December 13, 2020

Sambutan Hari Lahir yang Ke 32 Tahun Pada 13 Disember

December 13, 2020 3 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Sambutan Hari Lahir yang Ke 32 Tahun Pada 13 Disember | Happy birthday untuk diri sendiri yang sudah berusia 32 tahun, haha tua dah sha kan, of coz semakin lama semakin tua hahaha, alhamdulilah untuk segala apa yang sha ada sekarang, semuanya..kesihatan, tempat tinggal, suami, anak, adik beradik, mertua, ipar, kawan-kawan yang sentiasa ada untuk sha, alhamdulilah untuk semua sekali. 




Sha tak sangka dalam usia ini masih ada kejutan, my husband tak pandai buat suprise, sha teringat tahun lalu dia balik lambat dari kerja untuk beli kek dan buat kejutan untuk sha namun gagal haha, guess what, dia berdiri depan pintu rumah yang terbuka sambil hidupkan lilin menggunakan mancis, sha ternampak dan ketawa terbahak-bahak haha dia yang terkejut sebenarnya..so tahun ni dia siap sedia bagitahu just bawa sha dan anak-anak pergi makan di luar, simple kan haha..so kami pun makan di Secret Recipe sebab dia suka makan kek coklat indulgence, tapi sayangnya kek semua dah habis, silap tadi kami lupa nak booking haha..it's ok yang penting kenyang makan grilled chicken with black pepper, thanks b belanja tadi.



Oh iya tadi dia tak puas hati kek habis so, kami pun carilah kek area IJM, sha teringat dulu pernah sambut birthday dengan kawan di IJM, sha try cari jalan, lucky kami jumpa juga, nama kedai tu UP CASE, seriusly kek rainbow nya memang sedap sangat sha beli by slice ja, bungkus dan balik, sebab edan eshal dah full dan mengantuk..lupa nak amik gambar, kek dah abis hahaha..



Another surprise, kawan baik sha, daya yang sekarang berada di UMS Labuan, kejutkan sha dengan kek delivery tadi pagi, sha heran dalam jam 9 pagi ada orang call mau hantar barang, hari ini kan hari ahad, mana ada pos buka, so sha bagi arah ke rumah sha, tertulis situ nama daya, yes of coz my bff yang hantar..alhamdulilha terharu, comel kek tu, siap breakfast sha dengan edan tadi pagi, kenyang kami haha..edan suka makan kek, sha pula suka makan apa saja haha..




Bercakap tentang makan apa saja, well another bff sha yang tinggal di sandakan juga, cuma kami tak dapat sambut sama-sama, it's okay, dia sibuk buatkan sha pulut berlaukkan udang butter ya Allah alwasy be my favourite food butter udang or ayam, tadi petang dia suruh husband nya ke rumah, kebetulan sha mop lantai, dia ketuk pintu then dia cakap nahh..hahaha dan berlalu pergi, adehh begitulah tu si romzie husband si hanisa hahaha..apapun thanks kamu guys yang wish fi FB, Insta, Whatsapp sha belum balas pun..haha thanks sangat..

Sha lupa nak ambik gambar sekeluarga..haha tanda dah tua..well..doa yg terbaik buat sha dunia akhirat ya, lots of love..wslm




Yoodo Memberikan Ganjaran Dan Hadiah Istimewa Disember Ini

December 13, 2020 7 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum

Yoodo Memberikan Ganjaran Dan Hadiah Istimewa Disember  Ini | Sekejapnya masa berlalu, kalau dikira-kira, ada beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2021, boleh dikatakan tahun 2020 ini adalah tahun yang begitu terkesan kepada segelintir masyarakat disebabkan oleh pandemic yang kian merebak sehingga ke hari ini. Namun pihak yoodo berbesar hati untuk memberi ganjaran serta hadiah istimewa disember ini, mesti korang excited nak mengetahuinya..jom kita mula.




