June 3, 2021

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan

June 03, 2021 12 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan | Umur berapakah sepatutnya untuk bayi perempuan bersunat? persoalan ini sangat biasa bagi ibu bapa yang baru mendapat anak perempuan, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa tahu mengenai bersunat dan juga kelebihan bersunat bagi bayi perempuan dari segi Agama Islam.

Bersunat bagi anak lelaki kita memang biasa dengar apatah lagi ketika anak lelaki sudah mulai memasuki usia 12 tahun, pada zaman dahulu, kenduri doa selamat akan diadakan dan bidan kampung akan dipanggil untuk upacara bersunat, kebiasaanya kalau buat dikampung memang akan dibuat bersunat beramai-ramai, tapi zaman sekarang ramai yang buat diklinik swasta sahaja. Macam mana pula dengan bersunat bagi bayi perempuan?

Sunat Bayi Perempuan Menurut Islam

Berkhatan / Berkhitan / Bersunat adalah proses yang melibatkan pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bayi perempuan. Bahagian yang dipotong itu sebenarnya kecil sahaja dan ianya sangat berbeza dengan bersunat pada anak lelaki yang seperti kita dengar sebelum ini. 

Berapa umur yang paling sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan? 

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah lebih sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan dan selalunya ibu-bapa akan membawa bayi perempuan mereka bersunat selepas si ibu habis tempoh berpantang pada 44 hari ke atas. Bagi anak perempuan sha, sebenarnya sudah lama sha rancang untuk sunatkan dia sejak usia 3 bulan lagi, sebab dengar orang cakap lambat sunat nanti susah sikit, kita pula yang tak senang tidur hihi, tapi alhamdulilah eshal selesai bersunat ketika umurnya 10 bulan, semuanya dipermudahkan.

Bersunat di Klinik Swasta atau Di Rumah Bidan?

Baru sha terfikir kenapa tidak sha sunat eshal diklinik saja memandangkan sekarang pun kes covid meningkat, bawa baby pun banyak risiko kalau kita mau buat dirumah bidan. Lagipun sha sudah tanya bidan, kena sediakan barang macam kain sarung, kain putih lilin, dan pengeras, macam leceh kan banyak kena sediakan. Dan proses bersunat di rumah bidan ini sha tidak tahu, mungkin ada ibu-ibu tahu boleh kongsikan di laman komen :) 

Jika bersunat di klinik swasta kena ikut polisi klinik tersebut, mereka akan tanya dulu usia bayi, ada yang mengambil dari usia 3 bulan kebawah ada juga klinik yang hanya mengambil dari usia 6 bulan keatas. Dan pastikan sebelum korang gerak pergi klinik, korang telephone dahulu ya. 

Bayaran mengikut klinik tersebut, macam Klinik Syifa Batu 6 IJM Sandakan, bayaran hanya RM 20 untuk seorang, proses pemotongan sangatlah mudah dan cepat, doktor hanya bagitahu dia akan lukakan sedikit pada atas faraj sahaja sehingga keluar darah sedikit kemudian siap. Proses bersunat di klinik swasta bagi bayi perempuan tidak melibatkan bius kecuali umur budak tersebut sudah besar.

Awalnya sha takut sebab ini anak perempuan pertama, jadi sha tutup mata bila eshal disunatkan, dalam fikiran sha darah akan keluar memancut-mancut haha..tapi doktor cakap tidaklah, asal ada sedikit darah keluar itu sudah cukup, lega hati sha hihi.

Pastikan bayi korang berada dalam keadaan sihat, tidak demam atau mempunyai masalah lain, jika ada boleh tangguhkan sehingga dia betul-betul sihat. Jika ada keraguaan berkaitan umur yang sesuai, boleh bertanya doktor terlebih dahulu. 

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan Dari Segi Agama Islam

Bersunat bagi bayi perempuan akan membari manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antara kelebihan bersunat, ianya menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang dari pelbagai penyakit.

