April 23, 2019

Kedai Cuckoo ONLINE sha

April 23, 2019 4 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum



Kedai Cuckoo ONLINE sha | Cuckoo sudah terkenal di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu, dengan peningkatan jualannya setiap tahun, orang ramai makin percaya dengan perkhidmatan yang disediakan Cuckoo, tidak hanya menjual produk kelengkapan rumah, kini beralih ke barangan penjagaan wajah Wonderland

Ejen Sah Cuckoo Seluruh Malaysia

Hi semua, sha adalah antara ejen sah cuckoo yang mengatur order dari pendaftaran sampailah pemasangan produk cuckoo yang korang purchase dari sha. Dan sha atur pemasangan seluruh Malaysia, walaupun sha berada di Sabah, dont worry guys, ada orang yang terlatih akan datang rumah korang untuk pasang, so tugas sha hanya mencari dan membantu seramai yang mungkin untuk mendapatkan kehidupan yang sihat dan senang melalui produk cuckoo

Untuk mengetahui promosi dan cara order online korang klik sahaja link kedai cuckoo sha secara online ya --> https://store.cuckoo.com.my/estore/opzzpinky/

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp sha 0128427478

April 22, 2019

Resepi Kek Sarang Semut Menggunakan Periuk Cuckoo

April 22, 2019 1 Comments


Resepi Kek Sarang Semut Menggunakan Periuk Cuckoo | Assalamualaikum, 10 hari terakhir berpuasa, pasti ibu ibu sangat sibuk menyediakan persiapan raya, terutamanya buat kuih raya, sehari boleh siapkan 2 jenis kuih, amboi raya sakan kamu ya hihi, memandangkan masih dalam kawalan pergerakan, tidak salah untuk kita menghidupkan suasana raya tersebut, jadi buatkan kuih dan persiapan mengikut kemampuan ya, dekat nak Raya ni bolehlahcuba resepi simple kek sarang semut aka kek gula hangus, kali ni sha menggunakan periuk Black HN10 Cuckoo, hebat sekejap ja dah masak tau, hasil nya memang terbaik..terima kasih Cuckoo

Bahan-bahan
Gula hangus 1 cawan
Tepung 1 cawan stgh
Susu pekat 1 tin 
3 sudu mkn majerin
1 sudu mkn soda 
1 sudu mkn baking
1 cawan air
4 biji telur

Caranya
1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. 
2. Bila sudah cair dan perang, masukkan air  
3. Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik. 
4. Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati. 
5. Masukkan susu pekat kacau hingga sebati. 
6. Masukkan soda bikarbonat dan baking powder.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh). 
8. Akhir skali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau higga sebati atau smpai tidak berketul (guna mixer). 

Kemudian masukkan dalam periuk cuckoo dan set kan button oven, set masa 20minit dan siap

# untuk periuk ini, ada button khas untuk kek, tapi kalau nak ranggup diatas kek guna button oven..simple kan..nasib ada cuckoo..hihi

April 21, 2019

Sepupu Edan

April 21, 2019 2 Comments
Assalamualaikum guys, edan kalau diikutjab kan sebelah adik beradik sha memang banyak sepupu, latest edan cucu ke 9 dari 10 orang tapi yang sebelah baba dia, just ada seorang sepupu sahaja memang semirip dengan muka edan, anak adik husband sha..

Image may contain: 2 people, people smiling, baby

Nama sepupu edan Dato Ryzal, eh lelaki ka? ingatkan perempuan tadi, haha..yup edan hanya ada 2 kakak sepupu ja, next adik edan maybe kan..umie haha..insyaAllah..


April 11, 2019

Kerjaya ku Di Cuckoo

April 11, 2019 4 Comments

Kerjaya ku Di Cuckoo | Assalamualaikum, hi guys, ok blog sha rasanya hambar kebelakangan ni, adapun entry pasal edan, so far ok, tapi mood ke laut la pula, so sha decide nak buatkan entry blog ni simple, sahaja, memandangkan sha masih suri rumah sepenuh masa, just jaga edan at the same time eyahh Im blogger yg kurang nak aktif haha, mungkin sebab dah jadi mak haha..alasan tak boleh pakai..orang lain pun beranak juga, tetap aktif blog, jeles sha tauu..

So kerjaya sha nak share dekat korang, bukan mau hasut nak join tau, ini entry santai ja, sambil2 ayun edan, actually sha dah mula join sejak bulan 1, tapi xla aktif sangat sebab masih busy jaga edan, haha alasan lg, sebab edan masih kecil kan, terpengaruh dekat husband yang baru beberapa bulan join mampu dapat sales 10 net wahhh..masyukk..

Benarlah kata orang usaha tangga kejayaan, kami dah bergabung tenaga kumpul sales, of cos bukan mudah, kena menghadap hp dan laptop setiap masa, nak curi masa, terkejar2 dengan kerja hakiki lagi, guys sha suri rumah, bukan goyang kaki tau, cuci kain pakai tgn, masak semua sha buat sendiri memandangkan dah ada rumah baru, rumah pun belum kemas lg haha..