(thanks Yoodo for the wonderful goodies)

Pada minggu lalu, sha berkesempatan untuk mengikuti meeting secara online bersama Yoodo dan ahli Sabahan Bloggers yang lain, dan meeting tersebut diterangkan sendiri oleh ketua Yoodo iaitu En Chow Tuck Mun. Selain itu juga Yoodo telah mengantar goodies untuk ahli Sabahan Bloggers, Baju, Stickers dan Bag, We Love it, thanks Yoodo :)


Apa Itu Yoodo?

For those yang belum lagi mengenali apa itu Yoodo, Yoodo dilancarkan pada Januari 2018, dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih dan 100% digital pertama di Malaysia yang memberi kebebasan kepada penggunanya untuk menyuai-padan pelan mengikut cita rasa dan kehendak langganan bulanan pengguna, bila-bila masa sahaja. 

“2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat, tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Untuk mengakhiri tahun ini,  kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur - kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.”




Ho! Ho! Holiday Giveaway

Sepanjang Disember ini, Yoodo memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah gadget terbaru dan sangat menarik untuk korang ianya adalah Apple Iphone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 plus, Apple Airpods Pro, tidak dengan itu sahaja, berita baik kepada pengemar permainan terkenal anda boleh menangi In-game Diamonds permainan Mobile Legends : Bang Bang

Bagi mereka yang ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, mereka hanya yang perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori - seperti berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020.

Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah dan cara untuk memenanginya, sila rujuk kepada jadual di bahagian lampiran



Raikan Wira-Wira Kita

Tidak dilupa pada petugas Barisan Hadapan yang sentiasa kekal dihadapan membantu melawan pandemic juga diberi penghargaan melalui inisiatif Raikan Wira-Wira Kita 

Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan merekaakan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.

Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah.

Jelas Tuck Mun, Yoodo benar-benar berterima kasih atas usaha gigih petugas-petugas barisan hadapan sama ada mereka pakar perubatan, polis atau penghantar makanan, yang berani menanggung risiko virus tersebut untuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. “Inisiatif  Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka ke atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini,” katanya.

Yoodo - Double Special

Ganjaran-ganjaran istimewa ini menambahkan lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu Yoodo - Double Special. Untuk masa yang terhad,  pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan. Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.

Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka. 

Untuk maklumat lanjut mengenai  Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my



Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook,  Instagram, YouTube dan Twitter  atau dapatkan maklumat terkini esukan dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dave Prem

dave@truth.my

+6010-366 1216

Charu

charu@truth.my

+6017-299 8615

Anita Hadi

PR@yoodo.com.my

+6019-249 4254



Lampiran


Senarai hadiah Ho! Ho! Holiday Giveaway:


Hadiah

Kuantiti

Bagaimana untuk menang

Apple iPhone 12 Pro

2

Belanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi

Samsung Galaxy S20 Pro

2

Belanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi

Apple AirPods Pro

3

Langgan mana-mana pelan tanpa had

1,500 MLBB Diamonds

3

Langgan data asas 5GB + MLBB tambahan

Kredit Boost RM100

3

Pembelian data booster 7GB

Power Bank Pineng

3

Langgan 2 kali Power Pass 3 jam 



November 29, 2020

Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall

November 29, 2020 7 Comments

Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall | beli barang elektrik online? Biar betul, tak takut kah bila sampai barang tu rosak pula ? Return  pula satu hal, kena pergi pejabat pos urus itu ini, postage tanggung sendiri tau, Itu ja bermain difikiran, iyala kita sudah beli barang mahal macam tu, bila sampai rosak pula tak kah rugi tu, membazir duit saja.


Baca Pengalaman beli glucometer (alat untuk check gula untuk ibu mengandung)


Sha dah beli macam-macam secara online termasuklah power bank, rak piring, speaker dan sha pernah memberanikan diri untuk beli handphone pada ketika dahulu, syukur rezeki sha belum pernah lagi barang yang sha beli sha pulangkan balik kepada tuannya, adapun sparepart skuter suami sha iaitu starter tidak berfungsi dengan baik, leceh kalau nak pulangkan so burn Rm50 lebih disitu.