Bersunat juga dapat membawa kesempurnaan pada agama, keindahan dan meluruskan syahwat. 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.” (Direkodkan oleh Al-Baihaqi)

Penjagaan Selepas Bayi Perempuan Bersunat

Berbeza dengan bersunat bagi lelaki, bayi perempuan biasanya mengambil masa yang cepat untuk pulih disebabkan hanya potongan kecil pada bahagian kemaluan nya. Jadi bayi perempuan biasanya akan bergerak aktif selepas bersunat. 

Sebelum pergi ke klinik pastikan lampin bayi dalam keadaan kering, selepas disunat, doktor akan menahan darah dengan kapas selepas itu darah tidak lagi keluar, cuma perlu ditekankan faktor kebersihan terutamanya dalam hal menukar lampin.

Selesai urusan bersunat bagi bayi perempuan, dengan entry ini sha baru tahu kelebihan bersunat menurut Islam, bila ada anak perempuan baru dapat ilmu baru, tapi kalau korang tiada anak perempuan bolehlah hebahkan kepada keluarga, teman atau jiran, semoga bermanfaat buat semua dan dipermudahkan urusan korang :)


May 29, 2021

Raya Pertama Eshal 2021

May 29, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Raya Pertama Eshal 2021 | Eshal pada raya tahun 2021 sudah memasuki usia 10 bulan, ini adalah raya pertama eshal, umie akui tidak banyak cerita mengenai eshal dalam blog umie, akibat sibuk yang melampau haha, tak lah, ini disebabkan pengaturan masa yang tidak efektif, soon umie akan rajinkan diri untuk tulis pasal ehsal ya,

Untuk entry ini, umie saja nak catat yang perkembangan ehsal sangat laju, eshal umur 10 bulan sudah pandai berjalan sendiri tanpa diajar, alhamdulilah besarkan ehsal sangat mudah, semacam eshal anak yang cepat berdikari, dari bertiarap, berkaki empat, duduk, berdiri dan berjalan, semuanya mudah bagi eshal.

Disebabkan eshal lahir pada tahun virus covid-19 ini wujud, maka menghadkan pergerakan eshal untuk meninjau dunia luar, umie pun malas jalan sebab eshal belum pandai pakai mask, kena lagi 1 jun ni total lockdown, umie baru belikan eshal kasut untuk eshal berjalan di sejati walk haha..kita pakai di rumah saja ya hihi.


Tahun ini sha sambut raya berempat dengan baba, edan dan eshal, tak banyak rumah yang kami kunjungi dalam 4 rumah sahaja, boleh lah untuk lepaskan gian beraya, tahun ini kami beraya di rumah sendiri saja, memandangkan mertua sha decide untuk beraya di sandakan.

Baju raya eshal sha buat dengan tailor, upah jahit untuk baju kembang tu RM25 sahaja, kain pula sha beli dekat shopee, kain batik viral RM8+ beli 2 sebab nak matching dengan skirt sha kembang juga 2meter + 2meter maka jadilah baju raya kami yang simple 

Baju edan dan baba dorang tak beli baju baru so dorang pakai baju 2 tahun yang lalu, rasanya dah 2 tahun dorang tak beli baju raya maklumlah raya pkp juga, sha pun decide tak nak beli baju raya tapi semua baju raya lama dah tak muat haha, kebetulan time raya tu sterika pula buat hal, jadilah tudung sha berkedut, hantam ja la, oh ya tudung shawl bawal tu sha beli dekat blogger lyn 4 tahun lepas, pakai balik ja semuanya..blouse hitam sha pula beli dekat shopee

Tahun ni kami tiada gambar raya berempat, masing-masing buat hal haha..anak 2 susah sikit nak plan, nantilah gambar sendiri ja dirumah, oh ya tudung yang eshal pakai tu tudung sha haha..behind the scene dia tarik terus tudung tu rimas dia pakai, umur 1 tahun baru kita pelahan2 pakai tudung ya eshal

Apapun raya tahun ni, biarlah bersederhana kan, cuba bayangkan kalau tiada covid ni, semua nak nampak mewah biar hutang keliling pinggang, kunjung-mengunjung 24jam banding memanding..ada hikmah nya juga..cuma kita fikir positif ja ok.

selamat hari raya semua readers :)

May 5, 2021

5 Langkah Melegakan Tangan Kebas dengan Massage Gel Garcipro

May 05, 2021 15 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

5 Langkah Melegakan Tangan Kebas dengan Massage Gel Garcipro | Mereka yang sering mengalami masalah kebas yang juga dikenali sebagai Carpel tunnel Sindrom ini akan berasa sukar melakukan kerja harian dan menghadkan pergerakan akibat sering merasa kebas pada tangan dan jari, tidak lagi kuat untuk mengengam tangan, terasa sakit apabila mendukung anak dan tangan mudah rasa sengal, kebas atau sakit apabila memandu kereta ataupun ketika menunggang motor.

