February 10, 2024

Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

February 10, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2024 dah kita kan..anak sha yang sulung tahun ni dah masuk 6tahun, tahun depan darjah satu alhamdulilah, tak terasa pula, macam baru ja lahirkan dia..hihi.. tahun ini juga anak bungsu sudah mula bersekolah, tak sabar betul dia mahu sekolah, tiap hari cakap umie lambatnya mau sekolah ni..ok fine, kita sekolahkan lah dia awal walaupun masih 4 tahun. Untuk anak kedua ni, tak susah cari kasut sekolah macam anak sulung sebelum ini..sebab dah nampak kasut anak sulung pakai, keselesaannya dan keselamatan untuk dia..dan juga kesenangan untuk kita.




Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

Kasut sekolah pallas wajib pakai tahun 2024 kerana kasut sekolah pallas satu-satunya kasut yang menekankan aspek:-




1) Penjagaan pada tumit - Reka bentuk dan span yang tebal memberi lantunan yang baik untuk mengurangkan sakit pada bahagian tumit
2) Tapak Kasut Tebal – Cengkaman pada tapak kasut memudahkan anak berjalan dengan selamat dan tapak lambat ‘haus’ walaupun pakai dalam tempoh yang lama.
3) Extra light weight - Walaupun tapak tebal tapi sebenarnya kasut pallas ni bersifat ringan yang mana membantu mengurangkan beban pada kaki anak ketika memakainya.
4) Jahitan kemas – jahitan keliling kasut pallas sentiasa kemas, memastikan kasut tidak mudah tercabut dan cepat rosak.



5) Breathable – material kain yang mudah dilalui angin dan sistem pengudaraan ini memastikan kaki anak dapat bernafas dengan baik dan juga membantu mengekalkan kelembapan pada kaki
6) Quick dry – dicipta dengan fungsi cepat kering memastikan anak memakai kasut ke sekolah dengan bersih setiap hari.
7) Single velcro – Memudahkan anak memakai kasut tanpa bantuan ini kerana pelekat velcro ni senang dibuka dan dilekat kembali. Zap zap
8) Mudah didapati – Malas keluar rumah, kini boleh beli kasut sekolah pallas secara online di www.wow2wee.com atau boleh usha dekat facebook @pallasmalaysia ataupun website www.pallas.com.my , dan sekarang Pallas ada back to school contest, boleh menang cash sehingga RM3000. Jom lah join..
9) Ukuran Kasut - Tidak tahu ukuran kasut sekolah anak? Jangan risau, dalam website wow2wee ada bagi guide cara ukur sesuai dengan kaki anak. Dan Pallas ada ‘size kecil’ untuk anak-anak tabika ya
10) Harga mampu milik – kasut sekolah pallas yang berkualiti dan tahan lama kena dengan harga yang berpatutan dan mampu milik

Kesimpulannya, mak-mak yang ada anak tabika atau darjah, belikan mereka kasut sekolah pallas untuk memastikan keselesaan dan keselamatan untuk keseluruhan bahagian kaki sepanjang memakai kasut di sekolah.

February 5, 2024

Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Sandakan 2023/2024

February 05, 2024 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Sandakan 2023/2024| Tahniah kepada semua anak-anak tabika yang telah tamat sesi persekolahan 2023/2024, selamat melangkah ke tahun satu march ini, edan tahun ni masih tabika lagi hihi..tapi sha pindahkan dia ke pra sekolah..so last la ni dia bersekolah di tabika perpaduan selama dua tahun..walaupun 1 tahun di tabika perpaduan taman airport, dan tahun ni di tabika perpaduan taman mawar, tapi syukur dia mudah serasi dengan persekitaran di sekolah , dengan cikgu-cikgu sebab dia ni jenis yang peramah, senang dapat kawan.