Pernah juga sha beli secara online baju pajamas untuk eshal , sha siap bagi ukuran dekat seller sebab eshal kan masih baby, umur 4 bulan tapi baju tu sha min saiz yang besar sikit. Lama boleh pakai, bila sampai baju tu, kecil lah pula, seluar langsung tak muat, baju singkat dan lebar bila di cuci, kualiti baju tu tak berapa elok. Salah seller sha dah bagi ukuran tetap bagi salah size, tapi nak buat macam mana, suami cakap tiada rezeki, jadinya baju tu simpan dalam stor. Baru nak matching dengan edan.


Baca Pengalaman beli pump susu di shopee


Beberapa bulan yang lalu sha dapat voucher dari PG Mall, terfikir nak beli apa dalam website nya, agak lama jugalah sha survey, lastly decide nak beli bread toaster dan hair dryer. 


Pengalaman beli barang elektrik online di PG Mall


Al kisahnya sha nak beli bread toaster sebab sha dan suami suka sangat makan roti paun yang panjang tu, selalu bakar di kuali dan masak telur mata untuk sarapan pagi, jadi sha rasa better sha beli bread toaster, brand faber. memandangkan ada voucher free kan hihi


Hair dryer pula sebab sha ada hutang dengan suami, sha rosakkan hair dryer dia untuk keringkan baju setahun yang lalu haha..jadi ngam juga di PG Mall ada brand yang sama iaitu Philips warna dan design lebih kurang jugalah hitam, so sha cepat-cepatlah grab.





Postage setiap satu item RM20 so untuk 2 item adalah RM40 walaupun barang tersebut dari kedai yang sama. Pos ke Sandakan Sabah


Baca Pengalaman beli baju mengandung di SG shop


Dalam RM130 juga sha spend dekat PG Mall untuk 2 item termasuk postage bagi sha agak mahal juga jika sha bandingkan beli di website lain seperti shopee, postage free apabila beli barang minimum RM15 atau RM40 ikut kedai juga.


Tapi di PG Mall pun ada diskaun juga, sha dapat claim RM20 postage untuk pembelian RM100 ke atas so oklah memandangkan dapat voucher di PG mall, semua bayaran adalah free


Jadi sha proceed payment.


Lepas buat pembayran, nanti pihak PG Mall akan hantar notification pembayaran dan tracking no.  melalui email yang korang telah daftarkan. Dan seller sha ni guna pos J&T


Baca Pengalaman membida di Chilindo


Malangnya bila sha cuba untuk trace tracking no. Pada website j&t ianya invalid, status dalam order pula pending pickup. Setiap hari sha check status tetap sama juga. Aduhai takkan lah seller PG mall ni nak menipu pula, jadi sha try chat seller, button chat pada status order ada tapi not working, button helpline pun tiada..website PG mall ni agak lembap sikit bagi pandangan sha, tapi buyer banyak juga beli dekat situ maybe sebab dapat voucher ka apa sha pun kurang pasti




Jadi sha pergi item yang sha beli tu, ah jumpa pun button chat, cepat-cepat sha tanya dia nombor tracking tak dapat trace dia minta order nombor sha bagi la, nak reply  tu pun makan masa juga sampai situ ja dia balas


Leceh lah pula kan, tak mesra alam betul lah, tiba-tiba pagi tu j&t call sha minta alamat penuh, sha terpikir tak kan lah barang PG mall dah sampai? 


Eh betul lah barang dah sampai, tracking tak dapat trace, barang dah sampai syukurlah haha baru ja sha nak cancel nak cari seller lain.


