June 9, 2022

Fasa Endemik, Sesuaikah Beli Kereta Sekarang?

June 09, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Fasa Endemik, Sesuaikah Beli Kereta Sekarang? | Sejak diumumkan peralihan ke fasa Endemik pada 1 April, ramai pulang menyambut raya bersama keluarga tersayang, maklumlah pandemik melanda negara, kita terpaksa duduk dirumah, work from home dan yang sedihnya tidak pulang beraya selama 2 tahun lamanya. 

Sebelum ini, sha ada tulis entry berkenaan membeli rumah pertama semasa pandemik dimana pemaju terpaksa menutup mata untuk mengurangkan harga rumah memandangkan nilai unit rumah jatuh akibat pandemik yang melanda, namun di fasa peralihan endemik ini pula, adakah sesuai membeli kereta disaat ekonomi sedang pulih?

Covid-19 Memperlahankan Ekonomi terutamanya permintaan Minyak Dan Kenaikan Tambang Pengangkutan Awam

Wabak yang menular sejak akhir tahun 2019 itu, telah memperlahankan ekonomi seluruh dunia dan kebanyakan negara mengambil keputusan untuk menyekat perjalanan udara sekaligus memilih untuk tidak travel disebabkan virus yang cepat merebak melalui sentuhan dan udara. Ini mengakibatkan permintaan minyak dunia mengalami kejatuhan.

Harga minyak jatuh, siapa tak suka kan, namun kejatuhan harga minyak dimusim perlaksanaan perintah berkurung memang tidak diterima akal, oleh kerana ekonomi diberhentikan sementara dan seluruh rakyat duduk dirumah, agaknya bila minyak kereta nak habis hihi. 

Peralihan fasa pemulihan pula, tambang public transport dinaikkan akibat penjarakan sosial ketika didalam bas mengakibatkan pemilik bas terpaksa mengurangkan 50% penumpang daripada muatan biasa. Kenaikan harga tambang dua kali ganda memberi impak terhadap pekerja yang menggunakan pengangkutan awam untuk pergi dan balik dari kerja.

Fasa Endemik, Impak Terhadap Sektor Automotif

Selepas pandemik, ekonomi global dilihat semakin pulih memandangkan semua sektor telah pun di buka. Perbelanjaan pengguna dijangka pulih seiring dengan kebangkitan ekonomi. Ini boleh membantu mendorong perbelanjaan domestik termasuk barang mewah seperti kereta. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangkakan tahun ini kenderaan penumpang dan komersial mencatatkan jualan rekod masing-masing sebanyak 540,000 dan 60,000 unit. 

Penyumbang utama kepada peningkatan jualan adalah insentif pengecualian cukai jualan untuk kenderaan penumpang sehingga 30 Jun 2022 dan lonjakan pengeluaran penghantaran oleh syarikat automotif bagi memenuhi tunggakan dan pesanan baru.


Tips Beli Kereta Supaya Tidak Terbeban

First of all, perkara penting untuk membeli kereta adalah mengikut kemampuan, pastikan lepas membeli kereta, hujung bulan masih ada duit untuk beli makanan hihi, bayangkan kalau dah beli kereta ikut sedap hati ja tapi hujung bulan dah pokai, ish ish itu menunjukkan sistem kewangan korang tidak sihat. Jadi beli kereta biarlah mengikut dompet masing-masing, kalau korang mampu saving RM600 untuk 6 bulan maka layaklah korang beli kereta dengan harga itu, jumlah RM3600 tadi boleh buat tambahan deposit kereta..hihi

Kereta baru sekarang dah start progress output, tak kurang lebih kereta yang second hand, berlambak dekat pasaran, kereta second hand pun ok, masih high value tapi kena pandai cari lah. Sambung CCM atau full cash itu terpulang, that's why, penting bagi kita sebagai pembeli buat calculation dulu, orang kata ilmu tu kena ada, kalau tak, boleh jadi menyesal 9 years nak kena bayar kereta hihi. Itu yang buat pembeli kena blacklist sebab tak dapat bayar secara consistent.