Majlis Apresiasi kali ni berjalan dengan lancar, diadakan di dewan hotel sanbay, sandakan pada 27 january, seramai 13 buah tabika perpaduan di sandakan termasuk dari kinabatangan menjayakan majlis ini dengan gemilang, sha sangat teruja dengan persembahan dari si cilik di setiap tabika, walaupun dewan agak sempit tapi mampu memuatkan sejumlah ibu bapa dan penjaga yang hadir.

cikgu-cikgu tabika dan murid-murid harapan
tahniah !

cikgu, ibu bapa dan anak tabika perpaduan taman mawar sandakan

kad jemputan








January 25, 2024

Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

January 25, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

D era serba kemajuaan kini, zaman 2024, sha masih guna mesin basuh manual ataupun semi auto..yang ada dua tempat satu membasuh dan satu lagi spin tu..sha juga pasti sha tak keseorangan yang masih menggunakannya, ini kerana mesin basuh manual ni jika dijaga dengan baik, iangka hayatnya akan panjang berbanding dengan mesin basuh auto, lagipula bila guna mesin basuh ni kita jadi auto rajin haha sebab memerlukan pemantauan yang kerap berbanding mesin auto. hihi




Sha ingat lagi pertama kali pindah rumah, sha belum ada mesin basuh, dan terpaksa mencuci kain menggunakan tangan walaupun sha time tu tengah sarat mengandung anak pertama, Kesian tapi itula perjuangaan seorang isteri ceh..haha..dan paling terpanggil untuk membeli satu mesin basuh ketika itu, waktu sha pindah rumah flat tingkat atas, waktu tu sha cuci selimut tebal, mana la kuat mau perah airnya tu jatuh kebawah macam hujan, datang seorang pakcik komplain marah2 dekat sha sebab habis jemurannya basah waktu pagi, dengan dia sekali basah macam mandi hujan katanya, adui sadis...kesian dekat pakcik tu..maafla belum ada rezeki lagi mau beli mesin basuh dia pun kesian dekat sha, dia kata beli la mesin basuh..so sha pun bagitahu dekat suami, kebetulan time tu ada duit lebih maka ada lah mesin basuh ini dari 2019 sampai ke 2024 sangat memudahkan kerja sha sebaai seorang ibu. terima kasih untuk 5 tahun ini

Sha sayang dengan barang2 rumah sha sebab susah nak dapatkan dengan duit yang terhad setiap bulan kami plan beli apa yang perlu dulu..begitulah hidup dipermulaan kahwin..Alhamdulilah, sekarang dah ok sikit..

ok berbalik kepada tajuk kita, panjang pula sha taip kan...haha..actually mesin basuh sha ni dah 2 kali repair dekat kedai, itupun dua2 masalah motor spin dan basuh sebab sha beli ada warranty 5 tahun untuk motor, dalam tempoh 4 tahun tu disitulah dia rosak, syukur juga sebab sha hanya bayar cas service ja RM50 untuk setiap kali hantar kedai, kalau beli motor pun dalam ratus juga sha tanya hari tu..nak hantar mesin pun satu hal, sha terpaksa pakai kereta saga, tempat duduk penumpang depan buka, sumbat sampai masuk, itu sha suruh suami yang buat hahaha bila unloading sha suruh staff kedai pula yang keluarkan, senang kerja sha, sebab nak harapkan suami, dia pun kerja, ahad kedai tutup..harung ja lah sebab yang penat cuci kain pakai tangan tu sha haha..

untuk claim pastikan ada warranty card dan date masih available untuk mengelakkan bayaran lain pada part yang rosak, kalau dah expired korang beli ja part dekat shopee lepas tu pasang sendiri, tak yakin hantarlah kedai hihi..



Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

Bila kita isi air menggunakan hose, air tetap keluar walaupun kita dah pusing pada button normal, selalunya, kalau sudah siap membasuh tu, kita pusing ke drain-off atau dalam bahasa melayunya buang air haha. Dan paling ketara apabila kita basuh kain dalam tu air makin sedikit, dan kita pun makin panas bilanya nak siap kalau asyik sumbat airnya.

sumber google



Mula2 buka penutup yang ada dibelakang mesin basuh, jangan kacau yang lain hanya fokus pada hose putih ada 2 cabang, tengah tu buka penutupnya dan ada nampak getah atau valve untuk menghalang air dari lalu keluar dari hose sekali gus menghalang air melalui ke bahagian spin




buka dan bersihkan cek jika rosak, koyak dan kendur, biasanya mesin basuh usia sudah 5 tahun memang akan kena gantilah, dekat shopee harga pun baru RM1 kalau suruh orang buat paling murah RM20 buat sendiri jimat banyak, sementara menunggu barang sampai, gunalah dulu, at least airnya hanya sikit saja yang mengalir keluar sebab valve dah tak padat nak sekat dari keluar..ganti setel masalah.