Dengan laju nya sha buka parcel, tengok hair dryer cantik seperti dalam gambar dan berfungsi. Saiz pun ngam dengan tangan sha, senang pegang dan ringan di bawah kemana saja. Love sangat hihi






buka kotak bread toaster pula comel tapi ada retak sikit dekat tempat penekan tu, sha try berfungsi dengan baik juga, ini mesti retak semasa penghantaran, sebab kotak kemek sikit, bolehlah asalkan berfungsi dan tak bahaya kalau digunakan.





Dua-dua barang ni ada warranty card jangan risau kalau rosak boleh return. Dan yang paling penting ada chop sirim..

So guys itu saja pengalaman sha beli barang elektrik secara online..mudah2an ada rezeki untuk beli lagi kali ni wishlist nak beli vacum robot tu..hihi doa kan







November 25, 2020

Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain

November 25, 2020 3 Comments

Assalamualaikum


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain | Orang live di facebook boleh pula tengok sambil buka apps lain kan, kenapa youtube tak boleh ya? Tak semua apps muzik ada lagu kegemaran kita macam dekat youtube, sha suka dengar lagu di youtube dari dulu sampai sekarang walaupun boleh ja download lagu tu dekat 4shared hihi, maklumlah sha guna unifi, buat apa nak download kan haha kidding tapi akhir-akhir ni sha beralih kepada apps joox 


Tapi apps ni pula kena ada coin baru dapat mainkan lagu kegemaran, macam mana cara nak dapatkan coin, kalau tak silap sha, korang boleh karaoke atau nyanyi balik lagu artis banyak-banyak nanti akan dapat kumpul coin atau jadi VIP sha tak pandai sangat joox ni, sha cari ja lagu yang ada lepas tu mainkan, nanti lagu akan berganti dengan sendirinya. Yang bestnya ada lirik lagu, jadi lah dengar sambil nyanyi dakam bilik untuk hilangkan bosan.





Youtube pula masalahnya bila main lagu dekat situ tak boleh kasih off screen handphone dan kalau ada mesej masuk pun kita tak boleh keluar dari apps youtube tu, lecehlah youtube ni hihi bagi sha apps joox lagi bagus berbanding youtube, kurang iklan sikit tapi bila dah iklan datang tak boleh nak padam pula, macam iklan baru-baru ni, shopee shopee sebelas sebelas, haha dah terhafal pula jadinya..tapi iklan bulan 12 ni macam tak best pula haha..


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain


Kiranya sha dah fade up la ni nak dengar lagu dekat youtube dah, tapi hari ni, sha buka facebook macam tahu ja kan perasaan sha haha muncul lah pula post tentang Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain, tengok macam senang ja, eh memang senanglah tak perlu install apa-apa apps pun cuma perlu setting sikit ja dekat browser yang korang guna sekarang, macam sha, guna chrome ja..meh sha tunjuk melalui gambar.


Cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain




1. Buka browser kamu, sha pakai chrome, dan taip youtube.


2. Pergi setting, klik pada DESKTOP SITE


3. Buka web site youtube dan pergi setting lagi, klik pada DESKTOP SITE




4. So sekarang view youtube pada phone kamu akan jadi seperti kamu buka di laptop bukan? ok cuba kamu mainkan apa-apa lagu dan pergi ke home pada phone kamu, jangan tekan back ya


Bila sudah siap semua step, try untuk keluar dari google, muzik dari youtube akan berhenti, pergi home notification, dan tekan button play macam gambar diatas ini. Sha guna phone model oppo rasanya semua setting handphone sama ja kan.

begitulah cara Dengar Lagu di Youtube Sambil Buka Apps Lain, senang bukan..

Tapi kalau korang perasan kan, bila main lagu dekat youtube ni rasa macam volume nya agak perlahan sikit berbanding main lagu dekat apps youtube.