Sha ada jumpa 1 website untuk buat calculation secara online, sebab kalau kira manual ni agak leceh sikit, website ni memudahkanlah korang yang plan mahu beli kereta CarPaymentCalculator.net


Cara calculate memang senang, masukkan amount yang korang dah plan, list price boleh rujuk mana-mana pusat beli kereta, seller memang akan bagi secara percuma, letak semua dan klik button calculate. Banyak function ada dalam website tu, yang bestnya website ni, result pengiraannya sangat cepat, tak perlu tunggu lama, loading pun laju,  ketepatan pengiraan selari dengan jadual bayaran bulanan itu yang sangat membantu korang memilih kereta mana yang sesuai.


Main game dalam website car payment calculation? oh ya..jangan tak cuba, sha ni sambil buat calculation anak datang kacau, kita bagi dia main game sekejap, sha suka lah main game go chicken go, website loading laju, tak perlu download kan, iklan pun tiada..ada banyak pilihan game korang boleh try..

Fasa Endemik, Sesuaikah Beli Kereta Sekarang?

Dari fasa pandemik, ada keluarga dah bertambah ahli, dan dah lama plan nak ada kereta yang sesuai untuk family besar contoh macam alza, boleh ja trade in ikut kemampuan masing-masing, lagipun dah boleh pergi melancong kan, jalan jauh kalau pakai kereta kecil nanti ada ahli keluarga yang tak selesa.  Sejujurnya website ni sangat bermanfaat buat sha sebab sha memang paln nak upgrade kereta baru memandangkan dah ada 2 anak kan. Kami suami isteri beli kereta lebih kepada boleh jalan jauh dan lebih selesa selain faktor penting bayaran bulanan tu mampu ka tidak..apapun selamat memilih kereta ya.

June 5, 2022

Tips Ajar Anak Pakai Tudung

June 05, 2022 0 Comments

Tips ajar anak pakai tudung | raya baru ni sha dapat 2 soalan pasal tudung eshal antaranya mau pula dia pakai tudung kan? dan dimana beli tudung begini? Sebenarnya eshal pakai tudung pun bukan hari-hari macam sha dan bukan semua dia pakai tudung dia tak buka..Tapi lately ni, dia pakai tudung memang behave la..sejuk perut mak mengandung hihi bukan apa..sebab budak umuran nya pakai tudung, comel bah ditengok hihi..siapa tak mau kan anak perempuan kecil-kecil lagi dah pakai tudung..hihi

Awalnya sha beli tudung dan start pakaikan dia tudung mula umur dia 8 bulan..mungkin terlalu awal tapi umur begini susah juga kalau mau ajar dia pakai benda yang ada dikepalanya..eshal bukan suka pakai benda yang merimaskan dia..termasuklah reben cepat ja dia tarik

Tips ajar anak pakai tudung


1. Beli tudung yang sesuai

Sudah semestinya bila mau anak pakai tudung carilah tudung yang sesuai dengan umurnya. Macam eshal punya tudung, semua sha beli di shopee, banyak sangat tudung bawah 2 tahun comel semuanya dan murah tak sampai RM10 pun.

2. Mula dari seawal usia

Ajar anak pakai tudung seawal usianya, supaya dia mula rasa selesa bila besar nanti. Macam Eshal dia start pakai tudung umur 8 bulan, jadi kalau umur dia 1 tahun lebih pakai tudung tanpa buka bila dekat luar. Bila dia dah biasa pakai tudung dirumah, petang tu sha tak basahkan rambutnya sebab rambutnya tidak terdedah kepada kotoran diluar rumah. Cuaca panas pun kepalanya masih terlindung.

3. Konsisten, pakai tudung bila keluar rumah

Apa kita buat kena secara konsisten, dah ajar anak pakai tudung seawal usianya, bila keluar rumah, kena konsisten, ibu atau bapa kena tegas sebab kalau anak keluar rumah, sekejap pakai sekejap tak pakai, itu yang buat dia pandai tarik buka tudung masa keluar rumah. 