Garcipro merupakan satu rawatan alternatif bagi sakit kebas & sendi yang menggunakan ekstrak minyak kayu putih yang diimport khas dari Australia, selain dari itu, 5 bahan yang lain seperti Peppermint, Aloevera, Minyak Argan, Menthol crystal dan Epal hijau melengkapkan lagi keberkesanan pada setiap satu botol penggunaan massage gel Garcipro ini.

Jadi sha syorkan korang wajib guna massage gel Garcipro untuk mengurut tangan, kaki yang kebas, dan disini juga sha kongsikan video khasiat menggunakan massage gel Garcipro, perkongsian bersama Duta Garcipro Malaysia di dalam TV Hijrah



4 Keistimewaan menggunakan gel massage Garcipro sebagai minyak urut

1.   Rasa Sejuk – Biasanya minyak urut yang paling best adalah minyak urut yang rasanya sejuk dan tidak panas, jadi siapa-siapa yang menggunakan minyak urut Garcipro ini pasti akan berasa nyaman dengan adanya menthol crystal sebagai bahan penyejuk.

2.   Bau Aromaterapi – Rasa sejuk dan nyaman didatangi lagi dengan bau-bauan yang menyenangkan si pemakai dan sha geranti apabila korang memakai minyak urut Garcipro pasti tiada bau ubat.

3.   Tidak Melekit – Suami sha memang jenis yang tak suka guna minyak urut sebabnya kebanyakan minyak urut melekit pada tangan, tapi apabila dia mengurut menggunakan Garcirpo ini,Si tukang urut juga pasti rasa selesa sebabnya minyak ini tidak melekit pada tangan. Minyak urut Garcipro ini mudah meresap dan kesannya lebih cepat dirasai.

4.   Lulusan KKM – zaman sekarang ni pasti ramai orang takut untuk menggunakan minyak urut yang terlampau banyak di pasaran, jangan risau minyak urut Garcipro ini ada lulusan KKM, NOT210104156K

 

Doa Hilangkan Kebas Tangan

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta” (Surah Al-Mukminuun : ayat 12-14)

 

5 Langkah Melegakan Tangan Kebas dengan Gel Massage Garcipro



1.   Letakkan minyak urut Garcipro pada point di bahagian lengan , urut perlahan pada lengan menggunakan ibu jari dan mulakan dengan tekanan sederhana kemudian naikkan tahap tekanan sedikit demi sedikit. Urut Selama 1-3 minit.

 


 

2.   Urut point menggunakan lengan sebelah tangan. Tekan dan tolak hingga ke pergelangan tangan. Seperti langkah pertama tadi, mulakan dengan tekanan sederhana kemudian naikkan tahap tekanan sedikit demi sedikit, lakukan selama 1-3 minit

 


3.   Letakkan gel massage Garcipro pada point ketiga iaitu di bahagian ibu jari, point ini untuk melegakan kebas pada ibu jari. Di bahagian bawah ibu jari terdapat otot bulat, maka urut perlahan pada bahagian tersebut menggunakan ibu jari sebelah. Urut selama 1 minit.

 


 

4.   Olah sedikit gel massage garcipro pada point keempat yang terletak pada bahagian pangkal jari jemari, untuk sesetengah pesakit, masalah kebas tangan akan merebak pada bahagian ini, oleh itu, urutan ini membantu melegakan masalah tersebut. Tekan ibu jari mengikut point berwarna merah sehingga terasa celah dan tulang setiap point, Urut selama 1 minit.



