagi-lagi nak cantik dipagi raya cuma guna barang dapur saja..jimat duit husband hihi..tapi kena amalkannya secara berterusan untuk hasil yang bagus.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

    
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.


Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.


Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Baca : 19 Tips Untuk Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Mengempiskan Perut

1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.


Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .


Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Baca : 8 Khasiat Lemon yang Menakjubkan


Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan

1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Awet Muda 2

1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini..

Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. 

Menguatkan Gigi 

Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.


Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Selamat mengamalkan yaaa..