4. Ibu contoh terbaik anak perempuan

Zahirnya, anak akan ikut apa yang ibu ajar, kadang kita tak perasan, kita sebagai ibu menjadi contoh terbaik bagi anak perempuan, bila dia nampak ibu dia keluar pakai tudung, secara tidak langsung dia akan ikut juga. Mana ibu yang suka pakai sedondon dengan anak, ini adalah masa yang sesuai..pasti comel kan hihi

5. Menutup aurat

Dari kecil adalah masa yang sesuai untuk kita ajar dia tentang aurat. Pakai tudung sekali dengan baju lengan panjang dan seluar panjang, untuk anak seusia 8 bulan mungkin terlalu awal tapi boleh mula secara perlahan sebelum mencapai usia 2 tahun. Dan kena bagitahu kenapa dia kena menutup aurat, bukan sekadar pakai tudung semata.

Kadang sha termiss juga pakaikan eshal tudung sebab kadang cuaca panas, kalau pakai baju lengan panjang dengan tudung dia cepat rimas tapi baba eshal memang tegas orangnya, pernah dia tegur sha, terus hang kepala otak haha..untuk anak lelaki pakai kopia tu agak comel juga kan, tapi edan sha memang suruh dia pakai topi ja kalau keluar rumah, lagi-lagi cuaca panas. sekian entry kali ini..semoga membantu ibu yang ingin ajar anak pakai tudung.

April 25, 2022

Resepi Raya Biskut Koko

April 25, 2022 0 Comments

Assalamualaikum, masuk hari ni dah ramadhan yang ke 23, sha pasti ramai ibu-ibu dah mula buat biskut raya, ini biskut raya sha yang kedua, of coz yang adalah kuih makmur, dah jadi kebiasaan sha akan buat kuih makmur dulu hihi 

Resepi makmur conflakes rangup :- 
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-kuih-makmur-cornflakes-sedap-dan.html

Biskut kali ini simple ja bahan-bahan nya semua senang dapat dan tak perlu cari jauh jauh, tapi kebelakangan ni telur kurang jadi korang kena beli siap siap..sha susah sangat nak dapat telur..dan resepi ni hanya guna 1 butir telur

Ok seperti yang dijanjikan ini adalah resepi raya biskut koko

Butter 1cawan 
1 Kuning telur 
Gula halus 1 cawan 
1 sudu kecil esen vanila
Pukul hingga sebati, sha guna mixer, tapi kalau guna tangan pun boleh.

Ayak dan masukkan
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko

Gaul sekali menggunakan tangan sehingga tak melekat pada tangan

Uli dan cetak menggunakan bentuk yang disuka , sha lebih suka bentuk awan/bunga..bintang oun boleh..senang ja biskut ni cetak terus dapat banyak..masukkan dalam loyang

Panaskan oven 160'c 10 minit ikutla oven masing-masing ya. Api atas bawah, fan on.

Sementara tu dah siap cetak, korang sapu guna lebihan telur tadi pakai putih telur untuk gam rice coklat atau sprinkle..letak dibahagian tengah ja ya..sikit tak perlu banyak..sekadar hiasan semata..hihi

Masukkan dalam oven masak selama 20-30minit..bila dah masak rehatkan 5 minit baru ngap..eh puasala hahaha..susun la dalam balang seal elok-elok nanti habis pula anak makan..hihi

Simple kan..lepas ni sha nak buat biskut semperit pula..ini lagi senang guna 3 bahan ja..boleh buat 3 warna..colorful..

resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan :-
https://www.opzzpinky.com/2020/05/resepi-biskut-semperit-3-warna-guna-3.html?m=1

Selamat mencuba

April 19, 2022

Anak 4tahun Terlalu Awal Ke Sekolah

April 19, 2022 2 Comments

Awal juga kau kasih sekolah anak mu? Baru 4 tahun kan dia? Hihi memang sha dah dihujani soalan sebegini dari mula sha plan nak sekolah kan edan tahun ni, orang yang bertanya tu termasuklah baba edan sendiri, mungkin atas sebab edan pun belum sampai 4 tahun sebenarnya kalau ikut bulan September ni baru 4 tahun tapi sememangnya pengiraan umur kita ni bukan ikut bulan semua umur ikut tahun dan kalau ikut bulan umie ni lahir bulan disember macam mana tu? Hihi

Ada ja anak orang lain mula masuk sekolah umur 3 tahun mungkin sebab anak tiada jaga dirumah, ibu bapa kerja kan..macam kes anak buah sha, asyraaf firdaus masuk sekolah tadika start umur 3 tahun tapi tadika swasta la.. tadika kerajaan start umur 4 tahun tapi dorang utamakan umur 5 dan 6 tahun ikut ruang kelas juga.

