December 2, 2024

Penyerahan Kunci Rumah PPR Sungai Manila

December 02, 2024 4 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum



Penyerahan Kunci Rumah PPR Sungai Manila | sabtu lepas sha dapat whatsapp dari Amal Maju dimana sha dah boleh ambil kunci rumah di kaunter diorang, alhamdulilah senang dan mudah nak kemas-kemas rumah bila dapat kunci awal, jadi kami pun pergi sabtu tu, sebab memang plan mahu pergi beluran cousin husband sha kahwin hari tu, jadi kami pun geraklah sebelum jam 2 kena sampai sana sebab samapi jam 2 ja kaunter diorang buka..settle ambil kunci kami pun gerak ke beluran


Besok paginya kami tengok rumah, agak kotor ya haha..dinding kotor boleh cat, tiada kerosakan hanya perlu tampal sedikit simen pada dinding yang terkopak, jadi kami plan bersihkan sawang dan beli cat.


Memandangkan pili air masih berkunci so kami pun cuma dapat cat rumah kemarin, husband mula cat rumah bahagian ruang tamu dan laluan ke bilik, kami beli cat kansai paint easy clean 1 pale ni 15liter  RM250 free 1liter cat putih dan free 1 rolling brush, bagus cat ni, cepat kering dan tiada bau cat..lepas tu senang cuci..setanding harganya, dapat cover banyak tempat sebab hanya perlu 1 2 lapisan pun dah cukup.





bila dah setel cat dinding sha kira nak cat pintu dan tingkap warna hitam bagi style premium..hihi banyak lagi yang kena bersihkan, bab tandas jangan cakap, sha xmampu nak bersihkan kotor sangat, nanti nak upah orang bersihkan..lantai simen sha rasa macam nak buat flooring ja bahagian ruang tamu, bahagian bilik sementara pakai tikar dulu, sebab bab pindah ni banyak sangat pakai duit, hihi..tak apa pelan-pelan kayuh kan, setel yang penting dulu, doakan sha dipermudahkan urusan :)





November 29, 2024

Lepas Tulis Entry Wajib Letak Link di Google Search Console

November 29, 2024 6 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Lepas Tulis Entry Wajib Letak Link di Google Search Console | sebenarnya entry yang kita baru tulis tu memang akan berada dalam google search tapi nak naik tu makan masa, so ini cara mempercepatkan proses nak naik ke dalam pencarian maklumat dan sekali gus boleh dapat first page, kalau key point atau key word korang betul-betul mengena dengan apa yang netizen cari..hihi




rujuk gambar, tutorial simple ja, kena save la page ni, supaya lepas tulis ja korang wajib letak link di google search console, actually banyak lagi functionnya, antaranya boleh buat perbandingan dan peningkatan view blog, boleh tengok entry kita yang paling orang banyak klik dan view lama atau klik tapi view kejap ja,*betulkan kalau sha salah..dan banyak lagi sha belum khatam lagi, insyallah kalau ada yang menarik sha kongsikan sini..





November 28, 2024

Buat Header blog di Web Canva

November 28, 2024 9 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Buat Header blog di Web Canva | kisahnya hari ini sha terajin nak buat header baru, lama dah tak update header, bila dah ada header baru maksudnya blog dah nak aktif balik lah tu haha, tadi pun baru habis blog walking blog kawan lama dan follow blog kawan yang baru, lama suda sha tak buat begitu rasa rindu sangat orang komen blog sha haha..so marilah kita aktif kembali..rugi renew domain setiap bulan kalau blog menyepi kan sesekali boleh ja borak-borak kosong dalam entry

