November 21, 2012

Khairul Fahmi Nikah Leuniey 28 Disember Ini!

November 21, 2012 4 Comments
Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah


Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23, bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.
Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang Damansara.

Sumber : SINI

November 20, 2012

Letakkan Footer bagi pengguna Simple Template

November 20, 2012 4 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥



Cer tengok kat bawah blog sha ni.. korang akan nampak seperti gambar diatas ni..itulah footer hehe..actually tuto ni sha dah lama cari sebab susah nak buat footer kalau tak guna template minima..jadi dengan rajinnya sha mengodek kod kemarin maka ini lah hasilnya..kalau sebelum ni korang akan nampak takda gambar..now dah ada hehe..itu lah kelebihan orang yang suka mengodek hehe..puas hati sha..perasan hahah

Cara-caranya jom follow me :]
---------------------------------------------------------------------------

Dashboard > Template > Edit HTML > Tick Expand

Cari <footer> ctrl + F untuk memudahkan

Pastekan  <center><img src='url footer korang'/></center>
diatas <footer>


done..jadi korang boleh lah save..jadi tak? kalau jadi alhamdulilah..

November 19, 2012

Memboikot Zionis Atau Memboikot Sesama Kita...???

November 19, 2012 8 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin, selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada Yahudi laknatullah.. Kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana.


Dari wall Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli yang berkongsikan status Ustaz Abdul Salaam seperti berikut;

Dalam hiruk pikuk dunia membicarakan serangan Israel ke atas Gaza, ummat Islam (seperti biasa) sekali lagi berkesempatan untuk berdebat@berperang sesama sendiri dalam memenangi beberapa isu, antaranya:

-Boikot mcD, nestle dll., perlu atau tidak?
-Bolehkah menyalahkan Israel, ataukah Yahudi atau Zionis?
-Qunut nazilah,apa hukumnya?
-hukum ziarah dan jalan2 ke Palestin dan hukum menjadi tavel agen ke sana.
-Hukum untuk bersama2 dengan jemaah yang menentang Israel, khawarij atau bukan..
-Dan isu2 lain yang belum disebutkan...

Tiada halangan untuk mencari kebenaran, tetapi hendaklah adab2 Islam di utamakan. Jangan memaksakan pendapat ke atas orang lain. Sampaikan dulu, diterima atau tidak itu cerita lain.

Ukhuwah wajib di jaga, dan setiap pandangan dari orang lain, samada kita setuju atau tidak, tidak boleh dijadikan alasan untuk bermasam muka, tak bertegur sapa apatah lagi memutuskan silaturrahim.

Apa pun juga isu perdebatan kita, hendaklah ia tidak MENGABURKAN atau mengalihkan kita dari isu sebenar iaitu mendaulatkan Islam dan membebaskan Al-Aqsa. Hendaklah kita tetap bersatu hati walaupun pelan tindakan masing2 tidak serupa.

Sumber : FB

Permata yang hilang kini dijumpai

November 19, 2012 9 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥



Siapa tak kenal penulis buku yang bertajuk Permata yang hilang kini dijumpai..ah..sha baru jugalah dapat buku ni..memang best..MR. A bagi yang pinjam :] semua yang ada kat buku ada kat blog En Hamka penulis dan pemilik blog Kereta Mayat..sila berkunjung ke blog beliau..keretamayat.blogspot.com

Gaya penulisan beliau memang amat disukai ramai..seolah-olah beliau sedang bercerita di hadapan pula rasanya..buku dan blognya juga untuk semua lapisan umum..bab-bab lepas kahwin pun ada juga..tapi penyampian mesejnya sangat menyusuk kalbu..bila anak muda yang belum kahwin..comfirm nak kahwin cepat-cepat nak tahu sebab apa? kena baca kat blog beliau sendiri..

Sememangnya sha dan MR.A sendiri minat dengan koleksi-koleksi cerita yang telah beliau bingkiskan dalam buku tersebut..cerita yang membuat sha tertarik membacanya adalah salahkah lelaki menangis..bukan lelaki ja menangis membacanya..sha yang baca pun ada terkedu sikit..hehe..nak tahu kisahnya..baca blog beliau..

Kalau korang nak baca cerita pendek yang dia selalu update baca kat FB Hamka memuatkan kisah laki bini sehingga part 100..memang kelakar dan sarat dengan mesej..

November 17, 2012

Kisah Wanita Berpurdah Membeli Belah

November 17, 2012 11 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah menarik untuk dikongsikan bersama. Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan A
rab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu td dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, “Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu.”

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut…

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, “Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah…

Allah Ta’ala berfirman, ertinya, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, ‘Rabb kami adalah Allah’, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita.” (QS. Al-Ahqaaf: 13)

#kemana pun kamu pergi, bawalah islam bersama!

Sumber : FB

November 16, 2012

Cara nak hilangkan Virus Malware

November 16, 2012 10 Comments


malware

Cepat..cepat..tolong kak Riena blog dia kena serang..hehe..kak riena jangan risau ya..insyallah lepas buat tutorial ni..blog akak takda lagi malware..or underware hehe..

2

korang akan jumpa benda ni sebelum masuk blog..kalau korang proceed means blog anda bakal terkena virus..hati-hati tau..

jom ikut tutorial ini
  1. Dasboard  >  Design  >  Edit HTML  >  Tick Expand Widget Templete
  2. Cari nama virus contoh code nikbir09.ws  nama lain bg virus yg timbul mcm kt atas tu 
  3. Dah jumpa delete kod nie  <script src="http://nikbir09.ws/.js" type="text/javascript"></script>
  4. Tukarkan dengan kod nie <script src='http://sites.google.com/.js' type='text/javascript'/></script>
  5. Then save .

Credit to : Leeya

November 15, 2012

Edit Blog Siti Idayu :)

November 15, 2012 3 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥


arghh musim durian melanda..akhirnya buah dah jatuh turun ke tanah..dah masuk perut pun sebenarnya..haha..kenyang dok makan durian ja beberapa hari ni..eh..jadi tak logat sha? kena belajar lagi ni..bakal2 emm..emm..haha..

tadi baru habis makan bubur kacang + durian..tak ada gambar sebab dok sibuk kenduri tahlil..maklumlah malam jumaat kan..kenyang..alhamdulilah..kang snap gambar ada pula yang mengidam hehe

tadi pagi sha edit blog ex roomate sha..dia kepingin sangat nak blog sim simi..alhamdulilah..line ok sebab broadband pinjam..haha..thanks to MR. A chewa...hang suka la tu hehe..


Follow Ayue ya kawan-kawan..kalau korang masuk blog dia..memang cute..bukan sebab sha yang edit tapi sebab tuan punya blog..hehe..alhamdulilah selesai edit blog biru dia..moga ayu suka ya :D 

Nota Pink : Banyak pula kenalan sha yang nama ayu..hehe...