4 tahun awal juga hantar ke sekolah?

Sebenarnya edan ni speech delay, jadi doktor sarankan dia sekolah awal, lagipun tadikanya sekarang ni tak push pun dia untuk belajar cuma galakkan buat aktiviti contoh macam mewarna dan mengunting. Alhamdulilah edan baru 1 bulan belajar dah improve sikit skill mewarnanya.

Sha bagi dia sekolah awal supaya setiap hari dia ada aktiviti, bangun awal, (edan memang jenis bangun awal), mandi pagi, sekarang dah pandai mandi sendiri, berus gigi sendiri cuma sha kena pantau juga la kang tak bersih pula, pakai baju, stokin dan kasut sendiri, lepas tu selama 5 jam tu banyak dia dapat ilmu, kenal kawan, kenal cikgu, belajar banyak benda mostly lebih kepada disiplin.

Belajar sendiri dirumah kan lebih baik?

Untuk umur edan 4 tahun ni sha rasa belum fokus pada pelajaran nya di sekolah sebab dia hanya belajar dengan cikgu cuma sha ajar dia basic macam abd 123, doa makan, 3qul, al fatihah..sha nak umur dia 4 tahun dia di rumah bermain dengan adik nya dan bermain sendiri.

Sha pernah jadi cikgu tadika dan sha suka anak sha sekolah tadika awal, sha plan umur eshal 4 tahun pun akan masuk tadika awal.

Jadi dia umur 5 tahun perkara basic tu dia dah tahu baru kita slowly ajar yg lain pula

Bukan bermaksud umur 4 tahun semua benda dia nak belajar. Dia hanya ikut aktiviti ja. Lagipun Edan kalau di rumah terlampau aktif hahaha suka betul dia main air kadang mandi tu dengan bubble sekali habis sabun dikerjakan, so kalau dia sekolah dalam 5 jam sha bole ada me time dengan eshal pula.

Terpulang dengan ibu bapa itu sendiri sama ada nak sekolah kan anak awal atau tidak yang penting anak bersedia dan ibu juga patut bersedia untuk libatkan diri dengan aktiviti nya nanti di sekolah..

April 16, 2022

Hari Pertama Edan Ke Sekolah

April 16, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Hari pertama Edan ke Sekolah | Masuk minggu ni genap sebulan persekolahan bermula, sha teringat hari pertama edan ke sekolah penuh semangat, masuk ja kelas terus duduk meja cikgu, lepas tu pindah lagi ke meja belakang sebab sha dah cakap tak boleh duduk sana itu meja cikgu 😅

Duduk meja buka beg buka bekal, masa tu sha bekalkan dia mee goreng, memang favorite sebelum ke sekolah dah 2x round makan mee.

Sekolah sekarang SOP kena jaga, sampai ja edan dekat sekolah terus cuci tangan guna sabun, lap dengan tisu dan terus ambil suhu sementara sha tulis rekod kehadiran. Kena pakai mask tu yang kesian sebab budak lagi kan..mana la tahan 5jam di kelas pakai mask ja.

Hari pertama edan tak menangis pun, masuk kelas terus duduk diam-diam, sha sempat ambil gambar semua murid muka baru bangun pagi hihi..comel semuanya..

5 jam kelas, lepas hantar edan sha balik rumah kemas rumah, mandikan eshal cuci kain jemur kain tak sedar da jam 11.00, jam 11 suku sha gerak ambil edan.

Sampai ja depan pagar edan dah lama tunggu umie ni..tiap hari asal pulang ja terus lari tempat umie, peluk umie alahai baru 5 jam nak kita tak jumpa..dengan beg besarnya lagi tu lari hahaa..then baru pakai kasut

Rindu nya zaman sekolah dulu..