 

5.   Akhir sekali kita buat regangan pergelangan tangan, tekankan tapak tangan dan pusingkan tangan perlahan-lahan mengikut arah jam sementara tapak tangan masih kekal di atas meja, lakukan senaman selama 1-3 minit.

 

Lakukan setiap hari 3 kali, selama seminggu secara konsisten, insyaAllah kebas tangan akan hilang. Lebih berkesan korang jangan lupa urut menggunakan massage gel Garcipro yang tengah hangat dipasaran, harga pun tengah promo sekarang jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan masalah tangan kebas untuk melakukan pergerakan tanpa had.

Harga RM90 sebotol

Beli 2 botol RM170 percuma sebotol





 

Selain dari masalah kebas pada tangan, Garcipro juga dapat membantu mengurangkan masalah :-

·         Sakit pinggang, Lenguh tengkuk atau leher

·         Sakit Lutut

·         Sakit dan lenguh sendi

·         Angin dalam badan

·         Frozen Finger/ Frozen Shoulder

·         Strok separuh badan

·         Sakit Saraf

·         Sakit tumit menyucuk / Kejang kaki

 


Testimonial setelah seminggu menggunakan massage gel Garcipro.

Sepanjang Ramadhan sha sibuk menjual pelbagai juadah berbuka puasa, bila malam baru terasa lenguh pada badan, lagi-lagi sha masih menyusukan badan anak yang kecil, selain bahu, tangan dan kaki, terasa lenguh pada bahagian belakang dan tumit kaki, setelah seminggu menggunakan massage gel garcipro, alhamdulilah, sha puas hati sakit beransur hilang, dan melegakan tidur malam sha, kini suami sha tiada lagi dengar rungutan mengenai lenguh dan sakit belakang, dengan adanya massage gel garcipro, pergerakan sha tak terbatas sepanjang ramadhan ini.. 

Ternyata dalam setiap 1 botol gel massage ini mempunyai banyak kebaikannya dan dapat menyelesaikan masalah yang korang telah lama hadapi, Untuk pertanyaan mengenai gel massage Garcipro, korang boleh pergi ke laman web nya

Website : www.garciprohq.com  

IG: www.instagram.com/garcipromalaysia 

FB: Garci Pro Malaysia – AppleFit

 

 


April 29, 2021

Pengalaman Menjual Makanan dan Minuman Di bulan Ramadhan

April 29, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum




Pengalaman Menjual Makanan dan Minuman Di bulan Ramadhan | Teruja sha bila diberi peluang untuk menjual makanan dan minuman di bulan Ramadhan, sebabnya ini adalah kali pertama sha berjual secara face to face, selalunya sha jual secara online saja dan impian sha tercapai.

Tahun ni sha berpuasa di rumah mertua, memandangkan suami sha cuti panjang, so kami plan akan tinggal di beluran (kampungnya) sepanjang dia cuti. Dan paling sha dah lama plan dengan ipar sha adalah berjualan untuk juadah sungkai (berbuka puasa)

Pengalaman menjual makanan dan minuman di bulan ramadhan agak mencabar juga memandangkan ramai juga orang kampung suami turut berjual. Awalnya sha buat kek coklat dan puteri mandi jualan habis sha dapat dalam RM20 lebih. Sha pun bukan pandai buat kuih sangat haha.

Bila dah order tepung waffle, pendapatan sha bertambah sedikit demi sedikit, alhamdulilah rasa teruja sangat hihi. Sha buat 10 biji waffle setiap hari dengan harga RM2 satu biji belah 2, semua habis, paling pun tak laku 1 2 biji ja, 

Lepas tu sha buat pula minuman air jagung klebang tu sha memang awal beli pati nya, so tinggal tambah susu pekat, cair dan air putih, bancuh dalam balang dan masukkan ais. Sha jual 1 cup RM2 ada juga RM4 letak sikit pure jagung.

Air jagung klebang sha jual depan rumah mertua, jualan pertama sha dapat jugala dalam 17 cup terjual, mungkin sebab orang beli nak try rasa nya, lama-lama sha menjual sha dah nampak regular customer sha yang selalu membeli hihi, terutamanya adik yang tinggal depan rumah, boleh dikatakan setiap hari membeli air jagung klebang. Sedap katanya. Alhamdulilah.