Siapa yang tengah on give away atau segmen boleh lah paste dekat sini, nanti sha free sha akan join

ok kali ni sha buat header blog di web canva, sebab dah lama laptop sha rosak, hilang sekali apps photoshop sha, sha pun dah lupa cara nak guna, tapi ada lagi cara yang senang budak2 boleh buat punya..tadaaaa..canva la jawabnya, buat kad, edit gambar, buat slide buat video semua boleh di canvanya, yang bestnya terus link dari google, maksud sha kalau kita cari art atau gambar yang kita nak kita kena cari di google save dan upload balik kan..dalam canva bole ja seacrh ja dari situ banyak yang comel2 la wak, tapi sekarang dah banyak yang berbayar, korang kena langgan la yang premium punya..macam dishopee ada jual kan..mungkin sha boleh try sebab yang premium ni semua cantik2 iyala kan hasil kerja orang tak kan semuanya free pula

ok korang pun boleh juga buat header dekat canva, update header yang dah lama tu hihi..kalau nak letak dalam blog ada banyak tutorial dekat google senang ja wak..jom kita cantikkan blog kita supaya kita akan rajin update blog haha..simple kan header sha..oklah untuk mak mak..hahha

November 27, 2024

Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila

November 27, 2024 4 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila  | Dari kemarin lagi sha mengatur urusan pembayaran sampai ke hari ini belum settle lagi, kusut fikiran kita mengatur hihi, ok hari ini hari ke 8 selepas sha hadir taklimat mengenai kemasukan rumah PPR dan kami pun di bagi tempoh sebulan untuk urus pembayaran deposit di pemaju dan sub con, memandangkan bulan agak tua, sha pun tunggu pinjaman dari my sister sebab gaji government kan setiap 25hb haha dia ja harapan tempat meminjam, kalau swasta gajinya 4-10hb kalau tunggu gaji, baki hari mahu urus semua tu tinggal hujung-hujung tanduk jadi baiklah kita settle kan awal

Baca : Penyerahan Kunci Rumah PPR


Al-kisahnya, pergilah sha dengan husband ke MPS untuk membuat pembayaran deposit, kena bawa 1 copy ic penyewa dan bawa juga surat tawaran tu sekali dengan duit, ini taklimat tiada bagitahu, nasib baik sha memang ada bawa time tu tapi tinggal dalam kereta, so call husband dia tolong hantarkan..kalau tak sia-sia kami datang hari tu..

Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila 

Bayar di kaunter MPS 
(Masa Bekerja Isnin -jumaat 8 pagi-3 petang *tiada rehat*)

Deposit Sewa 2 bulan RM 288 
Deposit Air RM 90
Yuran Pembaikan Rumah RM240
Total : RM618

Siap bayar, korang kena pergi ke Amal Maju di PPR sungai manila Batu 12 untuk bayar pula sewa rumah dan kos perjanjian..bayangkan jauhnya mps tu ke batu 12, terpaksalah harung drive sorang-sorang ditemani eshal.

Bayar di kaunter Blok 1 
(Masa Bekerja Isnin -jumaat 8 pagi-4 petang)

Sewa 1 bulan RM144
Kos Perjanjian RM50
Total : RM 194

siap bayar di amal maju, relek dulu jangan happy dulu, kena pergi semula ke MPS bahagian jabatan pembangunan komuniti tingkat 1 tempat dimana kita menghantar borang permohonan PPR untuk ambil pula surat penyambungan elektrik, sebelum ke sana sila copy resit yang kamu bayar di kaunter amal maju


Dan di amal maju ni belum siap lagi korang kena sediakan dokumen (dalam gambar di bawah) dan isi borang maklumat penyewa, ini kena hantar cepatlah jadi cepat juga korang dapat kunci. take note lah dokumen yang korang kena sediakan sebelum pergi berurusan sebab mps dan batu 12 tu jauh benar, drive atau naik bas pun makan masa juga


*sediakan dokumen ini dan hantar balik ke amal maju dalam tempoh sebulan

Sha buat entry ini pun sebab sha dah kena, dalam taklimat langsung tak bagitahu benda ni, dia cakap nak mudahkan orang yang memohon berurusan tapi endingnya kena kesana kemari juga lepas tu masa bekerja diorang ni tak flexible bila orang yang bekerja opis hour keluar untuk berurusan diorang dah tutup opis, so korang sabar ja la ya hihhi hadapi dengan tenang semoga urusan kita dipermudahkan untuk mendapat sebuah unit rumah PPR, ada 1 tangga lagi kita nak kena naik..tangganya terlalu panjang hihi..