March 12, 2022

Pendaftaran Edan Ke Tabika Perpaduan

March 12, 2022 2 Comments

Pendaftaran Edan ke Tabika Perpaduan | Hari ini ibu bapa dipanggil untuk datang ke tabika untuk sesi pendaftaran anak masing-masing sebelum bermula persekolaan pada 21hb ini, Alhamdulilah edan akan mulai bersekolah tahun ini walaupun masih awal lagi umur edan 4 tahun sekarang ni tapi doktor galakkan budak speech delay macam edan untuk bersekolah.

Risau mau daftar dimana

Sebelum ni sha ada daftarkan edan masuk tabika kemas tapi area tempat sha hanya fokus 5 hingga 6 tahun sebab rumah flat kan so kelas pun sempit, yang berdekatan pun sudah penuh, maklum lah batu 7 kawasan agak sesak dengan penduduk, hari tu ada apply dekat kompleks tabika kemas rimbawan tapi jauh sikit dengan tempat tinggal sha, dah hantar permohonan dan isi borang tinggal mau bayar yuran ja, tapi sebelum tu sha dah isi tabika perpaduan secara online, sangat mengharap dapat dekat sikit dari rumah sha pun dah check area tempat sha ada 3 tabika perpaduan dekat tempat tinggal sha..taman kenari, taman merpati dan taman airport

Sha dah risau sebab sha start carikan edan sekolah tabika bulan 12 tahun lalu, ingatkan sesi persekolahan start bulan 1 yang lalu. Rupanya bulan 3 haha..aduhai..sha ada juga pergi tadika swasta dekat sejati ujana tadika ibnu sina, tapi yuran terlampau mahal hihi dekat 1 ribu lebih lain lagi bulanan, Allahu tak mampu

Tapi makan masa juga dia lulus, dalam sebulan begitu, alhamdulilah juga ada hikmah sha bayar yuran di tabika kemas lewat (lupa sebenarnya hihi) sebabnya Alhamdulilah lulus akhirnya permohonan di tabika perpaduan, dan HQ call suruh arrange permohonan secara manual di tabika perpaduan taman airport A.

Tabika kerajaan pun ok bah

Kerajaan dah sediakan tabika mampu milik macam kemas, pra sekolah dan tabika Perpaduan ni untuk warganegara Malaysia, bersyukur kita dapat kelebihan sebegini, guru-guru yang mengajar sama level dengan tadika lain so apa kata kita gunakan sebaiknya sha pun keluaran tabika kemas..

Keistimewaan mendaftar di tabika perpaduan

Sha baru diberitahu cikgu tadi yang yuran pendaftaran RM10 , insurance Rm10.60, sumbangan bulanan RM10, 2 baju, beg dan kelengkapan belajara adalah percuma, Alhamdulilah sebelum ni ibu bapa perlu bayar tak silap sha dalam RM100 lebih juga termasuk kit belajar tahun ni kerajaan bagi percuma..tinggal sha beli kasut ja dengan stokin 

Cuma kit belajar, beg dan pakaian tu cikgu ada bagitahu lambat sikit sampai, maklumlah terbang ke sabah lagi kan, so cikgu minta beli pakaian seragam baju merun/putih dan seluar biru tua, baju kolar merun sha dah jumpa dekat mydin, seluar pun dah beli, cuma kasut edan tak jumpa saiz lagi hihi..lagipun ada 1 minggu lagi masa cari, beg sha tak beli dah sebab beg yang friso gold bagi tu masih bagus lagi..sha dapat free gift dari join live dorang tahun lalu, so memang jimat banyak

Ibu bapa yang masih berfikir nak masukkan anak ke tabika mana pilihlah tabika kerajaan, rugi tak manfaatkan keistimewaan yang kerajaan bagi, dapat mengurangkan kos perbelanjaan..sekarang pun harga barang dah makin naik..boleh saving untuk masa depan..






March 8, 2022

Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan

March 08, 2022 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum




Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan | Pasar adalah salah satu tempat paling banyak dikunjungi oleh orang awam, apabila mencari makanan laut, maka pasar lah tempat kita sering pergi, pasar di sandakan terbahagi kepada 4 bahagian, pasar bandar, pasar batu 3, pasar batu 8, pasar batu 16, memandangkan batu 8 dekat dengan tempat tinggal sha, maka itu tempat wajib pergi setiap minggu. jemu juga makan ayam setiap hari, jadi memang akan tukar menu sekali seminggu.