Menjual makanan dan minuman di bulan ramadhan ni ada pasang surutnya kadang semua jualan sha abis, air pun tinggal sikit untung besar juga, namun ada juga kalanya banyak jualan tak dibeli down sekejap hati sha haha..sebab nk kira modal tu macam mana nak cover kan. Nasib jualan sha ni guna sikit modal, lagipun sha mana lah dapat buat banyak sebab ada anak kecil lagi kan.

Tapi pengalaman menjual makanan dan minuman bagi sha memang best, penat dengan tak cukup tidurnya sha menyiapkan jualan dan akhirnya dapat hasil dari tangan sendiri..syukur Allah bagi peluang untuk sha rasai nikmat berjualan ni.

Hasil jualan yang paling tinggi sha pernah dapat iaitu RM93 sehari, banyak bukan? Bila dapat banyak begini sha terus rasa happy sangat, paling sikit sha dapat RM20 sehari itu pun sebelum jual air di depan rumah

Cuma nasihat sha, siapa yang berniat nak menjual zaman sekarang kena ikut sop, pakai mask, print code my sejahtera, guna pencek suhu, baru-baru ini majlis daerah datang ambil rekod penjual yang menjual depan rumah, kalau ada lesen menjaja itu more better.

Niat menjual dah ada, bolehlah list nak jual apa, makanan atau minuman, biasanya kalau dekat kampung memang laku jual kuih muih kampung macam wajid, kusui, kuih gelang, campiang, puteri mandi, ini memang antara jualan yang selalu habis, kalau mau jual air pula pilihlah air yang senang di buat, macam sha punya jualan air tu, memang orang lain dah kenal brand so rasanya memang orang dah tau pekat dan sedap, pati korang boleh dapatkan di vendor batu 6 sandakan. Next mungkin sha try yam atau manggo puasa dah nak habis pati sha masih banyak lagi hihi, bilang mak mertua, nanti sambung menjual time raya nanti hahaha..

Apapun menjual makanan dan minuman memang best, untuk yang awal awal menjual memang tak boleh expect jualan abis terjual macam air sha banyak lebih sebab sha buat banyak sayang sangat tapi boleh sedekah di masjid hihihi.

Sentiasa positif dan berasa bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Buat makanan dan minuman yang mudah dan tak memerlukan kos yang banyak.

Semoga laris manis jualan sha dan kamu semua hihi

April 28, 2021

4 Sebab Kenapa Perlu Staycation Pada hari Raya Ini

April 28, 2021 4 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum




4 Sebab Kenapa Perlu Staycation Pada hari Raya Ini | Sejak negara kita dilanda virus covid-19, hari demi hari kes kian meningkat, sampaikan kadar kematian sehingga kini sudah pun mencecah angkah ribu, apatah lagi pada musim perayaan begini, mesti ramai tak dapat pulang kampung untuk menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Tahun lalu pun kita puasa tanpa bazaar, solat tarawih di rumah, dan beraya tanpa menziarahi jiran tetangga, semua ini adalah norma baru yang kita patut amalkan selagi virus covid masih belum habis. Tapi entah bilalah virus covid ini mahu habis kan. Tak dapat kita melancong  keluar negara macam dulu kala.

Tiket kapal terbang dah tempah, hotel dah booking, tup tup kerajaan masih tak dibenarkan rakyatnya merentas negeri, sedihnya raya tahun ini tak pulang kampung lagi korang. Hanya video call pengubat rindu seisi keluarga dikala takbir bergema. Sedihnya alahai Tapi jangan risau korang dah boleh mula plan untuk staycation.

Apa itu Staycation

Actully sha macam baru dengar ayat ni kan, actually bahasa pasar bagi  staycation adalah bercuti di sekitar kawasan tempat tinggal korang. Kalau di luar negara staycation ini memang sangat popular lagi-lagi di kawasan kota raya dan tempat tinggal korang dekat dengan hotel dan tempat yang menarik macam Grand Lexis Port Dickson tanpa merentas negeri pun korang boleh staycation bersama keluarga tersayang.