Sha suka guna mesin basuh manual ni sebab sha yakin ja bersih tengok cara dia berputar lepas tu keluarkan kain bilas dengan air yang mengalir, angkat dan spin senang jugalah tapi no hal kalau korang dah ada mesin basuh auto, lagi2 ada anak kecil limit sangat masa untuk membasuh waktu pagi..apapun barang yang ada sekarang memang ada fungsi tersendiri untuk memudahkan kita semua bekerja. jaga baik2 ya..





January 18, 2024

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan.

January 18, 2024 1 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan 


Baru-baru ni tular jalan di salah satu daerah di Sabah iaitu Kinabatangan berlubang yang sangat teruk sehingga menyusahkan penduduk sekitar serta pengguna jalan raya yang lain untuk melaluinya.

Bercerita mengenai jalan tersebut akhir tahun lalu, suami sha ditugaskan untuk bekerja luar daerah selama seminggu lebih, jadi kami mengambil keputusan untuk ikut sekali ke Lahad Datu, memang akan limpas (lalu) jalan berlubang seperti yang sha cakapkan tadi, tidak hanya 1 tempat, malah 3 tempat yang sha dapati jalannya berlubang sepanjang perjalanan dari kinabatangan ke lahad datu tersebut. Menyukarkan para pengguna bila limpas jalan time hujan dan waktu malam. Sudah begitu tiada lagi lampu..kesian betul bah.

Sha sebagai rakyat sabah amat kecewa dengan perkara ini, sudah 2024, jalan raya di sabah masih begitu malah lebih teruk, jangankan di kinabatangan, sedangkan jalan telupid pun sama teruknya, hari itu Raja dan permaisuri datang melawat sabah, itu pun pihak berkenaan baru bertungkus lumus membuat jalan, terima kasih jugalah sebab terbuat juga jalan walaupun hakikatnya tidak tahan lama.

Ini juga sangat memalukan bagi pelancong dari luar negara mahupun dalam negara, di sabah banyak tempat perlancongan tapi fasilitinya sangat daif.

Jadi di harap pihak berkenaan sila lah ambil perhatian dengan isu ini, jangan sampai ada yang terkorban dengan jalan yang sangat teruk ini, atau tak kan mau kena viral baru ada tindakan macam jalan di Kinabatangan ni, Yb yang lain tolonglah turun padang tengok masalah jalan disabah..

Baru-baru ini ada kemalangan melibatkan pemandu lori sampah terbalik ketika sedang mengelak lubang di kawasan berkenaan.


gambar credit to facebook


Update jalan kinabatangan sudah kena tampal, mungkin musim hujan jadi dorang kubur ja tu lubang pakai pasir/tanah..jadi boleh la gambar bikin bukti kena buat..



September 16, 2023

Program Inisiatif Tasneem HOME Centre Bantu Bimbing Suri Rumah Kerja Dari Rumah

September 16, 2023 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Program Inisiatif Tasneem HOME Centre Bantu Bimbing Suri Rumah Kerja Dari Rumah | Keadaan ekonomi sekarang semakin mencabar membuatkan kebanyakan suri rumah berhasrat untuk membantu keluarga dengan menjana pendapatan sampingan, tapi ada di antara mereka tidak tahu hendak bermula dari mana dan bagaimana. Apabila difikirkan lagi, dengan masa yang tidak menentu dan memerlukan modal yang banyak, pasti ramai suri rumah membatalkan hasrat tersebut dek kerana rumitnya berniaga. Tasneem Busniess Legacy telah melancarkan program inisiatif terbaru yang bantu bimbing suri rumah yang berhasrat untuk menjana pendapatan dari rumah dengan mudah dan senang.



Apa itu Tasneem HOME Centre?

Tasneem HOME Centre adalah satu program inisiatif  yang menyasarkan pembukaan pusat jualan  perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar.

Setiap Tasneem HOME Centre yang berdaftar akan diberikan bahan pemasaran PERCUMA terdiri daripada bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri.