tak habis di situ lepas ni kena bayar pula penyambungan elektrik, sha tak pasti berapa bayaranya tapi agak-agak dalam 400 lebih jugalah..huhu dan jangan lupa untuk gambar soket tempat karan dan pintu rumah PPR kamu bagi memudahkan kontraktor sesb buat kerja nanti, hal ini nanti sha kongsikan di lain entry.

Ringkasan Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila 


1. Buat pembayaran deposit di kaunter mps RM618 bawa copy ic dan surat tawaran
2. Buat bayaran sewa dan kos perjanjian RM194 di kaunter amal maju PPR Sungai manila sandakan tunjuk resit pembayaran di kaunter mps no.1 dan IC pemohon
3. Sediakan dokumen dan isi maklumat penyewa dan hantar kembali ke kaunter amal maju PPR Sungai manila sandakan
4. Ambil gambar soket tempat elektik dan pintu rumah untuk rujukan kontraktor
5. Ambil surat penyambungan elektrik di kaunter jabatan pembangunan komuniti tingkat 1, original resit no.1 dan orignal dan copy resit no.2 sebagai bukti pembayaran.

Senang cerita apa2 dokumen yang berkaitan dengan permohonan PPR korang sedia dan bawalah sepanjang korang berurusan bagi mengelakkan urusan tergendala..apapun sha belum hantar lagi resit ke mps sebab hujan jadi sha akan hantar pada jumaat ni insyaAllah.


sha doakan semoga dipermudahkan urusan kita semua :)

November 25, 2024

Majlis Apresiasi Pra Sk Mawar Sandakan Sesi 2024/2025

November 25, 2024 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Majlis Apresiasi Pra Sk Mawar Sandakan Sesi 2024/2025




Sesi persekolahan belum berakhir tapi sekolah anak sha dah buat majlis apresiasi..alhamdulilah berjalan dengan lancar, maka tahun depan bermula lah episode baru bersekolah pula di sekolah rendah selepas 3 tahun menghabiskan masa sekolah di tabika perpaduan taman airport A, tabika perpaduan taman mawar dan pra sekolah sk mawar, so 3 tahun sekolah tabika 3 kali juga bertukar sekolah haha...tahun satu nanti pun akan bertukar sekolah juga bukan lagi di sk mawar tapi di sk sungai manila.




Majlis Apresiasi Pra Sk Mawar Sandakan Sesi 2024/2025 diadakan di ILP sandakan pada sabtu yang lepas, untuk majlis ini anak sha fyirdhan terlibat dalam persembahan tarian dan juga dapat pingat murid terbaik bagi mata pelajaran matematik di pra sk mawar alhamdulilah tak sia-sia usaha dan air mata fyirdhan untuk pandai membaca dan mengira walaupun agak lambat tapi syukur peningkatan tu ketara..tahniah anak umie



tahniah dan terima kasih buat cikgu kartina atas usaha dan kerja keras untuk menjayakan majlis ini, tahniah juga untuk ibu bapa dan murid pra sk mawar, semoga terus berjaya dunia akhirat..amin, terima kasih warga pendidik tabika perpaduan dan pra sekolah disepanjang anak saya bersekolah di kelas cikgu-cikgu semua..

November 21, 2024

Permohonan Rumah PPR DiLuluskan, Apa Perlu di Buat?

November 21, 2024 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Permohonan Rumah PPR DiLuluskan, Apa Perlu di Buat?