Tapi suka koranglah mana apps yang korang pilih, sha tahu bukan youtube ja apps korang ada di dalam phone kan, tapi apps youtube ni memang sedia ada dalam phone jadi senang tak perlu tambah space 


Selamat mencuba

November 20, 2020

Cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh

November 20, 2020 38 Comments

Cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh




Terkejut bila bangun pagi tengok  signal telephone tiada, ah sudah, teringat tentang mesej amaran dari telco seminggu yang lepas, Your account validity period is over. Please Topup before your SIM expiration date 18-NOV-2020 tapi dibiarkan dan terus lupa sehingga hari tamat tempoh baru rasa menyesalnya tak topup hari itu. Kalau korang pengguna telco tune talk, Korang jangan risau sha ada cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh.


Sha baru sahaja lalui sakitnya hati apabila signal telephone yang hanya paparkan tanda pangkah merah, apatah lagi nombor tersebut penting di mana semua urusan menggunakan nombor ini, termasuklah pengesahan TAC bank, jadi semua urusan pembayaran hari ini tidak dapat diteruskan. Nampak tak korang, dah jadi masalah pula kan.





Disebabkan di rumah sha guna unifi, jadi memang jarang sangat nak topup kredit nombor tune talk sha itu, kalau diluar pula sha guna nombor yang lain, telco Digi, sebab pelan Digi sangat murah, dan boleh renew lifetime  dengan hanya RM1 sehari sahaja, best kan. Sha dah lama terpikir nak tukar ke telco Digi tapi sebab covid ini susah sikit nak berjalan. Lepas ini sha akan tukar kepada Digi, coverage pun ok walaupun hanya segelintir tempat saja haha.


Jadi nak dipendekkan cerita, sha pun cuba untuk topup nombor tersebut, dengan harapan signal kembali muncul, namun hampa. Nombor tersebut tidak wujud, maksudnya nombor itu memang tamat tempoh.


Cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh


Pertama korang jangan cemas atau pikir apa-apa yang negatif, sebabnya nombor yang baru sahaja tamat tempoh boleh dapatkan semua tapi ada beberapa perkara yang korang perlu ikut. Ianya mudah saja dalam masa 24jam pasti korang akan dapat balik nombor tersebut.


Register sendiri di rumah


Kalau korang nak buat sendiri di rumah boleh saja, caranya korang dapatkan simkad di kedai dengan harga RM5, install aplikasi tune talk, scan ic dan aktifkan sim kad tersebut, ini semua korang boleh tengok dekat kit sim kad yang korang beli tadi.


Masukkan code refferal : X63ML7PR

Ini untuk tanda terima kasih korang lah pada sha sebab sha dah setelkan masalah korang hihi..tq in advance


Kemudian topup RM50 pada nombor tune talk baru ya, sebab kalau nak ambil semula nombor tune talk yang lama, kena pilih dulu nombor tune talk yang baru untuk sementara sahaja selama 24-48 jam daam tempoh masa bekerja, lepas tu korang pergi live chat untuk pengaktifan, topup nombor baru dan live chat korang boleh pergi ke aplikasi tune talk.


Kena ikut semua cara diatas baru boleh live chat.


Korang chatlah saya nak dapatkan nombor yang telah tamat tempoh, jadi dia akan minta kad pengenalan dan nama untuk pengesahan, pastikan nombor yang korang nak ambil balik itu atas nama dan kad pengenalan jadi senang kerja kan hihi. 


Kemudian dia akan minta nombor serial pada sim kad korang, ianya ada pada belakang sim kad tune talk yang baru korang beli, tolong jangan buang, kalau ada masalah nanti boleh rujuk balik, sha snap ja letak dalam phone hihi


Dan akhir sekali dia akan balas pengaktifan dalam masa 24-48 jam waktu bekerja, selama waktu ini korang akan pakai nombor tune talk yang baru, lepas dari waktu itu, nombor tune talk yang lama akan diaktifkan semula, dan boleh pakai macam biasa. Tapi untuk nombor sha hanya makan masa tak sampai 24 jam pun bangun pagi check aplikasi dah tertera nombor lama, alhamdulilah lega sikit hati hihi.