Oleh itu, Pihak Tasneem Naturel sangat mengalukan suri rumah dan semua golongan pencari kerja yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan tampil untuk mendaftar sebagai pengedar yang sah secara percuma. 




Dengan ramainya penyertaan melalui program inisiatif  Tasneem HOME Centre ini secara tidak langsung dapat mengembangkan sayap produk Tasneem Naturel ke seluruh pelusuk negeri dengan harapan Produk Tasneem Naturel tidak lagi asing apabila diperkatakan. Sekali gus produk ini senang dan mudah untuk didapati walaupun lokasi nya di luar bandar.

Tiada lagi alasan untuk tidak tahu bagaimana hendak mula berniaga jika anda sebagai suri rumah mula mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel dan seterusnya daftar sebagai Tasneem HOME Centre dengan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan, bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu jalan.

Sesi Penyerahan bahan pemasaran (marketing tools) secara percuma






Dalam acara Hi-Tea & Sof Launch Tasneem Home Centre, diadakan satu sesi penyerahan marketing tools percuma kepada  21 orang yang telah mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Home Centre, tahniah kepada semua yang telah berdaftar 

Berminat untuk menyertai Tasneem Home Centre?

Jika anda suri rumah yang kami cari dan berminat untuk menjadi Tasneem HOME Centre, daftar sebagai Pengedar Sah Tasneem Naturel Segera! 


Layari laman web rasmi Tasneem Naturel di www.tasneemnaturel.com untuk maklumat lanjut.















August 12, 2023

DIY Sabun Bubble Guna 3 Bahan Saja

August 12, 2023 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum



DIY Sabun Bubble Guna 3 Bahan Saja | Hari tu sha ada beli bubble gun dekat shopee harga dalam RM5 ja untuk 1pc of kos kena beli dua kalau tak mengamuk yang satu..sekarang macam dapat anak kembar pula beli apa2 kena beli 2 hahaha..so plan petang ni mau pergi kompleks main bubble disana memang port orang main bubble.. kalau sekali main dengan limit sabun RM5 celup sikit dah banyak buihnya...mainnya tak puas..jadi sha plan buat sendiri, jimat sangat dapat 1500ml++ sabun bubble.

lately anak2 sha memang suka main bubble..memang aktiviti dorang dirumah lagi2 weekend tiada apa nak buat...so bubble gun sha beli ni guna battery tak perlu susah2 meniup..tapi kalau korang tiada bahan pun tak apa boleh diy guna hanger besi atau dawai..buat bentuk bulat pun ok dah tu..

bahan diy sabun bubble sha guna 3 bahan ja..

1500ml air putih
4 sudu makan tepung jagung
250ml sabun joy, sabun lain boleh tapi sabun joy lebih pekat agak mahal jugalah tadi sha beli 375ml RM6 haha boleh la invest untuk gembirakan anak kan..

campur tepung jagung dalam jug kedalam air gaul sebati dan masukkan sabun joy..gaul pelahan supaya buih tak banyak keluar..sudah sebati..korang letaklah balik dalam botol 1500ml tu kemudian label macam sha buat takut anak minum naya...

letakkan ditempat yang tak dijangkau anak..rehatkan dalam 1 malam..kalau tak dapat juga mainlah sepuas hati haha kadang maknya pun excited nak main tak dah nya nak tunggu sampai 1 malam haha

semoga diy ni dapat mengembirakan hati anak walaupun bajet siput ja kan...biasala semua kena jimat zaman sekarang barang mahal..

July 17, 2023

BENTO SANDWICH (VERSI BURUNG HANTU)

July 17, 2023 0 Comments
PENYEDIAAN RINGKAS 
BENTO SANDWICH (VERSI BURUNG HANTU)

Assalamualaikum, sabtu lalu tabika perpaduan mengadakan hari menu sihat dimana setiap tabika perpaduan di seluruh Malaysia secara langsung membuat satu pertandingan membuat bento atau dalam bahasa melayu nya bekal, bento ni sekarang sangat femes dekat tiktok, bila kita tengok orang susun bento dengan kepelbagaian warna dan aneka juadah kita jadi rasa puas, lepas tu rasa sayang pula nak makan, sebab comel betul, kadang ini antara salah satu cara mak mak untuk bagi anak selera makan bekal dan mendorong anak makan sayur bila kita hias cantik-cantik..kan..