Apa sha nak kata, yang penting usaha, tawakal dan berdoa, insyaAllah Allah nampak, apapun bisnes yang kita join memang kena consider yg di Atas sana, dia pemberi rezeki, tapi kalau dah join, cepat give up, tak buat kerja..mana ada sales haha..kan

Sha harap dengan cuckoo ni dapat membantu masalah kewangan korang, sekarang pun semuanya perlukan duit, lagi2 edan nak membesar kan, banyak keperluan nak sedia kan..yang mak mak juga melopong, dalam hati tak apalah asal anak aku dapat yang terbaik untuk ku..ko tak nak ka? hihi

banyak lagi sha nak share, sikit2 la nak kena paksa hati hadap blog untuk terus update, sayang tau domain bayar sampai 2021 kalau blog hambar kann..hihi

siapa nak join cuckoo, eh kata tadi tak paksa haha..kot la kan nak join ka nak beli cuckoo ka, sha cover ja seluruh malaysia, simple

ni nah pergi kedai online sha, shopping dekat sana..

https://store.cuckoo.com.my/estore/opzzpinky/

cau cin cau..
wassalam

March 22, 2019

Edan kena warded

March 22, 2019 3 Comments
Assalamualaikum, sha baru keluar ward kemarin sebab edan demam panas dan cirit birit berdarah sejak selasa tu.


Al kisahnya ini kali pertama edan demam mencecah 37.6, disertai dengan cirit birit lebih dari 8kali sehari, lagi teruk terdapat sedikit lendiri bercampur darah dekat najis edan..ibu mana tidak risau walaupun ramai yang cakap edan dalam proses nak ringan kan badan memandangkan dia sudah mula bertiarap dan mau masuk umur 6 bulan

Pengalaman pertama kali warded sangat pahit buat umie dan edan, bila nampak edan kena jarum ambil darah kedua2 tanganya dan edan sangat trauma bila nurse mula pegang tangan nya..manatah nya 4x edan kena jarum, nak salahkan nurse tak pandai ambil darah pun susah nak cakap, sha lagi suka pakar yang buat..steady ja edan..

Maafkan umie nak, umie terlalu careless bab makan sedangkan umie masih breastfeed edan sepenuhnya, dan juga careless dalam kebersihan mainan edan..memandangkan edan sudah mula suka memasukkan semua benda kedakam mulut.

Doktor syak edan ada jangkitan kuman menyebabkan cirit birit yang kerap..maafkan umie nak..ermm

Sehingga hari ini edan masih berak, tapi warna najis sudah bertukar warna kuning..kesian anus edan merah dan berbadas..

Korang ada petua tak untuk hilangkan cirit birit dan sembuhkan badas ni?

Doktor memang sarankan kerapkan bfeeding..dan minum air garam tuk gantikan air yang hilang dalam badan edan dan ada bekalkan cream khas untuk badas.

Hopely edan cepat sembuh nak.

March 8, 2019

Pindah Rumah Baru

March 08, 2019 8 Comments
Assalamualaikum guys..minggu yang sibuk yang amat, mengemas, berangkut dan mengemas kembali, finally sha duduk rumah sendiri

Sebelum ni sha tinggal quarter husband, then pindah ke rumah ipar sha..tumpang sekejap tunggu edan besar sikit baru pindah..tunggu punya tunggu dekat 5 bulan juga baru dapat pindah hihi..



Rumah idaman sha..pink color, tapi kami sewa rumah ja, rumah apartment biasa2 ja..hihi..tak apalah kan yang penting susah senang sendiri ja yang tahu..betul kan?? Part yang pemalas tu laki bini dan anak ja sendiri tau, kalau tinggal dekat rumah orang lain..kena control macam macam..so better duk rumah sendiri tak kiralah menyewa ka..beli ka..

Dah masuk bulan 3, entry pun tiada lagi huhu..bulan lalu 1 entry ja update alahai..ni la simptom mak mak kan..haha

Okla nak sambung kemas lagi..nanti sha story pasal edan ya..
Cau cincauu

February 13, 2019

Manfaat Air Kosong Pada Badan Kita

February 13, 2019 5 Comments


Manfaat Air Kosong Pada Badan Kita | Assalmualaikum guys..lama sha menyepi, mesti nak bagi alasan edan lagi la ni? haha pengurusan lebih kepada edan sekarang ni, lagi-lagi edan sekarang dah pandai tukar-tukar perangai..haha nak tidur kena popok dia, nak susu tak nak berenggang dengan umie dia..puhhh tough jadi ibu sebenarnya, so sha tabik pada blogger yang jadi ibu kepada 2-3 anak dapat update blog juga..tepokkkk..hihi

Ok sebenarnya sharing pada hari ini berkenaan air kosong kalau istilah kami, ait mati, air putih yang dimasak. kajian mendapati bahawa air yang diminum pada masa yang sesuai dapat membantuk sistem dalam badan kita.