Alhamdulilah setelah 3 tahun memohon akhirnya tahun ini, dekat-dekat nak hujung tahun 2024, permohonan kami di luluskan, sha ingat lagi time kami memohon pada july 2021, sha jangan cakap memang naik turun bawa eshal pergi MPS, pergi JPN sebab nak cop pengesahan IC, lepas tu pergi print dan buat surat sumpah, pergi lagi minta sokongan YB, bak kata orang usaha tidak mengkhianati hasil, di saat kami mula berputus asa dengan permohonan rumah ppr yang sunyi tiada khabar, 


Kami mula mencari iktihar sendiri dengan membeli rumah (story pindah rumah korang boleh baca dekat sini) kami tak jadi beli pun rumah tu atas sebab masalah dari pihak tuan rumah (faraid) so kami pun menyewa di rumah itu tanpa hala tuju, dengan rumah yang high maintenance, banyak rosak tapi rugi bagi kami untuk repair balik, dekat 2 tahun tinggal situ kami pilih untuk teruskan menyewa di tempat lain, untuk tempoh 3 tahun menunggu rumah ppr tu kami dah pindah 2 buah rumah..haha bila diingat balik penat bah pindah ni, dengan angkat barang mana lagi manage barang, kena lagi almari baju baru beli terkupas sana sini, peti sejuk kemek, sedih tapi apa boleh buat kami dah cuba yang terbaik dan inilah jawapan setelah pindah rumah 2x plus tak jadi beli rumah, ada hikmahnya kan.






Syukur Allah lebih mengetahui kemampuan kewangan kami mungkin kami hanya bertahan menyewa untuk short term tapi tidak long term sebab sewa rumah di sandakan ni makin mahal dengan ekonomi yang mendadak naik.

Taklimat berkenaan ppr dan deposit pembayaran 

Pada jumaat yang lepas, petang tu sha tengah mengkopi di meja, tiba-tiba ada 1 panggilan masuk, nombor peribadi, dia bagitahu yang dia dari MPS dan dia kata permohonan rumah ppr sg manila yang sha mohon sebelum ini lulus dan diminta untuk hadir ke dewan ppr muhibah untuk taklimat tentang ppr ni, sha sebenarnya gembira campur tidak percaya, sebab manalah tau kan scammer hahha..scammer ppr ni banyak, ramai dah kena, lagipun kenapa diorang tak email ja kan, atau wasap ja surat tawaran tu, rupanya diorang col satu persatu pemohon yang layak 120 orang dan hanya 80 orang sahaja yang respond yang lain tidak dapat dihubungi..dalam 120 orang tu sha antara yang lulus dan layak memiliki sebuah rumah ppr di ppr sg manila, alhamdulilah


dalam taklimat tu panjang dia ceritakan apa yang perlu dibuat dan apa yang dilarang, sha memang sedia maklum sebab sebelum ni sha tinggal dengan kaka sha di ppr telipok ria, ppr ni memang kecil ja kalau keluarga macam sha ni ada 2 anak kira oklah, keluasan dalam 750sf, 3bilik 2 tandas, 1 ruang tamu dan 1 dapur, basic untuk sebuah rumah.

Baca : Pembayaran Deposit Rumah PPR Sg Manila Sandakan


so lepas dapat surat tawaran kami dibagi tempoh sebulan dari tarikh kami ke taklimat tu, selesaikan deposit, untuk ppr sg manila 812 termasuk deposit sewa 2 bulan, 1 bulan sewa, deposit air, yuran penyelenggaraan dan kos perjanjian menyewa lain lagi sambungan karan dibuat sendiri oleh pemohon.

sha belum buat lagi sebab tengah tunggu gaji hihi, tapi kami dimaklumkan untuk pergi MPS buat bayaran deposit dan terus ke jabatan pembangunan komuniti tingkat 1 untuk ambil borang penyambungan karan dan pergi ke kaunter amal maju untuk bayar 1 bulan sewa dan terus ambil kunci

Permohonan PPR kawasan sandakan

sebelum ini sha ada share tentang pemohonan atas talian bagi ppr batu putih tapi ppr tu dah tutup dorang pun dah banyak yang pindah masuk, tapi kalau untuk permohonan ppr lain korang boleh apply manual, insyallah ada masa sha buatkan entry untuk memohon manual, apa dokumen yang diperlukan.