Bayangkan raya ini korang spend 2 hari 1 malam dekat hotel, boleh stay swimming pool lama sikit, makan pun disediakan, tidur pun best. So staycation ini memang kiranya penganti kepada vacation korang yang dah lama plan tapi tak jadi disebabkan virus covid-19. Terubatlah rindu sikit bila dah stay dekat hotel kan..hihi

4 Sebab Kenapa Perlu Staycation Pada Hari Raya ini

Raya tahun ini mungkin korang tak dapat nak beraya di kampung halaman, tapi korang boleh bawa keluarga bercuti disekitar tempat tinggal korang.

1. Yang bestnya bila staycation ni, urusannya sangat mudah hanya booking hotel di traveloka, korang tinggal angkat barang masukkan dalam kereta dan jalan pergi hotel. Sudah semestinya korang tak sesatlah kan sebab kawasan dah familiar hihi.

2. Bila dah plan nak staycation di kawasan berdekatan korang tu tak perlu naik kapal terbang, jadinya kos untuk pergi tersangatlah murah, bayar minyak RM10 dah sampai hotel yang korang tuju, berbanding tempah kapal terbang seorang seratus ringgit 5 orang dah berapa kan? So  memang murah.

3. Staycation dekat tempat tinggal korang tak perlu buang masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi. Memandangkan kawasan itu sudah familiar, jadinya masa untuk.pergi dengan menaiki kereta hanya makan masa yang singkat. Plan untuk staycation, dalam masa yang singkat pasti ahli keluarga tertarik untuk pergi bersama sebab semuanya sangat mudah.

4. Lain sikit dari vacation, kepuasan yang sederhana ini mampu memberi efek refreshing yang sama seperti korang sedang bercuti di luar negara. So korang boleh reward diri sendiri dan keluarga di musim perayaan ini.

Tiada asalan untuk tidak bercuti jika korang boleh buat staycation. Selain jimat masa, senang nak plan dan juga jimat kos, dan yang paling penting kepuasan sama dengan vacation diluar negara..so korang boleh cuba raya cara baru tahun ini dengan staycation

April 4, 2021

Umur 2 Tahun Masih Belum Pandai Bercakap

April 04, 2021 7 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Umur 2 Tahun Masih Belum Pandai Bercakap | Ibu mana tak risau, anak orang lain belum masuk 2 tahun dah pandai bercakap, memang setiap anak tak sama, ada lambat dan ada juga cepat, bila bab anak ini ibu bapa kena selalu alert bila anak lambat perkembangannya, maka kitalah yang akan berusaha mencari dimana titik puncanya.

Sha perasan yang edan, anak sulung sha lambat sikit perkembangannya, bermula dia mula bertiarap pada umur 5 bulan sampai la berjalan pada umur 1 tahun 2 bulan jika dibandingkan kanak-kanak lain, time tu sha sebagai ibu memang risau, tapi apa sha buat, sha bantu dia untuk bertiarap dan berjalan, sebenarnya itu perlu ransangan begitu juga dengan bercakap.

Edan tumbuh gigi pertama dan kedua umur 6 bulan, dan bulan-bulan berikutnya sebiji demi sebiji giginya tumbuh sampailah ke 10 bulan dia sudah memiliki gigi penuh bahagian depan, bak kata orang bila gigi suda tumbuh, mudah baginya untuk bercakap, mitos itu tidak benar ya, waluapun gigi edan tumbuh semuanya sebelum berusia 2 tahun dia masih belum pandai bercakap.

Umur 2 tahun masih belum pandai bercakap, jangan ambil mudah, umur sebegini anak sepatutnya sudah pandai mengabungkan 2 3 ayat seperti mama, nak susu tapi umur edan 2 tahun dia hanya pandai menyebut 1 perkataan sahaja.