Tapi kemarin sha dah terlampau risau kan jadinya sha tak buat sendiri dirumah, sha cari ejen tune talk berdekatan untuk dapatkan semula nombor telephone tune talk yang telah tamat tempoh, sha search ejen tune talk di group sandakankini, dan terus mesej tanya bolehkah dia dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh dan dia pun balas boleh puan.





Disebabkan musim covid meningkat di Sandakan Sabah, sha ambil keputusan untuk menggunakan khidmat ejen tune talk, jadi sha tak perlu ke kedai untuk membeli sim kad dan urus pendaftaran tersebut, ianya free dan hanya bayar harga sim kad sahaja.


Untuk pengetahuan kamu semua pengguna tune talk tempoh sah kredit tune talk adalah selama 45 hari sahaja, jadi kalau kamu tidak topup selama tempoh itu, maka nombor kamu akan tamat tempoh.


Sebenarnya cara dapatkan semula nombor tune talk yang telah tamat tempoh di atas sangat mudah dan korang boleh sendiri di rumah, dan ejen tersebut boleh saja tunjukkan caranya tanpa perlu tolong daftarkan untuk sha, tapi rezeki sha dapat orang yang boleh tolong selesaikan masalah ini pun sha dah bersyukur tau..


Terima kasih Sis Shyna dan husband tolong daftarkan nombor tune talk, walaupun datang jauh dari Kg bahagia ke Taman sejati, batu 7. Semoga murah rezeki tolong orang yang susah.


Oh ya, nanti bila dah bertukar ke nombor yang lama, pihak tune talk akan call bagitahu, mana lah tau kan korang lupa hihi.


Bercakap tentang lupa, husband sha pun lupa nak topup nombor tune talk dia dan nombor dah lama expired, aduhai kenapalah kami berdua ni kan..ini mesti sebab pakai dua nombor sampai lupa nak topup nombor tune talk. Dan untuk aktifkan nombor husband, sha guna khidmat ejen tune talk yang sama juga, jadi tak perlu semak fikiran hihi besok baru ambil sim kad husband.


Di Sandakan, rasanya tiada kiosh tune talk jadi memang susah untuk pengguna tune talk berurusan, kena cari ejen baru dapat selesaikan. Tapi kalau nak tukar telco lain ke tune talk boleh juga buat sendiri di aplikasi atau cari ejen berdekatan korang. Sha hari tu tukar telco dengan ejen dapat free sim kad, siap dia daftarkan sekali. Tapi ejen tu jauh di batu 32 kena cari masa sesuai baru dapat cod. Itu yang sha cari area Sandakan cepat dapat.


Yang bestnya tune talk ni pelan RM48 unlimited data dan call sebulan dan hotspot 5GB, dulu sebelum guna unifi kami guna pelan ini, puas hati sangat data tak pernah habis, call bila-bila masa dan siapa sahaja, tapi sejak pindah ke rumah sekarang ini, line pula masalah, jadi kami terpaksa ambil unifi pakej RM89 sebulan semua orang boleh pakai itu yang lupa nak topup nombor tune talk hihi


Untuk telco lain korang boleh pergi ke kiosk berdekatan, untuk dapatkan nombor yang sudah lama tamat tempoh masih boleh selagi nombor itu belum dipakai orang lain.


Nombor sha ini sha pakai dari tahun 2008 sampai sekarang setia sha guna bukan apa sebab apa-apa memang akan daftarkan ke nombor ini, kawan senang cari sebab guna 1 nombor ja, lagipun nombor sha ni senang ingat jadi sayang pula kalau dah tak boleh guna kan,


sha dulu pernah juga sim kad maxis tamat tempoh, cara nay sama ja sha pergi centre ambil balik nombor tu, musim pkp ni call ja operater, nanti diorang akan hantar sim kad melalui pos.


Dah banyak kali tukar telco, semua telco sha pernah pakai haha dari maxis, digi, tune talk, celcom, xox, umobile tetap pakai nombor yang sama. 


Itu saja untuk entry kali ini, semoga bermanfaat buat semua.