Thats why kenapa kita disarankan meminum air sekurangnya 6 gelas sehari, agar kulit kita tidak kering, sistem dalam badan pun bergerak dan lain-lain lagi

Sha sebagai ibu yang menyusukan juga perlu minum banyak air, sebab edan kecil lagi, so memang perlu, dalam 2-3liter sehari. Untuk ibu mengandung juga digalakkan minum air yang banyak, jangan takut kepada mitos minum air banyak ketuban jadi banyak juga, itu semua karut hihi, malah ianya menghindari dari masalah baby dalam kandungan lambat mendapat nutrisi.

Tapi ingat air kosong yang dimasak sahaja tidak memberi jaminan air yang terkandung benar-benar bersih dari bahan-bahan karat dan sebagainya, maklumlah paip sekarang dah lama kita pakai, so karat memang tak boleh nak cakap kan.



Tapislah air yang korang minum dengan penapis air, sekarang banyak yang mampu milik serendah RM75.47 sahaja sebulan, kalau nak pasang boleh roger sha, sha antara seller yang menjual penapis air jenama Cuckoo



Nak tahu lebih lanjut boleh whatsapp sha https://wa.me/60128427478 untuk dapatkan promosi, terhad kepada 10 orang sahaja.

January 7, 2019

Printcious - Jadikan Hadiah Korang Ekslusif

January 07, 2019 5 Comments
Printcious - Jadikan Hadiah Korang Ekslusif | Assalamualaikum guys, korang nak tahu tak satu laman web yang boleh jadikan hadiah korang ekslusif hanya dengan harga yang berpatutan? eh mestilah nak kan, lagi-lagi yang suka shopping online macam sha hihi..teruja tak? meh sha nak share dengan korang laman web mana yang boleh jadikan hadiah korang ekslusif.


Peningnya nak cari hadiah yang simple tapi ekslusif, korang nak tahu Printcious adalah salah satu laman web yang memudahkan korang mencipta sesuatu hadiah dengan design sendiri, banyak pilihan hadiah korang boleh buat design dekat situ..

oh ya, sha nak bagitau yang Printcious kini available di Singapore, Australia dan New Zealand..wah tahniah buat Printcious yang kini sedang melebarkan sayapnya ke serata dunia..hebat hebat..ok kita sambung cara nak purchase dekat laman web printcious :)

Macam-macam korang boleh pilih nak design yang mana satu, tapi mouse pad ini rare sikit, sha ambil contoh, korang bole design gambar family atau anak dekat mouse pad ni, lepas tu tengah stress dengan kerja dekat office, cair bila tengok gambar comel family atau anak tadi, terus jadi pemangkin semangat untuk kerja, ini bagus kalau nak hadiahkan pada baba edan hihi..

Cara untuk mendaftar :-

1. Klik website --> https://www.printcious.com/my

2. Login mudah dengan facebook atau guna manual pun boleh, sha link kan kepada account facebook senang ja dah login hihi.



Untuk login hari ini akan dapat 50% off dan free shipping above RM60, so cepat-cepat fill in korang punya details dan alamat, senang nak purchase nanti tinggal klik proceed ja haha..lagi satu kalau birthday korang tak lama lagi, baik betul Printcious ni, bagi code voucher dekat korang, sob sob, birthday sha dah lepas tauu huhu kena tunggu bulan 12 lama lagi, tapi tak apa sha dah dapat 50% off tadi time login haha..dah boleh start design hadiah..

Voucher 50% off korang boleh tengok dekat Message, klik pada button shop now untuk claim semua barang yang available untuk 50% off tu



Dan sha decide untuk hadiahkan edan baby romper hihi, suka sangat nampak edan pakai romper, nampak tegap bahagian paha tu haha, cadang nak beli 3, untuk 2 orang anak bff sha juga, sha belum bagi hadiah lagi ni..haha, so memang ngam sangat beli dekat Printcious kan, oh ya..warna putih sahaja yang availabe, sokay putih kan suci hihi..untuk saiz sha pilih yang paling besar sebab edan dan kawan-kawan sudah semakin besar..kalau longgar sikit pun tak apa yang penting edan dan kawan-kawan  pakai, senang hati umie tak membazir voucher umie ni ahh hahaha.


Ok dah siap design simple umie untuk edan, kawan-kawan edan sha buatkan juga tapi ikut nama dan tarikh lahir masing-masing..nanti sha buat review dekat korang bila dah sampai nanti, sha nak sambung design lagi ni..haha, excited pula kan..maklumlah manfaatkan diskaun yang ada..

oh ya pembayaran boleh melalui band yang tersenarai dibawah ini


selesai bayar tunggu ja la barang korang sampai, pihak Printcious hantar menggunakan aramex , pastikan alamat korang betul ya..

untuk info korang boleh check it out dekat sini