Baru-baru ini,  edan berklinik untuk umur 2 tahun 6 bulan, sebelum ni sha memang pernah bagitau nurse pasal edan bercakap ni hanya 1 perkataan saja, nurse tanya kalau edan nak susu dia cakap apa, sha jawablah dia tunjuk dan buka baju sha nak susu, time tu dia menyusu badan lagi, sampai sekarang pun masih belum pandai buat ayat, kalau setakat 1 perkataan dia pandai la. Jadi nurse suruh refer dekat doktor di klinik tu bulan depan. Katanya biar refer awal nanti senang mau detect. Even 2 tahun 6 bulan nurse kata awal, bagi sha dah lewat dah ni..tapi tak mengapalah boleh ja refer doktor kan sebelum umurnya 3 tahun.

Actually umur 2 tahun masih belum pandai bercakap, mungkin ada kaitan dengan pendengaran, sha dah lama tak bersihkan telinga edan, sebab time umur edan 6 bulan pernah tercucuk cotton bud, jadi dia trauma setiap kali sha bersihkan, sampai umur dia sekarang sha tengok ada jugala tahi telinga keras tu, sudah cuba ubat titis doktor bagi tak juga jalan

Ada juga sha terbaca perkongsian untuk anak pandai bercakap iaitu selalu berbual dengan anak bermula baby lagi, ibu mana lah yang tak rajin berbual dengan anak sendiri kan hihi, sha berbual bermula edan dalma perut lagi, cuma bila sha dapat tahu mengandungkan anak kedua emosi tak stabil, sha selalu juga kurang masa dengan dia akibat melayan morning sickness..mungkin itu sebabnya kan.

Jadi kalau refer doktor mungkin boleh bantu edan bercakap

InsyaAllah biar lambat jangan tiada progress..anak amanah Allah kan nanti sha update bila dia dah refer doktor. Doakan semoga dipermudahkan.

March 29, 2021

Kisah Isteri Mulut Puaka

March 29, 2021 3 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Kisah Isteri Mulut Puaka | sebenarnya kisah ini sha petik di laman facebook sha tertarik untuk berkongsi mengenai kehidupan pasangan suami isteri selepas berkahwin.

Alam perkahwinan bagi sha satu perkongsian antara suami isteri disitu terletak banyak tanggungjawab termasuklah dalam menjaga dan membesarkan anak. Namun apakah tanggungjawab suami apabila seorang isteri tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang bermulut puaka?

Dalam perjalanan kita sebagai suami isteri tidak selamanya bahagia, betul sedangkan lidah lagi tergigit, tapi bagi sha itu bukan point kita untuk menjadi isteri yang derhaka kepada suami, sha kalau bergaduh sha tidak berani untuk tinggikan suara pada suami, dosa besar. Tapi lain orang lain ragam nya, mari kita hayati kisah ini

Kisah isteri mulut puaka

Seorang lelaki memutuskan untuk bercerai dengan pasangannya yang bermulut 'puaka' sering maki hamun beliau dan menjawab apa sahaja yang suaminya cakap. Tidak tahan dengan rumahtangga yang sering berantakan, menjerit siang malam sampai jiran-jiran pun dah faham benar situasi mereka.

Selepas penceraian, lelaki itu berkahwin lain. Awal-awal perkahwinan mereka bahagia tetapi selepas beberapa tahun, isteri barunya juga menunjukkan sikap yang sama, sering bercakap kasar dan meninggikan suara. Nampaknya beliau berkahwin dengan wanita yang perangainya lebih kurang sama. Tapi kini beliau masih mengambil sikap tunggu dan lihat.

Satu hari lelaki ini pergi ke tempat kenduri, tanpa bawa isterinya yang suka bercakap kasar tak kira tempat. Di tempat kenduri beliau terkejut berjumpa dengan bekas isterinya disamping suami baru. Tapi kelihatan bekas isterinya berbeza berbanding waktu bersama beliau.

Bekas isterinya kelihatan sangat lemah lembut melayan suami barunya. Isteri yang bangun ambilkan air minuman untuk suaminya. Tutur kata wanita itu sangat lembut sehingga hampir tidak kedengaran. Jauh benar bezanya sewaktu masih menjadi isteri beliau.

Apabila wanita tadi meminta izin suaminya untuk ke bilik pengantin perempuan yang sedang bersiap, lelaki ini mengambil kesempatan berborak dengan suami baru bekas isterinya. Ditanya sejak bila bekas isterinya berubah begitu? Suaminya berkata memang sejak dari kenal isterinya memang begitu, tidak pernah berubah.