Memandangkan sha pergi beli barang kereta kemarin, so sha singgah lah pasar batu 8 sebab barang basah dah habis, lagi pula lama sudah tak makan ikan, edan esha memang suka makan ikan berbanding ayam, masak lemak sedap tu hihi.

Macam biasa pertama masuk pasar sha akan beli ikan panit dulu, harga dalam RM12 sekilo, beli ikan panit ni, peniaga tu boleh tolong siang dan potong ikan kecil-kecil, so senang kerja sha bila balik rumah nanti. Tengah hari tu sha agak lewat sikit beli kan, selalu sha pergi pagi, so sha nampak banyak ikan murah dipasar mungkin sudah musim ikan, ikan basung RM4 sekilo, ikan tulai RM4 sekilo, dan ikan lumahan jantan RM2.50 sekilo. Sha ni memang peminat ikan lumahan tak kira jantan ka betina sedap digoreng hihi

Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan

Sha nampak lah ikan lumahan jantan ni RM2.50 sekilo, fresh dan cantik-cantik semuanya, walaupun kecil sikit tapi boleh lah kalau digoreng kan, so sha pun beli 2 kilo, peniaga ni pun kautlah ikan dari belakang tapi sha ni dah nampak ikan dekat belakang tu macam tak fresh ja. dia timbang 2 kilo, masuk dalam plastik, ikat rapi, sha tanya dia

"Bang, ikan ni fresh kan?"
"iya dik" bilang nya

ok, sha pun bagi dia RM5, dan dia bagi plastik yang berisi ikan tadi, sebelum jalan sha periksa ikan tu, buka plastik dan nampak ikan tak fresh dan buruk, bukan satu tapi banyak ikan tu dah merah mata, sha ni bukannya pandai beli ikan haha, tapi sha taulah ikan tu fresh atau tidak.

Sebab sebelum ni pernah beli ikan di pasar ni, sampai rumah siang ikan, semua ikan buruk, 1kilo sha beli ikan semua buruk, lastly buang ja ikan tu, sayang kan.. jadi kali ini sha nak tegur juga peniaga jual ikan tu.

"Bang boleh tukar kah ikan ni, sebab nda fresh bah" sha kata dekat abang tu sambil kasih tengok dia ikan dalam plastik yang dia bagi tadi

Dia terus bagi sha duit RM5 dia kata tak boleh dik, sambil letak balik ikan dalam plastik tu

sha kata " eh nda apa bang, abang ambil ja ikan yang didepan tu yang fresh tu, saya beli yang depan tu ja"

dia cakap " nda boleh abang bagi kau ikan didepan ni, begitu lah adat kami berniaga dik, kau belilah ikan di tempat lain"

tersentak hati sha dia boleh cakap begitu, iyala sha tahu la sha ni perempuan tapi tak kan lah boleh cakap begitu kan, jadi peniaga ni kenalah jujur, walaupun kau jual RM5 ikan didepan tu, tetap juga ada pembelinya sebab ikan didepan tu fresh bang, kau jual ikan dibelakang yang tak fresh tu, tunggu saat ja mau buruk, walaupun kau bagi free orang nda akan mau juga sebab takkan orang mau makan ikan buruk kan.

Rupanya bukan sha seorang ja yang kena, memang pasar ikan di batu 8 ini orang jera sudah mau beli ikan, rata-rata kawan sha yang respond dengan kejadian kemarin memang tidak mau suda beli ikan disana.

Sha ada kekuatan mau tegur dia kemarin pun sebab sha dah 2 kali kena jual ikan buruk, bayangkan kalau 10 orang membeli ikan tempat nya setiap hari, walaupun murah tapi tak patut dia jual ikan yang suda buruk begitu.

so kawan-kawan kalau beli ikan dipasar, sebelum balik pastikan ikan yang di ambil tu sama fresh dengan apa yang kita nampak sebelum membeli. 