Penat sebenarnya nak deko bento ni, kena pastikan barang cukup dan lengkap, pemilihan warna juga penting, kena plan siap-siap hari ni deko apa dalam bento. so korang kena hargai penat lelah mak atau isteri korang tau..

Sha baru-baru ni diberi kesempatan untuk membuat bento untuk anak sha..tak sedar anak sha dah besar hihi..sebab disekolah memang disediakan makanan so sha tak perlu bekalkan dia makanan..dan ini pengalaman pertama sha membuat bento hihi best juga tapi part plan tu agak susah nak matching kan dengan warna dan fikir apa lagi makanan yang patut ada pada bento.

Apa lagi sha buat sedikit kajian sebab ini antara satu pertandingan antara kawan edan, so sha nak buat yang terbaik untuk dia, sha pilih untuk buat bento sandwich tema burung hantu, cikgu tabika edan sepakat untuk tetapkan menu sihat bento sandwich, oklah bagi sha agak jimat juga hihi..tak membebankan ibu bapa sebab barang pun murah dan senang dapat. Untuk kos buat bento ni pun tak sampai RM20 itupun kalau barang dapur ada lagi boleh jimat kan.


Bahan-bahan yang sha gunakan adalah

Roti 2 keping
telur rebus 1 biji
telur goreng 1 biji (untuk letak dalam sandwich)
Salad 
2 hiris tomato untuk buat sayap
2 hiris pisang untuk buat mata
Lobak untuk buat kaki, mata, dan hidung
Bola mata warna hitam sha guna kacang hitam dan bulatkan kecil-kecil
Orange 
Ceri

Kepelbagaian warna buah dan sayuran penting untuk membuatkan bento jadi lebih menarik..terutamanya warna hijau, merah, putih, kuning dan sebagainya. Hiaslah mengikut kreativiti masing-masing sha percaya mak-mak diluar sana lagi kreatif dari sha, oh ya pertandingan ni belum ada keputusan nanti sha share dekat sini siapa yang menang..best kan buat bento semoga post ini dapat membantu mak-mak yang memerlukan idea untuk membuat bento untuk anak atau suami. 


comel semua kawan edan dengan bento masing-masing..lepas ja sesi bergambar terus makan bento bersama..menang atau kalah yang penting semuanya happy buat bento bersama mak dan kawan-kawan..sekian..



June 23, 2023

Beli Kereta Cash Atau Loan?

June 23, 2023 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Sha teringat dulu time mula kahwin kami bermula dari kosong, eh bukan...negatif haha..yang faham tu faham la, lama juga baru kami ambil keputusan untuk keluar dari duduk rumah orang tua, lepas kami pindah dari satu tempat ke satu tempat, akhirnya kami dapat menyewa rumah untuk tinggal sendiri lepas beberapa bulan baru adik ipar sha join menyewa sekali..itu sha tak kisah, tapi lama2 boleh jadi kisah juga hahaha 

Masa tu kami belum mampu lagi ada kereta sendiri bayangkan waktu ada anak sulung kami hanya pergi kemana naik bas atau grab, belum mampu untuk berhutang hahah, bahagia jugalah sebab jalan ja boleh naik banyak jenis kereta hihi tanpa fikir maintenance, minyak, roadtax, parking dan lain-lain tapi makin lama kami rasa kereta tu penting bila kami hidup dah berempat..maksudnya ada sudah adik si edan

Ujian awal perkahwinan, semua orang tak sama, kalau kami ujian tu lebih kepada aset macam kereta dan rumah, tapi percaya pada Allah ujian tu sekejap ja, tahun ke 3 - 4 perkahwinan kami terus ada 2 kancil 1 saga flx 1 skuter ego 1 motor RXZ dan alhamdulilah penghujung 2022 kami dapat rezeki kasih keluar kereta bezza..zuppp banyak betul Allah bagi..kalau Dia bagi tepat pada masanya Dia akan bagi.