Lelaki itu terkejut. Katanya dahulu bekas isterinya bukan begitu. Setiap kali dia tinggikan suara, mesti isterinya balas dengan tinggikan suara. Setiap kali dia mengomel komplen pasal rumah, mesti bekas isterinya membalas segala cakap dia. Setiap kali beliau hempas pintu, pasti bekas isterinya akan berkali-kali hempas pintu.

Apabila lelaki tersebut bertanya apakah isterinya buat begitu di rumah, suaminya menjawab tidak pernah sekalipun isterinya meninggikan suara. Lelaki tersebut makin terkejut. Mana mungkin bekas isterinya boleh berubah secepat itu. Dia kenal bekas isterinya yang memang suka menjerit di rumah.

Suami wanita itu bersuara; "Kita sebagai lelaki yang mencorakkan rumah tangga kita. Kalau kita tengking isteri kita, tidak mustahil ia akan ikut. Kalau kita tunjukkan perangai tidak elok, tidak mustahil dia akan ikut. Tapi kalau kita di rumah menjaga rumahtangga dengan baik, pasti isteri akan ikut. Kalau kita sebagai suami sering lemah lembut dengan isteri, pasti isteri lebih lemah lembut dengan kita. Kalau kita memberikan sepenuhnya kasih sayang pada isteri, pasti isteri akan berikan kasih sayang yang melimpah ruah".

Bila berlaku pertelingkahan dalam rumah tangga, kita tidak boleh menuding jari kepada pasangan kita sahaja. Kita lihat juga apa yang kita buat. Lelaki sebagai pemimpin rumah tangga, kita yang bawa ke mana rumah tangga kita belayar. Elok kita kemudi, eloklah perginya. Ke laut bergelora kita bawa, maka bergeloralah rumah tangga kita.

Walau 10 kali lelaki berkahwin lain, tetapi perangai tetap sama, masalah sama tetap akan berlaku. Kita sebagai imam, isteri sebagai makmum hanya mengikut. Jangan salahkan isteri sahaja, lihat juga kelakuan kita sebagai suami.

March 28, 2021

Resepi Ayam Bakar Padu

March 28, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Resepi Ayam Bakar Padu | Tak lama lagi nak puasa, mesti ramai cari menu buka puasa yang memukau, sebelum ni sha ada kongsikan resepi ayam berempah, memang resepi tu kegemaran sekeluarga, senang nak buat dan bahan pun senang dapat


So kali ini sha nak kongsikan pula resepi ayam bakar, cakap pasal bakar, mesti kerja leceh nak kena memanggang, mana nak cari ranting pokok, sha duk dalam flat ja haha, alahailah cik akaka, sekarang dah moden..oven kan ada..resepi ni guna oven guys..tak ada oven boleh pinjam oven jiran, dia tengah rajin buat tempahan kuih raya, amboi awal sangat hihi..tuk buat teaser la akak

Resepi ayam bakar ni bukan untuj juadah berbuka saja, mana yang berniat nak menjual semasa bulan puasa, di alu-alukan menggunakan resepi ini, cuma kuantiti ayam dan bahan kenalah selari ya..insyaAllah laris manis jualan, kalau bakar di tamu nanti pasti semerbak bau ayam bakar ni sebab bahan-bahan memang padu, sangat sesuai untuk jualan juga.

Ok sha dah panjang lebar macam sha nak ja menjual ayam bakar ni haha mana lah tau kan kot ada rezeki menjual ayam bakar di kampung suami time puasa nanti, insyAllah..jomlah semua pakat salin resepi ni

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Bahan B ni boleh kisar atau tumbuk.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ya) 
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta 

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Perkongsian resepi ini dari Duang Promlikit

Korang memang kena cuba resepi ayam bakar ni, mana yang baru berjinak-jinak menggunakan oven, bukan sahaja boleh bakar kek dan biskut ya, oven juga boleh bakar ayam, so alang dah rajin, boleh lah cuba resepi ayam bakar ini..