September 13, 2024

Johan Pertandingan Pakaian Beragam Pra Sekolah

September 13, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum




Johan Pertandingan Pakaian Beragam Pra Sekolah |alhmdulilah ini kali pertama sertai pertandingan beragam.. nervous juga sebab belum ada pengalaman nak fesyen kan baju..hantar baju untuk jahit pun last minit dapat, besok dah bertanding..jadi buat ja la mana yang mampu

dekat sebulan jugalah cikgu announce siapa nak join pertandingan..sha pun oklah join la..tapi baju tak prepare lagi..baju merah tiada..so pinjam dengan anak kawan..sekali sampai santung pula .terpaksa beli kain dan jahit..itu pun tunggu gaji baru dapat buat..

wau pula sha buat sendiri guna dawai jemuran yang warna biru tu..alas guna kain batik sha warna biru..bendera negeri tu sha print lepas tu lapik guna kotak dan solitape..sha tambah lampu pada wau dan baju..lampu beli di shopee..

keris buat sendiri guna kotak

tanjak pula sha beli kain felt saiz a3 lipat 2 dan buat tanjak..hias guna kain percaan batik..dan buat bendera malaysia

spek mata beli dekat one stop

samping tu asalnya tudung bawal eshal tapi sha jadikan samping..lipat 2 then jahit ditengah letak getah..sebab depan tu ada bendera malaysia..

Johan Pertandingan Pakaian Beragam Pra Sekolah




alhmdulilah dapat johan pertandingan pakaian beragam sebenarnya tak yakin menang juga sebab banyak saingan..terutamanya budak perempuan semua hias lawa2..tapi sha lebih prefer buat sendiri..kalau beli nanti berlanggar pula nya..sebab banyak kan fesyen sekarang dekat shopee..eh betul ramai kawan2 baju sama..

gmabar atas tu dia menang pertandingan mewarna dapatlah mainan lego happy dia dapat hadiah..

tapi salute dengan kepakaran dan kreativiti ibu2 dalam support aktiviti begini..sha suka.. insyaAllah ada lagi tahun depan sha pasti akan syorkan budak2 ni ikut sekali..ambil pengalaman supaya yakin berdiri di khayalak ramai..

September 12, 2024

Renew Insuran Percuma Roadtax Dan Diskaun RM20 dari Shopee

September 12, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Renew Insuran Percuma Roadtax Dan Diskaun RM20 dari Shopee | Im so happy today sebab akhirnya dapat renew kereta saga sha..walaupun dia masih ada dalam bengkel sekarang, dah lama sebenarnya roadtax saga sha mati, tengah cari kedai insuran online yang ok sikit selain bja* sebab sebelum ni memang kerap guna khidmat diorang untuk bezza suami dan saga sha..agak mahal juga lah..

so cari punya cari..dapatlah website policy street..hari tu blogger uzu ada share, sha saja ja minta quatation dekat admin policy street lepas tu dia bagitahu yang kalau renew insuran pada 12 dan 13 September akan dapat free roadtax RM70 dan hari ini sha pun renew lah bayar guna spaylater ja




tuptup dapat lagi diskaun RM20 bila kita bayar guna spaylater..jadi sha hanya bayar dalam RM320 plus..


saga sha ni saga lama flx jadi cover 10k ja..boleh lah dari jumlah tahun lalu dalam 400 lebih juga ada hidden fee..bayar pula guna atome bad service..lambat bayar penalty RM30..tak mau dah guna atome..time tu sha belum ada lagi spaylater..hihi




Pengguna perodua dan proton cepat2 grab promo free roadtax ni..sha share benda baik ja..xda pun dorg bayar hahaha..refferal link pun tiada..

tapi katanya kalau share pengalaman dapat free voucher aeon sandakan mana ada aeon..sha share sini ja la..