Kebaikan Amalan Menabung Di Era Endemik
Kebaikan Amalan Menabung Di Era Endemik
Simpanan untuk Masa Depan
- Bersusah dahulu, bersenang kemudian, ketahuilah bahawa, menabung masa kini akan mencerahkan masa depan, jika korang menabung untuk sesuatu keperluan penting, korang harus set target dan masa, contohnya menabung untuk majlis perkahwinan, korang boleh gunakan laman web savingscalculator.org untuk mengira berapa korang perlu simpan untuk sebulan dari jangka masa yang korang telah tetapkan ini bagi mengelakkan korang mnyusahkan ibu bapa untuk meminjam duit orang lain bagi mencukupkan duit majlis perkahwinan korang sekali gus dapat menyediakan duit backup untuk kegunaan selepas berkahwin.
Bekalan wang untuk kegunaan kecemasan
- Benarlah kata pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" dengan amalan menabung ini, kita dapat gunakannya semasa kecemasan apatah lagi apabila mempunyai anak kecil yang sangat memerlukan rawatan segera, ataupun kita terdesak menggunakan wang untuk menanggung kos perbelanjaan sesuatu perkara yang kita tidak jangka
Hindari sifat boros dan membazir
- Dalam Islam, sifat boros dan membazir ini adalah amalan syaitan. Sifat boros dan membazir ini patut dihindari bagi mengelakkan seseorang mengalami masalah kewangan yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, buat perancang yang teliti dan ambil kira keperluan perbelanjaan dan bukan nya kehendak.
Galakan anak menabung sejak kecil
- Bagi mewujudkan masyarakat yang bijak menabung, ibu bapa seharusnya menanamkan sifat suka menabung dikalangan anak sejak kecil lagi dengan memberitahu anak kebaikan menabung untuk kesenangan masa depan. Bak kata pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" pupuk sifat sabar dalam menabung, pasti akan memberikan hasil yang memuaskan.