Banyaknya kereta haha..kan time PKP boleh keluarkan KWSP gabung KWSP sha dan suami dapatlah beli kereta cash..pertama kami dah beli kancil ex850 auto..alkisahnya si biru ini suami sha beli time dia masih tersadai kereta kawan suami sha..dengan roadtax mati setahun, harga kereta RM1000 dalam luar masih ok cuma tinggal wiring buat kasih bagus sikit anggaran dalam RM3000 juga tapi lama ohh baru dapat jalan..dari bulan 2 bulan 12 baru siap..itupun aircond tak kuat..dugaan beli kereta murah haha..oklah bukan bayar sekali gus..kami bayar sikit-sikit..yang penting kereta boleh jalan..




beli kereta kancil biru tapi tersadai dekat bengkel, sepupu suami sha jual pula kancil merah 660 auto yang kami selalu pinjam bawa jalan..enjin dah tukar turbo lowered memang cantik dashboard dan seat ala-ala racing..dia jual dalam harga RM4000, ok kami beli tapi tak tukar nama lagi, tahun 2022 bulan 10 adik ipar bawa excident total lost sedih jugalahh huhu..tapi kalau ada duit nanti sha kasih bagus juga tu


Beli Kereta Cash Atau Loan?



Cerita pasal motor pula, harta pertama suami RXZ dia beli dengan harga RM500 bayar 2x dengan company hahaha..memang lucky betul, korang tahu berapa market motor tu sekarang? paling minimum RM5-6k perghh...sekarang dah cantik dah motor tu tunggu value market ja..


lepas tu dah ada motor RXZ..husband sha beli pula motor skuter ego, kes motor ni tak dapat tukar nama so roadtax tak dapat renew husband sha beli dekat kawan dia dengan harga RM200 haha dekat 2 tahun guna banyak melabur juga motor ni lalu kami decide untuk jual dengan harga RM800 



Saga flx pula sha beli cash, ni kereta kakak sha punya..time sha tinggal di KK sha memang selalu pakai kereta saga ni, engin masih tiptop..luar dalam ok cuma ada sikit mau tukar tapi kos tak sebanyak kancil biru sha beli dengan harga RM10k cash..sebelum kami beli kereta saga ni pada bulan 7, husband sha dah apply bezza bulan 5 tapi tahulah perodua ni lambat sikit prosesnya..lagi-lagi warna biru..so kami dapat bezza bulan 12 menjadikan kami ada hutang bulanan hahaha


sha walau apapun pakai kereta kancil yang buruk aircond tak sejuk sha tetap bersyukur kadang kita tiada kereta kena naik bas untuk save duit terasa susah sangat nak ada kereta sendiri iyala bila nak bas dengan anak-anak kena berangkut segala barang, bila musim panas hujan pula kena tunggu bas lama juga tu,,kesian dekat anak, sha dah pernah rasa..sha sayang semua kereta sha yang pernah berjasa buat kami sekeluarga nak jual pun terasa sayang tapi kalau simpan tak larat nak jaga nanti Allah tanya harta tu membazir ja kan kalau tak guna, kancil biru dalam proses nak jual sebab dah ada kereta lain kan..RXZ pun dalam proses nak jual juga tuk tutup hutang lama haha..

Beli Kereta Cash Atau Loan?


So sha dah rasa keduanya..memang sakit jugalah bila ada bayaran bulan-bulan tapi tak hutang taklah merasa kereta baru haha..kereta second hand pula pakai lama banyak rosaknya..keduanya ada kebaikan dan ada kelemahannya tapi sha sarankan kalau korang belum ada kereta belilah secara loan, sekarang pun dah ada kereta perodua Axia dengan RM22000 bulanan anggaran RM280 dia bagi basic accessories, bagi sha ok ja nanti ada duit boleh tukar. ikut poket masing-masing..tapi bezza pun ok jimat minyak haha..tapi axia yang sha cakap tu manual ya..sha ni dah lama tak drive manual so semua kereta sha auto..yang mana nak beli kereta sha doakan korang dipermudahkan urusan..meloan ni payah juga kalau gaji rendah kan...dan mana yang nak kahwin beli la kereta awal-awal at least mau kemana pun senang boleh drive sendiri hihi..sekian wassalam