 



February 25, 2022

Datuk K Bangga Kejayaan Asyraf Khalid Selepas Dibimbing Azizan Osman

February 25, 2022 0 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Datuk K Bangga Kejayaan Asyraf Khalid Selepas Dibimbing Azizan Osman |  Datuk K, nama yang sudah pasti dikenali ramai, apatah lagi beliau adalah suami kepada penyanyi no.1 Malaysia yang di sayangi ramai iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bapa mana yang tidak bangga apabila anaknya berjaya dalam hidup, Datuk K dengan gembiranya berkongsi mengenai kejayaan anaknya, Asyraf Khalid ada kaitannya dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Datuk K Bangga Kejayaan Asyraf Khalid Selepas Dibimbing Azizan Osman

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan Osman yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.



Ucapan itu dibuat semasa sambutan ulang tahun kelahiran Datuk K di kediamannya, pada isnin lalu. Impian dan anggan-anggan Asyraf Khalid untuk membuatkan bapanya bangga menjadi kenyataan apabila Datuk K sendiri melihat kejayaan nya hari ini dan hampir 15,000 orang yang menonton hantaran video itu dalam tempoh beberapa jam sahaja. 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 

Kenang Kisah Silam, Asyraf Khalid Tekad Berubah 

Asyraf Khalid juga turut memberitahu yang dia dahulunya merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya, dan dengan sifat itu dia selalu merasakan dirinya sangat tidak berjaya dan tidak mampu untuk membuatkan bapanya bangga dengan dia. Namun Asyraf Khalid tekad berubah kerana memikirkan perjalanan hidupnya masih panjang dan masih ada masa lagi untuk perbetulkan keadaan.

Asyraf Khalid menyatakan yang dia sangat bersyukur dapat mendengar luahan hati bapanya buat kali pertama atas kejayaannya pada malam itu dihadapan mentornya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. "Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"


Datuk Wira Dr Azizan Osman Berusaha Mendidik Anak Didiknya Untuk Berjaya Dalam Hidup

Bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata, Datuk Wira Dr Azizan turut membimbing secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

Malahan, anak didik dan Team RichWorks secara tidak langsung membantu Asyraf Khalid bersikap lebih positif meskipun mereka sudah berjaya.

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. "Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," 

Datuk K Cemburu Kebolehan Datuk Wira Dr Azizan Osman Melahirkan Usahawan Jutawan

Datuk K sangat kagum dengan kebolehan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam melahirkan ramai jutawan dalam kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks yang mana jika mereka ini melakukan amal ibadah maka hasil dari kejayaan mereka, Datuk Wira Azizan sendiri akan terima pahalanya nanti atas didikan tersebut. Bayangkan sudah berapa puluh ribu orang yang telah dibimbing oleh Datuk Wira Dr Azizan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. “Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

Dan Datuk K berkata usahawan sekarang sangat beruntung kerana pada masa dahulu tiada bimbingan dan tunjuk ajar untuk memulakan sesuatu perniagaan.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”

Nasihat Datuk K Kepada Usahawan Berjaya Agar Tidak Lupa Pada Usahawan Baru

Datuk K mengingatkan kepada bangsa usahawan yang telah berjaya agar tidak pernah lupa pada usahawan yang baru memulakan perniagaan dan individu yang masih merangkak yang berusaha untuk mencapai kejayaan. 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” 


Kesimpulan dari Kisah Kejayaan Asyraf Khalid

Kisah Kejayaan Asyraf Khalid sebagai anak didik Dr Azizan Osman amatlah menjadi inspirasi semua orang bukan sebab dia adalah anak Datuk K, tapi sebab dari dia yang dahulunya nakal, sering mengecewakan bapanya, tekad bangkit untuk membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi usahawan berjaya dan dapat membanggakan bapanya.

Tahniah juga kepada Team RichWork masih giat melahirkan usahawan berjaya dan turut memberi bimbingan dan alah tuju dalam menempuhi liku-liku perniagaan dimusim pandemik melanda. Jika kamu mahu tahu lebih lanjut mengenai kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks, kamu boleh sertai Kelas Titanium RichWorks anjuran RichWorks dan Dr Azizan Osman di laman web www.richworks.com

Mana lah tahu, dari nakal-nakal, korang boleh berubah jadi macam usahawan berjaya, Asyraf khalid ni, segalanya bermula dari sekarang, kalau tak cuba mana nak tahu kan.